Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

27 Mei 2014

Kau Irama Di Jiwaku [11]

ADLI SYAFIQ mula dihujani dengan rasa rindu terhadap Adriana. Rindukah dia? Setiap hari, itulah rutin hariannya. Rindukan Adriana sendirian. Adakah Adriana juga rindukan dia? Adli berbaring di sofa panjang di ruang tamu rumahnya. Deringan telefon bimbitnya membuatkan dia bingkas bangun. Adriana?

“Assalamualaikum..” kedengaran suara Adriana di hujung talian.

“Waalaikumussalam,” jawab Adli.

“Kau ada kat mana tu? Tengah buat apa?” soal Adriana.

“Aku kat rumahlah. Hari ni takde rehearsal, practice. Esok malam baru ada performance. Kau nak datang?”

“Kat rumah? Bagus la tu. Kejap lagi aku nak datang rumah kau, nak jumpa mak kau. Lama dah tak berborak dengan mak kau. Ibu aku ikut sekali.”

“Oh.. mak aku ada je kat rumah ni. Datanglah. Takde siapa pun kat rumah. Ada aku, Syahmi dengan mak aku je. Abang aku dengan kakak ipar aku bawak anak diorang jalan-jalan. Bercuti kat Sabah pulak,” tutur Adli ramah.

“Kau dah makan ke?” tanya Adriana tiba-tiba.

“Makan? Dah la. Ni dah masuk pukul tiga dah,” jawab Adli ketawa.

“ Aku ada buat rainbow cake kesukaan kau. Kejap lagi aku datang, aku bawak sekali. Pesan kat mak cik, tak payah siap apa-apa. Ibu aku pun ada buat karipap. Okay la Adli! Assalamualaikum.”

Talian terus diputuskan setelah Adli menjawab salam Adriana. Kek pelangi? Adli tersenyum. 

Adriana masih ingat akan kek kesukaannya. Nampaknya Adriana tidak lupa akan dirinya. Adakah Adriana masih ingat akan kek red velvet yang juga kesukaan Adli? Adli bangun dan menuju ke dapur.

“Mak, Yana dengan ibu dia nak datang. Yana pesan, tak payah susah-susah nak hidang apa-apa. Sebab dia nak bawak kek, ibu dia pulak bawak karipap. Rasanya mak kena buat air jela kot,” sapa Adli sambil duduk di kerusi meja makan. Ibunya berada di luar rumah. Menanam anak mangga yang sudah setinggi lutut pemberian adiknya.

“Yeke? Bila diorang nak datang?” tanya Puan Halimah langsung tidak menoleh ke arah anak keduanya itu. Dia sibuk dengan pasu-pasunya.

“Kejap lagi, sampailah kot,” Adli menyuap pisang goreng ke mulut. “Mak, sambal kicap takde ke nak makan dengan pisang goreng ni?”

“Ada. Tapi Syahmi dah habiskan tadi.” Puan Halimah masuk ke dalam rumah. Sempat dia tersenyum ke arah Adli. Sarung tangan getahnya ditanggalkan da diletakkan ke meja kecil yang terdapat di tepi pintu.

Adli mengangguk, “Adli naik dulu, mak!”

Adli berlari-lari kecil menaiki anak tangga. Puan Halimah cuma menggeleng. Dia mengelap meja dan berlalu ke sinki. Diambilnya cerek elektrik dan dia mula menjerang air.



“Syahmi, kau buat apa?” Adli duduk di katilnya.

“Aku tengah buat homework, tak nampak?” jawab Syahmi kasar sambil matanya tetap terarah pada buku Matematik Tambahan.

“Kejap lagi Kak Yana kau nak datang.” Adli mencapai gitar kesayangannya, memetik tali-tali gitar itu.

Syahmi terus berhenti menulis. 

“Yeke? Aku nak mintak dia ajar Add Math la,” Syahmi berasa gembira mendegar khabar yang dibawa abangnya.

“Aku ada, kau tak nak tanya pun.”

“Kau lain sikit. Major kau medic, Kak Yana engineering. Dia mesti terror daripada kau,” gurau Syahmi.

“Mana boleh samakan tahap IQ dengan orang yang lain bidang dengan kita,” bantah Adli geram.

“Aku rasakan, kau dengan Kak Yana dah tertukar kos. Sepatutnya dia yang ambil medic, kau ambil engineering. Tak pelik ke?” Syahmi bersuara setelah tawanya reda. Dia gembira melihat Adli marah.

“Laa.. apa nak pelik? Kau tengok jela sekarang, nurse pun dah ramai lelaki. Makeup artist, lelaki jugak yang ramai. Fashion designer. Perempuan pulak, ramai yang nak jadi army, pilot, engineer. Biasalah tu. Kau dah fikir nak ambil kos apa after SPM ni?”

“Aku pun belum fikir lagi fasal tu. Tak tahulah nak ambil kos apa. Aku rasa macam nak ambil lawyer. Tapi minat medic dengan sains.”

“Kalau nak ambil lawyer, baik ambil kelas sastera dulu. Apalahhh.. ni ambil pure science pulak,” bebel Adli.

“Kalau result SPM aku awesome macam kau dulu, bolehlah aku apply medic. Sebelah kiri macam nak engineering, kanan pulak nak medic.”

“Kau buat la istikharah nanti. Suka hati engkaulah nak pilih apa. Kat rumah ni dah ada bakal doktor, ada cikgu and ada engineer. Mana-mana yang kau pilih pun, okay.”

Suara Puan Halimah yang memanggil nama mereka berdua menghentikan perbualan mereka.

“Kak Yana dah sampai kot,” ujar Syahmi. Buku Matematik Tambahannya ditutup dan dia mendahului abangnya untuk turun ke bawah. 

Adli meletakkan gitar ke atas katil. Dia ikut bangun dan mengekori langkah Syahmi. Kelihatan Adriana dan Datin Maznah sudah berada di ruang tamu. Mereka bersalaman.

“Dah lama ke mak cik sampai?” tanya Adli.

“Tak adalah lama sangat. Baru je,” Adriana pula yang menjawab bagi pihak ibunya.

“Aikkk? Sejak bila kau jadi mak cik ni?” tanya Adli.

Adriana tergelak kecil. Kalau gelak kuat-kuat nanti, habislah jatuh saham.

“Jomlah duduk luar. Makan dekat luar. Ni mak kau punya kek,” Adriana bangun. 

Adli dan Syahmi turut mengikuti langkah Adriana.

Adriana ke dapur dan memotong kek pelangi yang berbentuk empat segi itu. Syahmi terlebih dahulu menunggu di luar rumah.

“Besarnya kek!” Adli tersengih.

“Kan kau suka kek ni, mesti la aku buat lebih. Lain kali aku buat red velvet pulak,” jawab Adriana. Tangannya masih ligat memotong kek tersebut.

Nampaknya Adriana benar-benar ingat tentang kesukaan Adli. Adli tersenyum bangga.

“Adli, tolong bawak dulang air ni boleh tak? Tak cukup tanganlah,” suara Adriana membuatkan Adli tersedar.

Lekas-lekas dia membantu Adriana. Dibawanya milo sejuk yang berais itu keluar. Adriana berjalan seiringan dengan Adli. Adriana meletakkan pinggan yang berisi kek itu ke meja, dan dia berjalan menuju ke keretanya. Syahmi menuruti langkah Adriana. Adli hanya memerhati.

“Akak nak ambil apa?”

“Akak baru balik dari rumah kawan akak. Parents dia bekalkan ni semua.”

Adriana mengeluarkan dua plastik besar dari dalam boot kereta ibunya. Syahmi turut membantu Adriana. Mereka membawa beg-beg plastik itu kepada Adli.

“Ada rambutanlah!” jerit Syahmi gembira. Laju sahaja dia membuka kulit rambutan itu.

“Hanis bagi ke ni?” Adli membuka kulit manggis yang sudah masak ranum itu.

“Ha’ah. Seronok gila kampung dia. Aku sendiri yang petik ni semua tau.”

Adriana memasukkan sepotong kek ke dalam pinggan. Pinggan itu disuakan kepada Adli. Syahmi pula masih sibuk dengan rambutan dan manggis. Sepotong kek dimasukkan ke dalam mulut.

“Sedapnyaaaa!” Adli memuji kek Adriana.

Adriana tersenyum bangga.

“Aku tahu,” jawab Adriana dalam tawa.

Adli dan Syahmi mencebik serentak. Wajah kedua beradik itu membuat tawa Adriana semakin kuat.

21 Mei 2014

INFINITE (인피니트 ) – Last Romeo Lyrics [Hangul, Romanization & Translation]

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pembaca blog Cik Rimau. Kalau ada la. Hehe. Kalau takde takpe. Saja nak syok sendiri. Haha.
  

Ok la.. Seperti yang korang semua sedia maklum, aku antara peminat setia INFINITE. Memang minat tahap gaban la. Haha. External hard disk aku pun penuh dengan semua benda pasal dorang je. Melampau tak? Haha. So, sebagai peminat setia, haruslah kan mengikuti perkembangan terkini group ni.


Terbaru, INFINITE tampil dengan album baru iaitu "Season 2". Album baru ni mengandungi 13 track seperti berikut :


01. Season 2
02. Last Romeo
03. Follow Me
04. Rosinante
05. Breathe
06. Light (Sunggyu Solo)
07. Alone (Infinite H)
08. Memories
09. A Person Like Me
10. Reflex
11. I’m Going Crazy (Infinite F)
12. Close your eyes (Woohyun Solo)
13. Shower




Lagu utama bagi album ni tak lain dan tak bukan adalah lagu yang bertajuk "Last Romeo". Boleh tahan la rentak lagu ni. Agak catchy. Cuma agak lambat jugak la aku nak hadam lagu ni. Kena dengar banyak kali baru boleh masuk. Agak berbeza dengan lagu-lagu dorang yang sebelum ni. Tapi apa pun, aku tetap support INFINITE forever.









So, tak payah la nak membebel panjang kan. Jom jela layan lagu ni dulu. Nak kritik ke apa ke, lepas ni jela ye. Hehehe. So, enjoy... Btw, L (Myungsoo) sangat handsome okey bila pakai topi hitam tu. Hahahaha. (Gatal Cik Rimau ni kan.? Hehehe). Cik Rimau sertakan sekali lirik lagu ni kot-kot ada yang teringin nak menyanyi sekali ke. Hehehe.




[Sunggyu]
독배라 해도 괜찮아
dokbaera haedo gwaenchanha
I don’t care if it’s poison

기꺼이 내가 받으리
gikkeoi naega badeuri
I will gladly take it

[Hoya]
어떤 유혹도 너보단 달콤하고
eotteon yuhokdo neobodan dalkomhago
No other temptation

강렬하지 못해
gangnyeolhaji motae
can be sweeter or stronger than you

[L / Myungsoo]
세상 어둠은 눈부신 니가 모두 삼키고
sesang eodumeun nunbusin niga modu samkigo
The dazzling you swallows all the darkness of the world

날 그 빛에 눈 멀게 해
nal geu biche nun meolge hae
And that light blinds me

[Woohyun]
어떤 어둠도 니 앞에선 그 힘을 잃잖아
eotteon eodumdo ni apeseon geu himeul irchanha
Any kind of darkness loses its strength in front of you

난 너만 있으면 돼
nan neoman isseumyeon dwae
I only need you

[All]
길을 밝혀줘
gireul barkhyeojwo
Shine on my path

이제 원튼 말든 선택은 끝났어
ije wonteun maldeun seontaegeun kkeutnasseo
whether I want it or not

나의 전부를 다 걸겠어
naui jeonbureul da geolgesseo
the decision has been made

지켜 낼 거야
jikyeo nael geoya
I will put everything at risk

어떤 어려운 여정이 된다 해도
eotteon eoryeoun yeojeongi doenda haedo
I will protect you no matter what hardships come

난 너 밖엔 안 보인다
nan neo bakken an boinda
I can’t see anything else but you

[Dongwoo]
틀어진 틀이 내는 음악 비극
teureojin teuri naeneun eumak bigeuk
I push myself into broken music

삭막함에 날 밀어붙여
sangmakhame nal mireobutyeo
in the bleakness of a tragedy

삐걱이는 사랑의 서막
ppigeogineun sarangui seomak
A creaking prelude of love 

I’m gonna lose myself

[Sungyeol]
난 너 밖엔 안 보인다
nan neo bakken an boinda
I can’t see anything else but you

[Dongwoo]
That was sweet start 

멈출 줄 몰라
meomchul jul molla
I don’t know how to stop

끝 다다른 내 감정만이 올라
kkeut dadareun nae gamjeongmani olla
my different emotions rise

확신이 된 착각 너와 난
hwaksini doen chakgak neowa nan
An illusion that I’m sure of, you and I

got the top of the emotion

[Woohyun]
꽃이 시들어 날리고
kkochi sideureo nalligo
Flowers wither and scatter

달은 기울어 사라져 가도
dareun giureo sarajyeo gado
the moon tilts and disappears

[Hoya]
변하지 않을 내 마음
byeonhaji anheul nae maeum
But my heart won’t ever change

사랑한다 사랑한다
saranghanda saranghanda
I love you, I love you

[Sungjong]
너의 입술이 죄 많은 내 입술을 감싸고
neoui ipsuri joe manheun nae ipsureul gamssago
Your lips embrace my sinful lips

날 향기에 취하게 해
nal hyanggie chwihage hae
making me drunk with your scent

[Sunggyu]
어떤 보상도 이보다 강할 수는 없잖아
eotteon bosangdo iboda ganghal suneun eobtjanha
No other reward is stronger than this 

난 너만 있으면 돼
nan neoman isseumyeon dwae
I only need you

[All]
길을 밝혀줘
gireul barkhyeojwo
Shine on my path

이제 원튼 말든 선택은 끝났어
ije wonteun maldeun seontaegeun kkeutnasseo
whether I want it or not

나의 전부를 다 걸겠어
naui jeonbureul da geolgesseo
the decision has been made

지켜 낼 거야
jikyeo nael geoya
I will put everything at risk

어떤 어려운 여정이 된다 해도
eotteon eoryeoun yeojeongi doenda haedo
I will protect you no matter what hardships come

[Sungyeol]
세상아 보거라 이기게 해다오
sesanga bogeora igige haedao
Look world, let me win

태양아 뜨거라 내게 힘을 다오
taeyanga tteugeora naege himeul dao
Sun, rise and give me strength

[Sunggyu]
운명아 듣거라 길을 막지 마오
unmyeonga deutgeora gireul makji mao
Listen destiny, don’t block me

그녀를 꼭 지킬게
geunyeoreul kkok jikilge
I will protect her

[Woohyun]
사랑 하나에 세상과 겨루려는 마지막
sarang hanae sesanggwa gyeoruryeoneun majimak
I’ll be the last man

그 남자가 돼주겠어
geu namjaga dwaejugesseo
to fight against the world over one love

[L / Myungsoo]
어떤 위협도 널 위해선 맞설 수 있잖아
eotteon wihyeopdo neol wihaeseon matseol su itjanha
I can face any kind of threat for you

난 너만 있으면 돼
nan neoman isseumyeon dwae
I only need you

[All]
길을 밝혀줘
gireul barkhyeojwo
Shine on my path

이제 원튼 말든 선택은 끝났어
ije wonteun maldeun seontaegeun kkeutnasseo
whether I want it or not

나의 전부를 다 걸겠어
naui jeonbureul da geolgesseo
the decision has been made

지켜 낼 거야
jikyeo nael geoya
I will put everything at risk

어떤 어려운 여정이 된다 해도
eotteon eoryeoun yeojeongi doenda haedo
I will protect you no matter what hardships come

난 너 밖엔 안 보인다
nan neo bakken an boinda
I can’t see anything else but you

너 밖엔 안 보인다
neo bakken an boinda
can’t see anything else but you

너 밖엔 안 보인다
neo bakken an boinda
can’t see anything else but you

[Hoya]
넌 마치 미로같이 복잡해
neon machi mirogachi bokjaphae
You’re complicated like a maze

왜 자꾸만 밀어내
wae jakkuman mireonae
Why do you keep pushing me away

날 믿어 너의 Romeo
nal mideo neoui Romeo
Trust me, your Romeo

[Sunggyu]
내겐 너 밖엔 없다
naegen neo bakken eopda
I have no one but you



Nota Cik Rimau : Ok. Tamat sudah. So,macam mana? Ok tak lagu baru dorang ni? Hehe. Dengar cerita dorang akan buat comeback sekali lagi dalam masa terdekat ni. Tak sabarnya. Hope lagi best la dari lagu ni. Hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...