05 Februari 2011

Mana Laptop Kesayanganku?

Salam..

Esok dah hari Ahad. Hari terakhir untuk merehatkan diri selepas seminggu bercuti panjang. Isnin dah kerja balik. Malas gila ok! MySpace Esok kena la iron baju untuk seminggu sebab malas nak iron tiap-tiap hari. And esok jugak adik aku balik Perak semula. Bosan la aku jadinya lepas ni. Dah takde kawan nak bersembang. Hurrmm..

Haritu aku ada story pasal laptop aku yang bermasalah tu kan. Dah dekat seminggu aku bagi laptop tu kat kawan. Tadi aku call dia tanya bila boleh dapat balik. Maklum la kan. Adik aku balik Ipoh nanti, aku nak online guna apa? Ini pun guna laptop dia. Kawan aku tu cakap, esok dia bagi. Entah boleh percaya ke tak. Aku nak online la weiii.. Pulangkan cepat!!! Aku marah ni. MySpace  Haha.

Nota Cik Rimau : Dah dekat tiga kali tanya ni. Asyik busy je katanya. Cik Rimau tak suka tau orang yang mungkir janji and suka bagi banyak alasan ni. Tak suka ok! MySpace

Tiada ulasan:

Catat Ulasan