Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

08 Disember 2010

~ Seribu Kemaafan ~

Salam....



Ermm.. Harini apa nak story ek? Hehe. Semalam cuti umum sempena Maal Hijrah. So, duduk rumah jela. Mula-mula plan nak puasa la kan. Tapi bangun pun dah pukul 6 lebih. Cancel jela. Aku tak tau nak buat apa. So, apa lagi. Sehari suntuk melayan facebook and tengok cerita My Best Pals yang aku pinjam daripada sorang akak kat office aku, Kak Jalilah. Hehe

Ok la. Aku nak story sikit kenapa tajuk kali ni seribu kemaafan. Macam ni. Aku ada sorang best friend. Kitorang memang rapat masa kat sekolah menengah dulu. Maklumlah, kitorang duduk asrama sejak dari form 1. Actually, kitorang kawan baik 4 orang. Tapi aku paling rapat pun dengan dia la. Bukan bermakna aku tak rapat dengan yang lain tu. Still rapat, tapi dengan dia ni lebih sikit. Nama dia W. Sebelum aku kerja kat KL ni pun, aku duduk rumah dia untuk sementara. Family dia pun ok dengan aku. Banyak tolong aku.



Semalam, W sms aku. Dia kata aku entah apa-apa sebab tak mesej dia. Konon aku ni tak ingat kawan. Tapi aku da cakap dah yang aku tak boleh nak selalu sms dia macam dulu. Aku ada banyak benda nak buat. And aku jugak dah agak malas nak sms2 ni. Aku sekarang layan ym je. Tak pun chatting kat facebook je. Tak tau la nape. Tapi malas betul nak menekan keypad handphone tu. Hehe. 




And lagi, aku sekarang tak banyak masa yang free dah. Yerla, balik kerja pukul 4.30. Pastu, naik bas lagi, sampai rumah dah pukul 5.30. Sampai je rumah, bukan terus rehat pun. Aku kena masak lagi. Lepas Maghrib lak, nak kena iron baju untuk kerja esoknya pulak. Kalau ada pun free, just dari pukul 9. Tu pun kalau takde hal la.



Aku dah explain kat dia sume ni. Tapi entah la. Aku just nak dia paham. Dia tetap kawan baik aku dari dulu sampai sekarang walaupun aku jarang sms dia. Aku tau dia marah aku. Tapi entah la. Tak tau nak buat macam mana. Aku just nak dia faham je yang sekarang aku dah tak boleh nak selalu sms or call dia macam dulu.  Apa nak buat wei??? Any idea???


Ok la... Got to go... Papai

~ adios ~

06 Disember 2010

~ Update Pukal ~

Hurrmm.. Rasanya dah lama aku tak update blog aku nie. Kenapa ek? Entah la. Malas kot? Haha. Jawapan yang paling sesuai aku rasa. Hehe. 



Banyak gak yang dah jadi sepanjang minggu lepas and 2 3 hari yang baru lepas nie. Salah satunya kitorang dapat bos baru. And sorang lagi pegawai kat bahagian aku dah dapat bertukar ke Melaka. So, Rabu minggu lepas SSM buat jamuan untuk meraikan pertukaran dorang tu. Huhu. Jamuan biasa-biasa je pon. Ada hadiah sikit and makan kfc. Bajet agak terhad. Hehe. Oh ya, Kak Nor pon ada datang melawat kitorang pada hari yang sama. 


Sabtu lak, aku saja je merayap dengan adik and abang aku. Konon nak pergi bayar duit yuran adik aku kat Bank Islam. Tapi dah agak lewat kan. Lagipon kitorang tak pasti ada ke Bank Islam bukak hari Sabtu. So, memandangkan kitorang keluar pon dah pukul 2 kitorang terus je merayap tanpa tujuan. Pastu konon nak ajak la si Izwan tu keluar sekali. Tapi budak tu bantai tidur la pulak. Jalan sekejap kat Low Yat and Sg. Wang and sempat la jumpa patung Upin Ipin tu. Cute! Hehe





Pastu dah tak tau ke mana, kitorang naik tren ke Sogo. Sogo ada apa la sangat kan. So, kitorang pon terus menuju ke tingkat 8. Haha. Agak2 apa ada kat tingkat tu?  Of course la Red Box Ria. Kitorang pon pergi kaunter tapi orang tu kata bilik dah penuh. Kena tunggu kejap. Tunggu la kejap. Pastu orang kaunter tu cakap guna bilik yang kat depan tu. Gila ah. Bilik untuk buat event tu dia bagi kitorang pakai. Huhu. Besar gak la bilik tu. Budak-budak yang betulkan mic lak layan kitorang macam kitorang memang tempah bilik tu. Kelakar tol. Haha. 




Best tu memang la best dapat bilik yang besar. Tapi malu la sebab orang-orang kat luar bilik tu asyik pandang2 je ke dalam. Budak yang bagi bil tu kata orang kat luar tak dengar and tak nampak apa yang kitorang buat kat dalam. Tapi dia tipu. Sebab masa kitorang keluar bilik tu, kitorang dengar tau dari luar. Hampeh punya budak. Tipu! Tak aci! Segan tau. Patut la orang-orang yang tunggu turn kat luar tu asyik jenguk-jenguk ke dalam. Huhu. Ok la. Kat bawah ni aku tunjukkan macam mana rupa bilik tu. Hehe
















Hehe. Besar kan? Not bad la. But still, sound system tak best. Hehe. Banyak komen tol kan. 




Hurmmm. Semalam lak aku hantar adik aku balik. Teman dia sampai ke Bukit Jalil je la. Tapi masa naik bas dari umah nak ke Puduraya tu, jalan jammed gila. Ape kes entah. Pastu masa dah sampai Bukit Jalil, elok2 je kan adik aku terus dapat bas yang lagi 5 minit nak jalan. Hehe. Tak payah tunggu lama2. Keh3.




Tu jela aku nak bebelkan harini. Hehe. Rajin nanti la aku update. Btw, dalam hujung bulan nie aku nak tukar pakai P1 Wimax la pulak. Nak internet yang laju. Haha. Bestnya. Goodbye la maxis broadband. Hehe. Ok la. Malas nak melalut panjang2. 



~ adios ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...