Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

02 September 2013

Kau Irama Di Jiwaku (5)

ADRIAN HAIKAL sibuk menyiapkan pelan lukisan yang masih tertangguh. Bukan kerja dia, tetapi mengapa dia yang harus menyiapkan itu semua? Adrian mengeluh. Pensel di tangan diletakkan ke meja.

"Selena, masuk ke bilik saya sekejap. Bawak fail yang saya suruh siapkan semalam," Adrian menekan intercom di hujung mejanya.

Dia bersandar. Matanya dipejamkan. Sengal-sengal di badan masih terasa. Belum puas dia berehat, rakannya yang diarahkan membuat pelan rekaan pusat membeli-belah di salah sebuah kawasan di Kuala Lumpur pula tidak hadir ke pejabat.

Tidak lama kemudian, Selena masuk dengan sebuah fail.

"Encik Adrian, ni fail yang Encik mintak."

"Letak je kat situ. Awak dah buat double check? Kot kot ada yang tersalah eja ke, missing words ke."

"Dah Encik. Saya dah check. Triple."

"Okay. Nanti kalau ada orang nak jumpa dengan saya, atau ada orang yang nak cakap dengan saya, mintak diorang buat appointment. Saya tak habis penat lagi. Saya nak relaks je hari ni."

"Baik, Encik."

Selena berpusing, menuju ke pintu.

"Selena, lagi satu.."

"Ya, Encik?"

"Lain kali, jangan pakai macam ni. Awak bukan kerja kat kelab. Ini pejabat. Sakit mata saya tengok awak. Kalau saya nampak lagi awak pakai macam ni, saya nak awak bagi notis 24 jam. Boleh?" Adrian masih bersandar di kerusinya.

Selena menarik-narik mini skirt nya kebawah. Dia berasa malu. Pantas sahaja dia keluar dari bilik bosnya itu. Dia duduk di tempatnya dan membebel sendirian. Membetulkan maskaranya yang sudah comot. Kelihatan seorang gadis cantik berjalan ke arahnya. Gadis itu mengenakan skinny jeans berwarna merah dengan sehelai kemeja putih. Wajahnya disolek nipis. Cermin mata hitamnya sengaja dipakai, menutupi asset paling penting di wajahnya. High heels merahnya menyerlahkan gaya wanita feminin. Beg tangan Gucci tersangkut di tangan kanannya. Rambutnya yang hitam pekat, berombak-ombak dibiarkan bebas.

"Cik, Encik Adrian Haikal ada tak?" gadis cantik itu bertanya ramah.

"Encik Adrian ada, tapi Cik ni siapa? Encik Adrian cakap, dia taknak jumpa sesiapa," jawab Selena mencebik. Dia meneruskan dengan mewarna kukunya.

Gadis itu mengeluh. Dia berpaling dan menuju ke arah pintu yang tertera nama Adrian Haikal.

"Eh, cik nak ke mana tu?" Selena cuba menahan gadis itu.

"Nak masuk, jumpa Encik Adrian."

"Kan saya dah cakap, Encik Adrian taknak jumpa sesiapa. Cik ni tak faham bahasa ke?"

Gadis itu menggigit bibir.

"Takkan sekejap pun tak boleh?"

Gadis itu masih mencuba untuk masuk.

Selena geram. Ditolaknya gadis itu ke tepi. Gadis itu jatuh terjelepuk ke lantai.

"Aku dah cakap, jangan kacau Adrian. Kau tak faham ke?"

Tiba-tiba pintu bilik Adrian terbuka.

"Apahal bising-bising ni Selena? Saya cakap saya nak berehat, kan? Kenapa jerit-jerit ni?" Adrian memicit-micit kepalanya.

"Perempuan ni, Encik. Saya dah kata Encik taknak jumpa sesiapa. Tapi dia degil. Asyik nak masuk je."

Adrian membongkok. Rambut yang menutupi wajah gadis yang masih terduduk itu diselak ke belakang.

"Ya Allah, Adriana Izdihar!" Cepat-cepat Adrian membantu adiknya bangun.

"Sakitlah. Kalau Yana tau la nak jadi macam ni, baik Yana pakai slipper je," ujar Adriana. Dia menjeling Selena. Adrian turut memandang ke arah Selena yang tunduk.

"Awak ni tak boleh ke, kalau buat kerja tu elok-elok? Sekali pun tak apalah. Ni adik saya. Tanyalah saya dulu," marah Adrian.

"Mana saya tau dia adik Encik," jawab Selena.

"Ada awak tanya dia? Tak ada, kan?" marah Adrian lagi.

"Dahlah Abang. Jom," Adriana menarik tangan abangnya. Adrian menuruti langkah adiknya. Selena memandang ke arah mereka sambil mencebik geram.



"ADRIAN!" suara Hasif mematikan langkah Adrian dan Adriana. Mereka berpaling. Hasif berlari kecil menuju ke arah dua beradik itu.

"Kita dapat tender tu!" Hasif menepuk bahu Adrian.

"Betul ke?" Adrian bersuara gembira.

"Yup! Tak sia-sia la masa yang kita habiskan selama ni," jawab Hasif. "Eh.. ni.. Yana kan?" Matanya terarah pula ke seraut wajah manis di sebelah Adrian.

"Ye, Yanalah ni," jawab Adriana tertawa kecil. Berubah sangatkah dia?

"Jomlah makan sekali dengan kitorang. Aku berdua je dengan Yana. Kau tak balik rumah, kan?" soal Adrian.

"Seganlah aku. Ada Yana."

"Alaa.. Macam tak biasa pulak. Jomlah. Yana pun dah lama tak jumpa abang Hasif. Boleh borak borak."

"Yana dah jumpa Adli? Senyap je dia, tak bagitau pun Yana dah balik sini," rungut Hasif tersengih.

"Yana pun belum jumpa dia. Kat mana eh dia sekarang? Yana ingat nak jumpa dia," ujar Adriana tersenyum.

"Apa-apa pun, jom makan dulu. Abang lapar," sampuk Adrian.

Ketiga-tiga mereka melangkah ke kafe yang berhampiran.



SEBUAH Mercedes Benz SLR McLaren jenis Roadster berwarna putih berhenti-betul betul di hadapan bangunan hijau muda itu. Kertas yang diberikan Hasif tadi dibeleknya. Ini la alamat yang abang Hasif bagi tadi, getus Adriana dalam hati. Adriana mencari kawasan kosong untuk meletakkan kereta. Kaca mata hitam menjadi peneman setianya. Entah mengapa, Adriana suka mengenakan kaca mata hitam. Dia keluar dari kereta dan mengatur langkah ke arah pondok pengawal di hadapan bangunan itu.

"Encik, alamat ni kat mana ye?" Adriana menghulurkan kertas di tangannya.
 
"Betullah alamat ni kat sini. Nanti, bila cik dah masuk ke dalam, cik naik tangga ke tingkat satu, cik jalan ke sebelah kanan. Cik tengok bilik yang ada bertulis THE RESULT. Kat situlah," jawab pengawal keselamatan itu ramah.

"Terima kasih banyak ye Encik."

Adriana berjalan mengikut arah yang ditunjukkan oleh pengawal keselamatan itu tadi. Dia sudah pun berada di hadapan pintu bilik latihan The Result. Adriana mengetuk pintu, namun tiada jawapan. Dia menolak daun pintu bilik tersebut dan nampaknya tiada sesiapa di situ. Adriana masuk dan meninjau-ninjau kawasan di dalam bilik tersebut.

"Cik, cari siapa?" suara seorang lelaki membuatkan Adriana terkejut. Dia mengurut dadanya. Pantas berpaling ke arah suara itu. Kelihatan seorang jejaka yang tinggi lampai dan berkulit cerah sedang berdiri dan memandang ke arahnya. Adriana tersenyum.

'Senyum tu..' getus Adli sendirian.

"Adli Syafiq!" Adriana menjerit riang dan berlari ke arah Adli. Kaca mata hitamnya ditanggalkan. Dia tersenyum gembira. "Dah jadi artis eh kau sekarang?" Adriana menyiku Adli.

Adli tersenyum.

"Kau dah besarlah, Yana!" Adli tergelak.

"Yelah, makin besarlah. Takkan makin kecik," sahut Ariana. "Mana band mates kau?"

Adli masih tersenyum. Mereka berjalan beriringan ke studio The Result sambil ditemani tawa gembira.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...