Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

26 Ogos 2013

Kau Irama Di Jiwaku (1)

Assalamualaikum and selamat pagi kepada pembaca blog cabuk ni... Hehe.. 


Harini aku tak nak merepek pun. Saja nak buat makluman sikit. Kot-kot nanti singgah sini balik, korang terkejut pulak kan. Haha. (Perasan je ada orang baca blog ni kan?? Huhu) Ok.. Untuk makluman korang, mulai harini blog ni akan bercampur sikit dengan novel hasil tulisan arwah adik aku sendiri. Saja nak share kat sini. Kebetulan semalam masa aku on laptop dia, aku terjumpa novel-novel ni. Nak post kat blog dia pun tak boleh memandangkan aku still tak tau apa password blog tu. Password emel dia pun aku tak tau. So, aku post la dekat sini. And InsyaAllah.. Kalau aku rajin and ada masa, aku akan cuba sambungkan pulak novel-novel dia yang baru siap separuh jalan. Kebanyakan plot cerita novelnya aku tau sebab aku yang banyak bagi idea. Cuma mungkin akan ambik masa untuk mengarang ayat. Apa pun.. Hope korang suka dengan novel-novel ciptaan arwah adik aku ni and sebarang komen untuk penambahbaikan amat dialu-alukan. Terima kasih.. :p 


**************************************************************


KAU IRAMA DI JIWAKU (1)


DIA melangkah keluar sambil tangan kanannya menarik beg pakaian. Tangan kirinya memegang sebuah buku dan beberapa helai kertas yang dipeluknya ke dada. Kaca mata hitamnya sengaja dipakai, melindungi mata bundarnya. Dia berdiri sambil menjenguk jenguk sekelilingnya. Mencari wajah-wajah dikenali. Dia tersenyum dan melambai apabila terlihatkan seorang lelaki yang hampir separuh abad dan seorang lelaki muda menghampirinya.

"It has been more than four years, Cik Riana," ujar lelaki yang agak berusia itu sambil tersenyum.

Lelaki muda yang datang bersamanya pantas mengambil beg pakaian yang berada di tangan gadis itu. Gadis itu tersenyum.

"Thank you. Yelah pakcik. Dah empat tahun pun. Dah lama Yana tak balik ke sini."

"Itulah, Cik Riana yang taknak balik ke sini. Ayah Cik je yang selalu ke sana."

Adriana tersenyum. "Abah mana? Ibu?"

"Datuk mungkin kat pejabat. Pagi pagi lagi Datuk dah suruh saya tunggu Cik Riana. Tak sabar nak jumpa Cik agaknya," jawab lelaki itu dalam senyuman.

"Ala.. kalau Abah nak jumpa Yana, takkanlah dia tak datang," rungut Adriana. "Dah la pakcik. Jom!" Adriana tertawa senang.

Setelah empat tahun, akhirnya dia kembali ke tanah air. Dia sungguh gembira dan teruja. Maklumlah, sudah lama di bumi asing, sendirian tanpa teman. Bibirnya sentiasa mengukirkan senyuman ditemani rasa gembira untuk bertemu insan-insan yang sangat dirindui.

Baru sahaja dia melangkahkan kaki ke luar daripada lapangan terbang itu, dia diserbu oleh beberapa orang wartawan. Adriana terkejut, namun dia hanya tersenyum.

"Cik Riana, cik dah tamatkan pengajian? Cik balik ke sini sebab nak menguruskan syarikat Datuk Abdul Aziz ke?" soal salah seorang wartawan itu.

Adriana masih lagi tersenyum dan berusaha meninggalkan wartawan-wartawan yang berada di situ. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Ditinggalkannya suara wartawan yang bertingkah itu tanpa sebarang jawapan. Cuma lelaki separuh abad itu sahaja yang menasihati agar mereka tidak bertanyakan apa apa soalan kepada Adriana.



ADRIANA masuk ke dalam kereta. Pantas sahaja dia mencari telefon bimbitnya. Nombor rumahnya didail. Setelah beberapa deringan, kedengaran suara ibunya.

"Ibu!" jerit Adriana gembira.

"Yana.. terkejut ibu! Yana dah sampai mana?" ibunya bertanya senang.

"Baru masuk dalam kereta. Pakcik Syed yang jemput. Ibu buat apa?"

"Ibu tengah masak. Tunggu anak dara ibu sampailah," jawab ibunya.

"Bestnya! Yana pun tengah rindu masakan Ibu yang sedap tu," ujar Adriana tergelak suka.

"Bodek Ibu ke ni? Amboiii.. rindu masakan Ibu je? Ibu ni Yana tak rindu ke?" usik ibunya.

"Ibu, lagi lagi lagi lagi Yana rindu!"

Buat beberapa ketika, perbualan ibu dan anak itu diteruskan. Diselangi gelak tawa. Talian dimatikan.

"Pakcik, kita singgah kedai dvd dulu. Yana nak beli barang kejap."

Syed Hamid mengarahkan lelaki yang lebih muda itu membelok ke kanan.



SEHELAI demi sehelai muka surat majalah itu diselaknya. Tiada satu pun cerita yang menarik perhatiannya. Mulutnya tidak berhenti daripada mengunyah kerepek pisang yang dibuat ibunya.

"Esok jangan lupa datang awal. Ada rehearsal untuk next performance," suara Adam memecahkan kesunyian yang baru tercipta. - Adam Hakim. Ketua kepada empat orang anak buahnya. Mereka menggelarkan kumpulan mereka The Result. Kumpulan yang sedang meningkat naik. Baru berusia 25 tahun dan lebih dikenali sebagai Add di kalangan peminat. Dia merupakan pemain gitar utama dalam kumpulannya itu.

"Okay," jawab Alif, tangannya masih bermain dengan kayu drum nya.

Nama sebenarnya Alif Sufyan. Tetapi, peminat menggelarnya sebagai Sean. Dia baru sahaja berusia sembilan belas tahun. Dia mempunyai seorang kembar yang juga salah seorang daripada anggota kumpulan The Result juga.

Kembar kepada Alif, Khalif Rayyan atau pun Ray, pemain gitar kedua The Result. Mereka berdua sangat berbeza. Biar pun wajah mereka langsung tiada beza, namun sikap mereka sangat berbeza. Alif Sufyan lebih tenang dan senyap. Manakala Khalif Rayyan lebih bersikap terbuka dan banyak bercakap.

Di sudut bilik itu, Ahmad Danial sibuk membetulkan not-not muziknya. Danial yang lebih dikenali sebagai Danny, berusia 23 tahun adalah bassist dalam kumpulan The Result.

Matanya masih terarah pada majalah ditangan. Tiba tiba dia kaku. Jarinya berhenti daripada bergerak apabila terbaca keratan ayat yang membuat jantungnya berdebar kencang. Entah mengapa, rasa marah dan gembira mula menjentik tangkai hatinya.

"Hoi Lee! Kau kenapa? Senyap je dari tadi," suara Danial yang seperti halilintar itu mengejutkan Adli.

Adli Syafiq. Vocalist utama The Result. Jejaka yang berusia 24 empat tahun itu memiliki susuk tubuh yang menarik. Tinggi lampai dan bersuara serak. Tidak hairanlah mengapa dia yang paling diminati oleh gadis-gadis di luar sana.

"Terkejut aku!"

Majalah yang berada di tangannya terlepas dari pegangan. Jelas dia terkejut. Rakan rakannya yang berada di situ ketawa besar. Terasa kelakar melihat wajah Adli yang terkejut itu.

"Orang cakap dengan kaulah Lee," celah Rayyan setelah tawanya reda.

"Aku tak perasan. Apa dia?" Soal Adli kembali.

"Laaa.. Aku pesan, esok jangan lupa datang awal. Danial suruh kau ambil dia pagi esok," ujar Adam. "Apa yang kau tengok tu?" Pantas sahaja tangannya mencapai majalah yang sudah pun berada di atas lantai.

"Adriana Izdihar? Macam kenal.." sampuk Danial. Entah bila dia berada di sebelah Adam.

"Adriana Izdihar?!!" hampir serentak keempat empat mereka menjerit.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...