Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

02 September 2013

Kau Irama Di Jiwaku (4)

ADLI SYAFIQ memarkirkan kereta berhampiran dengan sebuah bangunan yang tersergam indah. Berhadapan dengan bangunan empat tingkat itu, terdapat beberapa deret kedai menjual pelbagai barangan. Tidak jauh daripada deretan kedai tersebut, ada sebuah taman tasik, di mana Adli dan rakan rakannya selalu menghabiskan masa untuk mencipta lagu. Di dalam kawasan taman itu, ada pula food court yang menjual bermacam jenis makanan. Mereka tidak perlu susah-susah untuk mencari makanan dan peralatan muzik mereka mahupun peralatan lain di kawasan yang jauh. Semua sudah tersedia.

"Korang dah makan? Kitorang belum makan lagilah," tiba tiba Rayyan bersuara sambil menggosok gosok perutnya tanda dia lapar.

Danial tersengih. Dia mengangguk.

"Kita tunggu Adam sampai dulu. Kejap lagi sampailah kot," jawab Danial masih tersengih.

Giliran Rayyan pula yang mengangguk.

Baru sahaja mereka hendak melangkah masuk, deruman enjin daripada Ducati Superbike 848 EVO mematikan langkah mereka. Kelihatan sebuah super bike merah menghampiri mereka.

"Awal sampai," ujar penunggang super bike tersebut.

"Yelah, Dam. Kau yang suruh kitorang datang awal. Kenalah ikut cakap ketua," sahut Adli sambil mencapai huluran tangan Adam.

"Cepatlah pergi parking motor kau tu, aku dengan Alif belum makan lagi," Rayyan menepuk bahu Adam.

"Mak aku ada buat nasi lemak untuk korang. Special lagi! Tak payahlah beli kat luar. Kalau nak buat air pun, kat pantry ada macam-macam air. Tinggal nak bancuh je," jawab Adam
 
"Okay jugak tu! Dah lama kitorang tak makan nasi lemak yang mak kau buat! Jomlah," ajak Alif tersenyum.

Adam meletakkan super bike nya bersebelahan dengan Toyota Lexus milik Adli. Dia menanggalkan topi keledar dan sarung tangannya. Beg galasnya dicapai dan dia berjalan ke arah rakan rakannya. Jacket kulit biru tua masih tersarung di tubuhnya. Kelima lima anak muda itu berjalan beriringan menuju ke dalam bangunan berwarna hijau muda itu.



ADAM mengeluarkan kunci pintu studio mereka. Masing masing menanggalkan kasut masuk dan menuju ke locker. Menyimpan beg dan sebagainya.

Bilik latihan mereka agak besar. Sebenarnya bilik latihan mereka itu pada asalnya cuma bilik untuk latihan menari. Tetapi, sudah diubahsuai, menempatkan studio, dapur, bilik mandi, bilik rehat dan bahagian mereka berlatih dengan peralatan muzik. Yang memisahkan antara tempat rehat mereka dan kawasan jamming mereka dengan studio ialah pintu kaca. Bilik studio berada di sebelah kiri bilik dan tempat mereka berlatih pula ada di bahagian tengah bilik. Dan di bahagian kanan sekali adalah tempat mereka berehat. Tempat di mana si kembar Rayyan dan Alif selalu menari, dikelilingi cermin di setiap bahagian dinding. Kedua dua mereka dianugerahkan dengan bakat menari yang luar biasa. Cuma anggota kumpulan The Results sahaja yang tahu akan kelebihan si kembar itu.

"Sebenarnya aku dah makan, tapi sebab mak kau yang masak, aku tak boleh tolak," Adli memulakan bicara setelah duduk di sebelah Adam.

"Mak kau masak apa hari ni, Lee?" tanya Adam.

"Nasi lemak favorite akulah."

"Nasi lemak jugak?" Adam tergelak.

Adam mengeluarkan beberapa polisterin yang berisi nasi lemak.

"Bau pun dah buat aku lapar," Alif mengambil tempat bersebelahan dengan Adli. Rayyan ikut duduk di sebelah abang kembarnya.

"Mana Danny?" soal Adam.

Danial datang dengan membawa dulang dan lima biji mug. Dia menghulurkan setiap mug yang berisi milo panas itu kepada setiap seorang daripada mereka.

"Bestlah ada abang macam kau, Danny! Selalu buatkan air untuk kitorang," usik Rayyan.

"Aku terpaksa, okay? Nak harap korang buat, langsunglah," jawab Danial.

Mereka sama sama ketawa mendengar jawapan Danial itu.

"Alif, Rayyan, mak cik dengan pak cik korang dah okey ke?" soal Adam. Nasi lemak yang berada ditangan disuap ke mulut.

"Macam biasalah Adam. Tak tahulah nak buat macam mana. Tadi pun, saja kitorang tak makan kat rumah. Tak larat nak dengar," adu Rayyan.

"Aku pun tak tahulah kenapa dengan family kitorang tu. Benci sangat dengan kitorang. Kitorang tahu kitorang anak angkat, tapi kalau betul kitorang menyusahkan, baik kitorang tinggal berdua je. Tak ada nak menyusahkan sesiapa," Alif mula menyuarakan rasa perit yang disembunyikan sejak sekian lama.

"Kalau ikutkan hati aku, nak je aku tumbuk muka si penyibuk tu. Dia tak jemu kot menghasut, mengutuk kitorang dekat mak bapak dia. Nasib baik ada Alif. Sabarlah sikit aku."

"Kalau one day korang rasa tak boleh tahan, bagitau aku. Aku bukan ketua korang je, aku dah anggap korang semua macam adik-adik aku. Kalau takde tempat nak pergi, inform je. Tak ada duit pun bagitau," ujar Adam menghentikan suapannya.

Di kalangan mereka, Adamlah yang paling berada. Dia cuma ada seorang kakak, ibu dan bapa yang sangat sayangkannya. Bapanya ada membuka syarikat sendiri dan ibunya pula ada restoran yang sangat terkenal. Masakan ibunya memang sedap. Sebab itu apabila Adam membawa bekal untuk rakan-rakannya, mereka tidak pernah menolak. Kakak Adam pula membantu bapanya di pejabat. Kadang-kadang Adam akan datang ke kedai ibunya. Bila sudah bergelar penyanyi, sudah tentu ramai peminat yang mengerumuninya. Namun begitu, Adam tidak lokek memberi senyuman dan sentiasa melayan kehendak peminat-peminatnya yang ingin mengambil gambar bersamanya dan ada juga yang meminta tandatangannya.

Kembar Alif dan Rayyan pula dipelihara oleh ibu saudara mereka dan suaminya. Mereka mempunyai tiga anak. Seorang lelaki dan dua perempuan. Lumrah hidup menumpang, pasti akan ada yang membenci. Keluarga yang mewah, namun cuma mewah dengan wang ringgit yang membuatkan Rayyan dan Alif sering berasa kekosongan. Malah, anak kepada Puan Suraya dan Encik Hamdan, Anuar begitu benci akan mereka dan selalu menghasut ibu bapanya supaya membenci kembar berdua itu.

Danial pula anak tunggal Encik Khairul dan Puan Aminah. Hidup mereka agak senang. Namun begitu, mereka lebih suka hidup bersederhana. Bapa Danial bekerja sebagai pegawai di salah sebuah bank yang terkenal manakala ibunya surirumah sepenuh masa.

Dan Adli. Sejak bapanya meninggalkan dia dan adik-beradiknya, Adli dibesarkan oleh ibunya, Puan Halimah. Adli mempunyai seorang abang dan seorang adik, Hasif dan Syahmi. Abangnya merupakan salah seorang jurutera di Empire Holdings dan kawan baik kepada abang Adriana, Adrian Haikal. Kakak iparnya bekerja sebagai guru di sekolah menengah, dia ada adik yang bernama Syahmi, baru berusia tujuh belas tahun dan ibunya duduk di rumah menjaga makan pakai anak menantunya. Walaupun bapa mereka lama menghilangkan diri, tiga beradik itu tetap berusaha untuk menggembirakan ibu mereka. Adli bersyukur kerana hidupnya jauh lebih baik daripada Aliff dan Rayyan.

"Kalau segan dengan Adam, bolehlah duduk dengan aku. Aku sorang-sorang je kat rumah tu. Mak aku mesti suka kalau korang duduk dengan aku. Tak adalah sunyi sangat. Abah aku tu, kadang-kadang balik malam," sampuk Danial.

"Kalau tak nak pun tak apa. Korang pilih la nak tinggal dengan siapa pun. Kalau dengan aku, kecik tapak tangan, stadium bola aku tadahkan. Ada aku, Hasif.. Syahmi pun ada. Korang bukan tak kenal family kitorang pun, kan? Rumah kitorang, available untuk korang. Kalau korang nak gilir-gilir duduk rumah kitorang pun kitorang tak kisah. Betul tak?" ujar Adli sambil meratah sambal sotong.

Danial dan Adam mengangguk tanda setuju.

Alif diam. Ada rasa sebak yang mula menjentik tangkai hatinya. Bukan senang mencari kawan seperti mereka. Susah dan senang diharungi bersama. Mereka sudah saling mengenali sejak mereka berada di tingkatan dua. Adli yang paling banyak membantu mereka. Adli jugalah yang membawa mereka menjadi ahli muzik. Mereka bermula dari bawah. Sejak mereka di bangku sekolah lagi mereka sudah mula menyertai pertandingan nyanyian dan mereka membuat persembahan di majlis-majlis keraian. Walaupun begitu, pelajaran adalah keutamaan mereka. Masing masing berjaya dalam pelajaran.

Adli menepuk bahu Alif.

"Dahlah. Kalau ada apa-apa, jangan segan. Bagitau kitorang. Kitorang try tolong. Macam tadilah. Kalau takde tempat nak pergi, takde duit, bagitau. Tinggal dengan kitorang kalau taktau nak pergi mana."

Alif dan Rayyan mengangguk serentak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...