Followers

09 Mei 2012

Expert Talk : Fizikal + Rohani

Assalamualaikum and selamat malam..


Hoho.. Lama gila tak jenguk blog ni. Agak busy sekarang ni. Banyak benda nak kena buat. Nak layan blog pon sampai takde masa. (Alasan lapuk lagi) :p Dah la haritu aku cakap nak update pasal meeting kat Sarawak kat blog ni. Tapi sampai sudah tak jugak update. Sangat tak menepati janji la Cik Rimau ni. Adehhh.. 


Okeh. Tak payah nak mukadimah panjang berjela. Terus ke tujuan utama aku membebel malam ni. Actually, siang tadi aku ada join program expert talk anjuran Persatuan Penolong Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PPPM). Sangat best okeh. Sebab apa? Sebab penceramah-penceramahnya best la. Haha. :p


Expert talk tadi ada dua bahagian. Bahagian pertama disampaikan oleh Encik Kevin Zahri. Kenal tak? Kalau kenal, bagus. Bagi yang tak kenal, Kevin Zahri ni pakar pemakanan and selebriti kecergasan. Nak kenal lebih lanjut, sila ke blog dia yer. Banyak tips-tips berkaitan pemakanan seimbang, cara diet yang sesuai and ada jugak cara nak kurus dengan sihat kat situ. Kalau korang rajin, sila la usha page dia. Tak rugi pon. :p Encik Kevin Zahri ni sampaikan ceramah yang bertajuk "Bagaimana mencapai keseimbangan pekerjaan dan kesihatan diri penjawat awam". Best cara dia sampaikan ceramah. Tak bosan. Hehe.


Bahagian kedua pulak disampaikan oleh Prof. Dr. Muhaya Muhammad dengan tajuk "Reset Minda". Best jugak cara penyampaiannya. Pendek kata, aku tak bosan dengar. Hehe. Lagipun, kebanyakan yang diperkatakan oleh Prof ni banyak berkaitan dengan rohani kita. Ok la tu kan. Mula-mula cakap pasal kesihatan fizikal. Then, pasal rohani pulak. Seimbang kan? Hehe. Kesimpulannya, memang tak rugi la aku join program ni tadi. :D



Nota Cik Rimau : Tak nak janji kosong dah lepas ni. :p

15 April 2012

Sahabat Terbaik.. Dulu, Kini dan Selamanya...

Assalamualaikum and salam Ahad..


Selamat berhari minggu kepada sesiapa je yang singgah ke blog buruk ni. Haha. Lama tak update. Ikutkan ada je benda nak cerita. Tapi kemalasan nak menaip tu yang jadi penghalang. Itu la punca kenapa blog ni dah makin banyak sawang. Hehe. :p


Penat tak hilang lagi ni. Actually, aku baru je balik dari Sarawak petang semalam. Tiga hari aku kat sana atas urusan kerja. Walaupun penat, tapi banyak jugak kenangan best sepanjang kat sana. Paling best, aku dapat jumpa balik sorang lagi kawan baik aku masa kat sana. Aku pernah cerita sebelum ni yang aku ada tiga orang kawan baik masa stay asrama kat sekolah menengah dulu. Sebelum ni aku dah jumpa dengan dua orang daripada kawan baik aku tu. Wahidah and Ira. 

17.3.2012 - Jumpa Wahidah masa birthday aku bulan lepas. Tak dapat jumpa lama. Huhu. Hope dapat jumpa lagi lepas ni. Rajin-rajin la datang KL ni yer Wahidah. Hehe  :p
23.3.2012 - Jumpa Ira masa KLCC Grand Prix Live Concert (Masa SNSD a..k.a  Girls' Generation datang Malaysia). Plan last minute. Tak sangka boleh jumpa. :D

And yang terbaru ni, aku jumpa pulak dengan Izzati. Kebetulan aku terpilih jadi urusetia untuk meeting anjuran bahagian aku. Kawan aku pulak belajar kat UNIMAS. Alang-alang aku dapat sampai ke Kuching tu, tak salah rasanya kalau aku jumpa dengan dia kan? Hehe. Semangat gila makcik ni nak jumpa aku. Dengan bertemankan dua orang kawan serumah dia, dapat jugak kitorang jumpa. Kesian dia tau. Sanggup naik van sapu semata-mata nak jumpa. Hehe. Tq Zati. 


13.4.2012 - Abaikan muka aku yang semakin gemuk tu. Haha. Kawan aku yang pakai baju belang tu yer. Zati namanya. :p  Kawan yang aku kenal dari sekolah tadika lagi. Kampung dia sebelah je dengan kampung aku. :-)

Sangat-sangat berpuas hati sebab akhirnya dapat jugak aku jumpa dengan ketiga-tiga orang kawan baik aku ni. Kawan-kawan yang selalu tolong aku dari dulu sampai sekarang. Walaupun jarang-jarang contact satu sama lain, aku harapkan kitorang akan kekal jadi kawan baik/rapat sampai bila-bila. Insha Allah :-p 



Nota Cik Rimau : Lain-lain gambar sepanjang Cik Rimau kat Sarawak akan diupdate esok. Cik Rimau nak kumpul gambar dari sume kamera yang ada haritu. Hehe. Nak pilih gambar-gambar best je. :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...