Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

02 September 2013

Kau Irama Di Jiwaku [9]

ADRIANA bersarapan dengan ahli keluarganya yang lain. Dia sudah pun bersiap-siap untuk mengambil Hanis. Tetapi sebelum itu, dia ingin membeli sedikit buah tangan buat ibu bapa dan adik-adik Hanis. Adriana terus menyuap mee goreng dalam pinggannya ke mulut dengan berselera sekali.

“Yana nak ambil Hanis pukul berapa?” soal ibunya yang sudah selesai makan.

“Dalam pukul sepuluh kot. Dia cakaplah pukul sepuluh. Yana nak pergi kedai dulu, nak beli buah tangan sikit untuk family Hanis. Nak pergi jumpa Adli kejap,” jawab Adriana.

“Ada ke duit?” soal Datuk Abdul Aziz pula.

Adriana tersengih.

“Ada. Banyak lagi duit yang Abah bagi hari tu. Tak habis pakai lagi,” jawab Adriana. Dia masih belum berhenti makan.

Datuk Abdul Aziz mengeluarkan beg duitnya. Beberapa keping not lima puluh ringgit disuakan kepada anak perempuan tunggalnya itu. Adriana tersenyum gembira. Nampaknya, selamatlah duit poketnya kali ini. Dia berterima kasih kepada bapanya dan dia menghabiskan makanannya. Apabila Adrian dan Datuk Abdul Aziz bangun, dia turut bangun. Selepas bersalaman dengan ibu dan bapanya, dia bergerak pula kepada Adrian. Adrian mengeluarkan tiga keping wang kertas yang bernilai seratus ringgit. Adriana menyambut huluran abangnya.

“Murah rezeki Yana hari ni, dapat duit,” gurau Adriana.

“Memang seronoklah cerita dia. Dapat duit, tapi tak payah kerja,” ejek Adrian.

Adriana muncung. Wang tiga ratus pemberian Adrian dikembalikan.

“Merajuk jelah kerja budak ni,” usik Adrian.

Adriana ketawa senang.

“Okeylah, Yana gerak dulu. Jaga Ibu dengan Abah kat rumah,” gurau Adriana lagi. Dicapainya tangan Adrian dan dia bersalaman dengan abangnya. “Yana pergi dulu.” Enjin Mercedes SLR McLaren nya dihidupkan. Dia terus memandu keretanya ke rumah Adli.



ADLI sudah bersiap-siap. Cuma menunggu Adriana sahaja untuk sampai ke rumahnya. Dia duduk di kerusi taman yang berada di bahagian hadapan rumahnya. Ibunya keluar, memberikan beberapa bungkusan kerepek pisang.

“Bagi ni pada Yana. Dia suka makan kerepek ni. Mak nak masuk ke dalam, tengok Haziq. Mak masuk dulu,” Mak Cik Halimah terus masuk ke dalam rumah.

Adli tersenyum menatap bungkusan yang dikirimkan ibunya untuk Adriana. Adriana tidak pernah menolak tentang hal makan. Deruman enjin kereta Adriana membuatkan Adli bingkas bangun. Seperti biasa, dia menyarungkan jacket kulit ke tubuhnya dan ditemani sling bagnya. Bungkusan kerepek untuk Adriana dijinjing di tangan kanannya. Langkahnya laju menuju ke kereta Adriana.

“Kau takde latihan ke hari ni?” soal Adriana setelah Adli sudah duduk di sebelahnya.

“Ada, but sebelah petang. Kembar tu ada kelas waktu pagi,” jawab Adli. “Eh, ni mak aku pesan suruh bagi kat kau, “ Adli menghulurkan bungkusan kerepek tadi.

“Apa ni?” dijenguknya isi di dalam beg plastik itu. “Ehhh! Kerepek the best in the worldlah!” Adriana tertawa gembira.

Adli turut tersenyum. Deruman enjin kereta Adriana membelah jalan raya yang masih kosong.



“KAU rasakan Adli, apa nak beli untuk buat buah tangan untuk mak ayah Hanis?” soal Adriana setelah mereka habis membeli baju-baju untuk diberikan kepada keluarga Hanis.

“Beli yang biasa-biasa je. Buah ke, makanan ke..” Adli memberi cadangan.

Adriana mengangguk. Bibirnya dimuncungkan dan dia mengerutkan dahi. Biar keningnya kelihatan bersambung.

“Yana, kau ni tak berubah. Sama je perangai kau,” ujar Adli.

“Sama? Apa yang sama?” Adriana mengangkat kening.

“Expression kau tu la! Dari dulu, sama je,” balas Adli tersenyum.

“Ha’ah. Kadang kadang orang cakap aku kurang ajar sebab aku selalu buat muka macam ni. Padahal ni dah jadi tabiat aku. Nak buat macam mana, kan? Tapi sekarang, aku dah tak buat sangat muka macam ni, just dengan orang-orang yang rapat je.”

Adli diam. Ditariknya tangan Adriana ke kedai yang menjual pelbagai jenis makanan dan buah-buahan.

“Adli, aku nak beli buah la. Tapi Hanis cakap, sekarang tengah musim buah kat kampung dia.”

“Alaa.. takkan la buah epal, pear dengan anggur pun ada kat kampung dia,” usik Adli.

Betul jugak, getus hati Adriana. Dia memilih buah-buah tersebut dengan bantuan Adli.

“Aku pun nak beli untuk band mates aku,” ujar Adli.

“Beli la, bagus jugak. Biar aku belanja.”

“Ehhhh! Tak payah. Aku boleh bayar.”

“Adli.. kan aku yang ajak kau keluar, mestilah aku yang kena belanja,” tukas Adriana.

Adli mengangkat kening, tanda dia kalah. Setelah membayar harga buah-buahan itu, Adriana menghantar Adli terus ke studio The Result.

“Tak nak masuk dulu ke?” tanya Adli.

“Tak payahlah. Aku nak ambil Hanis ni. Kalau boleh, dia nak sampai before solat Jumaat.”

“Kalau macam tu, takpelah. Take care, okay?”

“Kirim salam kat yang lain,” ujar Adriana sebelum Adli keluar dari kereta Adriana.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...