Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

02 September 2013

Kau Irama Di Jiwaku [8]

ADLI SYAFIQ duduk membetulkan tali gitar akustik kesayangannya. Sesekali dipetiknya tali gitar itu, bagi memastikan gitarnya berada dalam keadaan baik. Alif duduk di sebelahnya. Satu keluhan terkeluar dari mulutnya. Adli memberhentikan pergerakan jari-jarinya yang berada pada badan gitar itu.

“Kenapa ni, Alif?” tanya Adli hairan.

“Takde apalah Lee. Biasalah. Hal rumah. Aku tak boleh stop dari fikir pasal family aku tu. Semalam, diorang halau aku dengan Rayyan,” adu Alif.

“Eh, kenapa pulak diorang nak halau korang?” sampuk Danial, turut mengambil tempat berhampiran dengan Adli dan Alif. Rayyan dan Adam keluar untuk membeli makanan tengah hari buat mereka berlima.

“Mak cik aku tu cakap, kitorang ambil dadah. Sebab tu asyik letih je,” rungut Alif.

“Melampaunya diorang tu. Korang tak jawab balik ke?” soal Danial lagi.

“Sebab aku dengan Rayyan menjawab baliklah kitorang kena halau. Aku tak tahan dah nak duduk rumah tu. Kalau boleh, aku nak cepat-cepat berambus dari rumah tu. Maybe kalau duit dah cukup, payment show-show kita tu, aku ingat nak ajak Rayyan sewa kat tempat lain la. Makin lama aku duduk dalam rumah tu, makin tension aku dibuatnya.”

“Kan kitorang dah cakap, tak payah sewa kat luar. Tinggal dengan kitorang," sampuk Adli.

Danial setuju.

“Alif, Rayyan, kalau korang setuju, boleh la tinggal dengan aku. Aku takde adik beradik lain. Bolehlah korang jadi adik aku,” ujar Danial, ikhlas.

“Kalau aku dengan Rayyan tinggal rumah kau, tak ke menyusahkan kau dengan parents kau? Kitorang serik duduk dengan orang, menumpang. Kalau boleh, aku taknak la menyusahkan orang,” Alif memandang tepat ke wajah Adli dan Danial silih berganti.

“Betul jugak cakap Danial tu. Dia takde adik beradik lain, macam aku dengan Adam, ada abang, ada kakak, ada adik. Aku risau kau tak selesa la kalau tinggal dengan aku. Tapi, aku suka kalau korang boleh tinggal dengan aku. Boleh jugak aku jadi tutor korang,” kata-kata Adli membuatkan Alif mula berfikir.

Dia mungkin boleh belajar dengan Adli, tapi.. adik beradik Adli sudah ramai. Dia tidak mahu menyusahkan orang disekeliling.

“In case kau segan dengan mak and kakak ipar Adli, tinggal dengan aku. Nanti aku tanya Mama dengan Ayah aku. Kalau diorang on, esok dah boleh pindah rumah aku. But still, korang boleh belajar dengan Lee, rumah kitorang dekat-dekat je,” Danial beriya-iya mengajak Alif dan Rayyan tinggal bersamanya.

Alif termangu sekali lagi. Kata Danial ada betulnya. Alif dan Rayyan mengambil jurusan yang sama dengan Adli, iaitu jurusan kedoktoran. Adli menamatkan pengajian sebagai pelajar cemerlang. Sudah tentu mereka akan menjadikan Adli sebagai role model dan tutor mereka. Adam dan Danial pula masing-masing mengambil jurusan dalam bidang undang-undang dan bidang kejuruteraan awam. Cuma kesemua mereka masih belum berkerja kerana ingin memberikan komitmen terhadap industri hiburan.

“Nanti, aku bincang dengan Rayyan. Kalau dia kata okay, aku setuju la duduk rumah kau,” jawab Alif tersenyum tawar.

“Syiokkk! Dapat adik baru,” Danial ketawa gembira. Adli dan Alif cuma tersenyum.

“Assalamualaikum!” Adam berjalan masuk kedalam bilik latihan itu dengan beberapa beg plastik di tangannya. Rayyan mengekori Adam dari belakang. Mereka terus duduk bersila di hadapan rakan-rakan mereka yang bertiga itu. Yang lain bangun untuk mencuci tangan.

“Apa yang kau beli, Dam?” soal Adli setelah duduk kembali di tempatnya tadi. Pinggan mangkuk yang diambil dari pantry, disuakan kepada Adam. Adam menyambut mangkuk dari tangan Adli.

“Ada nasi putih, ikan bakar dengan air asam, ayam masak kicap and gulai lemak sayur. Sambal belacan dengan ulam pun ada,” jawab Adam, memasukkan lauk-pauk ke dalam mangkuk-mangkuk yang Adli berikan tadi.

Adli tersenyum. Sambal belacan? Terus dia teringatkan Adriana. Katanya, dia suka lelaki yang gemarkan sambal belacan.

“Kau dah kenapa Lee? Sengih sorang-sorang? Teringatkan Adriana la tu?” suara Rayyan menghentikan lamunan Adli.

Macam tau-tau je budak sorang ni. Adli mengangkat kening. Rayyan tersengih-sengih.Seperti biasa, Danial yang akan membancuh air untuk mereka semua. Dia datang dengan menatang dulang yang berisi gelas dan satu jag Sunquick sejuk. Dia mengambil tempat dan mereka mula makan. Walaupun mereka semua adalah lelaki, mereka bijak membawa diri, tidak menyusahkan ibu bapa dan berusaha mencari duit poket sendiri. Persahabatan mereka seperti adik-beradik kandung. Biarpun tiada panggilan ‘abang’, mereka tetap menghormati satu sama lain.



ADRIANA mengemaskan pakaiannya. Baju-bajunya dimasukkan ke dalam beg. Menurut Hanis, ada kenduri di kampungnya. Adriana mencapai baju kurung berwarna putih pemberian Razin. Baju kurung itu dibawa oleh Razin ketika dia baru pulang bercuti di Malaysia. Kata Razin, dia sendiri yang memilih baju itu Adriana. Dia berbangga kerana Adriana suka akan baju itu. Adriana meneliti corak dan jahitan di baju kurung moden itu. Berbunga-bunga kecil berwarna merah jambu. Memang itulah baju kurung kesukaan Adriana. Satu keluhan kecil terlepas dari dua ulas bibirnya. Baju itu disimpannya kembali. Dikeluarkan pula baju kurung berwarna ungu. Baju kurung kosong itu dimasukkan ke dalam beg pakaiannya.

“Apa lagi, eh?” Adriana berkata sendiri. Setelah merasakan semua sudah lengkap, Adriana merebahkan diri ke katil. Pagi esok dia akan mengikut Hanis balik ke kampungnya. Pagi esok, dialah yang akan mengambil Hanis dengan menaiki keretanya sendiri. Sudah pasti dia merasa teruja. Dia kenal Hanis ketika Hanis bersekolah dengan sekolah menengah yang sama dengannya. Hanislah yang memahami dirinya. Adriana memejamkan mata, berharap dia akan lelap dengan segera.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...