Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

26 Ogos 2013

Kau Irama Di Jiwaku (3)

ADLI mengambil tempat duduk di sebelah abangnya, Hasif. Abangnya sibuk membaca surat khabar sambil menghirup kopi di dalam cawannya. Kakak iparnya pula sedang menyuapkan nasi goreng ke mulut anak sulungnya.

Ibu Adli menghulurkan sepinggan nasi lemak ke arah anak keduanya itu.

"Mak, mana Syahmi? Dah pergi sekolah ke?" soal Adli setelah melihat adiknya tiada di situ.

"Ha’ah. Along tak hantar dia ke sekolah hari ni. Tu yang dia keluar awal pagi lagi. Nak naik bas katanya," jawab ibunya.

"Pagi tadi awal-awal lagi aku kena jumpa client kat luar, ni pun baru balik. Nak berjemput pulak kat airport."

Sebab itulah aku tak hantar Syahmi," sampuk abangnya. Surat khabar yang sudah habis dibaca dilipat dan diletakkan ke meja.

Adli melihat jam di pergelangan tangan kirinya. Sudah hampir jam tujuh setengah pagi. Janjinya dengan rakan-rakan yang lain, pukul sembilan pagi. Awal lagi ni, getus hati Adli.

"Laa.. kenapa tak gerak Adli? Boleh Adli hantarkan dia."

"Tak gerak Adli kata? Dah jenuh mak dengan Syahmi suruh Adli bangun. Liat betul budak sorang ni nak bangun," rungut kakak iparnya pula, Suhaila. Hari ini Suhaila mengambil cuti memandangkan dia tidak berapa sihat.

Adli tersengih kekalahan. Kurang lagi lima bulan, dia bakal mendapat anak saudara baru. Anak saudara yang seorang ini pun masih belum dapat dikawal, nak tambah lagi satu? Adli tersengih sengih sambil menikmati nasi lemak kegemarannya.

"Aku tengok, sengih kau tu, lagi dahsyat dari kerang busuk," usik abangnya. Hairan melihat kelakuan adiknya itu.

"Tak ada maknanya. Aku senyum lagi lawa daripada kau, daripada kerang-kerang busuk tu! Kalau ya pun aku kerang, mestilah kerang handsome," balas Adli sambil ketawa.

Dia sudah biasa beraku dan kau dengan Hasif, walaupun umur Hasif empat tahun tua daripadanya. Mereka sangat rapat sehingga Hasif tidak kisah apa pun panggilan adik-adik untuknya. Jika ditambahkan Syahmi, pasti kedua dua mereka kalah. Syahmi bijak berdebat dan ada sahaja yang dilakukannya untuk memulakan pergaduhan. Biarpun begitu, air dicincang tidak akan putus. Mereka bukan benar-benar bergaduh, cuma tidak ingin rumah mereka sunyi sepi.

"Sudahlah tu, makan. Pukul berapa nak keluarnya kalau asyik bertekak je?" Ibu kepada kedua anak itu, cuba meleraikan pergaduhan kecil antara Adli dan Hasif.

"Okeylah mak. Adli pergi dulu," Adli bangun dan mencapai tangan ibunya untuk bersalaman. Kemudian, dia mencapai tangan kakak iparnya pula.

"Awal pulak Adli hari ni?" soal ibunya.

"Hari ada rehearsal untuk konsert kitorang, mak. Lagi dua minggu je. Mak mesti datang tau!" usik Adli. Dia tahu apa yang bakal dijawab oleh ibunya.

"Tak naklah mak datang. Bising, sakit telinga mak," rungut ibunya mencebik.

Anak dan menantunya ketawa. Itulah jawapannya setiap kali diajak ke konsert anak keduanya itu. Adli beralih, mencium pipi anak saudaranya.

"Pak Ngah pergi dulu tau, gemuk!" gurau Adli.

"Anak akak ada nama. Muhammad Muaz Haziq nama dia," sahut kakak iparnya, ketawa.

"Entah Lee ni. Sepak karang," sambut Hasif.

Adli tergelak besar. Kunci kereta dan sling bagnya dicapai. Baru sahaja mahu melangkah, suara abangnya membuatkan dia berhenti.

"Jacket buruk ni nak buang ke? Dah taknak? Kalau taknak, bagi aku!"

Pantas sahaja Adli merampas jacket kulit berwarna hitam dari tangan Hasif.

"Buruk kau kata? Ni baru beli! Mahal pulak tu. Kau ada?" Tangannya laju menumbuk bahu Hasif dan dia terus berlari, bimbang dikejar abangnya. Suara Hasif yang membebel mengutuk - ngutuk jaketnya langsung tidak dihiraukan.



HON dibunyikan. Adli membetulkan kaca mata hitamnya. Kelihatan matahari sudah mula memancarkan cahayanya, menyinari bumi. Beberapa saat kemudian, kelihatan Danial sudah keluar dari pagar rumah. Dia berlari lari anak menuju ke kereta Adli. Pintu disebelah pemandu dibukanya dan dia memboloskan diri ke dalam Toyata Lexus milik Adli.

"Awal betul hari ni," Danial bersuara sambil tangannya membetulkan sneakers Converse nya yang tidak dipakai dengan sempurna.

"Kan aku dah bagitau semalam, hari ni aku nak datang awal sikit. Nak kemas sikit sikit room kita tu. Bersepah-sepah," jawab Adli. Kakinya menekan pedal minyak.

"Eh Lee, Alif dengan Rayyan mintak kau ambik diorang la. Kereta rosak."

"Okay boss," ujar Adli.

Rumah mereka berempat berada di satu hala. Adam tidak tinggal dekat dengan anggota kumpulan yang lain. Disebabkan rumahnya agak jauh dari yang lain, dia lebih gemar menunggang super bikenya. Kalau dia terlewat, dia boleh menyelinap mencari ruang di antara kereta-kereta yang sudah tentunya memenuhi laluan jalan raya. Perbualan antara Danial dan Adli diteruskan dengan rancaknya.



ADRIANA tertawa melihat gelagat Tom and Jerry di saluran Cartoon Network. Tom and Jerry merupakan salah satu kartun kegemaran Adriana, selain Mickey Mouse dan Woody Woodpecker. Ibunya yang sedang tekun menjahit tersenyum dan menggeleng melihat telatah anak bongsunya itu. Sudah dewasa, namun masih gemar menonton kartun.

"Ibu, kelakar ni. Tengoklah," Ujar Adriana sambil menyuap cheese ball kesukaannya.

"Buat apa Ibu tengok, Ibu dah tua," gurau Datin Maznah.

"Ibu je yang rasa Ibu dah tua. Bagi Yana kan Bu, Ibu tak tualah."

"Bodek bodek Ibu ni nak apa?"

"Laaa.. mana ada bodek. Yana cakap benda betul," ujar Adriana tersengih.

Bahagian korus lagu Tonight nyanyian kumpulan Big Bang dari Korea mematikan sengihan Adriana. Menandakan ada pesanan ringkas yang masuk.

Yana, good morning. Dah bangun ke?

Adriana tersenyum. Ditekannya butang reply,

Dah la. Dah lama pun. Entah entah kau yang baru bangun. Haha! :D

Adli Syafiq : Aku dah ada kat studio pun. Taknak datang jenguk aku ke? Hehehe..

Adriana menggaru kepala yang tidak gatal.

Aku segan la. Dah lama tak jumpa. Hihik :P

Adli Syafiq : Segan pulak. Ntah apa apa. Haha. :P Okay la, aku nak siap siap. Ada rehearsal untuk next concert. Datang! Aku bagi seat VVIP. :)

Adriana senyum lagi. Dia mula diterjah rasa rindu terhadap Adli Syafiq. Mungkin kerana persahabatan yang sangat erat pernah wujud di antara mereka. Adriana mula mengimbau kenangan lalu bersama Adli. Dia tersenyum-senyum. Gelagat Tom and Jerry sudah tidak mampu menarik minat Adriana lagi. Dia berbaring, mencapai iPadnya. Dihalakan cursor ke folder 'You & I' dan di klik dua kali. Gambar bertahun-tahun lalu dibeleknya satu persatu. Rindunya! Getus hati Adriana. Senyum di bibirnya semakin merekah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...