Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

02 September 2013

Kau Irama Di Jiwaku (7)

ADRIANA mencapai telefon bimbit yang masih berada di dalam beg tangannya. Di scroll kan permukaan skrin iPhone nya menggunakan ibu jari. Mencari nombor telefon rakan baiknya, Hanis. Kemudian, dia menyentuh butang “call”. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi talian disambungkan.

“Hello, assalamualaikum. Hanis ke ni?”

“Waalaikumussalam. Ya, saya Hanis. Siapa ni ya?”

“Hanis! Ni akulah, Yana!” Adriana bersuara gembira.

“Adriana Izdihar binti Datuk Abdul Aziz?” Hanis menjerit dengan penuh rasa teruja.

“Yela.. akulah ni. Hishh! Buanglah Datuk tu. Tak payah nak ber Datuk sangat,” gurau Adriana.

“Mana boleh macam tu. Kang kena banned. Tak hormat bapak kau,” ujar Hanis.

“Itu lain. Kau kawan baik aku, tak payah panggil Datuk Datuk segala. Aku sama je, still Adriana Izdihar yang dulu.”

Kedengaran Hanis tertawa riang.

"Baik boss! Kau ada kat mana tu?”

“Aku dah sampai KL la. Dah dua minggu aku balik. Mak dengan ayah kau sihat? Aku nak jumpa family kau. Sebab itulah aku call kau.”

“Laa.. apasal aku tak tau kau dah balik? Mak dengan Ayah aku sihat je. Eh, kau nak jumpa Mak dengan Ayah aku? Datanglah. Aku pun dah lama tak jumpa kau. Mak dengan Ayah aku, sibuk je bertanya pasal kau. Diorang ingat kau dah lupa kat kitorang.”

“Bacalah paper. Sampai je aku kat pintu keluar dari airport tu, berduyun wartawan. Macam-macam soalan. Semua tanya, aku balik ni sebab nak tolong Abah aku ke? Aku belum ready lagi. Aku tak pernah lupalah. Mak Abah kau baik sangat dengan aku. Takkan aku nak lupa kat diorang kot.”

“Kalau macam tu, nanti kau beritahulah bila kau nak datang. Tapi, kalau nak ikut aku balik minggu ni pun, boleh. Aku memang nak balik kampunglah hujung minggu ni. Balik hari Jumaat pagi. Jumaat dengan Isnin aku dah ambil cuti.”

“Okay jugak tu. Aku pun dah lama tak datang kampung kau. Mandi sungai, makan masakan Mak kau. Dah lima tahun kot, aku tak jumpa family kau.”

“Tapi Yana, rumah aku macam dulu lagi. Tak berapa nak besar. Cuma Ayah aku dah besarkan sikit dapur, tambah satu lagi bilik. Aku takut kau tak selesa,” ujar Hanis.

“Aku tak kisahlah. Rumah kau, cantik je aku tengok. Asalkan Mak dengan Ayah kau bagi aku tidur rumah kau, aku rasa dah bersyukur sangat.”

“Kalau macam tu, nanti aku call Mak aku. Bagitau kau nak datang. Mesti dia happy dapat jumpa kau. Nanti apa-apa hal, call aku. Aku tengah kerja ni. Take care eh, Yana. Assalamualaikum.”

Adriana tersenyum. Matanya memandang ke seluruh café. Dia hanya duduk sendirian, tidak berteman. Namun, dia lebih suka duduk berseorangan. Dapatlah dia menghabiskan masa dengan duduk dan melihat ke luar cermin kaca yang menjadi dinding café itu. Pelbagai gelagat dapat diperhatikan. Dia senyum lagi. Entah mengapa, kenangan lalu menyelinap ke segenap ruang di fikirannya.

Wajah kacak milik seorang jejaka Melayu yang pernah singgah di hatinya membuatkan dia terus dibawa ke masa silamnya.

Adriana duduk menelaah subjek Electronic System bersama teman sekuliahnya, Hiroshi Koizumi, Kim Ji Seo, Darius, dan Laila. Mereka diminta oleh pensyarah mereka untuk membentuk satu kumpulan dan membuat tesis mengenai peralatan dan komponen elektronik mahupun elektrik yang telah mereka pilih. Dan Adriana memilih untuk bekerjasama dengan Laila, Ji Seo, Hiroshi dan Darius. Sememangnya perhubungan mereka sangat rapat sejak mereka berada di tahun satu lagi. Lagi pula, mereka berempat memang mudah untuk diajak bekerjasama dan mereka sentiasa berusaha untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Tidak hairanlah mengapa mereka sangat rapat. Laila dan Darius berasal dari Malaysia. Manakala Hiroshi pula berasal dari Jepun dan Kim Ji Seo pula berasal dari Korea. Kampung Ji Seo terletak di Jeolla-do. Kadang-kadang mereka berempat mengikut Ji Seo balik ke kampungnya.

Tiba-tiba kelihatan seorang jejaka yang memakai jacket kulit dan sepasang jeans lusuh berjalan ke arah Adriana. Razin Asyraf. Dia tidak pernah jemu untuk memiliki hati Adriana, dan kini dia sudah berjaya memenangi hati Adriana. Dia memiliki susuk tubuh yang tinggi lampai, berkulit sawo matang dan berwajah kacak. Sudah pasti dia menjadi idaman pelajar-pelajar perempuan dari Malaysia. Razin tersenyum ke arah kelima-lima mereka. Dia menarik kerusi di sebelah Adriana dan duduk di situ. Buku mengenai gates logic semester-semester lepas dibuka.

“Razin buat apa kat sini?” Adriana bersuara sedikit perlahan, bimbang mengganggu pelajar-pelajar lain yang sedang mengulangkaji di situ.

“Razin nak buat revision. Lusa ada test untuk past semesters. Memang banyak sangat nak kena rewind,” jawab Razin, juga dalam suara perlahan.

Mereka sama-sama tersenyum. Masing-masing membuat kerja sendiri. Adriana dengan tesisnya bersama rakan-rakan sekuliahnya, manakala Razin sibuk mengulangkaji. Razin membuka begnya.

“Yana, sorry. Ada bunga yang dah gugur. Razin petik bunga ni masa on the way ke sini tadi," Razin menghulurkan beberapa batang ranting pokok sakura yang dipetiknya. Ranting- ranting itu dipenuhi dengan bunga sakura berwarna merah jambu yang sedang berkembang cantik.

Adriana menyambut ranting-ranting itu. Dia tersenyum geli hati. Razin selalu sahaja begitu. Setiap kali dia ingin bertemu dengan Adriana, dia akan membawa pelbagai benda untuk dijadikan hadiah buat Adriana. Adriana gembira dengan cara Razin melayannya. Wajah Razin ditatap penuh rasa sayang. Razin tersenyum.

Tapi, itu semua kenangan lalu. Kini, dia sudah sendirian. Masih diingatinya lagi, bagaimana perit untuk dia berdiri semula selepas Razin pulang ke Malaysia tanpa sepatah kata. Sehingga ke hari ini, dia tidak tahu dimana Razin berada. Sudah puas dia mencari Razin, sehingga dia benar-benar putus asa. Kopi latte sejuk yang berada di hadapannya dikacau menggunakan straw. Disedutnya kopi itu perlahan-lahan. Matanya dihalakan keluar, melihat orang yang lalu-lalang di luar café itu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...