Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

02 September 2013

Kau Irama Di Jiwaku (6)

“DAH lama kan, kita tak jumpa?” suara Adriana memecahkan kesepian yang baru tercipta.

“Yelah.. empat tahun. Kaulah, taknak balik sini,” rungut Adli.

“Aku tunggu kau datang sana. Kau taknak datang pun.”

“Takkanlah aku nak datang sana. Mana kau nak campak aku nanti? Anyway, kau dah balik pun ke sini, right? Happy dapat jumpa kau.”

Adriana tersenyum. Kanak-kanak sibuk berlari ke sana, sini bermain sesama sendiri. Kelihatan beberapa buah sampan berada di tengah tasik yang luas. Beberapa pasangan kelihatan sedang asyik mendayung sampan sambil berbual mesra.

“Aku pun happy gila sebab aku dah balik sini. Ada Ibu, Abah, Abang and ada kau. Aku rindu kat korang semua. Semua aku rindu,” ujar Adriana.

Sesungguhnya dia gembira. Gembira kerana dia sudah berada di sisi orang yang terlalu sayangkannya.

“Kau kat sini macam mana? Okay ke? How’s your study?” tanya Adriana.

“Aku? Aku okay je. Biasalah. Aku dah grad. Tapi, aku still belum kerja. Aku fokus kat bidang nyanyian dulu. InsyaAllah, bila aku dah tak rasa nak nyanyi lagi, aku quitlah. Maybe baru aku start kerja pulak,” jawab Adli.

“Apa pun yang kau buat, good luck. Now, aku dah jadi peminat The Result. Of course aku peminat The Result, sebab ada kau.”

Kata-kata Adriana membuatkan Adli kaku. Apa maksud dia?

“Aku pun harap aku dengan kawan-kawan aku boleh success. Dah banyak benda yang aku kena korbankan. Kitorang semua korbankan. Now, dah ada kat tahap ni, kitorang belum sedia nak berhenti. Kitorang nak teruskan.”

Adriana mengangguk.

“Kau kat Korea tu takde awek-awek cun ke. Aku tengok, lawa je semua. IU, Jessica, Hyoyeon, Tiffany, Yuri.. kau pernah jumpa diorang?” Adli tergelak kerana soalannya jauh menyimpang daripada topik perbualan mereka. “Mesti kau dah jumpa someone kat sana, kan?”

“Ramai sangat! Semua lawa-lawa. Seluruh dunia belajar kat sana. Pernahlah jumpa. Kalau ada konsert, aku ajak kawan-kawan aku ikut sama. Someone? Tak ada pun. Tak naklah. Baik aku cari orang Malaysia je. Kalau orang Melayu, boleh makan sambal belacan hari-hari,” gurau Adriana senang. Tiba-tiba senyumannya mati. “Razin,” nama itu terlepas jua dari bibirnya.

Adli hairan. Siapa Razin? Namun dia tidak mahu bertanya. Biarlah Adriana sendiri yang menceritakan semuanya satu hari nanti.

“Omputeh pun makan belacanlah. Tu la, kau tak tahu,” balas Adli riang.

Adriana hanya tergelak mendengar kata-kata kawannya itu.

“Aku ingat aku nak pergi rumah Hanis. Lama aku tak jumpa dia dengan family dia,” Adriana memulakan bicara setelah tawanya reda. Rindunya dia dengan suasana kampung.

“ Telefonlah dia. Bagitau kau nak datang. Dia mesti okay punya. Kawan baik kau kan.”
 
Adriana memuncung. Adli tersenyum lagi. Suka melihat wajah manis Adriana. Ada sahaja perkataan dan perlakuan Adriana yang mencuit hatinya. Dia turut menghalakan bola matanya ke arah tasik. Tasik yang tenang. Sesekali, air di permukaan tasik itu berkocak perlahan menandakan ada ikan-ikan yang hidup di dalam tasik itu. Mereka khayal dengan keindahan alam ciptaan Maha Pencipta.



“IBU, Yana nak pergi rumah Hanis la. Lama Yana tak jumpa dia,” Adriana bersuara sambil membantu ibunya menyediakan kopi untuk dihidangkan kepada bapanya. Memang Adriana terbiasa menyediakan kopi untuk bapanya selepas selesai makan malam. Biskut oreo diletakkan ke dalam pinggan.

“Ibu tak kisah. Yana tanyalah abah Yana. Rasanya abah Yana tu okay je,” jawab Datin Maznah. Dia mengeluarkan beberapa biji cawan dan diletakkan ke dalam dulang.

Adriana mengangguk. Teko yang berisi kopi panas itu dibawa ke ruang tamu. Ibunya mengikut dari belakang. Adriana menuangkan kopi ke dalam cawan satu persatu. Setelah itu, dia duduk di sebelah ibunya. Adrian dan Datuk Abdul Aziz sibuk menonton berita yang disiarkan di kaca televisyen.

“Abah!” Adriana memanggil bapanya.

Datuk Abdul Aziz berpaling menghadap anak bongsunya.

“Haa.. kenapa?” soal Datuk Abdul Aziz.

“Yana nak pergi rumah Hanis la. Boleh tak? Dah lama Yana tak jumpa mak dengan ayah dia. Rindulah dekat kampung dia,” ujar Adriana sambil menyuap cheese balls kegemarannya.

“Yana dah tanya dia ke? Beritahu Yana nak datang? Tak mengacau pulak ke nanti?” Datuk Abdul Aziz mencapai cawan kopinya.

“Yana belum beritahu Hanis lagi. Nak mintak permission Abah dulu. Takkan nak pergi macam tu je,” jawab Adriana, tersengih.

“Suka hati Yanalah. Jangan buat benda-benda tak elok, sudahlah. Bila Yana nak pergi rumah dia? Nanti sampaikan salam Abah pada mak ayah Hanis.”

Adriana mengangguk gembira.

“Nanti Yana call dia. Bagitau Yana nak datang rumah dia. Kalau dia still kat kampung la.”

“Nantikan Yana, kalau ada makwe-makwe lawa, kirim salamlah. Bawak balik ke. Bolehlah Abang berbini,”

gurau Adrian.

“Semua dah kerja kat bandar-bandarlah. Ada ke yang tinggal kat kampung tu?” Adriana menjuihkan bibir.

Adrian tergelak.

“Nak sikit cheese balls tu. KenapalahYana ni suka sangat makan cheese balls tu?” Adrian menghulurkan tangannya ke arah adiknya yang satu itu. Adriana cuma memberi sebiji cheese ball sahaja ke tapak tangan abangnya. “Kedekut!”

Balang yang berisi bebola keju itu dirampas dari tangan Adriana. Adriana mengetap bibir menahan marah. Ditamparnya tangan Adrian dan balang bebola keju itu kembali berada di tangannya.

“Budak berdua nilah..” Datin Maznah menggeleng melihat perangai kedua dua anaknya itu.

Adrian dan Adriana ketawa. Menyedari akan sikap kebudak-budakan mereka yang masih bersisa dalam diri masing masing.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...