Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

14 Disember 2015

Jangan Banyak Soal La Kalau...

Assalamualaikum w.b.t... Salam sejahtera 
pada semua pembaca dan sahabat alam maya..


Agak lama Cik Rimau tenggelam kan? Maklum la. Lemas dengan kerja kat pejabat tu ha.. Huhu. Ok la. Malas nak mukadimah panjang. Straight to the point je la ye. Harini Cik Rimau nak membebel sikit berkenaan sikap beberapa orang yang ada di sekeliling Cik Rimau. Cik Rimau kalau boleh nak je cakap direct kat dorang dengan ayat ni, "JANGAN BANYAK SOAL LA KALAU..."

1. Anda pertikai markah prestasi orang lain dan beranggapan orang tu tak layak dapat markah tinggi sebab anda rasa kerja anda jauh lagi perfect dari kerja orang tu. And anda rasa anda yang banyak tolong buat kerja orang tu. Tapi anda sedar tak? Pernah tak tanya diri sendiri? Semua kerja anda siap ke? Apa usaha anda untuk memastikan semua kerja anda siap? Kalau tak sempat siap pun, apa usaha anda untuk memastikan kerja yang tertangguh tu berkurang? Kalau rasa takde, baik DIAM je. Tak perlu nak canang, "eleh.. kerja dia tu aku yang tolong.." / "untung la baru masuk sini markah lagi tinggi dari aku" / "malas la nak buat kerja betul-betul. Penyelia bagi markah rendah jugak."
*** part ni pada Cik Rimau, bergantung pada rezeki masing-masing sebenarnya. Kalau dah rezeki orang tu dapat markah tinggi, redha jela. Mungkin jugak penyelia nampak usaha kawan tu nak siapkan kerja lagi bagus dari anda. So, dia bagi markah lebih. Tak perlu rasa jealous. Cuba semak balik kerja sendiri. Mungkin ada yang kurang. Kalau rasa dah kerah tenaga 100% tapi dapat markah yang tak setimpal, why not pergi je jumpa penyelia. Mintak penjelasan. Tak payah banyak bunyi kat belakang. 

2. Anda harap dapat markah prestasi tinggi sebab dah lama mengidam nak dapat title Pekerja Cemerlang. Tapi cuba tanya pada diri sendiri balik. Layak ke anda dapat kalau benda/arahan simple kat pejabat pun tak nak ikut. Contoh mudah : morning prayer. Kat pejabat Cik Rimau, setiap pagi semua staff kena berkumpul untuk bacaan doa and untuk penyelia sampaikan apa-apa info. Tak ambil  masa lama pun. Tapi ada la beberapa orang ni memang tak nak pergi katanya. Bila ditanya salah sorang tu kenapa tak nak join. Alasan yang diberi, "saja.. dekat-dekat nak abis baca doa karang baru pergi." Ada sesetengah tu pulak, dah tau masa baca doa 8.45 pagi, masa tu jugak la baru menggedik nak pergi beli sarapan. 
*** bab ni tak tau nak komen apa. Ketegaq kot? Jangan mimpi la nak dapat markah tinggi kat bahagian penilaian sikap kalau arahan simple macam ni pon tak boleh nak ikut. 

Dapat markah rendah memekak. Tuding jari sana sini. Cakap penyelia kedekut la. Penyelia tak tengok beban kerja. Tapi diri sendiri tak pernah nak check balik hasil kerja. Bagus ke tak. Berbaloi ke tak dengan markah yang dapat. Kalau rasa hasil kerja tak seberapa, redha je dengan markah yang dapat tu. Tak perlu nak ada hasad dengki dengan orang. Sama jugak bab tanggung kerja. Membebel kat Cik Rimau pasal rasa tak adil dapat sikit je. Nak je cakap, terima jela apa yang dapat tu. Lagi pun, masa tanggung kerja aritu, mana ada buat kerja banyak sangat pun. So, Cik Rimau tak kisah pun dapat banyak tu je. Ni tidak. Siap cakap "kalau macam tu, Puan ... kena la cari orang-orang yang tak cukup bukak fail haritu. Mana aci. Kerja tak buat, pastu nak buat makan ramai-ramai dengan duit tu." So what?? Anda nak semua duit tu ke? Buat kerja pun sebulan je aritu. Tak perlu nak pertikai orang lain. Itu antara dorang dengan Allah. Anda ambik hak anda je sudah. Kannnnn?? 

Berbulu pulak Cik Rimau dengan orang yang asyik tak puas hati dengan semua benda ni. Itu tak betul. Ini tak kena. Yang ini salah. Orang tu tak betul. Dia je betul. Hidup jela sensorang kalau camtu gayanya. Abis cerita. Muahahahahahaha.

15 Oktober 2015

Kau Irama di Jiwaku [21]

HARI ini adalah hari di mana Adriana dan Adli patut membuat persediaan untuk menempah tempat percutian untuk percutian The Result dan peminat-peminat mereka. Awal-awal pagi lagi Adli sudah menelefonnya untuk mengingatkan tentang hal ini. Adriana sudah pun bersiap. Dia menunggu Adli untuk menjemputnya. Peminat The Result memilih untuk mengadakan percutian di Pulau Pangkor. Seramai tiga puluh orang peminat telah dipilih untuk menyertai percutian itu. Sebenarnya, hanya lima belas orang sahaja. Tetapi, mereka boleh membawa seorang rakan atau saudara mara untuk pergi bersama. Dan, seperti yang dijanjikan Adli dan Adrianalah yang akan menguruskan hal penginapan dan aktiviti.

“Yana, nanti kalau lapar, makan ni dengan Adli,” Datin Maznah menghulurkan bekal yang diisi dalam beg plastik. Bimbangkan anak daranya. Pasti mereka akan pulang lewat. Maklum sajalah, perjalanan yang bakal dilalui mereka agak jauh.

“Apa ni, Ibu?” soal Adriana.

“Buah je, Yana. Jangan lupa makan,” pesan Datin Maznah.

Adriana tersengih-sengih. Ibunya memang seorang baik. Sentiasa mengutamakan anak-anak dan suami tidak kira apa jua keadaan. Untung mereka sekeluarga.

“Yana.. tu! Adli dah sampai.”

Kelihatan Adli keluar dari keretanya.. Dia berjalan memasuki pagar yang terbuka luas. 

“Assalamualaikum, mak cik,” sapa Adli sambil bersalaman dengan Datin Maznah. 

“Waalaikumussalam. Lee dah makan?” soal Datin Maznah ramah.

“Dah, mak cik. Lee makan kat rumah tadi. Nak bawak Yana terus pergi pagi ni. Nak jual kat Siam,” usik Adli. Bibirnya mengukir senyum nakal. 

“Ada hati nak jual aku. Tampar kang, nak?” marah Adriana.

Ibunya cuma menggeleng melihat kelakuan Adriana dan Adli. Adli masih tersenyum.

“Dahlah tu. Pergi cepat, balik pun cepat,” celah Datin Maznah.

“Naik kereta akulah. Kalau naik kereta aku, boleh bukak bumbung. Boleh ambil angin laut,” cadang Adriana.

Adli mengangguk. Mereka bersalaman dengan Datin Maznah. Adli meletakkan keretanya ke dalam garaj rumah Adriana. Adli menyambut kunci kereta Adriana dan memulakan pemanduan. Suasana mula diterjah sepi. Tiada kata yang terkeluar di saat perjalanan baru dimulakan. Masing-masing diam. Rasa kekok mula mengambil tempat.

“Dah pilih chalet ke?” tanya Adriana. Dia cuba menyembunyi rasa canggung yang sudah mula menapak. Dia ingin menghapuskan tembok yang baru tercipta.

“Dah. Ada tiga tempat. Tapi, kena tengok keadaan tempat tu dulu. Tak payah pergi Pangkor. Kita pergi Lumut je, tengok katalog,” jawab Adli. Dia masih fokus dengan pemanduannya.

“Apa nama chalet yang korang pilih tu?” Adriana semakin ingin tahu.

“Kitorang pilih Seagull, Pangkor Laut Resort.. lagi satu, apa eh?” Adli cuba mengingat. Mulutnya terkumat-kamit seolah-olah sedang membaca mentera. “Ohh! Lagi satu, Pangkor Village,” jawab Adli tergelak kecil.

“Maknanya, kena pilih salah satulah kan?” soal Adriana.

“Ha’ah. Kena pilih salah satulah. Tak tahu mana satu nak pilih,” balas Adli. 

“Jauhlah nampaknya perjalanan kita. Sini ke Lumut,” Adriana menyandarkan kepalanya pada tempat duduknya. 

Punat radio ditekan. Adriana mencari-cari CD yang tersimpan kemas. Satu persatu CD itu dibeleknya. Adli di sebelah hanya diam memerhati. CD yang tertulis ‘hits’ dikeluarkan daripada sarungnya. Dimasukkan pada tempat pemain CD di radio itu. Butang start ditekan.Lagu Di Sampingmu nyanyian kumpulan The Divine Master memenuhi segenap ruang kereta itu. Adriana masih lagi bersandar. Adli tersenyum. Dia ikut menyanyi lagu tersebut, membuatkan Adriana tidak jadi melelapkan mata. Dia terasa seperti Adli menyanyikan lagu itu buat dirinya. Kata-kata Adrian kembali bermain di telinganya. Entah-entah Adli. Takkanlah!




SETELAH hampir tiga jam, mereka sampai di Lumut. 

“Nak parking dekat mana?” soal Adli sambil memerhati di sekeliling. 

“Kat depan tu,” balas Adriana sambil menunjukkan tempat dimana dipenuhi dengan deretan kedai yang nampak kemas. 

Kawasan di sekitar Bandar Lumut memang menarik perhatian para pengunjung. Banyak tempat yang membolehkan mereka mengambil gambar. Setelah meletakkan kereta di tempat letak kereta yang betul, mereka melangkah keluar dari kereta itu.

“Kat mana eh, tempat ejen pelancongan ni?” Adli berjalan beriringan dengan Adriana. 

Kedai-kedai yang menjual barangan runcit, pakaian dan hasil laut yang telah dikeringkan memenuhi sisi bangunan setingkat itu. Mereka masuk ke dalam sebuah kedai yang menjual barangan untuk dijadikan cenderamata. Kelihatan seorang lelaki sedang sibuk mengelap cenderamata yang diperbuat daripada kayu dengan berhati-hati.

“Encik, saya nak tanya. Kat mana tempat ejen pelancongan kat sini?” soal Adli ramah.

“Oh.. itu. Encik keluar daripada kedai ni, encik masuk ke kanan. Nanti encik nampak kain rentang. Dekat situlah,” jawab lelaki itu.

Setelah mengucapkan terima kasih, Adli dan Adriana menghayun langkah ke sebuah lot yang agak besar di dalam bangunan itu. Terdapat beberapa buah pejabat kecil untuk ejen-ejen pelancongan di situ.

“Assalamualaikum,” sapa satu suara dari belakang.

Adli dan Adriana menjawab salam itu serentak.

“Boleh saya bantu?” soal lelaki yang berusia itu, mungkin usianya dalam empat puluhan.

“Kami nak cari ejen pelancongan. Nak tempah tempat untuk percutian ke Pulau Pangkor,” jawab Adli.

“Saya pun salah seorang ejen kat sini. Apa kata kita masuk berbincang dulu? Nanti kalau encik berminat dengan pakej yang kami tawarkan, encik boleh buat tempahan terus. Nama pak cik, Hassan. Panggil je Pak Cik Hassan,” ujar lelaki itu. 

Pintu pejabat itu dibuka setelah mereka bersalaman. Mereka masuk. 

“Duduklah encik, cik,” pelawa lelaki itu. “Encik dengan cik nak buat vacation untuk apa? Honeymoon?” soal Pak Cik Hassan lagi. 

Adriana dan Adli tersedak. Masing-masing malu untuk bertentang mata.

“Bukan. Sebenarnya, nak buat percutian, ala hari keluarga,” Adli bersuara memberitahu perkara sebenar. 

Pak Cik Hassan mengangguk-angguk sambil tersenyum. Sebuah fail dikeluarkan dari rak fail di atas mejanya. Fail itu diselak berhati-hati. Adli dan Adriana diam memerhati.

“Maaflah ya. Pak cik ingat kamu ni dah kahwin. Berapa orang?” tanya Pak Cik Hassan.

“Ehh.. Tak apa pak cik. Hmm.. Dalam empat puluh lima orang. Actually, belum confirm lagi, tapi takpe. Semuanya nanti under empat puluh lima orang,” jawab Adriana.

“Kalau boleh, boleh tak berikan pak cik butiran terperinci pasal percutian ni?”

“Macam ni, kami nak buat aktiviti air, outdoor, indoor. Kami kalau boleh nak guna chalet ke, or resort. Hotel pun boleh,” Adli menerangkan.

“Sebenarnya pak cik, kami dah ada shortlist untuk tempat-tempat ni. Seagull, Pangkor Laut Resort dengan Pangkor Village. Kami nak percutian selama empat hari. Pergi hari Sabtu, mungkin dalam tengah hari, sampai hari Selasa pagi minggu depannya. Tapi, kami nak buat research dululah. Antara tiga tempat ni, mana satu yang selesa, ada semua facilities, ada kemudahan nak buat aktiviti laut and so on. Pasal harga, tak ada masalah. Kami nakkan tempat yang ada privasi, ada kenderaan untuk disewa,” tambah Adriana panjang lebar. 

“Sebenarnya ada banyak tempat yang ada kemudahan tu semua. Nak main ping pong ke, snuker, bola tampar, semua boleh. Kalau nak berkayak, naik banana boat, snorkelling, pusing-pusing pulau naik bot ataupun nak menyewa kenderaan pun boleh. Semua ada dekat sana. Tapi, pak cik rasa kalau nak bilik untuk orang ramai, Pangkor Island Beach Resort, sesuai. Banyak bilik. Ada Lanai Room di Pacific Wing, Ocean Wing dan Garden Wing. Boleh pilih mana-mana, semua boleh muatkan ramai orang,” ujar Pak Cik Hassan. 

Adli dan Adriana berfikir-fikir. 

“Boleh kami tengok katalog?” soal Adli. 

Pak Cik Hassan menghulurkan dua keping brochure yang berbeza-beza. Mereka membaca segala yang tertulis pada brochure itu. Sesekali mereka berbincang. 

“Macam nilah, pak cik. Kami nak booking lima belas buah bilik di Ocean Wing, dengan tujuh kat Lanai Pacific Wing. Boleh?” tanya Adli setelah dia mendapat kata putus, setelah berbincang dengan Adriana.

“Boleh, boleh. Tak ada masalah. Tapi, pak cik kena tengok dulu bila ada free. Pak cik akan cuba cari time untuk bulan ni jugak. Tunggu sekejap, ya,”

Pak Cik Hassan keluar daripada pejabatnya untuk menghubungi seseorang. Adli masih dengan katalog-katalog di tangan. 

“Lanai room ni, cantik,” puji Adriana. “Baiknya korang.”

“Sebab.. kalau tak ada family, fans, kitorang takkan ada on top macam hari ni. Ni sikit je. Kalau ada rezeki lebih nanti, bawak ke luar negara pulak. In shaa Allah.”

Adriana tersenyum. Baik betul The Result ni. Akhirnya persetujuan dibuat. Setelah menetapkan tarikh percutian mereka, Adriana mengajak Adli berjalan-jalan di sekitar bandar Lumut. Nasib mereka baik. Percutian itu akan diadakan pada minggu hadapan, memandangkan mereka ingin mengadakan percutian secepat mungkin. 

Bandar Lumut hanyalah sebuah bandar kecil, tetapi menarik. Terdapat pelbagai kedai dan bangunan yang dibina untuk kemudahan penduduk di situ. Kedai-kedai dan bangunan di situ terdiri daripada bank, restoran, kedai menjual pakaian serta peralatan seharian, kedai menjual cenderamata dan hotel. Mereka berjalan dan terus berjalan. Tanpa disedari, mereka sampai di dataran depan Hotel Putra. Terdapat ramai pengunjung yang duduk di situ. Dataran itu menghadap hamparan laut yang biru.

“Lamanya tak dapat tengok laut,” Adli bersuara sambil mendepangkan kedua-dua tangannya.

“Aku pun sama. Lama tak dapat bau laut,” Adriana tersenyum.

Adli menoleh ke arah Adriana. Dia tergelak kecil. Wajah Adriana ditenung lama. Bibir Adriana yang merah itu masih mengukir senyum.

“Yana.. nak pergi Teluk Batik tak?” Adli mula mengukir senyuman.

Baru sahaja Adriana ingin membuka mulut, beberapa orang gadis datang menghampiri mereka.

“Awak ni, Lee The Result. Betul tak?” gadis yang berbaju kemeja merah bertanya.

“Ya, saya,” balas Adli sambil tersenyum. Menyesal tak pakai sunglasses tadi dengan snow cap, Adli mula berkira-kira dalam hati.

“Kan aku dah kata. Memang dia,” gadis yang bertudung putih pula menyampuk. “Boleh tak kalau kami nak tangkap gambar dengan awak?” soalnya teruja.

Adli tersenyum. Wajah manis Adriana dipandang. Adriana mengangkat kening, kemudian dia mengangguk. Dia menyembunyikan senyuman. Macam ni rupanya kalau dah jadi artis. Adli mula mengambil tempat berdekatan dengan gadis-gadis itu. 

“Cik, boleh tolong snapkan?” seorang gadis datang menghampiri Adriana. Dia menghulurkan kamera digitalnya kepada Adriana. Tanpa rasa kekok, Adriana menyambut kamera itu.

Ready.. three, four!” sekeping gambar berjaya diambil. Disaat Adriana ingin menghulurkan kembali kamera itu, gadis-gadis tadi memaksanya mengambil beberapa keping gambar lagi. 

Adriana mengambil beberapa keping gambar, seperti yang dipinta tanpa sebarang rungutan. Orang ramai yang mula sedar akan kehadiran jejaka kacak bernama Adli Syafiq itu terus menghampiri Adli untuk mengambil gambarnya. Walaupun tidak dapat bergambar dengan Adli, mereka tetap mengambil gambarnya. Adli tidak henti-henti tersenyum. Apabila ada yang menghulurkan tangan, disambutnya juga.

“Lagilah cik!” gadis yang berkasut tumit tinggi pula mengarahkan Adriana untuk menjadi jurugambar mereka.

Adli mula rasa tidak senang. Dihampirinya Adriana, dan kamera tadi dihulurkan kembali kepada salah seorang gadis-gadis tersebut.

“Alaa.. Lee. Tangkaplah gambar dengan kitorang lagi. One by one pulak,” gadis berbaju merah itu cuba merayu.

“Saya bukan tak nak, tapi.. saya datang dengan this lady. Tapi, fans saya suruh dia jadi photographer pulak. Tak bestlah macam tu,” Adli menyuarakan rasa di hati. Kesian Yana, desis hatinya.

“Tak apalah Adli. Aku okay je,” celah Adriana.

In case kalau nak ambil gambar dengan saya lagi, this lady mesti ada sekali. Boleh?” Adli memaut bahu Adriana. 

Adriana membulatkan biji matanya. Terkejut dengan perbuatan Adli. Takkan la lakonan depan Razin tu bersambung pulak kat sini? Adriana menelan air liur. Peminat-peminat Adli menjeling Adriana geram. Akhirnya, mereka terpaksa akur dengan permintaan Adli. Adli tersenyum bangga. Biarlah aku kena gosip lagi. Aku tak kisah. Asalkan perempuan yang digosipkan tu, Adriana Izdihar. Senyum di bibir Adli kian mekar.

Kau Irama di Jiwaku [20]

INKIGAYO dah start! Cepatlah!” jeritan Rayyan sudah cukup membuatkan empat pemuda itu berlari ke ruang rehat studio mereka.

Mereka pulang lewat malam kerana ingin menghabiskan lagu ciptaan mereka, untuk comeback stage yang akan datang. Mereka juga ingin mengadakan temuduga untuk menjadi pengurus mereka. Mereka letih. Mereka sendirilah yang menjadi pengurus, penyanyi, komposer dan penerbit. Sebab itu seorang pengurus diperlukan. Seperti biasa, jika mereka pulang lewat malam pada hujung minggu, sudah pasti mereka akan menonton Inkigayo, iaitu rancangan hiburan dari Korea. Setiap minggu, pasti akan ada lagu-lagu yang dipertandingkan. 

“Kan bagus kalau kita ada buat rancangan macam ni. Mesti lagi best” suara Danial bertingkah dengan suara emcee di kaca televisyen. “Lawa IU ni,” tokok Danial lagi.

“Bukan lawa, tu comel,” Alif membetulkan Danial.

Pelbagai lagu yang dipertandingkan, termasuklah lagu dari kumpulan kegemaran mereka, iaitu Girls’ Generation, FT Island dan Super Junior. Mereka bersorak keriangan apabila tiba giliran ketiga-tiga kumpulan itu, seolah-olah mereka ada di sana. Masing-masing ketawa dengan sikap mereka yang seperti kanak-kanak.

“Korang rasa, bila agaknya nak buat audition tu? Tak larat la aku. Naik gila dibuatnya,” Adam bertanya serius, setelah tamat sahaja menonton rancangan Inkigayo. Televisyen sengaja dibiarkan terbuka, tetapi volumenya terlebih dahulu diperlahankan.

“Aku tak kisah. Bila-bila pun boleh. Tapi lagi bagus kalau kita buat masa kita cuti,” jawab Adli.

“Aku pun rasa macam tu jugak,” Adam bersetuju dengan Adli. “Tapi.. tak ke menyusahkan nanti? Nak pergi bercuti lagi.”

“Macam ni.. apa kata kita sebarkan kat internet? Kat facebook kita ke, twitter kita. Bagilah syarat sikit. Takde la ramai sangat. Ataupun, kita boleh je interview pemenang-pemenang yang kita nak bawak pergi holiday tu masa kita kat sana. Kalau diorang minatlah,” usul Danial. Mereka mengangguk.

“Tapi, nak select pemenang pulak macam mana?” tanya Adam. Dia langsung tidak berfikir tentang percutian itu. Dia sibuk dengan tugasnya sebagai ketua kumpulan dan pengurus sementara The Result.

“Aku rasa, kita boleh jual CD kita, kita simpan nombor siri CD tu. Macam Danny cakap tadi, kita boleh umumkan kat facebook or twitter. Siapa yang beli CD tu, ada peluang nak menang pergi bercuti dengan kita. Kiranya, macam lucky drawlah. Dalam masa yang sama, kita boleh tambahkan income. Lagipun, mesti ramai yang beli,” Adli pula yang memberi cadangan.

“Ha’ah! Bergeliga otak kau, Lee! Aku pun tak terfikir. Aku ingat nak buat contest je. Tapi, kat internet mesti berlambak info. Senang je nak cari. Cara kau ni bagus. Aku rasa, mesti ramai yang beli. Hari tu, aku ada update status kat facebook. Kalau kita nak ajak fans bercuti, siapa yang nak ikut? Memang ramai yang nak,” tambah Danial.

“Habis tu, macam mana nak buat audition tu? Kalau yang dapat pergi holiday tu semua under age, dah kerja, macam mana?” soal Adam. “Aku blur. Banyak sangat fikir.”

“Tak apa. Kitorang faham. Kalau bab audition, kita guna facebooklah. Tetapkan venue, bila and masa. Tapi, kenalah tetapkan syarat. Bukan semua orang boleh apply. Contohnya, umur mesti dua puluh tahun ke atas, warganegara Malaysia, mesti kenal member kita and something yang macam tu,” usul Alif.

“Betul, betul. Masa audition tu, kita sediakan soalan yang mencabar sikit. Tapi, soalan asas kena ada. Apa kerja pengurus, kenapa mesti ada pengurus, and so on. Takkanlah nak ambil orang yang langsung tak tahu pasal kerja,” Rayyan pula mencelah. Dia tahu apa yang difikirkan abang kembarnya. 

Adam mengangguk. 

“Nasib baik aku ada member macam korang. Korang selalu keluar dengan idea-idea yang brilliant. Untung aku,” seloroh Adam. 

“Kalau macam tu, aku dengan Danny settlekan pasal CD tu, serial numbers semua. Nak kena inform dekat kedai-kedai yang jual CD kita. Alif dengan Rayyan, korang kena buatlah soalan-soalan yang berkaitan dengan interview tu nanti. Boleh tak korang settlekan nak buat syarat kat facebook tu? Lepas tu buatlah penapisan. Boleh?” soal Adam. Mereka berdua mengangguk.

“Habis tu, aku macam mana?” Adli sahaja yang masih belum mendapat tugas.

“Kau.. apa kata kalau kau ajak Yana buat tempahan dekat mana-mana. Nak buat ala-ala family day. Buat barbeque ke, sukaneka ke, buatlah apa-apa aktiviti untuk kita bercuti tu nanti. Tempah chalet or hotel. Resort pun okay. Pasal budget, korang tak payah risau. Duit tu semua cukup. Kalau tak cukup, pandailah aku topupkan. Aku nak kau settle part tu,” Adam memberikan tugasan sebagai seorang ketua yang berkaliber.

“Boleh. Tapi korang nak suasana yang macam mana? Maksud aku, nak ke gunung ke, pantai ke, pulau ke, or water theme park?” tanya Adli lagi. Tangannya mencatatkan sesuatu pada buku notanya.

“Korang rasa?” Adam bertanya kepada mereka yang lain.

“Aku tak kisah. Tapi, disebabkan kita nak bawak fans ke sana, kita buat sistem undian. Alif dengan Rayyan yang control pasal facebook, korang buatlah poll. Tanya soalan. Mintak diorang undi,” cadang Danial. Dia memang hebat bab-bab percutian ini.

“Boleh, tak ada hal,” jawab Rayyan.

“Aku ada plan tempat-tempat nak pergi. Kalau nak pergi pulau, kita pilih Pulau Pangkor. Kalau nak ke pantai, kita pergi Pantai Chenang. Kalau nak ke gunung, Taman Negara Pahang, boleh kot. Kalau theme park, Genting and kalau nak pergi water theme park, kita pergi Bukit Merah. So, kalau kitorang nak buat poll, korang tulis terus nama tempat-tempat ni,” sampuk Adam.

Okay, alright. Hal tu, insyaAllah boleh settle,” Alif bersuara.

“Kalau macam tu, settle semuanya. Lee, kau kenalah tetapkan pengangkutan. Kena sewa jugak. Kalau naik kereta ke, kena settlekan,” Adam memberi kata putus.

“Aku tak ada masalah. Tapi, poll question tu tak boleh lama-lama. Aku nak tetapkan berapa orang nak pergi, nak tempah tu semua kena tempah cepat. Nanti orang tak nak proses pulak,” ujar Adli. 

Yang lain bersetuju dengan kata-kata Adli.




ADRIANA membiarkan angin malam menampar-nampar lembut wajahnya. Dia berasa tenang. Bunyi air yang mengalir dari air terjun kecil buatan di halaman rumah mengurangkan kesepian malam itu. Adriana berbalut sweater. Malam itu begitu sejuk. Kelihatan jiran tetangga di hadapan dan di sebelah rumahnya juga sedang menikmati angin malam. Dia mendongak ke langit. Tidak banyak bintang, mungkin malam ini hujan akan turun. 

“Haa.. Yana! Berangan!” tegur Adrian. Entah sejak bila dia sudah berada di situ. Dia duduk di kerusi yang bertentangan dengan adiknya.

“Berangan apa. Tengah ambil angin,” balas Adriana. Dia menoleh ke dalam rumah. Dapat dilihat ibu dan bapanya sedang menonton televisyen. Pintu yang diperbuat daripada cermin itu sengaja diselakkan langsirnya ke tepi. 

“Ni, abang nak tanya Yana sikit, boleh?” soal Adrian serius. Adriana tergelak. “Kenapa pulak gelak? Abang seriuslah” Adrian bertanya kehairanan.

“Jarang tengok abang serius macam ni. Ha.. tanya jelah. Tak pernah-pernah nak mintak permission, tiba-tiba mintak permission ni. Pelik.”

“Tak ada. Abang tengok, Yana asyik termenung je lepas balik dari rumah Laila. Yana kenapa?” tanya Adrian lagi.

“Takde apalah. Yana okay je. Memang biasa la Yana duduk kat sini sorang-sorang. Time-time macam ni,” Adriana cuba berlagak tenang.

“Tak, abang tak rasa Yana okay.”

Adriana kaku. Ingin sahaja dia menangis. Kemesraan di antara Razin dan Melissa tadi benar-benar mengguris hatinya. Sewaktu diperkenalkan sebagai bakal tunang Melissa, Razin diam. Dia tidak menidakkan, mengiakan pun tidak. Kalau dahulu, apabila Melissa mula mencari point untuk bergaduh dengannya, pasti akan dihalang oleh Razin. Razin bahkan pernah berjanji, tiada apa yang mungkin menyakiti hati Adriana. Kerana dia akan setia mempertahankan Adriana. Tetapi kini? Janji-janji Razin hilang bersama ketika dia pergi meninggalkan Adriana dahulu.

“Yana..” suara Adrian membuatkan Adriana sebak. Kalaulah Razin memahaminya seperti Adrian, Datin Maznah, Datuk Abdul Aziz dan Adli.. pasti dia tidak akan sesedih ini. Matanya mula berkaca. “See? Mesti ada something wrong. Siapa lelaki tadi?”

“Razin,” ada getaran dalam suaranya. 

“Razin tu.. siapa?” soal Adrian. Dari riak wajahnya, Adrian dapat meneka sesuatu. 

“Razin. Dia kawan Yana masa Yana kat universiti dulu,” tutur Adriana, cuba mengawal perasaannya. 

“Lebih dari seorang kawan. Betul tak?” Adrian bertanya terus. Adriana yang asyik tunduk mengangkat wajah. Muka abangnya dipandang. “Muka tu dah bagi jawapan kat Abang, dik.”

Adriana mula bercerita. Siapa Razin, mengapa dia boleh jatuh cinta dengan Razin dan bagaimana Razin dan dia terpisah. Adriana menahan air matanya daripada berjuraian di pipi mulusnya.

“Yana.. kadang-kadang hidup kita ni penuh dugaan. Mungkin selama ni Yana tak pernah ingat macam mana rasanya kehilangan orang yang Yana sayang. Dia tinggalkan Yana, he’s still alive. Abang? Abang tak mungkin dapat jumpa arwah Kak Mira lagi. Yana beruntung. Sekurang-kurangnya, Yana boleh jumpa dengan Razin tu lagi,” luah Adrian kesal. Kalau tidak kerananya, pasti Mira masih berada di sisinya.

Bayangan peristiwa lebih kurang tujuh tahun lalu menggamit kembali dia ke masa lalu. Gadis lembut yang bernama Nurul Dhamirah binti Dahalan telah mencuri hatinya. Sejak di bangku sekolah lagi, hatinya dicuri oleh Dhamirah. Dhamirah yang sopan sentiasa membuatkan dia tertarik. Baginya, Dhamirah adalah gadis yang paling sesuai buat dirinya. Dhamirah bijak, lincah dan tidak sombong. Wajah Dhamirah sentiasa membuatkan dia semakin rancak mengejar Dhamirah. 

Dhamirah anak yatim piatu yang tinggal di rumah anak-anak yatim. Walaupun begitu, dia tidak kisah. Ibu bapanya juga sukakan Dhamirah. Tamat sahaja persekolahan, dia mendapat tawaran menyambung pelajaran ke United Kingdom. Dhamirah pula bakal meneruskan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Sains di Tanjung Malim, Perak. Setelah sekian lama menyulam cinta, dia dan Dhamirah bakal diijabkabulkan. Ketika itu, Adrian masih belum meneruskan pelajaran. Dia hanya mengambil kursus persediaan di bawah tajaan MARA. Biarlah berjauhan, asalkan mereka tidak berpisah. Sewaktu Adrian dan Dhamirah keluar untuk membeli barangan untuk dijadikan hantaran, kereta yang dipandu Dhamirah dirempuh oleh sebuah lori. 

Peristiwa itu benar-benar membuatkan dia hilang arah. Dia duduk di kerusi roda untuk beberapa ketika dan Adrian juga dijangka akan lumpuh seumur hidup. Nasib baiklah keluarganya tidak putus-putus memberi sokongan. Rakan-rakan rapat juga sentiasa mendorongnya untuk bangkit kembali. Dia tahu, apa pun yang terjadi, Dhamirah tidak akan kembali lagi seperti dulu. Sehingga ke hari ini, dia masih belum dapat menerima mana-mana wanita untuk menggantikan tempat Dhamirah. 

Adriana menatap wajah abangnya. Kasihan Adrian. Masih belum lepas dari rasa bersalah.

“Yana okey je. Ada Abang, Abah, Ibu. Yana rasa tu dah cukup. Kawan-kawan Yana pun selalu ada. Abang janganlah risaukan Yana. Abang kena risaukan diri abang,” Adriana mengubah hala perbincangan mereka.

Adrian mengeluh perlahan. Bagaimana dia mahu melupakan Dhamirah? Masih adakah gadis selembut Dhamirah? Sopan seperti Dhamirah? Tiada. Dhamirah hanya satu.

“Abang nak tahu, ada tak perempuan macam Kak Mira kat dalam dunia ni. Mungkin ada, tapi mana nak cari yang macam dia?”

“Abang tak pernah nak cari. Kalau abang bagi peluang, mesti abang jumpa someone. Yana tak suruh abang lupakan Kak Mira. Bagi peluang pada diri abang,” Adriana memberikan semangat pada abangnya. 

Adrian tunduk.

“Bila ada orang yang cuba bukak hati abang, why not abang terima?” Adrian memandang wajah adiknya. “Yana tu. Kalau ada orang yang dekat, tak payah susah-susah cari lain. Abang tahu, walaupun dia macam tu, dia diam, dia tak tunjuk perasaan dia pada Yana, dia memang sayangkan Yana. You should know that,” giliran Adrian pula yang menasihati adiknya.

“Siapa? Razin?” Adriana termangu-mangu.

“Jangan halakan seluruh mata, jiwa Yana pada Razin. Sampaikan Yana dah tak boleh nampak apa yang abang maksudkan.”

Adriana diam. Apa maksud abang Adrian? Baru sahaja dia ingin bertanya, Adrian sudah pun masuk ke dalam rumah. Bukan Razin? Kalau bukan dia, siapa lagi? Kalau orang yang dekat.. Adli? Adriana tersenyum sumbing. Tak mungkin Adli!

Di Sampingmu [11]

ADELIA QAISARA membelek wajah di cermin. Dia mengenakan sepasang baju kurung moden berwarna merah jambu yang diperbuat daripada kain lace. Wajahnya disolek nipis oleh jurusolek. Dia tidak tahu apa yang berlaku di luar biliknya. Hatinya gementar menanti detik bakal ibu mertuanya menyarungkan cincin di jarinya. Pandangan dilemparkan ke arah barangan hantaran yang tersusun kemas di atas katil. Pihak lelaki menghantar tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan. 

Adelia Qaisara ditemani oleh Annur, Hannah, Nadhira dan Dhia. Seketika kemudian, terdengar bacaan doa daripada ustaz yang dijemput khas hari itu. Adelia Qaisara menadah tangan, memohon keberkatan daripada Allah. Dia tidak henti-henti berdoa dalam hati agar segalanya berjalan lancar. Nampaknya, bacaan doa itu tadi menandakan yang dia selamat menjadi tunangan Adam Farhan.

“Akak, nak sarung cincin dah ni,” ujar Dhia setelah bacaan doa tamat. Dia masih leka dengan kameranya. Setiap sudut bilik itu kini dipenuhi dengan tetamu perempuan dan jurugambar.

Datin Hafizah tersenyum melihat bakal menantunya yang nampak berseri. Adelia Qaisara hanya tersenyum kecil, lalu tunduk. Sebentuk cincin emas putih disarungkan ke jari manis Adelia Qaisara. Dia bersalaman dengan Datin Hafizah. Tidak lama kemudian, mereka keluar dari bilik. 

Adam Farhan yang baru sahaja masuk ke dalam rumah terpaku apabila melihat kecantikan Adelia Qaisara. Bola matanya segera dilarikan di saat matanya bertembung dengan mata Adelia Qaisara. Dia bersalaman dengan para tetamu dan duduk di pelamin kecil yang tersedia. Hari itu dia hanya mengenakan sehelai kemeja lengan pendek berwarna merah jambu dan berseluar putih. Adelia Qaisara mengambil tempat di sebelah Adam Farhan untuk sesi fotografi.




USAI sahaja majlis pertunangan, semua tetamu pulang ke rumah. Yang tinggal hanya keluarga Adam Farhan dan keluarga terdekat Adelia Qaisara.

“Tak sangka Sara dah nak kahwin,” ujar Puan Shamsiah, ibu saudara Adelia Qaisara.

Adelia Qaisara yang baru sahaja menukar pakaian hanya tersenyum tawar. Dia tidak tahu bagaimana hendak beriaksi.

Puan Shamsiah selalu sahaja membandingkan Adelia Qaisara dengan anak-anaknya. Kononnya, anak-anak dia belajar di luar negara. Masing-masing ada cita-cita yang tinggi. Tidak hairanlah sekiranya mereka berkahwin lewat. Baginya, harta adalah segala-galanya. Adelia Qaisara? Bijak, tetapi tidak memikirkan masa depan. Puan Shamsiah tersenyum sinis.

“Baguslah kahwin awal. Kita dulu pun kahwin masa umur belasan tahun. Sara dah dua puluh,” balas suaminya, Encik Hussin.

“Tak adalah. Saya pun seronok juga. Kacak tunang si Sara ni. Untung badan. Shakira, nanti cari la bakal suami macam Adam ni. Handsome, kereta besar, kaya,” tambah Puan Shamsiah. Ada nada menyindir dalam kata-katanya.

Adelia Qaisara dan yang lain terpempan.

“Maksud Mak Ngah?” tanya Adelia Qaisara.

“Nanti, bila dah kahwin, tak payah kerja. Duduk rumah je, goyang kaki. Haa.. tadah je tangan dapat duit,” jawabnya sambil menjeling Adelia Qaisara.

“Maafkan Sara. Tapi, kalau Mak Ngah rasa Sara kahwin dengan Adam sebab duit, Mak Su silap. Sara sendiri pun dah ada duit. Buat apa Sara nak mintak dengan orang lain?” Adelia Qaisara mula naik angin. Nada suaranya juga cuba dikawal.

“Kak Siah, kalau akak datang sini semata-mata nak menghina anak kami, lebih baik akak balik. Saya bukan menghalau. Tapi hari ni majlis untuk orang rasa gembira, bukan majlis bermasam-muka,” sampuk Tan Sri Salleh.

Puan Shamsiah menjeling.

“Jom, bang! Kita balik!” ajak Puan Shamsiah. Anaknya Suzila hanya mematung. “Hey, Zila! Mari balik!” jeritnya lagi.

“Pak Su, Mak Su, Sara.. Zila balik dulu, ye. Maafkan mak Zila, dia memang macam tu,” ujar Suzila sambil bersalaman dengan ahli keluarga itu.

“Saya bukanlah nak masuk campur. Tak lama lagi, berbesanlah kita. Kenapa dengan Kak Shamsiah tu?” tanya Dato’ Hisyam setelah Suzila hilang di balik pintu.

“Entahlah, Hisyam. Dia memang macam tu. Anak dialah yang paling baik,” jawab Puan Fatimah.

“Mama, Papa, Pak Cik, Mak Cik, boleh tak kalau Han nak bercakap sekejap dengan Adelia?” celah Adam Farhan. Dia ingin bercakap dengan Adelia Qaisara sebentar.

“Pergilah,” jawab Tan Sri Salleh.

Semua yang berada di situ menala pandangan pada mereka berdua. Mereka tersenyum sesama sendiri. Bagai pinang dibelah dua, itu sahaja yang paling sesuai bagi menggambarkan keserasian mereka.

“Adelia.. okey ke?” tanya Adam Farhan.

Mereka duduk di kerusi taman. Petang itu ditemani dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Yang kelihatan, pekerja-pekerja katering sedang mengemas peralatan mereka. Ada yang sedang duduk, ada yang memantau para pekerja bawahan dan ada yang sedang bertungkus-lumus mengemas. Mujurlah makanan habis hari itu. Tan Sri Salleh keluar dari rumah dan menghulurkan sampul surat berwarna putih kepada mereka. Bayaran kerja mereka barangkali.

“Dari sebelum kita bertunang, awak asyik tanya perkara yang sama. Saya okey je. Janganlah risau,” jawabnya kembali. Matanya jatuh pada sebentuk cincin emas putih yang tersarung pada jari manis tangan kirinya.

Actually, saya takut kalau Adelia tak setuju. Legalah saya sekarang. In a month, you’ll be my wife. Thank you,” ucap lelaki itu, jujur.

“Saya pun berterima kasih sebab pilih saya jadi isteri awak. Still, I’m sorry. Kita tak buat majlis resepsi sampai lepas saya habis belajar.”

“Yang itu, saya tak kisah. Kalau ikutkan saya, saya nak buat majlis akad nikah je. Family yang nak buat majlis tu. Ikutkan jelah.”

Adelia Qaisara mencari wajah lelaki itu. Kemudian dia tunduk.

“Saya pun nak buat akad nikah je. Tapi, bagus jugak ada buat resepsi. Kenalah jemput kawan-kawan saya dekat kampus tu.”

Adam Farhan tersenyum.

“Lusa Adelia balik Ipoh, kan? Kebetulan saya ada projek kat Ipoh. If tak keberatan, saya boleh hantar Adelia dengan kawan-kawan balik sana,” ujar lelaki itu lagi.

“Tak menyusahkan ke? Tapi, kenalah tanya parents saya dulu,” jawab Adelia Qaisara.

“Err.. saya dah cakap dengan pak cik dengan mak cik. They said I can send you home. But still, kena tanya Adelialah,” balas Adam Fahan.

“Kalau parents saya kata okey, okeylah.”

Ameer Farhan tersenyum gembira. Ternyata tidak sukar mendekati gadis itu. Adelia Qaisara memberi tindakbalas positif. Dia akan terus mencuba untuk mencuri gadis itu. Menanti sebulan lagi seolah-olah dia harus menunggu lagi bertahun lamanya.

“Lagi satu, Mama nak Adelia tinggal dekat rumah kami, dekat Ipoh. Rumah tu parents saya beli last year. Better duduk rumah tu. Jiran sebelah tu orang Melayu. Lagi selamat. Kalau Adelia nak ke kelas atau pun nak keluar, Adelia boleh mintak tolong mak cik tu jaga rumah. Lagi pun, rumah tu selesa. Walaupun setingkat, rasanya okeylah untuk student macam Adelia dengan kawan-kawan,” jelas Adam Farhan itu.

“Kena bincang dengan housemates dululah. Tapi, err.. sewa.. kira macam mana?” tanya Adelia Qaisara.

“Takkanlah bakal menantu sendiri pun Mama nak suruh sewa. Free je. Duduklah sana sampai habis belajar,” tambah Adam Farhan.

“Kalau macam tu, nanti saya tanya kawan-kawan dulu. Seganlah. Tinggal rumah tu, tapi tak bayar apa-apa.”

“Lahh.. nak segan kenapa? Bayarannya, Adelia kenalah belajar sungguh-sungguh. Boleh jadi engineer macam saya. Lagi satu, if rasa nak pindah rumah, just tell me. I’ll be in Ipoh for two weeks. Lepas tu saya balik KL semula. Rasanya lepas tu kita jumpa time akad nikah. That’s all.”

Adelia Qaisara tersenyum. Baiknya Adam Farhan dan keluarganya. Adelia Qaisara tunduk. Matanya dilarikan pada kenderaan yang membawa katering bergerak meninggalkan kawasan banglo dua tingkat itu.

Di Sampingmu [10]

“KAU biar betul, Han. Tiba-tiba je nak kahwin. Dahlah dalam masa yang singkat. Jangan cakap kau kahwin atas pilihan keluarga,” Saiful benar-benar terkejut.

“Taklah. Pilihan aku sendiri. Aku berkenan dengan dia. Tu yang aku tak nak tunggu lama-lama,” jawabnya tenang. Bibirnya yang merah mengukirkan senyuman buat sahabatnya itu.

“Siapa dia? Aku kenal ke?”

“Tak. Kau tak kenal dia. Dia anak kawan baik Papa aku. Aku jumpa dia dua minggu lepas. Sekali tengok, terus jatuh hati,” terang Adam Farhan.

“Baru kenal dua minggu? Kiranya cinta pandang pertamalah ni? Tak sangka betul aku. Kau yang workaholic ni nak kahwin,” Saiful masih belum boleh percaya.

“Aku seriuslah. Kau ni.. bila aku tak ada girlfriend, tak fikir pasal kahwin, kau bising-bising. Suruh aku cari girlfriendlah, suruh kenal dengan kawan-kawan kaulah. Macam-macam. Ni, bila aku nak kahwin, kau pulak tak percaya. Pelik betullah kau ni,” Adam Farhan menyatakan rasa tidak puas hati.

“Bukan macam tu. Aku pelik jelah. Siapa dia? Berminat betul kau dengan dia. Kenalkanlah dengan bakal abang ipar dia ni. Tak pun, jadi nombor dua.”

“Banyak cakap. Bini kau ada kat rumah! Jangan main gila,” jawab Adam Farhan tergelak. 

“Minggu ni dia balik. Nanti aku kenalkan.”

Saiful mengangguk. Ingin benar dia melihat bakal isteri Adam Farhan. Bagaimana seorang lelaki yang telah mengunci hatinya buat lima tahun lamanya boleh berubah dengan hanya beberapa kali berjumpa. Pasti gadis itu cantik. Mungkin juga gadis itu seperti Diana.

“Han.. aku nak tanya sikit, boleh?” tanya Saiful.

“Hmm.. tanyalah,” Adam Farhan yang tadinya mula menyambung kerja, terhenti kembali.

“Bakal isteri kau ni.. ada ciri-ciri macam Farah Diana ke? Eh, kau janganlah marah,” katanya apabila melihat Adam Farhan merenung ke arahnya.

“Dia dengan Diana orang yang berbeza. Sikit pun tak ada persamaan. Dia cantik, bijak, dia sopan. Paling penting, dia hormat family aku and pandai masak. Kalau Diana, dia different. Boyish. Nama dia Adelia. Adelia Qaisara binti Ahmad Aminuddin,” Ameer Farhan menerangkan perkara sebenar.

“Aku ingatkan ada persamaan. Yelah, tiba-tiba kau ajak dia kahwin. Padahal baru kenal. Dia belajar lagi eh?”

“Ha’ah. Baru dua puluh tahun umur dia. Muda lagi. Dia belajar kat Ipoh. Dekat Politeknik Ungku Omar.”

“Eh, itukan tempat kita buat renovation tu? Eh, senanglah macam tu. Bila kau ada dekat Ipoh, boleh kau jenguk bini kau. Mudanya!”

Adam Farhan mengangguk.

“Paling ironi, dialah budak yang tertumpahkan air kat baju aku that day.”

Saiful ternganga. Malang sekali dia belum pernah melihat wajah gadis itu.




ADELIA QAISARA memasukkan telefon bimbit ke dalam beg. Sebentar saja lagi, dia akan pulang ke Kuala Lumpur. Menunggu bakal tunangnya menjemput dia dan rakan-rakannya. Hannah, Annur dan Nadhira telah mendapat kebenaran daripada keluarga masing-masing untuk menghabiskan cuti bersama Adelia Qaisara. Dan yang paling penting sekali, mereka akan menghadiri majlis pertunangan Adelia Qaisara dengan Adam Farhan.

“Aku pulak yang nervous,” ujar Annur, sambil menyelak langsir tingkap. Panjang sahaja lehernya, mencari bayang lelaki itu.

Handsome tak?” tanya Hannah.

“Tak. Dah tua. Rambut dah gugur. Kulit pun dah ada yang berkedut,” jawab Adelia Qaisara selamba.

“Kau ni biar betul. Tak percayalah aku,” balas Hannah kembali.

“Asyik tanya je. Malas nak jawab,” Adelia Qaisara menggelongsor duduk di sofa.

“Eh, future husband kau naik kereta apa?” tanya Nadhira tiba-tiba.

“Entah, tak pasti. Kenapa?”

“Tu.. ada BMW warna biru berhenti kat depan. Tengoklah kejap,” panggil Annur.




Adelia Qaisara pantas berdiri. Dia berjalan ke muka pintu. Seorang lelaki tinggi lampai keluar dari kereta tersebut. Kaca mata hitam setia melekat pada batang hidungnya. Hari ini dia nampak segak dengan jaket hitam yang dizip separuh, menampakkan sehelai t-shirt putih tanpa kolar di dalamnya. Dia mengenakan sehelai seluar jeans yang juga bewarna hitam dengan sepasang sneakers putih. Dia juga memakai bangle kulit berwarna hitam di pergelangan tangan kanannya. Dia ingin mengeluarkan telefon bimbit, tetapi terhenti di saat terpandangkan wajah Adelia Qaisara. Dia melambai seraya tersenyum.

“Jom. Dia dah sampai,” ajak Adelia Qaisara. Beg di meja dicapai, lalu disangkutkan ke bahu. Beg yang sederhana besar dijinjing dengan tangan kiri.

“Itu ke? Sebijik macam mamat Korea. Handsomenya!” Hannah cuba mengawal nada suaranya. Bimbang didengari Adam Farhan.

“Jangan banyak cakap. Jom,” ajaknya lagi, tergelak.

Nadhira yang terakhir keluar mengunci pintu rumah dan pagar. Adam Farhan membuka boot kereta dan mengambil beg dari tangan Adelia Qaisara. Setelah semua beg sudah berada dalam boot, kereta itu mula meninggalkan kawasan perumahan itu.

“Mak Adelia ada call?” soal Adam Farhan, cuba membunuh kesunyian yang baru tercipta.

“Ada. Mak kata esok kena pergi tempah baju. Lepas tu, beli hantaran. Majlis tu weekend depan, kan?” jawab Adelia Qaisara sopan.

“Ha’ah. Esok pagi saya ambil Adelia. Nak beli cincin nikah sekali. Mama saya dengan mak Adelia cakap nak biar kita sendiri yang pilih,” ujar lelaki itu. Sesekali, matanya dilarikan pada wajah yang tenang itu.

Adelia Qaisara mengangguk. Saat ini, dia sudah mula berasa gementar. Dia berharap agar sinar bahagia itu miliknya. Adam Farhan merupakan seorang lelaki yang baik.




“EH, Sara. Best tak nak kahwin ni?” tanya Nadhira.

“Entahlah. Aku nervous. Tak terfikir nak kahwin awal. Tapi, jodoh semua tu di tangan Allah. Aku redha je. Dia pun baik,” jawab Adelia Qaisara.

Malam itu, mereka tidur di bilik tetamu. Ada sebuah katil bersaiz king. Cukup untuk memuatkan keempat-empat mereka.

“Tapi kan.. handsome habis bakal husband kau tu. Kalau aku, tak ada aku nak fikir-fikir. Aku terima je,” celah Hannah.

“Hisyyy! Hannah ni! Tak habis-habis dengan handsome. Aku bagitau Fadlin nanti, baru tahu,” marah Annur.

Hannah hanya ketawa.

“Aku memuji kesempurnaan Maha Pencipta!” tukasnya, masih ketawa.

“Dah, dah. Tidur. Esok nak bangun awal. Berjalan sehari,” tegur Adelia Qaisara.



“ANNUR! Hannah! Dhira!” jerit Adelia Qaisara. Dia sendirian di padang itu, tanpa mereka. Air mata Adelia Qaisara mengalir. Ketika dia berlari-lari, dia tersadung batu, lalu terjatuh.

“Awak tak apa-apa?” tanya satu suara.

Di depannya berdiri seorang lelaki. Adelia Qaisara yang masih tunduk tidak mampu mengangkat kepala. Dia menangis di saat terlihatkan darah yang mengalir dari lutut dan tapak tangannya. Lelaki itu tunduk di hadapan Adelia Qaisara dan tersenyum.

Adelia Qaisara terjaga. Jam menunjukkan pukul dua pagi. Ya Allah, itukah tandanya dia memang jodohku? Adelia Qaisara bangun menuju ke bilik air. Kini, dia sudah yakin dengan pilihannya.




PAGI itu, mereka ke Mid Valley. Rakan-rakan Adelia Qaisara turut serta. Membantu memilih barangan untuk dijadikan hantaran. Mereka sudah selesai dengan urusan pakaian. Tema pertunangan mereka pink dan putih.

“Kami nak tiga bentuk cincin. Dua bentuk emas putih untuk perempuan, satu bentuk untuk lelaki daripada perak. Kalau boleh, cincin perak tu nak design yang lebih kurang sama dengan salah satu daripada cincin white gold tu. Boleh tak?” tanya Adam Farhan sewaktu mereka singgah di kedai emas yang mereka singgah.

“Mau bertunang ka kahwin?” tanya lelaki yang berbangsa Cina itu.

“Dua-dua. Kalau cincin bertunang, saya prefer cincin belah rotanlah,” jawab Adelia Qaisara.

Lelaki itu mengangguk. Dia membuka peti kacanya dan membelek-belek cincin yang sesuai. Dia memanggil pembantunya dan bercakap sesuatu. Pembantunya masuk ke dalam sebuah bilik dan keluar dengan tiga buah kotak.

“Ini untuk kahwin punya cincin,” sebentuk cincin emas putih yang bertatahkan tiga biji berlian itu diberikan kepada Adam Farhan. 

Ada sebiji berlian yang besar sedikit berada pada bahagian tengah cincin. 

“Yang ini, pun cantik juga.” Kini, sebentuk cincin dengan sebiji berlian yang bersinar juga sudah berada pada tapak tangan Adam Farhan.

Boss, saya nak tengok yang itu,” Adam Farhan menunjukkan sebentuk cincin yang ada tiga biji berlian di atasnya. “Adelia suka yang mana?” tanyanya.

“Tiga-tiga ni cantik. Kejap, test,” jawabnya. Satu demi satu cincin dicubanya. “Kalau yang ini, over sangat tak?” soalnya. Cincin yang pertama tadi tersarung kemas di jari manisnya. Dia suka akan rekaan yang itu.

“Kalau yang ini, ada tak cincin perak yang design lebih kurang dengan this one?” Adam Farhan menunjukkan cincin di jari Adelia Qaisara.

Lelaki yang mengenakan tanda nama Leong itu menghulurkan sebentuk cincin yang mempunyai tiga biji berlian di tengah-tengahnya. Adam Farhan meneliti cincin itu sebentar. Dia mengangguk.

Lastly, saya nak tengok cincin ni,” Adam Farhan menunjukkan sebentuk cincin emas putih berbatu nilam. Cincin itu nampak ringkas dengan batu nilam warna merah jambu tersusun kemas, memenuhi bahagian atas cincin itu. Nampak lebih ringan dan kecil. Disuakan pada Adelia Qaisara.

“Alaa..cincin belah rotan pun dah okay,” kata gadis itu lagi.

Just take it. Saya suka design ni. Cuba dulu, okey?”

Cantik! Cincin berbatu merah jambu itu nampak menyerlah apabila disarung pada jari manisnya.

Okay, saya ambil tiga-tiga,” Adam Farhan memberi kata putus.

Setelah membayar harga cincin, mereka masuk ke dalam pasaraya. Mencari-cari barang hantaran.

“Biasanya orang beli toiletteries. Beli perfume, persalinan, makanan, sejadah and barang-barang lain,” beritahu Hannah.

“Ha’ah la. Aku lupa kau dah bertunang. Jom.”

Mereka berjalan, mencari barang-barang lain untuk hari pertunangan Adelia Qaisara dan Adam Farhan.

21 September 2015

Check Up Again

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.. Hai u all.. (Gedik sat.. wahahaha)


Sorry pada korang yang ada singgah blog ni. Kebelakangan ni aku selalu update pasal sakit aku je kan. Haha. Saje nak share dengan korang pengalaman aku. Mana la tau nanti ada antara korang yang terkena macam aku ni. Boleh la jadikan contoh ke. Nak tanya aku apa-apa pun aku okey je. Sharing is caring kan.. :-p

So, last haritu aku update aku dah start rechallenge ubat kan. Ubat yang doktor bagi masa tu Pyridoxine (vitamin), Isoniazid (TB), Ofloxacin (antibiotik) and Ethambutol (antibiotik TB). Cuba untuk lima hari dulu kata doktor. Alhamdulillah, takde apa yang pelik jadi kat aku untuk tempoh tu. 

14.9.2015 - Pergi IPR semula. Repeat buat Liver Function Test lagi. Kali ni sampai bertukar MA yang cuba cucuk ambik darah aku. Punya la seksa dorang kalau kena time aku. Hahaha. Nasib la. Tapi aku lagi seksa sebenarnya sebab cucuk yang first tak kena urat. Sakit gila. Cucuk kali kedua pulak dah betul dah tempat sepatutnya tapi agak tersasar kot dari urat. Maka, MA kedua tu merodok la jarum tu lagi dalam. Siap alih-alih jarum lagi. Rasa nak sekeh je masa dia buat. 

Dapat je sampel darah terus ke makmal buat ujian. Result ok. Alhamdulillah. Then, nurse suruh tunggu depan bilik nombor 2. Dalam setengah jam tunggu, doktor panggil masuk. Dia tanya keadaan aku. Ada gatal-gatal ke tak. Aku cakap ok je. So, doktor cakap nak tambah satu ubat. Ethambutol tu tukar dengan Rifampicin. Isnin (21.9.2015) kena datang balik untuk cek darah lagi katanya. Aiyarkkkk.. 

Dah dapat buku appointment, terus la gerak balik ke office. Dalam pukul 11 lebih macam tu, tiba-tiba ada nombor tak dikenali call aku. Rupa-rupanya call dari Inspekstor Kesihatan / Pegawai Kesihatan Persekitaran. Katanya dapat maklumat aku ada sakit TB dari IPR. Oh okay. Katanya nak test semua orang berhampiran aku sama ada kat office or kat kat rumah. Aku jadi gelabah la. Laju je aku cakap yang IPR cakap aku tak jangkitkan kat orang lain. Then, Encik Nazmi tu explain la kat aku. Katanya, memang aku tak jangkitkan kat orang lain. Cuma sekarang ni, dia perlu buat siasatan. Dari mana sebenarnya aku dapat jangkitan ni. Mana la tau kalau-kalau ada antara orang berdekatan aku yang ada TB Pulmonari/Paru-paru tapi dorang tak sedar. So, dorang nak cegah la or bagi rawatan yang sepatutnya kat orang yang bawa jangkitan ni sebelum lebih ramai orang yang dijangkiti. Oh. Okay. Faham. Haha.

Macam-macam la dia tanya. Antaranya bilangan staff MdI KL ni ada berapa. Kerja aku macam mana. Aku selalu pergi kerja guna pengangkutan awam ke tak. Selalu berulang alik ke hospital ke tak. Soalan-soalan yang nak kenalpasti kemungkinan dari mana aku dapat jangkitan ni. Aku jawab jela dengan lurus bendulnya. Huhu. Katanya, kalau boleh dia nak bawak team datang office aku. Macam dia pernah buat kat jabatan veteran ke apa entah yang ada kat bangunan yang sama dengan office aku sekarang ni. Dia nak jalankan Mantoux Test kat semua staff office ni. Aku cakap better dia call Puan Teh untuk bincang macam mana. So, aku pun bagi jela nombor Puan Teh. Pandai-pandai la dorang nak set tarikh bila nak buat tu. And pandai-pandai la bincang sama ada nak buat kat satu floor ni je ke or satu cawangan ni. Btw, semalam Puan Teh ada tanya aku bila Encik Nazmi tu nak call. Mana la aku tau.. Huhu.. (Bos aku pulak yang tak sabar kan. Huhu.)

Nampak tak penimbang besar yang warna merah kat tepi dinding tu. Setiap kali datang sana, kena timbang berat. Tapi malu la weh. Bapak besar penimbang tu. Semua orang boleh tau berat ko. Hukhukhuk.

21.9.2015 - Pagi semalam aku pergi lagi IPR. Macam biasa ambik darah lagi untuk buat LFT. Again! Kali ni yang ambik darah MA Suhaimi lagi. Dia siap cakap, "Kesian awak ni. Sampai dah tak tau nak cucuk kat mana". Haha. Btw, kalau korang nak tau. Hanya tangan sebelah kanan je yang nampak urat nak ambik darah tu. Tangan kiri langsung tak nampak. So, every time ambik darah, of course akan ambik tempat yang sama. Kesian aku kan. Huhu. Lunyai ar tangan kanan aku. First dia cucuk tak kena urat. Then, dia cakap kalau kali kedua cucuk tak kena gak dia surrender. HAHAHAHA. Nasib la kali kedua tu berjaya.

Tada!!!! Inilah dia result darah aku. Normal betul tu. Huhu.

Result darah 21.9.2015. Bacaan ALTI normal walaupun dah start ubat baru. OK la tu kan. 

Dapat je result terus tunggu giliran nak jumpa doktor kat luar bilik nombor 2. Tapi biasa la. Pukul 10 pagi and ke atas orang memang ramai la. Lagi pun, setiap hari Isnin, ada klinik TB and klinik pemindahan paru-paru. So, memang tak hairan la kalau jumlah pesakit yang datang agak ramai setiap hari Isnin. Maka, terpaksa la menunggu sambil berdiri. Tempat duduk penuh. Agak lama tunggu, keluar nurse dari bilik 2 bawak dua sampul besar yang ada result x-ray / medical record aku and sorang lagi pesakit lain. Nurse panggil aku and sorang lelaki tu suruh kitorang pergi ke bilik sebelah belakang yang berdekatan dengan bilik rawatan. Agak suspens jugak masa tu. Yerla kan. Tetibe kena tukar bilik. Lagipun, setau aku la, bilik-bilik sebelah dalam tu bilik-bilik pakar. Huhu.

Tak lama pastu kitorang berdua dipanggil masuk serentak. Aku dengan doktor perempuan berbangsa Cina. Yang laki sorang tu dengan doktor perempuan Melayu. Sementara tunggu doktor aku tu tengok fail aku, aku saja curi-curi dengar apa doktor sorang lagi tu cakap kat laki yang masuk sekali dengan aku. Aku dengar doktor cakap, dia dah bebas dari kuman TB (jelesnya!!!). So, dia dah tak perlu makan ubat dah. Then, doktor suruh dia berhenti merokok. Siap offer join klinik merokok dorang lagi. Kih kih kih. Pastu, doktor tu terangkan pasal x-ray laki tu. Sebab kat gambar x-ray paru-paru laki tu, ada banyak tompokan. Tapi doktor cakap tu tak merujuk pada kuman TB. In case lepas ni dia batuk-batuk balik, loya-loya, lemah badan, dia kena datang semula. Ada dua kemungkinan. Sama ada dia kena TB semula or tompokan tu berkemungkinan kanser. Aku yang dengar ni pulak jadi takut. Wow.. Parah jugak tu. (Menyibuk je nak tau result orang lain kan.. Hahaha)

Doktor Fong (suka aku je pendekkan nama dia kan) start tanya condition aku. Ada apa-apa masalah tak sepanjang rechallenge ubat. Aku pun bagitau la yang awal-awal tu aku rasa gatal gila-gila. Tapi sekarang dah takde sangat. Dia tanya lagi kalau-kalau ada kesan lain. Antaranya, ada tak ulser dalam mulut, ulser kat kemaluan or bibir jadi kering. Aku jawab semua tu takde. Tapi aku mintak dia bagi ubat tahan gatal. Persediaan je. Mana tau kalau aku jaga kaunter tiba-tiba diserang kegatalan terlampau tu, tak ke macam beruk je aku nanti depan pelanggan. Huhu.

Doktor cakap ok. Then, dia cakap hati aku betul-betul dah ok. Makan ubat baru pun bacaan normal. So, maknanya ubat baru tu sesuai dengan badan aku. Dia cakap akan tukar satu ubat lain untuk seminggu ni. Isnin (28.9.2015) kena datang balik sebab dia nak tengok keadaan aku. Kalau katakan dah takde gatal-gatal, katanya akan start ubat secara menyeluruh. Aku tak faham apa maksud dia. Hahaha. Tapi yang aku tau, ubat Ofloxacin tukar balik dengan ubat Ethambutol. Dia punya pahit, rasa nak buang je weh. Ubat ni jenis cepat larut. Masuk je dalam mulut, automatik mencair. Bayangkan jela tahap pahit tu. Tiga bijik pulak tu kena telan sehari. Dah la saiz agak besar. Kalau boleh telan sekali je untuk tiga bijik tu, dah lama aku buat weh. Erggghhhhhh.. 

Stok ubat untuk seminggu. Boringgggg...

So, itu la ubat yang perlu dicuba untuk seminggu ni. Dok cuba jela weh. Macam bahan eksperimen dah kan. Huwaaaaaa.. Isnin ni mai balik yer. Cucuk lagi. Hope bacaan ok. Penat dah ulang alik ke sana. Huhu. Kalau kata ubat kali ni takde problem, maknanya jarak untuk appoinment doktor tu takde la kerap sangat macam sekarang ni. Lagi satu aku perasan, sejak aku keluar wad tu la. Setiap kali aku ke sana, yang jumpa aku semua doktor pakar gred tinggi. Mesti sebab aku ni ada sejarah hati rosak sebab ubat tu kan.. Wakakaka..



Nota Cik Rimau : Okey la. Nak sambung kerja ni. Saja curi masa update sikit. Kalau kat rumah kang, memang malas dah nak on pc. Busy nak kemas rumah and masak untuk my bro. Huhu. Jumpa lagi. :-p

10 September 2015

Ubat Baru

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Wah.. Macam makin rajin je kan aku update blog ni sejak kena penyakit ni. Hahaha. Saja nak share dengan korang. Kot nanti ada yang terkena macam aku ni, boleh la korang jadikan panduan ke, pengajaran ke. Hehehe.

Actually, harini aku ke IPR lagi. Appointment doktor. And untuk buat ujian darah lagi. Awal tau aku gerak keluar dari rumah. Sampai kat Plaza 1Sentral dalam 7:25 pagi. Tapi, gara-gara sorang perempuan kat dalam bas tu terhegeh-hegeh nak beralih masa aku nak turun bas, tak pasal-pasal tak dapat turun sebab driver dah tutup pintu and terus gerak. Aku tekan loceng pun driver tak mau stop. Driver berhenti jauh sikit. So, terpaksa la aku menapak naik bukit untuk pergi ke lif dalam bangunan tu. Elok je keluar dari lif, bas pun berlalu depan mata aku. Sakit hati weh. Kalau la tak sebab awek tu, confirm aku dah naik bas tu. 

Memang la bas tu banyak. Tapi berdasarkan pengalaman aku yang hari-hari naik bas tu untuk pergi kerja, kalau terlepas bas yang pukul 7:30 pagi, bas yang seterusnya selalu muncul lambat. Ikut jadual, sepatutnya setiap lima minit mesti ada satu bas yang jalan. Tapi biasa aku tengok, kalau lepas pukul 7:30, bas seterusnya muncul 7:50. Nasib baik la harini bas tu muncul awal sikit. 7:39 dah ada. Hehe. So, awal la aku sampai kat IPR harini. Pukul 8:05 dah terpacak kat kaunter pendaftaran. Orang pun belum ramai. Kejap je duduk nurse dah panggil nama untuk timbang berat. (Naik 1kg.. erkkkkk)

Then, nurse bagi borang untuk buat ujian darah. Terus pergi bilik rawatan. Harini MA lain pulak yang cucuk ambik darah. Macam kerek pun ada. Bajet handsome sangat la tu.. Hahaha. Btw, ni MA yang sama yang aku pernah citer sebelum ni (yang tak jumpa urat kat tangan aku masa first time nak ambik darah tu). Nasib baik harini sekali cucuk je dah dapat darah. Kalau haritu, kemain lagi dia dok rodok tangan aku. Sampai harini ada kesan cucuk tu. Nak je sekeh kepala dia. Huhu. Lepas dah siap tu, terus pergi ke makmal untuk dapatkan analisis darah tu. Setengah jam jugak tunggu. So, inilah keputusan ujian darah untuk harini. Tada!!! Normal dah. Hehe.

Result ujian darah harini. Dah normal. Yeaaayyyyy!!

Dapat je result tu terus hantar balik kat nurse yang kat kaunter tengah. Pastu, duduk tunggu giliran. Ikutkan aku kena jumpa doktor yang kat bilik nombor 2. Tapi tiba-tiba lepas tu nurse keluar bawak fail aku suruh masuk bilik 5. Jumpa dengan doktor yang masukkan aku ke wad haritu. Doktor tu tanya-tanya sikit keadaan aku. Then, dia cakap akan start ubat baru mulai harini. Isnin aku kena datang balik untuk cek darah lagi. Kalau bacaan normal je, boleh teruskan makan ubat ni. Kalau tak normal, aku tak tau la doktor nak buat apa pulak kat aku lepas ni. Haha.

Ubat baru. Actually, ni ubat lama untuk TIBI. Tapi, untuk aku, ni ubat baru yang aku kena makan. Hahaha.

Lepas ambik ubat, ambik pulak buku appointment kat bilik kaca luar klinik tu. Aku tanya la nurse tu, ubat baru ni nanti ada bagi apa-apa kesan sampingan tak. Dia tak jawab pun. Pastu dia just cakap, Isnin nanti datang balik dorang cek. Ceh. Aku just nak tau je. Kalau katakan ada kesan sampingan yang tak sepatutnya, mungkin aku boleh stop sendiri. Takkan nak tunggu jadi teruk macam haritu baru nak stop. Ye tak? Huhu.

Sekali makan sampai 11 biji weh. Banyak la dadah dalam badan. Huhu.
Sampai je kat opis tadi, terus la aku bedal ubat-ubat tu. Dah tulis pagi kan. Kesan sampingan? Alhamdulillah setakat ni takde. Ikutkan ada rasa loya sikit ni. Tapi mungkin sebab pagi tadi aku makan brekkie wrap McDonalds tu ada banyak minyak, so aku anggap takde kena mengena dengan ubat tu. Kalau rasa loya tu still tak hilang jugak, kena berjaga-jaga la jawabnya. Hahaha.



Nota Cik Rimau : Hope sangat ubat kali ni tak mendatangkan kesan buruk kat Cik Rimau dah. Seriously, rasa terseksa sangat masa sakit tu. Rasa lemah tu boleh buat kita jadi down tau. Cukup la sekali rasa macam tu. Hehehe. 

08 September 2015

WARDED (1.9.2015 - 4.9.2015)

*** AMARAN : ENTRI MALAM NI PANJANG BERJELA. HAHAHAHAHA..


Assalamualaikum w.b.t. and selamat malam korang.. 

Agak lama aku senyap kan.. Asyik tenggelam timbul je. Apa teruk benor perangai aku ni kan. Haha. Ikutkan ada je idea aku nak membebel minggu lepas. Tapi malangnya minggu lepas minggu yang sangat mencabar fizikal, mental and emosi aku. SANGAT-SANGAT. Nak tau kenapa? Cakap la nak tau. Tak sabar nak cerita ni.. Haha. (Giler sat..)

Ok. Masih ingat entri aku yang sebelum ni. Pasal aku disyaki dijangkiti kuman/bakteria tuberkulosis a.k.a TIBI (TB). Ikutkan haritu aku nak story sikit pasal aku dah pun disahkan POSITIF dijangkiti TB ni. Tapi aku bukan TB paru-paru eh. Aku TB Kelenjar. Tak berjangkit pun doktor cakap. So, tak payah nak duduk jauh berbatu-batu dari aku. Okey??? Huhu. 

10.08.2015 *** Lepas disahkan POSITIF tu, doktor bagi la aku ubat. Ubat tu sangat besar gedabak. Jumlah berapa biji kena makan bergantung pada berapa berat badan kita. Dah macam ubat sakit untut pulak kan.. So, disebabkan aku ni berat ya amat, makanya kena la telan jumlah yang agak banyak. Nama ubat tu Akurit 4. Dengarnya, ubat tu gabungan dari empat jenis ubat yang berbeza. Sebelum balik, nurse kat bilik kaca luar klinik tu explain la pasal TB ni. Sekali dengan side effect ubat antibiotik yang bakal aku makan tu.  Antara side effect yang akan terjadi lepas makan ubat tu : air kencing bertukar ke warna jingga (PEKAT WEH), loya, muntah, hilang berat, hilang selera makan. Nurse tu pesan, kalau muntah teruk kena datang balik.
Atas tu ubat Akurit 4.. Besar nak mampos. Nak telan pon rasa tersekat kat tekak.. Huhu

11.08.2015 *** Aku start ambik ubat tu. Langsung takde efek macam yang nurse tu terangkan kat aku. Kecuali part air kencing tu je. Loya ke muntah ke haram takde. Paling aku bengang selera makan aku bertambah pulak. Selalu kalau dah malam memang aku takkan makan dah. Kalau lapar pun, aku makan pisang je or minum soya. Tapi lepas makan ubat tu, aku boleh kebulur nasi pulak. Hangin je kan.. 

13.08.2015 *** Masa ni aku jaga kaunter petang. Start jaga kaunter pukul 12:00 tengahari. Masa dah dekat nak lunch, aku perasan ada something mengalir kat leher. Rupa-rupanya, bengkak kat leher dah PECAH weh!! Pucat kejap muka aku masa tu sebab gabra. Haha. Untuk sementara tu, aku just letak tisu jela. Nak elak dari kena tudung and baju. Rehat tu aku terus ke Guardian. Beli dressing tampal kat leher. 

21.08.2015 *** Hari Jumaat masa ni. Kononnya aku plan nak balik lambat (maybe malam) sebab ada kerja tak siap lagi. Tapi disebabkan ada kawan mesej kat wechat ajak lepak, aku cancel plan balik lambat. Kitorang janji nak jumpa lepas Maghrib kat NU Sentral. So, aku sambung buat kerja. Dalam pukul 5:00 petang, tiba-tiba badan aku rasa seram sejuk. Menggigil weh. Padahal suhu ofis macam biasa je. Aku mula rasa tak sedap hati. Tapi masih teruskan kerja macam biasa. Dalam pukul 6:00 aku rasa dahi aku panas. Bahang melampau. Sendi pun rasa sakit tiba-tiba. Aku sampai fikir yang aku mungkin kena sampuk. Haha.

Sampai kat NU Sentral, aku rasa betul-betul tak larat. Masa kawan aku pergi order makanan, aku dah terjelepuk kat meja. Badan rasa lembik sangat-sangat. Kawan aku tanya aku kenapa. Aku cakap la rasa nak demam. Ikutkan aku nak cancel jumpa dia. Tapi masa aku mesej tanya dia kat mana, dia cakap dia dah sampai. Macam tak best pulak aku cancel last minute. Tu yang pergi jugak. Tapi lepak tu pun tak lama sangat. Aku memang tak larat sangat masa tu. Sampai je rumah, aku terus terbaring. Dengan tak mandinya. Serius aku tak larat weh. Burger McD kawan aku belanja tu pun aku tak makan. Bawak balik bagi abang aku je. 

22.08.2015 *** Saja datang OT. Konon nak siapkan task force yang bos mintak kitorang buat. Tapi sudahnya aku sibuk mengasingkan dokumen masuk. Sangat banyak okey. Sampai petang aku dok buat tu je. Petang dalam pukul 3:00, tiba-tiba badan aku jadi seram sejuk balik. Tapi aku tahan jugak sebab nak siapkan sekali kerja untuk hari Selasa. Pukul 6:00 petang baru aku balik. And macam hari sebelum tu, aku sampai rumah je terus terbaring. Maghrib memang terlajak sebab aku memang tak larat nak bangun. Senja-senja aku berbungkus dalam selimut. Rasa macam nak mati weh.. 

23.08.2015 *** Sepanjang hari aku kat rumah. Pagi macam biasa la sibuk kemas rumah. Sampai tengahari, badan aku mula rasa lemah. Tapi aku cuba kuatkan jugak badan. Konon tak nak la manjakan diri. Sakit sikit nak terlantar je. Tapi sumpah, macam mana aky cuba pun, aku tetap jadi lembik petang tu. Sudahnya aku mengalah. Terbaring berbungkus dalam selimut atas sofa. Suhu badan sampai 40.5. Aku hanya akan elok semula lepas pukul 9:30 malam. Time tu la nak masak. Time tu la nak mandi apa semua. Memang tak jalan kerja bukak kulit fail yang aku bawak balik tu. Konon nak buat kat rumah. Tapi dah jadi macam tu, aku nak buat macam mana kan.

24.08.2015 - 26.08.2015 *** Keadaan aku jadi makin teruk. Setiap hari aku muntah. Ada yang aku berjaya tahan. Kalau tak, mau berbelas kali dalam sehari aku muntah. Sepanjang hari aku loya. Fokus kerja terganggu. Aku hanya buat kerja hakiki aku je. Task force langsung tak jalan. Nak bercakap or berjalan pun aku naik takut. Sebab asyik rasa nak muntah. Makanan langsung tak boleh masuk perut. Masuk je keluar balik. Makan la apa pun. Aku beli asam, jeruk and semua yang boleh menghilangkan loya. Tak berhasil. Petang-petang aku still diserang rasa seram sejuk. Sampai rumah je aku terbaring. Memang tak bermaya betul. Sampai rasa nak give up je masa tu. Stress weh bila tiba-tiba jadi lemah ni. 

27.08.2015 *** Aku dah tak sanggup nak terus rasa lemah. So, aku call la IPR mintak kebenaran dorang untuk tukar masa makan ubat sebelah malam. Dengan harapan takde dah rasa loya masa kerja. IPR bagi. And orang yang jawab call tu pesan, kalau masih muntah-muntah, aku kena datang sana balik. So, aku makan la ubat tu pukul 11:00 malam. Konon, nak elak rasa loya. Takde maknanya weh. Pukul 12:00 tengah malam aku terbangun dari tidur. Terus berlari ke dapur sebab nak muntah. Habis keluar balik semua makanan. Huhu. S

28.08.2015 *** Bangun nak pergi kerja aku muntah. Pagi tu aku sampai lambat. 8:15 pagi aku sampai opis.. Tu pun naik teksi. Aku kirim air sirap limau kat kak Fifi. Makan langsung tak sebab loya terlampau. Sehari tu aku memang tak boleh buat kerja. Fokus aku terganggu. Masuk masa rehat, aku terus tidur kat bawah meja sebelah tempat Kak Ayu. Memang tak larat sangat la. Lepas rehat tu baru aku start buat kerja. Mujur sempat siap. Malam tu aku nekad tak nak makan ubat. Buat apa makan kalau menyebabkan aku jadi macam mayat hidup kan. Ramai orang opis tegur aku pucat. Mana tak pucat. Dalam masa tak sampai seminggu, berat aku hilang 6kg. Happy? Memang tak la. Walaupun aku memang nak kurangkan berat, tapi kalau sakit macam tu, aku rela lagi gemok macam ni. Hahaha.

29.08.2015 - 30.08.2015 *** Selera aku kembali normal walaupun masih ada rasa nak muntah tu. Tapi ok la kan dah boleh makan. Dah takde rasa seram sejuk. Malam dah tak demam.

31.08.2015 *** Melepak kat Dataran Merdeka dengan Kak Ziha tengok sambutan Hari Kemerdekaan. Balik tu melepak kat Meals Station KL Sentral. Makan macam biasa. Hoyeahhhhhh.. Gembira i tau. Hahaha. Tapi bila timbang berat, rasa hangin je. Cepatnya berat aku naik balik.. Huh!
Kak Ziha, Cik Rimau and Kak Linda..
Lepak makan kat Meals Station, KL Sentral.. Kak Ziha belanja.. Hak hak hak..

01.09.2015 *** Mesej Puan Teh (bos Unit Kebankrapan) mintak kebenaran masuk lambat sebab nak ke IPR. Sampai IPR, agak lama tunggu baru dapat jumpa doktor. Aku bagitau la masalah aku. Aku cakap kalau boleh nak tukar ubat lain. Ubat  Akurit 4 tu mungkin terlalu kuat untuk aku. Doktor mintak aku buat ujian darah. Sebab nak tau apa punca aku asyik muntah tu. Lepas dapat result dari makmal, aku serah balik kat doktor. Doktor suruh aku tunggu luar bilik. Tiba-tiba dia keluar tergesa-gesa bawak fail aku pergi mana entah. Tak lama pastu muncul balik dengan resul x-ray aku yang sebelum tu. Nurse panggil aku masuk. 

Doktor explain yang aku muntah-muntah tu sebab ubat yang aku makan tu. Doktor tunjuk result darah aku sebelum and selepas makan ubat. Sangat jauh beza. Bacaan untuk Alanine Aminotransferase sebelum makan ubat 61 (paras normal 12-78). Tapi lepas makan ubat bacaan jadi 547. Doktor cakap tu merujuk pada hati. Katanya hati aku bengkak. Ubat tu dah rosakkan hati aku sikit. So, agak bahaya pada aku. Doktor suruh aku masuk wad haritu jugak. Menggelabah la aku. Macam-macam aku tanya. Haha. Then, keluar dari bilik tu aku macam panik kejap. Tiba-tiba kena masuk wad. Terus terfikir abang aku macam mana nanti. Nak nangis pun ada tau sebab terkejut bila doktor cakap hati rosak. Cakap macam tak bersalah je. Hempuk nak?
Result ujian darah pada 24.8.2015, 1.9.2015, 3.9.2015 and 7.9.2015.

Lepas aku call makcik kedai bawah rumah untuk tolong tengokkan makan minum abang aku, baru la lega sikit. Tak lama lepas tu, datang la sorang lelaki tu. Rasanya bukan nurse sebab baju lain sikit. Dia bawak aku pergi ke wad. Btw, wad kat IPR tu asing yer. Lelaki and perempuan tak ditempatkan sekali. Good.. Hehehe. Dorang tempatkan aku kat katil 23. Depan katil aku ada perempuan Thailand. Lepas dah tukar baju hospital, aku dok menung atas katil. Bosan. 

First time merasa pakai gelang sakti ni.. Hahaha

Then, doktor datang explain kenapa masuk wad. Nak buat apa kat aku. Then, nurse pulak datang ambik darah. Redha jela. Kebetulan pagi tu aku langsung tak sarapan. So, agak kebuluran la. Aku ni tertunggu-tunggu la makanan tengahari. Tak jugak muncul. Nasib baik masa rehat tu, CC Misah and Kak Suhaili (kawan pejabat lama) datang melawat aku. CC Misah pergi la tanya kat kaunter jururawat bila makanan nak sampai. Sekali dorang cakap terlepas pandang nama aku and budak Thailand tu. What?? Lapar weh. Sampai hati. So, CC Misah pun pergi la ke kantin belikan aku nasi goreng ayam and teh o ais.. Baru la kenyang. Hahaha.
CC Misah. Kawan opis lama.
Kak Suhaili.

Tak lama lepas tu, kawan office baru pulak datang. Kak Fifi, Kak Ayu and Puan Norzaimah (gambar takde sebab dorang tak nak.. hehehe). Dorang datang bawakkan barang-barang aku nak guna dalam wad tu. Yela. Aku datang sehelai sepinggang kot. Konon nak mintak tukar ubat. Sekali kena masuk wad. Huhu. Kak Fifi belikan nasi and roti. Disebabkan kekenyangan lauk kak Fifi tu aku makan masa petang tu. Tada...
Lauk asal hanya kari ayam and sayur kacang tu je. Lain-lain tu dari yang Kak Fifi bawak masa tengahari. Hehehe. Mewah la kalau wad bagi lauk macam ni. Berangan.. Kah kah kah..

Petang tu hujan agak lebat. Aku baru lelap kejap, nurse datang cakap nak pindahkan aku ke katil 19. Aku pun alih la barang-barang aku. Sekali tengok, katil depan aku tu ada pelawat. 2 orang anak lelaki and sorang anak perempuan. Terus segar bijik mata. Tak jadi nak baring. Nak baring apanya dah ada lelaki kat situ. 

Untuk hari tu, aku solat kat surau belakang wad. Tak boleh nak solat kat dalam sebab takde sejadah. Nak pinjam kat orang dalam wad rasa segan. Rela lagi aku merayap jauh. Lepas Isyak, aku dok menung kat pondok luar wad. Sambil call Maklang tanya pasal abang aku. Then, masuk wad balik. Tengok pelawat tu masih ada kat situ. Sudahnya, aku tarik tirai tu tutup habis sekeliling katil aku. Hahaha. Puas hati. Terus bukak tudung, baring, tarik selimut berdengkur. 

Baru je beberapa jam lelap, tiba-tiba ada orang bukak tirai. Aku dengan mamai lagi masa tu, celik mata sikit tengok ada nurse lelaki nama Kamarudin datang nak ambik bacaan bp. Aiyarkkk.. Memang tak sempat dah nak cari tudung. Huhu. Siap boleh ajak aku sembang lagi tu sambil tunggu bacaan tu. Tanya ada pelawat ke tak. Konon bagi semangat la.. Aku ye kan aje. Mengantuk la weh..

Pukul 5:00 pagi sekali lagi dia datang ambik bacaan bp. Haih.. Kali ni sekali dengan secawan milo panas. Wow.. Awalnya minum pagi kat wad. Haha. Aku capai tuala terus ke tandas. Then balik ke katil minum air milo tu. Nurse lelaki tu datang semula. Tanya macam-macam soalan. Diakhiri dengan kata-kata semangat. Dia cakap aku kena sabar la dengan ujian sakit ni. Aku dengan selamba jawab, "Saya OK je.. " Muahahahahahaha.. Kurang ajar je kan jawapan aku. Aku rasa dia mesti bengang dengar jawapan aku kan. Sorry la sedara.

02.09.2015 *** Sarapan pagi dengan dua keping roti je. Kebuluran aku nak tunggu lunch. Tengahari tu, Azril, kawan masa aku study kolej dulu datang melawat. Siap bawak komik lagi. Sekali dengan bekalan biskut and buah. Hehe. TQ yer bro. Tengah sedap sembang dengan mamat tu, muncul geng opis pulak. Menggelabah si Azril nak lari balik. Wakaka.. Saja aku paksa duduk jugak. Nak segan dengan kawan opis aku konon. Nak je sekeh. Btw, sepanjang hari tu, memang takde apa sangat. Aktiviti makan tidur je. Ambik bacaan bp. Itu je. (Tak sempat ambik gambar member opis.. Huhu.. Btw, TQ pada geng opis yang datang bawakkan barang-barang yang aku nak guna sepanjang "percutian kat hotel" tu.. Hahaha.)
Ini member masa kolej tu. Azril. Tukang sponsor buku kartun untuk hilangkan kebosanan aku. Haha.


03.09.2015 *** Pagi-pagi lagi nurse datang ambik darah. Tak lama lepas tu doktor datang buat rondaan. Doktor cakap, tunggu result darah. Kalau dah ok, boleh start ubat baru. Kalau takde pape masalah, dah boleh keluar wad. Aku happy la dengar boleh balik. Dalam pukul 11:00 pagi kalau tak silap aku, nurse datang kat katil depan katil aku. Dia bagitau makcik katil depan aku tu yang dia dah boleh balik petang tu. Aku ni tunggu dengan penuh semangat la kot-kot nurse tu nak bagitau benda sama kat aku. Tapi hampa sebab lepas tu aku tengok nurse tu terus jalan keluar. Tiba-tiba dia stop pandang aku. Dia bagitau aku tak boleh balik lagi sebab bacaan darah tak ok. FINE! Kecewa tau. Huh!

04.09.2015 *** Lepas sarapan, datang sorang doktor check pesakit. Masa dia singgah katil aku, aku tanya bila boleh keluar. Katanya kalau ikut yang sebenar-benarnya, aku kena tahan lagi seminggu. Erkkkk.. Tapi nasib baik dia cakap, nanti dia tanya bos dia kalau-kalau aku boleh balik awal. Maybe doktor yang pangkat lagi tinggi dari dia kot. Lepas tu, aku sambung baca majalah Apo? Tiba-tiba muncul sorang doktor lain beberapa jam lepas tu. Dia tengok fail aku. Then tanya aku ada muntah lagi tak. Aku nak balik ke tak. Of course la aku cakap nak. Gila tak nak? So, doktor tu cakap boleh bagi balik tapi kena datang balik Isnin nanti. Aku cakap ok. Takut dia tak bagi keluar. Hahaha. Maka, dapatla aku keluar petang tu. Hehe. TQ pada yang menjemput kat wad. Nasib baik orang tu offer nak ambik. Kalau tak, naya aku. Bayangkan masuk wad tak bawak apa. Masa keluar, sampai dekat tiga beg barang aku bawak balik. Confuse kejap. Ni tempat orang sakit ke tempat shopping. Heheheh.
Dapat la MC sampai hari Isnin. Hoyeahhhhh..

05.09.2015 - 06.09.2015 *** Duduk rumah kerja aku dok main dengan habuk. Padahal doktor dah pesan. Sementara waktu ni aku tak boleh duduk kat kawasan banyak habuk and tempat yang ada banyak pendatang asing. Tapi disebabkan aku stress tengok rumah tunggang langgang abang aku buat sepanjang ketiadaan aku kat rumah tu, habis semua susun atur kerusi meja kat ruang tamu tu aku ubah. So, memang banyak la habuknya kan. Haha.

07.09.2015 *** Terbangun lambat pagi tu. Kelam kabut bersiap. Patut ada kat IPR pukul 8:30. Tapi aku sampai pukul 9:10. Dengan jalan jammed teruk kat Bangsar. Nasib baik aku tak jadi naik teksi. Kalau tak memang lingkup la. Huhu. Sampai je terus letak buku appointment dalam bakul kat kaunter. Ikutkan aku nak tanya something kat orang kaunter. Tapi petugas kaunter tu sangat tak mesra alam. So, aku diam jela. Lepas tunggu dalam 35 minit macam tu, nurse kat kaunter tengah panggil. Timbang berat apa semua. Pastu pergi bilik rawatan untuk ambik darah. MA Suhaimi tu nampak je aku da sengih da. Tau kenapa? Sebab aku dah dua tiga kali jumpa dia untuk ambik darah. And setiap kali nak ambik darah je, punya la seksa dia nak jumpa urat aku. Dia cakap urat halus sangat. Eleh, cakap jela nak kata tangan aku banyak lemak. So, urat tersembunyi. Kan senang. Wakakaka.

Dapat je darah terus ke makmal untuk dapat result darah tu. Aku tengok bacaan tu masih lagi tak normal. 124. Banding masa aku kat dalam wad tu, rasanya lambat pulak turun bacaan tu. Hurmmmm.. Pastu pergi tunggu depan bilik doktor. Khusyuk main handphone sampai tak sedar dah tiba giliran aku. Sampai doktor sendiri keluar panggil nama aku. Malu sat.. Hahaha.. Masuk je bilik doktor, doktor cakap ade pengurangan tapi masih tak normal. Tak boleh start ubat baru sebab takut nanti confuse. Then, doktor set kan appoinment hari Khamis ni pulak. Adoiiii.. Kena pergi lagi. Aihhhh...




Nota Cik Rimau : Hope kali ni, badan dah tak reject ubat baru nanti. Kalau reject jugak, ada kemungkinan doktor akan bagi ubat guna cara lain. Huhu.. Tak sangka kan yang ubat TB ni bagi efek sampai macam ni kat Cik Rimau. Betul-betul rasa give up minggu lepas. Rasa nak je pergi hospital malam-malam mintak masuk wad sebab tak larat sangat. Alhamdulillah lepas stop ni selera makan dah ok. Berat pun naik balik. STRESS! Hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...