Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

02 September 2013

Kau Irama Di Jiwaku [10]

“ASSALAMUALAIKUM..” Adriana dan Hanis memberi salam serentak.

“Waalaikumussalam,” kedengaran suara Mak Cik Leha menjawab salam mereka berdua. Bapa Hanis, Pak Cik Khalid mengekori isterinya. Mereka kelihatan sangat gembira dengan kedatangan Adriana. Setelah bersalaman dengan ibu bapa Hanis, Adriana masuk ke dalam rumah. Begnya diletakkan di tepi pintu.

“Mak cik, pak cik, ni ada hadiah dengan buah tangan sikit untuk pak cik mak cik dengan adik-adik Hanis,” Adriana bersuara lembut.

“Terima kasih la Yana. Buat susah-susah je,” jawab Pak Cik Khalid.

Adriana tersenyum.

“Hanis, bawalah Yana masuk bilik dulu, rehat. Yana, lepas solat Jumaat, baru kita makan. Mak cik dah masak dah,” ujar Mak Cik Leha.

Adriana mencapai begnya dan mengikut jejak langkah Hanis menuju ke bilik Hanis yang berada di tingkat atas. Adriana merebahkan diri ke katil.

“Penat! Drive dari KL ke sini. Macam mana la kau selalu balik, kan?” Adriana berguling-guling di atas katil.

“Aku dah biasalah. Ni first time kau drive sendiri ke sini, mestilah penat. Kalau selalu drive ke sini, memang takde hal.”

Adriana menggeliat. Sakit di pinggangnya masih terasa. Kuala Lumpur ke Gerik mengambil masa hampir empat jam. Adriana meneliti bilik Hanis. Boleh tahan jugak besar bilik Hanis ni, getusnya di dalam hati. Hanis berbaring di lantai.

“Laaa.. apasal kau baring kat bawah tu? Luaslah katil kau ni,” Adriana bertanya hairan.

“Panaslah atas katil tu. Baik aku baring kat bawah. Adriana mengangguk. Dia turut berbaring di lantai.

“Apa pulak kau buat ni?” soal Hanis pula.

“Aikkk? Kau kata bawah tu sejuk, aku pun nak tidur kat bawah jugaklah,” jawapan Adriana membuatkan Hanis ingin ketawa.

“Kau ni lawak! Macam budak-budak.”

Mereka sama-sama ketawa.

Usai sahaja solat Asar, Hanis mengajak Adriana ke kebun milik keluarganya. Sampai sahaja dia di kebun itu, Adriana memetik setangkai rambutan.

“Lebat betul buah-buah ni semua. Geram aku,” ujar Adriana sambil menyuap buah rambutan yang besar-besar itu. “Manis!”

“Lain kali, kalau nak makan buah free, datanglah rumah aku. Ajak family kau,” pelawa Hanis.

“Banyak betul pokok-pokok ni semua. Teringat masa aku pergi ladang epal UK. Macam ni la rupa kebun dia,” Adriana memetik pula setangkai rambutan gading.

Pokok-pokok rambutan itu ditanam dalam empat barisan selari sehingga ke hujung dusun. Di sebelah kiri kawasan pokok-pokok rambutan itu ditanam, ada pula barisan pokok-pokok pulasan yang masih belum matang, namun sudah mengeluarkan hasil dengan banyak sekali. Di situ juga ada pokok langsat dan rambai. Di bahagian kanan dusun pula ada pokok-pokok durian. Ibu bapa Hanis memang rajin bercucuk tanam. Di belakang rumah mereka, ada kebun kecil di mana terung, kunyit, serai, kacang pancang, cili, kacang bendi dan pelbagai jenis sayuran ditanam.

Adik-adik Hanis, Khairul dan Shah menarik tangan Adriana mengajak Adriana mengikuti mereka.

“Kalau akak datang selalu kan bagus. Mesti seronok. Mak dengan Ayah cakap, buah ni selalu tak habis. Habis pun, tupai yang makan,” Khairul memulakan cerita.

“Betul tu Yana, takde siapa nak makan. Nanti Yana nak balik, makcik bungkuskan. Bawak la untuk mak ayah Yana. Bagi kawan-kawan. Banyak sangat. Rugi kalau tak makan,” celah Mak Cik Leha.

Adriana tersenyum gembira. Senang dengan layanan keluarga Hanis terhadapnya. Dia turut membantu keluarga Hanis mengait dan memetik buah rambutan, langsat, duku, pulasan dan buah-buahan lain. Adriana paling suka membantu mereka mencari buah durian yang sudah gugur, dan makan buah durian tersebut di dusun itu juga.



ADRIANA mengikut Hanis ke kawasan belakang rumahnya. Banyaknya sayur, getus Adriana dalam hati. Hanis mencabut pokok bayam merah yang kelihatan segar, dan pokok-pokok bayam itu dimasukkan ke dalam bakul yang dibawanya. Adriana ingin membantu.

“Nak cabut pokok bayam jugak,” Adriana bersuara gembira.

“Nak tolong?” Hanis bertanya. “Kalau nak tolong, cabut pokok bayam muda. Jangan ambil yang tua pulak. Lepas ni kita petik buah tomato, kacang bendi. Cili, kunyit dengan serai sekali. Lagi apa eh mak aku pesan?”

“Ulam!” jawab Adriana.

“Ha’ah. Betul, betul.”

“Seronok kan, rumah kau? Semua ada. Sayur ada, buah ada,” Adriana bersuara riang.

“Not badlah. Tak payah beli kat luar.”

Adriana gembira. Satu-persatu pokok bayam yang tumbuh subur itu dicabutnya. Setelah berpuas hati dengan hasil bayam mereka, mereka berjalan menuju ke pokok-pokok kacang bendi, memetik cili padi, mereka juga mengambil tiga batang serai, daun kunyit dan ulam-ulaman.

“Tomato?” soal Adriana. Dia mengesat peluh di dahi.

“Tomato ada kat depan pintu dapur tu tadi. Tak perasan eh?”

Hanis berhenti di hadapan pintu dapur rumahnya. Ada tiga pokok tomato yang lebat ditanam di dalam pasu. Hanis memetik beberapa biji tomato dan mereka masuk ke dalam rumah untuk membantu Mak Cik Leha memasak.



“TERIMA KASIH mak cik, pak cik, sebab bagi Yana tumpang rumah ni,” Adriana bersuara setelah mereka keluar dari rumah itu.

“Tak apa Yana, lain kali datanglah lagi. Yana nak bawak keluarga Yana pun boleh. Barulah meriah,”tutur Mak Cik Leha.

“Tunggu sini sekejap,” Pak Khalid terus berjalan ke bahagian tepi rumah. Dia kembali dengan beberapa beg ditangan. “Yang ni, rambutan. Yang ni pulak manggis dengan langsat. Nak bekalkan durian, nanti berbau pulak kereta Yana,” ujar Pak Cik Khalid sambil meletakkan beberapa plastik besar yang berisi buah-buahan itu di bahagian tempat duduk belakang kereta Adriana.

“Nanti menyusahkan pak cik lagi. Ni pun, dah banyak menyusahkan pak cik,” balas Adriana dalam senyuman.

“Alaa.. Yana, kau tak payah segan-segan. Bila aku nak balik, kalau kau rasa nak ikut, bolehlah. Bukan ramai pun kat rumah ni,” celah Hanis sambil menjinjing beg pakaiannya.

Mereka bersalaman dengan ibu bapa Hanis. Adriana menyelitkan tiga keping not lima puluh ke tangan Mak Cik Leha.

“Tak payahlah, Yana. Mak cik dengan pak cik ikhlas,” tolak Mak Cik Leha.

“Iyalah, Yana. Tak payah susah-susah. Lain kali, datanglah lagi. Keluarga pak cik ikhlas. Tak payah bayar,” tokok Pak Khalid.

“Mana boleh macam tu pak cik, mak cik. Yana datang ni pun dah menyusahkan. Ambillah, ya? Buat belanja dapur,” Adriana Qaisara tetap berkeras memberikan wang tersebut kepada ibu dan bapa Hanis.

Pak Khalid dan Mak Cik Leha saling berpandangan. Akhirnya mereka akur dan mereka terus bergerak menuju ke kereta. Adriana menghidupkan enjin kereta dan terus meninggal kawasan rumah Hanis.

“Apa nama ex boyfriend kau tu? Razin? Mazin?” soal Hanis mematikan kesepian yang mula tercipta.

“Nama dia, Razin. Razin Asyraf. Umur dia, tua tiga tahun daripada kita,” jawab Adriana. Dia agak terganggu dengan soalan yang diajukan oleh Hanis.

“Sedap nama dia, unik,” puji Hanis. “Kau ada jumpa dia?”

“Entahlah Nis. Lama aku tak jumpa dia. Sejak dia balik ke Malaysia cuti musim panas setahun lepas, aku terus tak jumpa dia. Puas aku cari. Aku cari dia, tapi semua kawan-kawan dia cakap diorang tak tau. Lastly, aku check kat kedutaan kita kat sana. Diorang cakap dia dah berhenti, tak belajar kat Korea dah masa tu,” keluh Adriana penuh kesal.

“So, sampai sekarang la kau tak jumpa dia?”

Adriana mengangguk.

“Kawan baik kau, Adli dah jadi penyanyi kan? Kenapa kau tak try dengan dia je? Dia dah la baik, handsome pun handsome,” cadang Hanis.

Adriana ketawa, “amboi.. bukan main lagi puji dia. Kau jelah dengan dia. Aku kawan baik dia. Impossible nak suka-suka ni. Mana mungkin kawan baik nak bercinta with each other,” ejek Adriana.

“Kau tengoklah nanti, kerek je kau kan? Kalau korang bercinta, aku nak jadi first person tahu pasal kau dengan dia,” Hanis masih belum puas mengusik Adriana.

“Aku tak naklah. Nanti sebab ni, aku dah tak boleh berkawan baik dengan dia. Aku harap, dia tak sukakan aku lebih dari seorang kawan or lebih dari seorang adik. Aku sayang Adli macam kawan aku. Aku tak boleh terima kalau dia sukakan aku,” Adriana masih berkeras.

Hanis sepi. Kata-kata Adli empat tahun lalu masih segar diingatinya hingga ke hari ini.

“Aku harap sangat Yana tak lupakan kita,” ujar Adli ketika mereka ingin pulang selepas menghantar Adriana ke lapangan terbang.

“Kau suka Yana ke?” tiba-tiba Hanis bertanya.

Adli diam. Ada satu keluhan dari bibirnya tanpa sedar.

“Aku tahu kau suka Yana. Dari cara kau layan dia pun aku dah tahu,” tambah Hanis lagi.

“Kalau aku cakap aku suka dia, macam mana? Since first time dia tegur aku masa hari pertama aku pindah ke sekolah yang sama dengan korang, aku dah sukakan dia. Dia baik walaupun dia banyak cakap, sopan walaupun dia kasar and peramah walaupun semua orang sangka dia sombong. Aku ingatkan aku terkena cinta monyet je, tapi tak sangka sampai sekarang perasaan tu melekat dalam hati aku. Aku tak tengok rupa dia or status dia. Aku suka dia sebab aku kenal dia. Walaupun aku tahu dia takkan happy kalau dia tahu yang aku sukakan dia,” Adli menerangkan dengan panjang lebar.

“Macam mana dia nak tahu kalau kau sendiri tak beritahu dia?” Hanis mengangkat kening.

Adli cuma diam. Dia terus berjalan ke luar daripada lapangan terbang itu.

“Eh, kau menung apa?” soal Adriana apabila melihat Hanis asyik termenung dari tadi.

Hanis pula yang tersenyum kali ini. Kalaulah Adriana tahu apa yang telah dilakukan Adli deminya, pasti dia menyesal dengan apa yang diperkatakan tadi. Sanggup Adli menunggu Adriana selama hampir sembilan tahun. Bukan mudah mencari lelaki yang sanggup menjadi kayu demi menunggu seorang gadis. Melepaskan segala yang berada di genggaman demi Adriana. Biarpun dia yang kecewa, dia masih tidak jemu menanti dan menemani Adriana.

Hanis terfikir, mengapa Adriana tidak pernah memahami isi hati Adli, walhal Adli faham segalanya tentang Adriana. Benarkah Adriana tidak sedar? Atau pun dia sengaja buat-buat tidak tahu? Adli juga seorang lelaki yang punya hati, sama seperti dia dan Adriana. Cuma, Adriana tidak pernah sedar akan hakikat yang Adli sanggup melakukan segalanya demi satu perkataan, iaitu ‘kasih’. Ramai gadis yang tergila-gilakan Adli. Dia matang, kacak, baik dan seorang lelaki yang sempurna buat semua gadis. Dia juga pernah menaruh hati terhadap Adli, namun Adli telah menolak perasaannya secara baik. Dia tidak marah, jauh sekali ingin membenci Adli. Perasaan bukan sesuatu yang boleh dipaksa.

Bukan Adli tidak pernah mencuba untuk melupakan Adriana, tetapi dia gagal. Setiap nafasnya menyeru nama Adriana, setiap doa yang dititipkan kepada Yang Maha Esa juga turut diselitkan nama Adriana. Bukanlah hidupnya untuk memuja Adriana semata-mata, malahan dia sentiasa bersyukur kepadaNYA kerana DIA telah mengirimkan Adriana untuk dirinya. Segala rahsia hidupnya Adriana tahu. Segala jerih perih hidupnya dikongsikan bersama Adriana. Sejak Adriana menyambung pelajarannya, Adli sudah kian menyepi. Dia langsung tidak cuba untuk menghubungi Adriana semata-mata untuk melupakan Adriana. Usahanya gagal. The Resultlah yang menjadi peneman setianya, selain keluarga.

“Menung lagi,” suara Adriana memecahkan lamunan Hanis buat kesekian kalinya.

“Tak ada apalah,” jawab Hanis. Adriana meneruskan pemanduan ditemani rasa sunyi.

1 ulasan:

Zuera berkata...

zuera_rasiddin@yahoo.com

Assalamualaikum.. Ada manuskrip penuh tak? Yang da siap? Emel saya details pasal cik rimau. Who knows i can help u. Untuk realisasikan impian adik cik rimau dan tolong keluarga cik rimau. I dunno how to contact u.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...