Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

01 Mac 2011

Kerja Baru!

Selamat malam semua. Agak lewat menjenguk blog ni malam ni. Penat sikit. Baru je lepas kemaskan satu rumah tadi. Sakit pinggang den. Adehh.. Rasa macam nak patah je. Huhu.

Hurrmm.. Pagi tadi aku ada story pasal tersalah naik bas. Malam ni nak story pasal cerita dalam kelambu Seksyen Sumber Manusia. Haha. Eh kejap. Jangan salah faham pulak. Bukan cerita rahsia pun. Perkara biasa je pun. Saja je gatal nak guna perkataan kontroversi. Hik hik hik.

Harini, macam yang dah dipersetujui dalam mesyuarat seksyen Jumaat lepas, semua staff memulakan tugas baru masing-masing. So far aku rasa ok. Masing-masing cuba untuk belajar buat kerja baru. Rajin bertanya pada yang sepatutnya kalau tak tau. Bagus la tu kan? Boleh meningkatkan kemahiran masing-masing. Aku pun jadi tukang tunjuk ajar jugak sekarang ni. Buat sementara ni jela sebelum masing-masing mahir dengan kerja baru ni. Dah mahir nanti, tak perlu dah nak harap bantuan orang. Ye tak?

Ain pun dah lapor diri kat seksyen aku. Dia ambil alih tugas Kak Sal. Segan-segan je konon masa datang SSM tadi. Nak je aku sekeh. Haha. Padahal dah kenal semua orang dalam SSM tu. Tapi ok la. Mujur dah kenal. Kalau tak kenal mesti lagi malu. Hope dia dapat sesuaikan diri kat SSM ni. Faham-faham jela kalau kerja berkaitan sumber manusia ni. Busy memanjang.

Oh ya, esok ada audit kat seksyen aku. Semua orang bertungkus lumus sediakan apa yang diperlukan untuk audit esok. Termasuk la aku sekali. Ain yang baru nak belajar tu pun terpaksa dikerah sekali. Ambik kau. Masuk-masuk je dah kena buat kerja. Hehe. (Kalau dia baca ni, mau aku kena belasah esok.. Haisshh)


Nota Cik Rimau : Mau tidur awal malam ni. Sangat letih ok. (Bila la pedih-pedih kat tangan ni nak hilang? Kulit rasa macam nak tertanggal je. Huh!)

Kesengalan Di Waktu Pagi

Assalamualaikum and selamat pagi semua. Aku baru je sampai pejabat ni. Pagi ni naik teksi sebab hujan agak lebat kat kawasan rumah aku. Masa aku bangun nak mandi pagi tadi, takde pulak tanda-tanda nak hujan. Baru je nak jejak kaki ke dalam bilik air, tiba-tiba pulak dengar bunyi hujan turun. Haiiisshhh...

Lepas siap-siap, aku turun ke tempat tunggu bas. Ada la dalam lima minit tunggu kat bus stop tu. Tak lama lepas tu bas pun sampai. Aku tengok nombor bas tu dari jauh. Confident dah tu memang bas aku. Aku pun selamba badak je naik bas tu. Sekali sampai kat traffic light, bas tu masuk kiri. Aku dah mula cuak. Fikir balik. Betul ke tak bas yang aku naik ni. Aku pandang orang-orang dalam bas tu. Dalam kepala dah teranya-tanya, kenapa banyak muka dalam bas ni aku tak familiar je. Kalau ada yang aku kenal pun, ada la sorang dua. 

Aku usha sekali lagi. Kenapa dorang tak gelabah pun bas masuk simpang kiri ni? Semua muka rileks je. Sah la aku salah naik bas ni. Sampai kat LRT Universiti, aku tengok ramai yang turun. Aku teragak-agak nak turun. Tapi bila fikirkan takut terlepas ke mana-mana, aku pun turun la jugak. Aku terus beli tiket untuk ke Bangsar. Mujur masa tu baru 6.45 pagi. Sempat la jugak nak ke Bangsar semula. Dari Bangsar aku ambik teksi ke pejabat. Yang peliknya, masa lalu kat kawasan Masjid Negara tak hujan pun. Uishh. Hujan sekerat-sekerat la pulak. Hehe. Apa-apa pun, yang penting aku dah pun selamat sampai kat pejabat ni. 


Nota Cik Rimau : Kepala dah mula pening. Nak demam pulak ke? Takpe-takpe. Panadol ada dalam beg. Hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...