Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

17 Mac 2013

1 Million Women Purple Walk 2013

Assalamualaikum and selamat petang...


Selamat hari Ahad. Apa aktiviti korang semua harini? Ada yang join Purple Walk tak harini? Hehe.  Ada? Bagus... Hahaha. Aku pun join jugak. Tapi sebelum tu, bagi yang tak tau apa mendanya Purple Walk ni, meh aku terangkan sikit. Untuk makluman korang, Majlis Pelancaran 1Malaysia Komuniti PerWani (Perkumpulan Wanita) dan 1 Million Women Purple Walk 2013 ni diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2013. Kalau nak diikutkan perancangan awal, program ni sepatutnya diadakan pada hari Ahad minggu lepas bersamaan dengan 10 Mac 2013. Tapi... Sebagai tanda keprihatinan ke atas apa yang terjadi kat Lahad Datu, Sabah, program ni ditunda ke harini.  


Pada aku, aktiviti dah ok dah. Tapi aku tak puas hati pasal pengangkutan and tempat turunkan peserta tu. Tak pasti la nak marahkan sape. Ada ke patut, dalam surat jemputan ke program tu suruh peserta tunggu kat 'pick-up points' awal pagi seawal pukul 6. Orang office aku pilih pick-up points D (Dataran Merdeka). Ikut surat jemputan tu, bas terakhir bergerak dari Dataran pukul 7.30 pagi. Ada la beberapa orang office aku ni dah tunggu kat Dataran Merdeka (DM) tu seawal pukul 6.30 pagi. Tapi malangnya, satu bas pun tak muncul kat situ. Aku sampai kat DM pukul 7.15 pagi kalau tak silap. Tunggu lama jugak. Sampai pukul 7.30 pun still tak muncul jugak. Ikutkan rasa hati yang panas membara, nak je aku balik rumah. Sambung tidur lagi best. Huh. Mujur la pukul 7.40 pagi tu muncul jugak bas yang dinanti. Pemandu tu boleh tanya "LAMBAT KE?" Errr.. Dia tak dapat makluman yang jelas ke sebelum datang situ? Aiyooo.. Panas.. Panas.. 


Itu pasal pengangkutan. Pasal tempat turunkan peserta pun satu hal jugak. Tempat turun tu, tersangat la jauhnya dari tempat majlis tu diadakan. Rasa macam nak patah kaki kitorang menapak. Dengan kaki aku melecet pulak masa tu. Pedih gila. Bayangkan la tahap sakitnya bila kulit kaki korang yang dah muncul gelembung ada air tu bergesel dengan kasut and then gelembung air tu pecah. Memang nikmat sakit tu tak tergambar dengan kata-kata. Terbaik punya sakit. Merana aku seharian. Dua-dua belah kaki pulak tu. Huhu. Sudahnya aku terpaksa pijak hujung tumit kasut tu untuk mengelakkan luka and pedih kat kaki bertambah kronik. Peduli apa kasut rosak. Janji kaki aku tak sakit. Huwaaaaaa..


Masa nak balik tu pulak, lagi sekali merana. Dah la panas terik tadi. Nak balik pulak kena patah balik ke tempat turun bas yang jauh tu. Sekali lagi menapak dengan kaki yang pedih. Ok takpe. Asalkan dapat balik. Tapi sekali lagi nasib malang. Bas yang ambik kitorang tu takde. Masa turun bas pagi tadi, pemandu bas tu ada cakap yang kitorang balik naik mana-mana bas yang bertampal sticker D or mana-mana bas yang menghala ke DM/KL Sentral. Dia kata tak kisah sebab semua tu boleh naik. 


OK. Ini SATU PENIPUAN!. Kitorang ada je jumpa bas yang ada sticker D. Tapi pemandu bas tu cakap, bas tu khas untuk satu agensi tu. Bas yang ada sticker D yang lain memang dah tak jumpa dah. Memang penat gila. Lepas memikirkan matahari yang terik, kepenatan melampau, kaki lenguh gila and nak balik cepat, makanya kitorang sepakat untuk tahan teksi. Teksi tu mintak RM 50. Masa tu dah tak kisah dah tambang mahal ke tak. Peduli apa kan. Janji dapat balik. Naik je teksi masing-masing berdengkur. Haha. Penat wooooo!!! Ok la. Jom layan gambar. Nak tengok lagi banyak gambar, kena la bukak Facebook Cik Rimau. 

Aktiviti sampingan sementara tunggu bas tiba --> ambik gambar.
Adik aku, Ila.
Antara staff office yang setia menunggu bas dari pukul 6.30 pagi.
Nampak sangat pendek. Haha.
Masa ni tengah nyanyi Negaraku.
Ila, Kak Liza and Kak Ziha.
Ila, Kak Liza and Kak Ziha
Dapat tengok skrin je. Jauh bebenor nak menapak ke depan
Seriusnya muka Kak Liza. Haha
Masa untuk bersurai.

Nota Cik Rimau : Gambar-gambar ni semua diambil menggunakan Sony Experia Z. Sangat berpuas hati dengan prestasi kamera handphone ni. Banyak jugak dengar complain pasal handphone ni. Tapi setakat ni, Cik Rimau sangat berpuas hati. Cuma saiz la agak besar. Haissshhh.. Gambar-gambar kat entri ni Cik Rimau dah compress dulu sebelum upload. So, kalau nak tengok gambar asal, silalah singgah ke facebook Cik Rimau. Hehe. :p

:-( Kaki pedih gilerrrrrr... Huwaaaaaa


14 Mac 2013

Belajar Hormat Orang Lain Kalau Nak Diri Dihormati

Assalamualaikum and selamat sejahtera kepada semua yang masih lagi sudi singgah sini...


Hehehe. Sangat lama tak update. Pemalas? Bukan la. Tersangat la busy dengan kerja. Kadang-kadang balik lambat la, kadang-kadang stress terlampau memikirkan kerja-kerja yang tak pernah habis kat office tu. Sampai takde mood aku nak menaip kat sini walaupun sebenarnya teramat la banyak story yang aku nak kongsikan kat sini. Huhu. InsyaAllah lepas ni, kalau aku dah free sikit dari kerja-kerja aku sekarang ni, aku akan update blog ni lebih kerap lagi. Errr... Kalau aku update pun, ada ke yang sudi baca? Haha.


Dah.. Dah.. Cukup intro tu. Sekarang tengok tajuk entri ni dulu. Bunyi macam kasar je kan? Terpulang pada penerimaan korang yang membaca. Tapi adalah lebih afdal kalau korang baca dengan nada suara yang mendatar je. Huhu. Kenapa tiba-tiba aku bukak topik ni? Sebab... Hurmm... Sebab... Aku kenal someone yang tak nak respect orang lain tapi nak orang lain respect dia. Bagus punya perangai kan? Huhu. Nak tegur kan karang, kata menyibuk pulak kan. Nak-nak kalau yang ditegur tu jauh lebih tua dari yang menegur. Karang tak pasal-pasal dikatanya kita ni tunjuk pandai nak ajar dia yang dah lama hidup kat dunia ni. Susah betul la.. Haisshhhhh...


Siapa individu yang aku maksudkan, itu biar aku je yang tau. Untuk makluman korang, aku baru je lagi kenal orang ni. Walaupun tak mengenali dia ni secara rapat, aku rasa dah cukup kenal dengan peribadi dia. Cukup dengan mendengar cara dia bercakap, nada suara yang digunakan and perbuatan dia. Itu dah cukup untuk aku mengenali dia. Tak kisah la kalau korang nak anggap aku ni suka menilai dari luaran je. Terpulang.. Huhu.


Pada aku la, dia ni someone yang mengharapkan layanan istimewa untuk semua benda. Tapi, rasanya dia tak layak dapat sebarang layanan istimewa pun. Tau kenapa? Aku selalu dengar dia cakap dengan nada yang agak kasar dengan orang bila bercakap kat telefon. Dah macam menengking pun ada. Kadang-kadang bukan dalam telefon je, dengan aku pun sama. Nak tanya apa-apa pun, kadang-kadang nada suara dia tu tak menyenangkan hati aku yang mendengar. Elok aku nak jawab baik-baik, tiba-tiba boleh rasa darah mendidih dengar nada suara dia tu. Serius rasa nak marah. Tak tau nak explain macam mana. Memang rasa nak marah.


Aku selalu je dengar dia call orang kat telefon. Dia selalu cakap, "You tak boleh cakap baik-baik ke?". Aku tak pasti la nada suara yang digunakan oleh orang yang dia call tu. Tapi macam tak munasabah la pulak semua orang yang dia call tu cakap dengan dia dengan nada yang kurang ajar. Asal dia call nak mintak tolong ke, nak tanya apa-apa ke, mesti keluar soalan tu. Dia nak orang layan dia macam mana lagi? Perlu ke sampai nak sembah dia?


Rasanya, memang padan la dia dapat layanan yang teruk. Dah dia sendiri pun layan orang dengan teruk. Adil la tu kan. What you give, you get back. Adil kan? Huhu. Entah la. Aku dah takde hati nak layan dia. Nak pandang muka dia pun dah rasa meluat. Orang yang terlampau pentingkan darjat ni, payah nak layan kehendaknya. Nak cakap pasal darjat, rasanya dari segi keturunan tu for sure dia dah kalah. Haha. Nak darjat sangat kan. Huh! Poyo la!!! Stress bila berdepan dengan manusia macam tu. Hope diberikan tahap kesabaran yang yang lebih tinggi untuk berdepan dengan makhluk poyo macam tu. 


Nota Cik Rimau : Tak sabarnya nak tunggu Sony Experia Z Cik Rimau sampai. :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...