Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

11 Februari 2022

PENGALAMAN TEMUDUGA SPA JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua yang sudi singgah sini..

Fuh.. Lama betul aku tak merepek kat sini kan. Busy kerja weh. And of course, busy jaga anak jugak. Hahaha. (Alasannnnn je tu..)

Okey la. Malas membebel panjang. Moh la terus ke cerita yang aku nak share ni ha..

Untuk pengetahuan korang, 27 Oktober 2021 haritu, aku dapat panggilan temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29 kat SPA Putrajaya. So, kat sini saja la nak share serba sedikit apa yang ditanya oleh panel temuduga haritu. Semoga boleh dijadikan panduan untuk korang-korang yang bakal temuduga jawatan ni satu hari nanti. Kat bawah ni antara soalan-soalan yang panel tanya aku.

1. Perkenalkan diri. - aku terangkan secara ringkas berkenaan diri & ceritakan latar belakang kerja serba sedikit memandangkan dah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama hampir 13 tahun.

2. Suami kerja apa? - aku bagitau kerja apa & di mana.

3. Buku Perkhidmatan Kerajaan @ Buku Servis, macam mana nak pastikan maklumat dalam tu lengkap, takde yang salah. - aku jawab berdasarkan pengalaman kerja aku selama 5 tahun bertugas di Seksyen Sumber Manusia, Jabatan Perancangan Bandar & Desa, Semenanjung Malaysia (sekarang dikenali sebagai PLANMalaysia). Perlu kerap buat Hari Bersama Pelanggan supaya staff boleh selalu semak Buku Servis. Kalau ada maklumat tak lengkap atau salah rekod, perlu dapatkan dokumen bertulis yang mengesahkan maklumat yang tepat.

4. Cuti bab apa? Dalam apa? - Cuti Bab C dan terkandung dalam Perintah-Perintah Am.

5. Bab D apa? - Bab D adalah berkenaan Kelakuan dan Tatatertib.

6. Apa slogan RTM? - "Teman Setia Anda". Tapi panel maksudkan slogan terbaru untuk saluran berita. Aku tak ingat langsung wehhh. Jawapan sepatutnya : "Yang Sahih Hanya di Berita RTM".

7. Siapa nama Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (KP RTM)? - YBhg. Datuk Ruzain bin Idris.

8. Siapa nama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KSU KKMM)? - Aku tak ingat weh. Teruk kena 'basuh'. Hahaha. Jawapan sepatutnya : YBhg. Dato' Sri Haji Mohammad bin Mentek.

9. Siapa nama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)? - YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib Bin Abd Rahman.

10. Jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam apa? - Ketua Setiausaha Negara (KSN).

11. Siapa nama KSN? - YBhg. Tan Sri Dato' Seri. Mohd Zuki bin Ali.

12. Keluarga Malaysia apa tajuk lagu? - Masa ni panel pusing-pusing soalan sampai aku blur. Padahal jawapannya Keluarga Malaysia. Tapi aku tak boleh nak jawab. Huuuuuuu...

13. Kat Kuching baru² ni PM lancarkan apa? - Pun sama. Tiba-tiba aku blank. Padahal jawapannya Pelancaran Keluarga Malaysia. Huwaaaaaa...

14. Apa beza tugas PTPO ngan PPT? - Lupa jawab apa. Huhuhu...

15. RTM ada kelab sukan tak? - Ada. Tapi aku boleh jawab tak pasti. Adehhh. Kan dah kena cop tak sensitif dengan persekitaran tempat kerja. Huuuuu. Maafkan sayaaaa.. 

16. Cerita sikit apa yang anda tahu tentang penubuhan Malaysia? - Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Negeri yang menganggotai adalah seluruh negeri di Semenanjung Malaysia dan termasuk Sabah dan Sarawak. Aku terlepas Singapura masa explain ni. Hahaha. Panel yang ingatkan pasal keanggotaan Singapura ni. Singapura join sekejap je okey. Gagal di sini. Huwaaaa...

17. AP58 apa? - Okey tak dapat jawab. Haha. Bengong kan. So, panel pun explain la kat aku. Katanya AP58 ni adalah apabila bayaran untuk tahun ini tak dapat diselesaikan pada tahun semasa dan terpaksa dibawa untuk pembyaaran tahun depan. Macam tu la lebih kurang panel explain. Kurang ingat. Ampunnnn.. 

18. Apa cara dapatkan perbekalan kerajaan? - Sebut harga, Tender dan Pembelian terus.

19. Senaraikan 4 jenis cuti (panel maksudkan nama-nama cuti yang ada). - Cuti Kerana Perkhidmatan ada Cuti Rehat, Cuti Tanpa Gaji & Cuti Separuh Gaji. Cuti Kerana Atas Sebab Perubatan ada Cuti Sakit & Cuti Bersalin (aku bagi 2 je contoh. Ada yang lain. Sila google sendiri. Hahaha.), Cuti Tidak Berekod ada Cuti Gantian, Cuti Isteri Bersalin & Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat & Cuti-Cuti Lain ada Cuti Menjaga Anak & Cuti Haji. 

20. Pasal cuti separuh gaji. Berapa hari kelayakan? - Ada 14 hari bagi tujuan menjaga ahli keluarga sakit dan kelulusan hanyalah melalui Ketua Jabatan sahaja. Tapi sekiranya perlu menggunakan maksimum 180 hari, 14 hari pertama adalah di bawah kelulusan Ketua Jabatan dan selebihnya perlu kelulusan dari Ketua Setiausaha Kementerian.

Sekian jelah pengalaman temuduga aku. Saja la share kat sini. Untuk kenangan sendiri je pun. Tapi kot ada antara korang yang tengah mencari panduan temuduga ke, boleh la baca-baca apa yang patut. Aku maybe sebab dah berkhidmat dalam kerajaan selama hampir 13 tahun. So, soalan-soalan ditanya banyak berkaitan dengan kerja semasa dan Jabatan sekarang je. Beria jela aku baca pasal Bajet la, Perlembagaan Malaysia la. Sekali tak ditanya pun.. Huuuu..

By the way, jawapan aku tu ikut dan aku je okey. Hehehe. Ikutkan ni temuduga kali kedua untuk jawatan ni. Tahun 2018 dulu DUKACITA. Kali ni pun baru je keluar result 09.02.2022. And of course DUKACITA jugak. Rasa macam malas nak try dah. Hahahaha.

Okey la. Sekian, terima kasih. Huuuuu

07 Oktober 2019

Proses Kad Perakuan Nikah / MyNCR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Harini saja je nak share sikit dengan korang pengalaman buat Kad Perakuan Nikah / Kad Pintar (MyNCR). Well, aku nikah haritu 19 April 2019. Dah bulan Oktober ni ha baru la tergerak hati nak buat Kad Nikah. Itu pun bersebab. Sebabnya next month nak check in hotel ngan encik husband. Jadinya, nak mengelak dari kena cekup and malas nak usung Sijil Nikah besar gedabak tu ke sana ke mari, kitorang pergilah ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kat Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana tu tadi.

Kitorang bajet, proses buat kad tu makan masa yang lama la kan. Kononnya, harini pergi buat, ambil gambar kat kaunter, bayar yuran proses, lepas tu kena tunggu JAWI call suruh datang ambil ke. Ingat macam tu la prosesnya. Rupa-rupanya idok yer teman-teman. Sangat pantas sekarang ni. Harini buat, harini dapat. Pantas tak? Hehe. So, camne nak buat? Senang je. Ni aku share kalau yang nak buat kat JAWI KL je ye.

First, pergi kat Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga. Kalau tak silap aku la nama bahagian tu. Suami dan isteri kena datang sekali ye. Jangan datang sorang je. Ambil nombor giliran kat tepi pintu masuk tu. Pilih Kad Perakuan Nikah ye. Tunggu nombor dipanggil untuk ambil gambar kat kaunter gambar. Serahkan sekali Sijil Nikah asal kat petugas kaunter tu. Lepas jurugambar tu ambil gambar, beliau akan serahkan sekeping borang permohonan. Dalam borang tu, tak banyak maklumat kena isi. Setakat nama suami, nombor kad pengenalan suami, nombor kad pengenalan baru dan lama (kalau ada), nama isteri, nombor kad pengenalan baru dan lama (kalau ada), tarikh bernikah, tempat nikah, nombor telefon, tandatangan pemohon dan tarikh permohonan. Sangat simple. Hehe. 

Lepas tu, bawak borang yang dah isi tu ke Kaunter Bayaran. Serahkan borang dan yuran proses sebanyak RM 28.00 (untuk dua keping kad). Tunggu petugas kaunter bagi resit. Dapat je resit, bawa semula ke Kaunter Gambar tadi and serahkan kat petugas tu. Tunggu dalam 10 minit, SIAP!!!

Sekejap je kan. Hehe. Ha apa tunggu lagi? Pergilah buat cepat. Senang nak ke mana-mana dengan husband lepas ni. :-P



Nota Rimau : Dari apa yang Rimau baca, ramai cakap tak wajib pun buat. Tapi Rimau saja nak buat. Senang urusan. Hehehe. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...