Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

Memaparkan catatan dengan label Luahan Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan Hati. Papar semua catatan

11 Februari 2022

PENGALAMAN TEMUDUGA SPA JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua yang sudi singgah sini..

Fuh.. Lama betul aku tak merepek kat sini kan. Busy kerja weh. And of course, busy jaga anak jugak. Hahaha. (Alasannnnn je tu..)

Okey la. Malas membebel panjang. Moh la terus ke cerita yang aku nak share ni ha..

Untuk pengetahuan korang, 27 Oktober 2021 haritu, aku dapat panggilan temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir, Gred N29 kat SPA Putrajaya. So, kat sini saja la nak share serba sedikit apa yang ditanya oleh panel temuduga haritu. Semoga boleh dijadikan panduan untuk korang-korang yang bakal temuduga jawatan ni satu hari nanti. Kat bawah ni antara soalan-soalan yang panel tanya aku.

1. Perkenalkan diri. - aku terangkan secara ringkas berkenaan diri & ceritakan latar belakang kerja serba sedikit memandangkan dah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama hampir 13 tahun.

2. Suami kerja apa? - aku bagitau kerja apa & di mana.

3. Buku Perkhidmatan Kerajaan @ Buku Servis, macam mana nak pastikan maklumat dalam tu lengkap, takde yang salah. - aku jawab berdasarkan pengalaman kerja aku selama 5 tahun bertugas di Seksyen Sumber Manusia, Jabatan Perancangan Bandar & Desa, Semenanjung Malaysia (sekarang dikenali sebagai PLANMalaysia). Perlu kerap buat Hari Bersama Pelanggan supaya staff boleh selalu semak Buku Servis. Kalau ada maklumat tak lengkap atau salah rekod, perlu dapatkan dokumen bertulis yang mengesahkan maklumat yang tepat.

4. Cuti bab apa? Dalam apa? - Cuti Bab C dan terkandung dalam Perintah-Perintah Am.

5. Bab D apa? - Bab D adalah berkenaan Kelakuan dan Tatatertib.

6. Apa slogan RTM? - "Teman Setia Anda". Tapi panel maksudkan slogan terbaru untuk saluran berita. Aku tak ingat langsung wehhh. Jawapan sepatutnya : "Yang Sahih Hanya di Berita RTM".

7. Siapa nama Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (KP RTM)? - YBhg. Datuk Ruzain bin Idris.

8. Siapa nama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KSU KKMM)? - Aku tak ingat weh. Teruk kena 'basuh'. Hahaha. Jawapan sepatutnya : YBhg. Dato' Sri Haji Mohammad bin Mentek.

9. Siapa nama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)? - YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib Bin Abd Rahman.

10. Jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam apa? - Ketua Setiausaha Negara (KSN).

11. Siapa nama KSN? - YBhg. Tan Sri Dato' Seri. Mohd Zuki bin Ali.

12. Keluarga Malaysia apa tajuk lagu? - Masa ni panel pusing-pusing soalan sampai aku blur. Padahal jawapannya Keluarga Malaysia. Tapi aku tak boleh nak jawab. Huuuuuuu...

13. Kat Kuching baru² ni PM lancarkan apa? - Pun sama. Tiba-tiba aku blank. Padahal jawapannya Pelancaran Keluarga Malaysia. Huwaaaaaa...

14. Apa beza tugas PTPO ngan PPT? - Lupa jawab apa. Huhuhu...

15. RTM ada kelab sukan tak? - Ada. Tapi aku boleh jawab tak pasti. Adehhh. Kan dah kena cop tak sensitif dengan persekitaran tempat kerja. Huuuuu. Maafkan sayaaaa.. 

16. Cerita sikit apa yang anda tahu tentang penubuhan Malaysia? - Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963. Negeri yang menganggotai adalah seluruh negeri di Semenanjung Malaysia dan termasuk Sabah dan Sarawak. Aku terlepas Singapura masa explain ni. Hahaha. Panel yang ingatkan pasal keanggotaan Singapura ni. Singapura join sekejap je okey. Gagal di sini. Huwaaaa...

17. AP58 apa? - Okey tak dapat jawab. Haha. Bengong kan. So, panel pun explain la kat aku. Katanya AP58 ni adalah apabila bayaran untuk tahun ini tak dapat diselesaikan pada tahun semasa dan terpaksa dibawa untuk pembyaaran tahun depan. Macam tu la lebih kurang panel explain. Kurang ingat. Ampunnnn.. 

18. Apa cara dapatkan perbekalan kerajaan? - Sebut harga, Tender dan Pembelian terus.

19. Senaraikan 4 jenis cuti (panel maksudkan nama-nama cuti yang ada). - Cuti Kerana Perkhidmatan ada Cuti Rehat, Cuti Tanpa Gaji & Cuti Separuh Gaji. Cuti Kerana Atas Sebab Perubatan ada Cuti Sakit & Cuti Bersalin (aku bagi 2 je contoh. Ada yang lain. Sila google sendiri. Hahaha.), Cuti Tidak Berekod ada Cuti Gantian, Cuti Isteri Bersalin & Cuti Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat & Cuti-Cuti Lain ada Cuti Menjaga Anak & Cuti Haji. 

20. Pasal cuti separuh gaji. Berapa hari kelayakan? - Ada 14 hari bagi tujuan menjaga ahli keluarga sakit dan kelulusan hanyalah melalui Ketua Jabatan sahaja. Tapi sekiranya perlu menggunakan maksimum 180 hari, 14 hari pertama adalah di bawah kelulusan Ketua Jabatan dan selebihnya perlu kelulusan dari Ketua Setiausaha Kementerian.

Sekian jelah pengalaman temuduga aku. Saja la share kat sini. Untuk kenangan sendiri je pun. Tapi kot ada antara korang yang tengah mencari panduan temuduga ke, boleh la baca-baca apa yang patut. Aku maybe sebab dah berkhidmat dalam kerajaan selama hampir 13 tahun. So, soalan-soalan ditanya banyak berkaitan dengan kerja semasa dan Jabatan sekarang je. Beria jela aku baca pasal Bajet la, Perlembagaan Malaysia la. Sekali tak ditanya pun.. Huuuu..

By the way, jawapan aku tu ikut dan aku je okey. Hehehe. Ikutkan ni temuduga kali kedua untuk jawatan ni. Tahun 2018 dulu DUKACITA. Kali ni pun baru je keluar result 09.02.2022. And of course DUKACITA jugak. Rasa macam malas nak try dah. Hahahaha.

Okey la. Sekian, terima kasih. Huuuuu

31 Julai 2018

JANGAN FITNAH AKU

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi.


Malas nak mukaddimah panjang-panjang. Terus kepada cerita jela yer. Hehe.

Bulan lepas kan raya. So, ada satu hari Jumaat tu kami kat office adakan sambutan raya sesama Gred kami secara potluck. Lepas jamuan dah settle, tinggal la bos-bos dalam bilik meeting (tempat kami buat jamuan) bersembang. Ada sorang staff baru ni (aku namakan dia N la), dia takut-takut nak masuk jumpa bos nak mintak tandatangan kat surat dia buat. Aku cakap masuk jela. Aku ni pulak jenis suka main cucuk pinggang orang. Selalu N okey je. Tak tau kenapa petang tu, N marah aku sambil hempas fail and handphone dia ke lantai. Lepas tu N blah gitu je.

Aku ni macam terkejut la. Kot ye nak marah, cakap jela kan. Tak perlu nak hempas-hempas barang. Then, ada sorang akak yang N selalu lepak kat meja tu (aku namakan akak tu Kak A), macam back up N. Kak A cakap la yang N tu stress sebab sebelum tu ramai yang tegur kain N tetas jahit tak berapa elok. So, aku macam, okey la, whatever.

Sabtu and Ahad, aku perhatikan N ni asyik update status whatsapp macam nak perli kat aku la. Ada satu screenshot twitter N share yang ayatnya lebih kurang macam ni, "Orang yang buat salah tak pernah sedar dia buat salah." So, aku memang dah rasa dah yang memang dia tuju kat aku. Sebab pada N, aku yang salah kat dia. Patut aku mintak maaf kat dia. Aku pulak lepas N hempas fail depan aku and Kak A aritu, aku ambik pendekatan diam. Aku tak bercakap dengan N. Bukan tak nak kawan ke apa, tunggu cool balik la baru sembang macam biasa. 

Then, start balik kerja hari Isnin, N buat muka kekwat dengan aku. Langsung tak tegur aku macam biasa. Selalu N ada la nak tegur. Ni tak. Datang meja Kak A (Kak A duduk area meja aku je), lalu menonong je dekat meja aku. Aku macam tak kisah la. Tak silap aku, rehat tu or esoknya aku yang start tegur N tak keluar makan ke. N jawab pun macam awkward je. Fine. Janji aku dah tegur dia dulu kan. 

Lepas beberapa hari dari tu, barulah boleh sembang balik macam biasa dengan N. Tapi , baru-baru ni Kak A cakap dia tak sangka perangai N tu macam tu. Aku tanya la apa yang dia buat. So, Kak A cerita la. Aku pun bukak la cerita pasal gaduh aritu. Then, Kak A cakap N ada cerita pasal tu kat dia. Aku terkejut gila. Sebab, pasal gaduh tu aku langsung tak pernah cerita kat sesiapa pun termasuk kat Kak Ziha. Sebab pada aku, tak de benda la. Lama-lama nanti ok la kan. 

Tak sangka pulak, N cakap aku yang salah, aku kena mintak maaf. Bukannya aku yang patut tarik muka dekat dia. Masalahnya aku tak tarik muka okey. Aku tak join lepak kat Kak A kalau dia ada je. Sebab dah dia buat muka ketat je. Buat apa aku join. Paling aku tak boleh blah, bila aku dapat tau, dia tuduh aku hasut member aku T untuk tak tegur dia. Kepala hotak dia la. 

Pasal gaduh dengan dia pun, aku tak share dekat sesiapa. Ini kan pulak nak ajak member lain hasut jangan kawan dengan dia. Eh sempitnya otak. Aku panggil T. Tanya T depan-depan kawan lain. Ada tak aku hasut dia untuk tak tegur N. T cakap mana ada. T cakap memang dia akui, dia tak bercakap dengan N. Tapi tu berpunca dari salah N. T cakap N kurang ajar dengan dia. Dia tak boleh terima cara N tu. Sebab tu T tak nak cakap dengan dia. See? N sendiri yang salah. Lagi nak tuduh aku pulak punca T tak tegur dia. Hawaunya perangai dia.

Entah la korang. Serius tak matang perangai N ni. Salah dia sendiri dia tak nampak. Nampak salah orang kat dia je. Menyampah pulak aku kat dia ni. Huhhhhhhhh

31 Januari 2018

TAKUT KAHWIN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Lama sangat aku tak muncul kan. Sangat-sangat busy. Banyak sangat kerja kat pejabat. Even hari Sabtu pun aku datang siapkan kerja ok. Dah la tak boleh claim ot. Tapi demi memastikan kerja siap, datang jugak siapkan dengan hati yang berbelah bagi. Kenapa berbelah bagi? Yela, Sabtu hari berehat kot. Boleh layan hindustan. Hehehe :-p

Oh btw, harini saja nak luahkan something yang dah lama sangat bermain kat fikiran aku. Yeah.. Pasal kahwin. Tahun ni umur aku 29 tahun dah. Tipu la kalau aku cakap aku takde perasaan nak ada suami, nak ada anak macam kawan-kawan sebaya aku yang lain. Tapi entah la. Ada masa aku macam lagi rela membujang sampai ke tua. Kenapa?

Ok camni. Yup aku memang dah ada calon bakal suami. Dia pun memang dah sedia faham keadaan keluarga aku macam mana. Dia tau keadaan abang aku macam mana. Dia sendiri pun pernah jumpa abang aku masa raya tahun lepas. Setakat ni memang la dia ok. 

Yang membuatkan aku risau, macam mana kalau lepas kahwin nanti? Boleh ke dia sebumbung dengan abang aku? Aku sendiri ni pun kadang-kadang naik angin bila abang aku sepahkan rumah apa semua. Tu aku sendiri sebagai adik kandung kepada abang aku. Kalau orang yang takde hubungan darah dengan abang aku pulak nanti macam mana? Huhu.

Itu pasal abang aku. Ini pasal diri aku sendiri pulak. Well, aku kan dah terbiasa urus semuanya sendiri. Dah terbiasa duduk berdua je dengan abang aku. Dah terbiasa buat apa pun tanpa perlu keizinan sesiapa. Aku takut nanti aku rasa terkongkong, rasa tak bebas. Hahahaha. 

Ni pun tengah usaha menghilangkan semua perasaan pelik-pelik ni. Risau nanti kahwin rosak rumahtangga aku. Pengaruh banyak sangat baca luahan kat page Kisah Rumah Tangga (KRT) la ni kot. Kah kah kah. Tak semenggah perangai kan hari-hari dok layan page KRT tu. Hehe



P/S : Mohon semua sahabat alam maya doakan bakal suami Cik Rimau nanti baik orangnya, rajin tolong kat rumah, boleh terima abang Cik Rimau.. Hehe. Terima kasih semua.. :-)

21 Julai 2015

Cerita Raya Aku...

Assalamualaikum w.b.t.. 

Salam sejahtera.. Salam lebaran kepada semua yang masih lagi sudi mengikuti blog buruk aku ni. (Kalau ada la.. Hahaha).. And tak lupa jugak kepada anda-anda yang google cari something tapi tersesat kat blog ni. Hehehe..


So, macam mana raya korang? Mesti best kan? Mesti happening... Dapat berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga yang tinggal di serata pelusuk dunia and yang biasanya dapat jumpa time raya je. Dapat sama-sama gotong-royong memasak rendang, bakar lemang, rebus ketupat, pasang langsir, kemas rumah. Sama-sama pasang panjut keliling rumah, main mercun, bunga api. Perghhhhh... Bayangkan je pun dah cukup menggambarkan betapa meriahnya raya korang. Macam dalam lirik lagu Azlina Aziz - Indahnya Beraya di Desa. Hehehe..

"Indahnya beraya di desa
Kaya dan miskin sama meraikan
Mengikut kemampuan diri-sendiri

Bergembira...

Kunjung-mengunjung wajib amalkan
Bertukar juadah tanda berjiran
Sebuah desa bagaikan bersaudara
Oh seronoknya"

Aku? Hurm.. Macam biasa la. Saban tahun kebosanan. Serious bosan gila. Sebab tu la aku paling tak suka kalau tibanya hari raya. Bukan bermaksud aku tak bersyukur dengan tibanya hari kemenangan umat Islam setelah sebulan berjaya mengharungi dugaan berpuasa. Bab tu aku ok la. Tapi bab nak beraya macam orang lain tu aku kurang suka sikit la.. Sebabnya.. Hurmmm.. Eiii.. Lagi mau tanya ke.. Huhu.. Well.. Sebab utamanya : aku dah takde mak, abah and adik. Aku ada abang aku je. Huwaaaaa.. (Poyo je kan)

"Bila tiba hari raya
Semua insan bergembira

Tetapi bagiku hanya kesedihan
Yang menyelubungi hidup

Ayah dan juga ibuku
Telah pergi selamanya
Terbiarlah aku ibarat musafir
Yang haus di padang pasir

Siapakah yang sudi
Menghulurkan simpati
Kepada nasibku ini
Agar dapat kurasa
Nikmat di hari raya
Seperti insan yang lain

Ku meminta dan berdoa
Kepada Yang Maha Esa
Tabahkan hati berilah pedoman
Cahaya Di Aidil Fitri"

 ~ Black Dog Bone - Cahaya Aidil Fitri ~

Lagu ni la yang paling kena dengan situasi aku bila raya. Hehe. Sedih wooo kalau tiba hari raya. Tengok kawan-kawan share gambar raya bersama family dorang, meriah je. Aku ni hanya mampu tekan button like jela. Hahaha. Nak share gambar sendiri yang happening macam kawan-kawan lain memang tak la kan. Nak korek celah mana.  Berdua je kot dengan abang aku. Nak bergambar pun kureng feel. Kih kih kih..

Btw, untuk raya tahun ni, aku tak beli / tempah pun baju raya. Kebetulan sebelum ni aku ada tempah baju kurung kat kawan. And kebetulan jugak, baju-baju tu siap masa awal Ramadhan haritu. Disebabkan malas nak fikir banyak, baju tu jela aku jadikan baju raya. Hahaha. Untuk abang aku pulak, aku just belikan dia baju ala-ala Raihan tu je and beberapa helai t-shirt. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku tak belikan dia baju Melayu? Sebabnya, dulu setiap kali raya memang aku akan belikan dia sepasang. Tapi biasanya, hanya baju je muncul. Seluar selalu hilang. Bila ditanya, katanya tak tau hilang mana. Tapi bila aku kemas bilik dia, confirm akan terjumpa la seluar tu disorok kat bawah katil la, bawah tilam la.. See? Betapa menyampahnya dia kat seluar baju Melayu tu.. Huhu.

Pasal kuih pulak, aku just beli 3 jenis kuih je. And 3 jenis kerepek. Huhu. Sikit gila kan? Hurmm.. Nak beli banyak pun, bukan ada orang datang beraya kat rumah aku. Setakat aku and abang aku je makan. Cukup la tu. Lagipun kitorang bukannya gila sangat kat kuih-kuih ni. Kih kih kih. Kerepek tu confirm habis la. Kuih tu, kadang-kadang sampai berminggu-minggu pun belum tentu habis. Hahaha. 

Actually, kalau korang nak tau, aku memang tak pandai masak rendang. Biasanya, arwah adik aku yang akan masakkan rendang and kuah kacang time raya. Aku tau makan je. Tapi tiba-tiba tahun ni datang kerajinan dalam diri aku untuk belajar buat rendang sendiri. Dengan menggunakan resepi yang Kak Ayu (senior kerja) bagi and bantuan Pak Google, berjaya jugak aku siapkan rendang aku. Sedap lagi tu. Wakaka. (Masuk bakul angkat sendiri namanya ni..) Tak sangka first time buat menjadi.. Abang aku pun cakap sedap aku masak.. Lalala~~~

Ok. Dah termengarut ke lain pulak dah. 

Berbalik pada feeling aku menyambut hari raya. Sejak pemergian abah, mak and adik, aku tak pernah rasa best nak sambut raya. Takde mood. Macam takde makna je nak sambut raya beria-ia macam orang lain. Aku beli kuih, baju apa semua tu sekadar nak nak tunjukkan aku okey sambut raya berdua je. Nak bagi abang aku rasa happy sambut raya. Tapi hakikatnya.. Dalam hati ni rasa kosong sangat. Huhu..

Gambar hiasan je kidnap dari google...
Aku pernah rasa meriahnya raya satu masa dulu. Masa aku kecik dulu. Merasa la busy tolong arwah mak buat kuih, kacau dodol.. Ikut arwah abah cari buluh kat kebun belakang rumah, belajar macam mana nak bakar lemang. Rebus ketupat kat luar rumah masa malam raya. Tolong mak tukar langsir baru, sarung kusyen baru. Pasang pelita sekeliling rumah. Main mercun and bunga api dengan sepupu depan rumah. Memang terasa meriahnya. Lagi-lagi kalau family anak angkat arwah abah aku datang beraya and bermalam kat rumah. Ada sekali tu, kebetulan family kakak angkat aku datang sekali dengan family cucu saudara abah aku. Memang penuh rumah. Merasa la tidur beramai-ramai kat ruang tamu. Tapi itu dulu la.. Semuanya tinggal kenangan jela sekarang ni.. 

Kali terakhir aku beraya kat kampung, masa tu tahun 2013. Itu merupakan kali terakhir aku jejakkan kaki kat Perak and dapat beraya beramai-ramai dengan kawan-kawan sekelas and kawan satu dorm kat asrama masa sekolah dulu. Aku tak pasti la aku pernah cerita kat blog ni atau pun tak. Tapi untuk makluman korang yang tak tau, aku ada family angkat kat kampung. Actually, family kawan sekelas aku sejak dari sekolah rendah, Sartila namanya. Mak dia la yang layan kitorang adik beradik macam anak sendiri. Siap bahasakan diri dia Mak lagi kat kitorang. Tapi sampai sekarang aku rasa bersalah kat mak Sartila ni sebab lidah aku kelu sikit nak panggil mak dia dengan panggilan Mak. Entahlah.. Mungkin rasa janggal untuk aku panggil mak orang lain dengan panggilan Mak. Haihhhh.. Teruk kan aku ni? Huhu.

Layanan family Sartila kat kitorang memang ok. Nenek dia pun baik dengan aku. Masa ambik gambar ramai-ramai masa raya pun, kitorang tetap dijemput join sekali. Walaupun kitorang ni bukan ahli keluarga sebenar dorang. Tak dinafikan, best tu memang la best. Tapi entahla. Jauh kat sudut hati aku mengatakan yang kebahagiaan tu bukan milik aku. Aku tetap rasa terasing. Mungkin sebab dorang bukan keluarga kandung aku. Atau mungkin jugak aku rasa kitorang ni menyibuk je tumpang kebahagiaan dorang. Hehehe..

Apa pun, itulah kali terakhir kitorang rasa kemeriahan beraya. Sejak abang aku ada masalah berjalan (kaki dia jadi lemah, jalan tak stabil, tak boleh jalan jauh sangat, tak larat angkat barang berat sikit), aku takde dah balik beraya kat Perak. Memang raya berdua je kat KL ni. Memang raya rasa tak best. Jiran sekeliling aku pun semua pakat tutup pintu walaupun dorang ada kat rumah. Biasanya dorang bukak pintu pun bila ada saudara-mara or kawan-kawan dorang datang beraya. So, memang takdela aku nak berjalan ke rumah jiran. Memerap je kat rumah tengok tv. Itu jela rutin kitorang setiap kali raya. Sedih kan.. Hahahaha.

Aku selalu ditanya soalan, "tak sedih ke raya berdua je?" And macam biasa, jawapan cliche aku pulak "nak sedih buat apa. Dah biasa dah.." Well.. After korang baca entri aku ni dari awal, korang sendiri boleh agak, jawapan tu setakat nak menyedapkan hati je and nak menutup perasaan sebenar aku. Hik hik hik. Takde niat nak jadi penipu. Cuma tak nak nanti kawan-kawan tunjuk simpati melampau pulak kat aku kalau cakap benda sebenar. Kan tak best gitu.. Baik la aku tunjuk kental sikit. Baru la sesuai dengan nama Cik Rimau kan? Hehehehe...

And ada jugak yang tanya kat aku, saudara aku mana? Takkan langsung takde kot. Of course ada. And ramai sangat. Adik beradik arwah mak aku je ada lebih kurang 7 orang (tak sure. hehe). Setiap sorang ada anak ramai jugak. Kalau dikumpulkan semua sekali, boleh dikatakan family besar jugak la. Anak arwah mak saudara yang tinggal depan rumah aku tu pun dah 10 orang. 9 daripada 10 orang tu dah kahwin and dah beranak pinak. Bayangkan betapa ramainya saudara mara aku. 

Tapi malangnya.. Kitorang ni macam terpinggir. Takde pun antara dorang yang betul-betul nak ambik tau pasal kitorang. Even masa arwah adik aku meninggal dulu pun, takde sorang pun saudara aku yang muncul. Bukan la dorang langsung tak pernah contact aku. Ada la beberapa kali dorang mesej aku. Tapi tu pun sebab dorang mintak aku balik Perak untuk uruskan hal berkaitan tanah yang ada nama arwah mak aku. Ada jugak yang mesej aku sebab nak duduk kat rumah aku and ada jugak yang nak beli tanah aku tu. Itu jela antara sebab dorang mesej aku. Hurmmm..

Masa aku balik beraya kat kampung dulu, ada jugak la yang mesej ajak beraya kat rumah dorang. Tapi kitorang tak pergi pun. Bukannya kitorang tak suka dorang. Cuma kitorang ni takde kenderaan nak pergi ke rumah dorang. Nak jalan kaki jauh gila kot dari rumah mak angkat aku. Kebetulan masa raya tu, anak Sartila kena gatal-gatal. Asyik meragam je. Aku taknak la sesakkan kepala dia mintak hantar ke rumah sepupu aku pulak. Tapi tak sangka, itu jadi reason untuk dorang bertindak tak datang menziarah masa arwah adik aku meninggal. Kelakar kan..

Btw, itu cerita lain. Bab beraya ni, aku tak boleh nak salahkan dorang sepenuhnya. Sebab aku sendiri pun jenis pasif. Orang tak mesej, aku pun senyap. Mungkin sebab aku membesar tanpa mak, skill aku dalam bersosial memang zero. Aku tak pandai nak memulakan kata kalau nak bersembang. Tak pandai nak ambik hati orang. Contohnya aku pergi rumah orang. Niat kat hati konon nak ringan tulang la nak masak ke apa ke. Tapi mulut aku selalu terkunci. Tunggu orang ajak, baru nak buat. Kira kalau nak bawak aku untuk jadi calon menantu, confirm awal-awal dah kena reject. Huhu. 

Semalam aku terperasan salah sorang dari sepupu aku upload gambar raya family dorang kat facebook. Ramai gila kot ahli keluarga dorang yang berkumpul tahun ni. Kalau la aku dapat join, kan best. Huhu. Entah la korang.. Tak tau la bila lagi aku dapat merasa kemeriahan beraya ni. Hurrmmmmm.. 

So, disebabkan tak nak terlampau memikirkan betapa tak meriahnya raya aku, betapa kosong and sunyinya aku rasa, makanya tahun ni aku ambik cuti raya sehari je. Hehe. Ok what masuk kerja awal. Boleh la siapkan kerja sementara office tak ramai orang. :p

Ok la. Terlampau panjang la pulak entri aku malam ni. Cukup-cukuplah ni. Letih weh. So, di kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat hari raya kat korang semua. Pandu kereta hati-hati. Ingat orang-orang yang tersayang. Pastikan selamat pergi and selamat balik. And jangan lupa jaga kesihatan. Jangan dok syok sangat beraya sampai demam pulak. Hehehe. 



Nota Cik Rimau : Sekian bebelan Cik Rimau malam ni. TQ pada yang sudi meluangkan masa baca entri panjang terlampau ni. Hahahaha. Tak baca pun takpe. Ni sekadar nak luahkan perasaan je pun. Al maklum la kan. Cik Rimau ni bukan jenis yang suka tunjukkan / cakap secara direct apa yang Cik Rimau rasa. Blog ni jela tempat Cik Rimau nak sampaikan apa yang terbuku kat hati. Dah makin berumur ni, dah naik malas pulak nak main pendam je apa-apa kat hati. Takde faedah pun weh. Hahahaha. Good night you all.. :-)

18 Oktober 2014

FITNAH TANPA SEBAB...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Aku kembali lagi setelah lama menyepikan diri. Asyik tenggelam timbul je kan. Apa nak jadi la. Huhu. Sekarang ni, aku hanya akan muncul bila ada benda aku nak share or story. Setakat nak saja-saja bagi blog aku nampak macam dimiliki oleh seorang blogger tegar, memang takde la ye. Malas aih teman nak hadap pc hari-hari. Kat office dah hadap, nak tambah pulak kat rumah. Aku on pc kat rumah tu pun bila ada kerja urgent yang aku bawak balik or masa hujung minggu. Tu pun sebab nak layan or download drama Korea. Hehe. Nampak tak betapa pemalasnya aku sekarang ni? Kah kah kah. Btw, untuk kali ni alasan kenapa aku dah lama tak update blog : keyboard rosak. Baru je beli yang baru dua hari lepas. :-p


OK. Merujuk kepada tajuk entri aku harini. Fitnah tanpa sebab.. Yer.. Fitnah yer kawan-kawan.. Eh eh.. Kejap.. Dah kenapa aku cakap pasal fitnah pulak ni kan. Well.. Of course la ada kaitannya dengan aku. Kalau takde kaitan, buat apa aku merepek / melalut kat sini kan. Hehe. Hurmmm... Macam mana ek aku nak mulakan story ni yer..


Sape kat sini dah bekerja and dah pernah bertukar tempat kerja? Ada tak? Hurmmm... Mesti ada ni. Baik ngaku cepat! Haha. Ok. Kalau pernah, mesti ada banyak pengalaman baru yang korang dapat kan? Of course ada. Dari segi kerja, dari segi perhubungan dengan rakan sepejabat yang baru. Aku yakin, korang mesti bertukar masuk ke pejabat baru tu dengan sambutan yang baik daripada kakitangan ofis baru. Kan? 


Dalam kes aku ni, agak berbeza sikit. Aku mengaku, memang aku yang gedik contact JPA untuk tanya status pertukaran aku. Well, aku dah mohon dekat-dekat dua tahun dah. Tapi masih belum ada jawapan. Of course la aku nak tanya kan. Tapi aku tak expect pulak yang pertanyaan aku disusuli dengan tindakan yang agak cepat dari pihak JPA. 


Aku call tanya masa tu dalam awal-awal bulan Jun. Then hujung bulan Jun, aku dapat email untuk persetujuan bertukar ke tempat yang ditawarkan. Belum sempat aku repy untuk jawab setuju ke tak, terus dapat surat maklumkan pertukaran berkuatkuasa mulai 14 Julai 2014. Agak kelam kabut aku masa dapat surat tu. Pertukaran masa dah nak raya tu. Mau aku tak gelabah. Dengan kerja yang agak banyak tertunggak, aku rasa agak berat hati nak bertukar. Fikiran pun jadi bercelaru. And then pegawai kat pejabat aku pulak mintak aku batalkan pertukaran tu. Tapi lepas dimaklumkan yang permohonan bertukar aku yang seterusnya takkan diproses untuk tiga tahun akan datang, aku redha je dengan pertukaran tu. Salah aku sendiri jugak kan. Sape suruh gatal tanya kan. Haha.


14 Julai 2014, aku pun pergi la melapor diri kat jabatan yang agak ketat sistem sekuritinya. Nak masuk pun payah. Padahal nak masuk ambik surat je pun. Then pergi pulak ke HQ Jabatan baru aku. Aku mohon tangguh tiga minggu dengan tujuan untuk menyelesaikan baki kerja yang tertunggak. Alhamdulillah permohonan aku tu diluluskan. So, aku pun teruskan la kerja di tempat lama sampai la saat-saat yang terakhir.


4.8.2014, aku pergi lapor diri sekali lagi di HQ yang terletak di Putrajaya. Aku dimaklumkan yang surat penempatan dalaman masih belum siap. So, aku kena datang lagi ke situ. Agak geram jugak sebenarnya. Aku nak je argue. Yela, logik ke surat belum siap? Sedangkan dorang dah tau aku datang semula pada tarikh tu. Aku bekas orang unit perkhidmatan okey. Dah selalu handle orang lapor diri. Kitorang dah tau ada pegawai baru nak masuk, awal-awal lagi dah siapkan surat penempatan. Bila pegawai tu sampai je, hanya perlu serah surat and bawak jumpa Ketua Pengarah kalau perlu. Lepas tu, suruh je pegawai tu pergi ke unit/bahagian dia ditempatkan. Simple. Ni tak. Tiga minggu aku tangguh, surat tak siap lagi? Hurmmmm.. Apa-apa jela.. Huhu.


5.8.2014, aku terima surat arahan penempatan. So, aku pun gerak balik ke KL. Naik ke Unit Khidmat Pengurusan. Bagi surat arahan. Pegawai kat unit tu suruh aku tunggu dulu sebelum boleh pergi ke unit aku ditempatkan. Katanya nak bagi aku jumpa Pengarah dulu. Ok takpe. Aku tunggu.. Tapi.. Tunggu punya tunggu, tak jugak dapat jumpa. Padahal aku nampak je Pengarah tu kat situ. Aku tak paham kenapa pegawai tu tak bagitau pasal aku. Aku dah berkobar-kobar nak mulakan kerja baru tapi tengok macam tu gayanya, jadi hilang semangat. Dah la pegawai yang suruh aku tunggu tu biar aku macam tunggul kat situ. Huh.


Akhirnya, pada 6.8.2014 baru la aku jumpa pengarah. Dan akhirnya, aku pun dihantar la ke unit yang sepatutnya aku berada. Masa aku masuk tu, aku dah rasa lain macam. Macam ada aura negatif. Ada yang pandang aku dengan pandangan jelik. Agak pelik di situ. Tapi aku cuba abaikan perasaan tu. Cuba tak berfikir negatif. Masa rehat tu, aku makan dengan dua orang kakak senior kat ofis tu. Sempat la dorang interview pasal kehidupan aku. Aku bagitau je apa yang ditanya tu. Dah orang tanya kan.


Keesokan pagi tu, salah sorang dari akak yang makan dengan aku tu panggil aku pergi ke meja dia. Aku pun pergi jela. Tiba-tiba, akak tu cakap dia mintak maaf. Aku jadi pelik. Aku baru je kat situ tak sampai seminggu. Dia ada buat salah apa-apa ke? Kenapa tiba-tiba minta maaf? Then.. Dia pun cerita la perkara sebenar. Dia cakap, sebelum aku masuk, ada cerita tak elok yang disebar pasal aku. Aku pun tanya la apa ceritanya. Akak tu cakap, pegawai kat unit yang aku lapor diri tu bagitau kat staff kat unit aku sekarang ni. Kononnya aku ni pergi lapor diri kat HQ bawak mak bapak sekali. Cakap aku tak nak ditempatkan kat cawangan KL ni. Terkejut beruk aku. Nak lagi best, kononnya cerita tu disampaikan orang dari HQ. Mendidih darah sekejap. 


Berair gak la mata aku bila dapat tau fitnah tu. Menahan marah sebenarnya. Tak sangka pulak aku difitnah tanpa sebab. Ingatkan sampai situ je fitnahnya. Rupanya ada lagi. Kononnya aku cakap aku tak nak duduk kat unit sekarang ni. Pergghhhhh.. Melampau betul. Aku langsung takde cakap aku tak nak. Orang kat unit yang aku lapor diri tu yang bagi gambaran buruk kat unit aku ada sekarang. Macam teruk sangat unit yang aku dapat ni. Pastu sedap-sedap cakap aku tak nak pergi situ. Bengang weh.. Bengang..


And baru-baru ni pulak. Aku dapat tau ada lagi cerita buruk pasal aku. Kononnya dah tersebar la yang aku ni berkira pasal kerja. Hadoiiiiiiii!!!! Apa la masalah dorang ni kan. Tak habis-habis mereka and menyebarkan fitnah pasal aku. Dah takde kerja lain kot. Ikut hati yang rasa teraniaya ni, aku rasa tak nak je maafkan dorang. Biar dorang merangkak cari aku kat akhirat nanti. Tapi aku takde la kejam sangat nak buat macam tu. Aku maafkan je. Tapi ingat ye, aku maafkan tak bermakna aku lupakan. Sekali terluka, takkan mungkin pulih seperti yang asal ye. Confirm ada parutnya. 


Buat masa ni, aku masih lagi dalam peringkat berjaga-jaga. Aku tak berani nak percaya sesiapa. Takut nanti ada yang cuba cipta fitnah baru. Aku tak faham kenapa senang-senang dorang nak sebar fitnah pasal orang lain. Ingat orang takde perasaan kot. Hurmmm.. Entahlah.. Moga Allah ampunkan dosa orang-orang yang berhati busuk macam tu. Huhu. 



Nota Cik Rimau : Cik Rimau tak suka bila jadi benda-benda macam ni. Cik Rimau tukar ke sana dengan harapan nak belajar benda baru. Cari pengalaman baru. Bila jadi macam ni, semangat nak kerja tu jadi kurang. Cik Rimau akan perhatikan je dulu buat masa ni. Agak-agak makin teruk, mungkin Cik Rimau terpaksa pertimbangkan untuk mohon bertukar ke tempat lain lebih awal dari perancangan asal. Huhu.

26 April 2014

Setahun Berlalu...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera penghuni dunia blog..


Apa khabar semua? Ada tak yang rindukan kemunculan Cik Rimau ni? Huhu. Perasan je kan. Dah la tak glamour. Ada hati pulak tu berangan nak ada orang menantikan kemunculan semula kan? Yela.. Yela.. ok fine.. Tak ada orang rindu. Merajuk! Haha. Ok, stop intro gedik macam tu. Actually, malam ni aku saja nak buat luahan perasaan sikit. Rasa macam dah lama sangat tak mengadu kat blog buruk ni. Huhu. So, sebelum aku mulakan. Jom imbas kembali entri aku setahun yang lalu. Ingat lagi? Kalau tak ingat, sila klik link di bawah.




26.4.2014. Cukup setahun pemergian satu-satunya adik yang aku ada, yang dipinjamkan Allah selama 22 tahun. Tak sangka kan. Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik. Dah setahun rupanya. Dan ketahuilah oleh korang warga dunia blogger. Pada saat aku menaip entri ini, waktu ini, ketika ini dan detik ini. Sumpah, aku rindukan arwah. Dan ketahuilah bahawa pada saat aku menaip entri ini jugak, aku sedang sedaya mungkin cuba untuk tidak menjadi terlalu beremosi. 


Ya, aku tau. Dah setahun dah pun. Mungkin ada yang terfikir. Takkan la aku masih tak boleh nak lupakan pemergian arwah. Takkan la aku ni masih belum terima kenyataan. Nanti dulu. Jangan salah faham. Aku terima qada' dan qadar Allah. Aku tak pernah salahkan takdir. Tapi aku ni manusia biasa. Yang ada ketikanya akan merindukan orang yang dah pergi buat selamanya. Bagi yang dah baca sejarah kehidupan aku selama ni, mungkin korang faham kenapa aku rasa sedih sangat bila arwah adik aku pergi terlalu awal. Pada yang rasa nak tau sejarah kehidupan aku, boleh baca di link-link berikut. 





Berbalik semula kepada tujuan asal aku menaip entri ni.. Aku dah lama pendamkan apa yang ada kat dalam hati and fikiran aku. Sangat lama. Ya, sangat-sangat lama. Kenapa? Sebab aku takde kekuatan nak share dengan orang lain secara berdepan. Aku takut aku akan menampakkan sikap aku yang sebenar. Aku tak nak orang nampak aku lemah. Aku nak orang selalu nampak aku sebagai seorang yang kuat. Dan paling penting.. Aku tak nak menangis depan orang.. 


Hurmmm.. Bila difikirkan balik. Aku bukan kakak yang baik untuk arwah adik aku. Sebab aku hipokrit. Aku jenis manusia yang tak pandai nak menzahirkan perkataan "sayang" kepada insan-insan yang aku sayang selama ni. Pada aku, "sayang" tak perlu nak diucap. Kalau dah namanya family, of course rasa sayang tu wujud. Tapi aku silap. Sepatutnya aku cakap kan? Aku sedar, aku tak pernah langsung cakap kat arwah adik aku yang aku sayangkan dia walaupun arwah selalu cakap kat aku. Dari segi perbuatan pun, aku jarang tunjukkan. Aku lebih suka membebel kat arwah. Aku rasa menyesal sangat-sangat.


Aku tau arwah dah takde dah pun. Tapi aku tetap nak arwah tau. Aku SAYANG kan dia sangat-sangat. Sama macam mana aku sayangkan ahli keluarga yang lain. Silap aku, aku tak pandai nak tunjukkan rasa sayang tu. Aku suka tunjukkan diri aku yang garang kat arwah. Tapi percayalah.. Setiap kali arwah cakap nak keluar jumpa kawan, akulah manusia yang paling risau kalau dia balik lambat. Berpuluh-puluh sms aku hantar untuk pastikan dia selamat. Setiap kali arwah nak balik ke Ipoh, akulah manusia yang akan rasa paling sunyi. Takde kawan untuk berbual. Takde kawan untuk meluah perasaan, melepaskan rasa geram, mendapatkan pandangan. Setiap kali arwah nak pergi jauh je dari aku, aku rasa tak nak benarkan. Aku rasa nak dia selalu ada di sisi. Walaupun, dia nak pergi bermalam kat rumah kawan untuk dua tiga malam.


Aku manusia yang teruk kan? Manusia yang tak berani nak mengakui rasa hati. And now, arwah dah pergi tanpa sempat aku menyatakan rasa sayang padanya. Aku hope sangat, arwah tau. Ada masanya, aku harapkan arwah muncul dalam mimpi aku. Tapi sampai ke saat ini, masih tiada. 


Untuk makluman semua pembaca, buat masa ni, aku ada masalah sikit dengan saudara mara di kampung. Pasal rumah pusaka tinggalan arwah abah dan mak. Aku tak tau nak buat keputusan. Kalau lah aku seberani arwah adik aku dalam menyatakan pendirian, memberikan kata putus. Tapi aku.. Aku penakut. Hak sendiri pun tak berani nak pertahankan. Apa yang aku buat? Aku hanya pandai mengelak je. Tapi sampai bila? Sampai bila aku nak jadi manusia lemah ni? Kenapa susah sangat aku berubah jadi manusia berani? Kenapa? Aku rasa macam manusia tak berguna je. Hurmmmm.. 


Apa pun, aku berterima kasih dikurniakan Allah teman-teman yang baik di sisi. Yang sentiasa ada di sisi di saat aku memerlukan sokongan moral. Yang tak pernah jemu ambik berat pasal aku. Yang selalu risaukan keadaan aku. Terima kasih banyak-banyak. Korang adalah salah satu sebab untuk aku meneruskan hidup yang agak kelam ni. Terima kasih sangat-sangat. 


Buat adikku yang baik, terima kasih kerana banyak bersabar dengan sikap aku selama ini.
Buat adikku yang baik, terima kasih kerana banyak membantu aku selama ini.
Buat adikku yang baik, terima kasih kerana selalu mendengar pelbagai luahan perasaan aku.
Buat adikku yang baik, terima kasih kerana menjadi adik aku.
Buat adikku yang baik, percayalah aku akan tunaikan janji kita untuk terus jaga abang kita.
Dan buat adikku yang baik, tenanglah kau di sana. 
Berbahagialah kau menemui Pencipta yang satu.
Moga kau kini ditempatkan bersama arwah ayah dan ibu.
Nantikanlah aku di sana. 
Yang satu hari nanti pasti dijemput kembali.
Walaupun kita kini dipisahkan oleh dunia dunia yang berbeza, ketahuilah doaku untukmu dan kaum keluarga yang telah pergi takkan pernah putus.


Ok lah. Aku tamatkan dulu entri aku di sini. Aku pohon pada yang membaca entri ni agar sama-sama menyedekahkan al-Fatihah untuk arwah adik aku. Terima kasih banyak. Selamat malam.



Nota Cik Rimau : Entri agak tunggang langgang malam ni. Emosi agak kurang stabil. Maafkan Cik Rimau yer.. Huhu.

14 Ogos 2013

Tolong Faham

Assalamualaikum w.b.t...


Mood aku agak terganggu malam ni. Aku tau niat dia baik. Tapi aku agak terasa bila dia fikir aku sanggup buat something yang memang aku takkan buat.. Aku bukan jenis manusia mungkir janji. Lebih-lebih lagi kalau janji tu aku buat kat arwah abah aku. Aku tak nak jadi anak yang memalukan and dianggap tak bertanggungjawab.


Kadang-kadang aku sedih. Sedih sebab kebanyakan orang sekitar aku setakat tau cakap je. Kadang-kadang cakap lepas je. Nasihat pun ayat cliche je. Nasihat yang mungkin pada dorang mampu melegakan hati sang pendengar. Tapi sebenarnya LANGSUNG TAK MELEGAKAN. Menambahkan serabut lagi mungkin. Kalau tak tau nak cakap apa, mungkin lebih baik kalau tak bersuara langsung. Bagi ruang untuk berfikir. Mungkin itu lebih baik. Pada aku la..


Aku boleh terima nasihat. Tapi tolong duduk kat tempat aku dulu sebelum nak komen apa-apa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Jadi, tolonglah jangan tambahkan lagi beban untuk dipikul. Mungkin luaran nampak tenang. Mampu bergelak ketawa sama-sama. Tapi dalam hati ni? Ada sape yang mampu duga apa yang terbuku dalam hati ni? Dalam fikiran ni?


So please... Aku tak mintak lebih. Aku cuma mintak ada la yang mengerti keadaan aku sekarang ni. Kalau ada sorang pon cukup la. Aku tak pasti berapa lama boleh bertahan dengan hidup macam ni. Please.. Fahami aku buat masa ni. Tolong jangan desak aku dengan macam-macam perkara.



Nota Cik Rimau : Ada ketikanya, menangis ubat terbaik untuk melegakan hati, melapangkan fikiran. Kan??? :-) 

09 Julai 2013

Jangan Buat Pekak, Nanti Betul-Betul Pekak...

Assalamualaikum and salam sejahtera..


Salam Ramadhan kepada semua yang beragama Islam. Selamat menjalani ibadah puasa mulai esok. Hehe. Dah tau esok nak puasa, boleh pulak tengahari tadi aku makan banyak masa jamuan makan untuk pegawai-pegawai yang bertukar keluar dari jabatan and yang bersara. Patut latih perut makan sikit je. Haha. Ini terbalik pulak kan? Sah-sah esok pukul 10 dah lembik. Hehe.


Tujuan aku membebel malam ni? Saja nak lepas geram kat satu hal ni. Dah lama aku nak cerita kat sini. Tapi aku agak malas nak on komputer. Jadinya, terperap la cerita tu dalam otak aku je. Hehe. Ok. Korang pernah tak alami situasi di mana korang tengah bercakap dengan seseorang. Korang memang sangat-sangat pasti apa yang korang cakap tu, orang yang mendengar tu dapat dengar dengan jelas. Korang harapkan respons dari orang yang mendengar cerita tu. Tapi mengecewakan bila orang yang mendengar buat tak tau je pastu terus bercakap dengan orang lain macam kita ni tak wujud. Ish ish ish. Tak baik betul kan?? 


Aku cukup geram kalau benda macam ni jadi. Banyak kali dah. Sampai kadang-kadang aku jadi malas nak cakap. Langsung diam. Huhu. Kadang-kadang dalam hati nak menyumpah je. Satu je aku nak nasihatkan kat orang-orang yang selalu buat macam ni. Jangan buat-buat pekak bila orang bercakap dengan kita. Nanti Allah tarik balik pendengaran tu karang, menyesal tak sudah. Huhu. Hope takde la yang terasa dengan entry aku ni. Aku cuma luahkan perasaan je. Jangan marah okey.. :p



Nota Cik Rimau : Minggu depan Infinite buat comeback dengan single bertajuk "Destiny". Tak sabar wehh.. Kembali kepada konsep ganas dorang semula. Hak hak hak. :p

08 Julai 2013

Kembali Bernafas

Assalamualaikum and salam sejahtera..


Lama betul aku tak jenguk blog ni. Dah lebih dua bulan kot. Hurrmmm.. Aku tau blog ni dah takde pembaca. Errr.. Ke sememangnya dari dulu takde orang baca. Hak hak hak. Syok sendiri je aku ni kan? Haha. Mungkin ada yang fikir aku takkan menulis lagi. Salah tu. Aku masih lagi blogger (tapi tak glamour la..) Hehe. Saja menghilangkan diri seketika. Hilang mencari ketenangan. Hilang mengumpul kekuatan. Hilang memupuk ketabahan and keberanian. Aku perlukan masa untuk kembali menjadi diri aku yang dulu.. Huhu.


Bagi korang yang pernah rasa kehilangan atas pemergian seseorang, mungkin akan faham maksud aku. Pemergian mengejut macam tu membuatkan aku lemah sekejap. Hilang arah tuju. Sibuk menyalahkan diri atas apa yang terjadi walaupun hakikatnya semua yang terjadi sememangnya dah ditakdirkan olehNya. Mungkin aku belum redha menerima ujian ni sepenuhnya. Aku hambaNya yang teruk kan? Huhu. Tapi.. Walau apa pun, aku masih lagi cuba sedaya-upaya untuk kembali jadi Ija yang dulu. Hope korang semua doakan aku. :p


Kadang-kadang, aku rasa aku ni hipokrit. Banyak berpura-pura, berlakon depan orang. Aku cakap aku okey. Aku sama-sama join kawan-kawan bergelak sakan kat office. Tapi hakikatnya, aku masih lagi tak betul-betul menikmati kegembiraan tu. Aku rasa macam bersalah pulak untuk happy lebih-lebih lepas adik aku dah takde ni. Aku asyik teringatkan dia je. Lebih-lebih lagi bila abang aku mula rosakkan barang-barang aku, koyakkan buku-buku aku setiap hari semata-mata nak suruh aku belikan dia kasut but yang belum tentu aku mampu beli dengan jumlah gaji aku sekarang ni. Setiap hari aku rasa nak marah. Tapi nak marah lebih-lebih pun takde kesannya. Abang aku takkan faham macam mana aku risau fikirkan pasal dia setiap hari. 


Kalau sebelum ni, adik aku la pendengar semua masalah aku. Tempat aku mengadu and lepaskan geram bila aku rasa marah or geram kat sesiapa. Tapi sekarang ni, aku dah takde tempat mengadu. Semua yang aku rasa, terpendam dalam hati. Bila simpan lama-lama, aku mula moody. Sampai satu masa aku dah tak boleh nak tahan, aku menangis sorang-sorang tengah malam. Gila kan? And ada masanya, aku harapkan ada sorang kawan yang boleh pinjamkan bahunya and telinganya untuk aku. Walaupun untuk sesaat cuma, itu dah cukup untuk aku. Cukup untuk kurangkan rasa sunyi dalam hidup aku yang makin bertambah dari hari ke hari. Haiisshh.. Dah tahap parah aku ni kan? Hehe..


And sekarang ni, belum pun habis fikir masalah yang ada, dah ditambah dengan persoalan kahwin pulak. Naik stress aku fikir. Haha. Ramai sibuk tanya bila aku nak tamatkan zaman bujang. Apa yang aku boleh jawab, terpulang pada Dia. Ada jodoh, kahwin la aku. Kalau takde, terima je. Aku tau ramai yang risaukan aku. Yang paling best, ada yang sampai carikan pulak untuk aku. Mungkin dorang takut aku jadi anak dara tua sampai bila-bila. Aku berterima kasih pada dorang sebab risaukan aku. Tapi aku rasa tak perlu kot sampai nak carikan tu. Bukan aku nak berlagak sombong. Langsung tak..


Sebelum nak carikan aku calon tu, dorang kena pertimbangkan satu hal yang paling penting. Ada ke lelaki yang nak orang yang macam aku yang ada abang oku? Mungkin ada. Tapi kena fikir pulak, family lelaki tu boleh terima tak? Semua tu aku kena pertimbangkan sebelum fikir nak bersuami. Zaman sekarang ni memang susah nak cari lelaki yang betul-betul baik. Lelaki yang boleh terima rupa paras kita dengan ikhlas (aku ni takde rupa lagi payah la kan??? haha), boleh bersama kita saat susah dan senang. Takkan tinggalkan kita walau apa pun yang terjadi. Agak-agak boleh jumpa tak? Huhu. Tersangatla bertuah orang yang dapat bersuamikan lelaki macam tu. Jeles okeh. :p


Buat masa ni, aku tak nak fikir pasal kahwin. Memang menipu la kalau aku cakap aku tak nak kahwin. Semua orang nak kahwin kan? Betul kan?? Jangan nak tipu okey. Haha. Aku puun nak la. Tapi buat masa ni, biar la semua tu. Aku serah semua pada takdir. Hanya Dia yang tau apa yang terbaik untuk aku. Apa pun yang Dia tetapkan, aku terima. Kalau ditakdirkan takde lelaki yang sanggup terima abang aku, aku mungkin takkan kahwin kot. Takkan la aku kena buang abang aku semata-mata nak kejar kebahagiaan aku sorang je kan? Itu tak mungkin. Aku dah janji dengan arwah abah untuk jaga abang aku. Amanah untuk aku. Aku kena tunaikan. Setuju? Hehe.


And tak lama lagi dah nak puasa. Memang happy dapat sambut Ramadhan yang penuh berkat ni. Tapi bila fikirkan aku puasa sorang-sorang je tahun ni, rasa tak seronok pulak. Nak sambut raya? Tak semangat langsung. Rasa macam malas je nak buat apa-apa persiapan. Haiishhh.. Tak perlu lebih-lebih kot. Lagipun tahun ni aku raya kat KL jer. Lagi la bertambah tak best. Kan? Hehe. Apa pun, selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam. :p



Nota Cik Rimau : Rasa lega pulak dapat membebel panjang kat sini. Haha. Ini luahan hati semata-mata. So, abaikan kalau korang rasa pelik or yang sama waktu dengannya. ;-) Pada teman-teman yang masih sudi mengambil berat pasal aku, terima kasih banyak. :p

10 Januari 2013

Marah Jadi Sayang? Salah! Marah Jadi Benci...

Assalamualaikum dan selamat malam semua.. :p


Sebelum mula membebel malam ni, nak tanya korang dulu la kan.. Pernah tak dalam hidup korang, korang terpaksa berdepan / berkomunikasi dengan seseorang yang sangat menjengkelkan? Seseorang yang korang rasa tak boleh nak pandang muka dia or tak boleh nak dengar suara dia? And yang paling teruk, korang baru bercakap dengan dia sepatah dua, korang rasa macam nak mengamuk je. Darah macam nak mendidih je. Pendek kata, memang tak boleh nak hadap or cakap dengan dia la.


Pernah tak? Hurmmm... Mungkin ada yang pernah, mungkin ada yang tak. Aku? Of course pernah and SEDANG berdepan dengan situasi ni. Sangat menyesakkan otak okeh! Tak tau nak cari jalan keluar dari masalah ni. Stress!!! Bukan tak cuba untuk mengelak dari berkomunikasi dari dia yang menyesakkan otak ni. Dah cuba banyak kali. Tapi still tak boleh nak kawal rasa nak melawan bila bercakap dengan orang macam ni. Menjengkelkan. 


Siapa dia yang dimaksudkan tu, tak perlu aku nyatakan kat sini. Cukup kalau aku katakan yang dia ni ada potensi untuk buat semua orang pendek umur. Yerla kan... Kalau dah setiap hari buat orang rasa nak karate dia, tak ke datang penyakit nanti kalau dah asyik stress je. Huhu. Yer aku tau, semua orang ada kelemahan and kelebihan masing-masing. Aku pun ada banyak kelemahan. Aku sedar kadang-kadang ada kata-kata aku yang boleh buat orang sekitar aku tersinggung. Biasa la kan kalau kadang-kadang bergurau terlebih sikit. Hehe. Tapi aku takde la pulak sengaja cuba sakitkan hati orang lain tanpa sebab munasabah. Itu mental namanya. Huhu.


Berbalik pada orang yang menjengkelkan ni, dia selalu sangat mengeluarkan kata-kata yang boleh membuatkan orang marah. Selalu sangat tanya or suruh orang buat benda yang sama berulang kali sampai orang naik bosan. Bila kita jawab, dia marah kita balik. Actually, dia tak marah secara direct la. Dia just tunjuk muka tak puas hati selalunya. Dia selalu tanya aku soalan. So, aku jawab la kan. Tapi bila kita jawab, dia akan cuba nak bangkang, persoalkan semula jawapan aku  or ulang semula apa yang dia cakap sebelum tu


Aku menjawab bukan untuk tunjuk pandai. Aku just nak bagi dia faham and terangkan apa yang dia tak tau. Tapi dia macam tak boleh nak terima pulak. Asyik ulang benda yang sama walaupun dah berulang kali orang terang kat dia. Senang citer, dia ni macam TAK FAHAM BAHASA dalam bahasa kasarnya. Kalau berbalas cakap dengan dia ni, confirm aku yang akan sakit hati akhirnya. Dia macam tak nak kalah. Mesti dia yang akan jadi orang terakhir yang bercakap. Selagi kita balas (bagi penjelasan yang sememangnya ada fakta yang tepat), dia akan tetap jawab balik sampai kita fed up and angguk setuju je dengan apa yang dia cakap. Gerammmmmm...



Nota Cik Rimau : Hope diberikan kesabaran yang lebih tinggi. Takut rasa geram, sakit hati and menyampah ni lama-lama boleh menimbulkan rasa benci pulak. Cik Rimau susah nak benci orang. Tapi sekali da ada rasa tu, mungkin susah nak hilangkan. Haissshh.. Tolong jangan timbulkan rasa tu dalam hati ni.. Huhu..

19 Oktober 2012

Sepi Tanpa Kata

Assalamualaikum and selamat tengahari..


Ambik kesempatan untuk update time rehat ni. Actually ada something yang mengganggu hati and fikiran aku sekarang ni. Bukan soal cinta okeh. Ini pasal kawan. Seriously aku tak faham kenapa boleh jadi macam ni. Apa masalahnya? Siapa atau apa puncanya? Kalau ada apa yang mengganggu fikiran, kenapa tak diluahkan? Kenapa perlu tarik muka tanpa beri sebarang penjelasan? 


Kalau marah kat aku, luahkan je. Aku tak suka bila tiba-tiba tak bertegur sapa. Pening lak fikir penyebabnya. Tapi takpe la kan. Kalau dah itu pilihan dia, ikutkan je. Haiisssshhh.. 


Nota Cik Rimau : Hope masalah ni cepat settle. Sampai bila nak tunduk or paling muka setiap kali berjumpa kan? Sangat tak seronok.. 

13 Disember 2011

Menyampahnya!!!

Aku dah makin fed up dengan sesetengah manusia kat pejabat ni. Aku tak benci dorang. Tapi perbuatan and percakapan dorang, kadang-kadang menyakitkan hati aku. Bukan dorang tak nampak aku marah. Bukan dorang tak nampak aku tarik muka. Tapi entah kenapa, dorang tetap sambung apa yang dorang buat or cakap. Apa? Ingat aku kayu? Batu? Robot yang takde perasaan? Aku manusia biasa ok. Yang ada hati, yang ada perasaan. So, please la.. Jangan teruskan apa yang korang buat tu. Maybe aku diamkan je selama ni. Aku tak balas sangat apa yang korang cakap or buat. Tapi tu bukan bermakna korang boleh buat sesuka hati korang je. Arrrgghhh.. Sakitnya hati!!!!!!!


11 November 2011

Jangan Sibuk Jaga Tepi Kain Orang Lain Jer!!!

Mood ke laut harini. Sakit hati dengan sesetengah manusia yang rasakan diri dorang tu terlampau perfect. Padahal apa pun takde untuk dibanggakan. Ingat bagus sangat? Sampai semua benda yang orang buat nak dipertikaikan. Apa pun tak boleh. Pergi cermin diri dulu la baru nak perkotak-katikkan orang lain. Ada paham??? 


P/s : Entri lepas geram je harini. Arrrggghhh.. Bengangnya!!!!

06 Oktober 2011

Jom Bebel Panjang

Assalamualaikum w.b.t and selamat malam..


Selamat bertemu kembali. Hehe. Finally, aku kembali jugak untuk mengarut kat blog buruk aku ni. Lama betul aku menyepikan diri dari dunia blog ni kan? Kenapa ek? Dah hilang minat ke? Of course tak. Aku suka membebel. Mana boleh tak minat layan blog. Blog la tempat aku lepas tension. Kalau takde blog, kat mana lagi la port aku nak lepas geram, sedih or suka aku kan? Hik hik hik. Alasan kenapa aku dah lama tak online tu, nanti jela aku cerita ek. Bahaya sekarang ni. Takut ada spy la. Kah kah kah.


Harini tiba-tiba je tergerak nak membebel. Sebab apa? Sebab harini ada orang buat aku geram. Haha. Kesian ko blog. Jadi tempat aku nak lepaskan marah je. :-) Actually, harini aku rasa agak sakit hati jugak la kat someone kat office aku. Siapa yang aku maksudkan, tak perlu la aku nyatakan. Cukuplah setakat aku gelarkan dia sebagai Mrs. C untuk bagi korang faham apa yang aku  nak ceritakan ni (kalau ada yang baca la.. hehe).


Tadi masa rehat, aku and tiga orang kawan sepejabat pergi kantin. Lepas order makanan yang kitorang nak, kitorang lepak kat satu deret meja. Sembang-sembang sambil tunggu order siap. Tak lama lepas tu, tiba-tiba je muncul Mrs. C. Aku takde la benci dia ke apa ke. Cuma aku tak suka sangat nak terserempak dengan dia. Untuk apa pun. Dia sendiri yang suka cari pasal dengan aku. Baik la kalau aku elakkan dari bertembung dengan dia. Dapat jugak elakkan rasa menyampah dengan sikap dia yang macam tu makin bertambah dalam hati aku ni. Huhu.


Mula-mula aku tak perasan pun dia muncul. Tiba-tiba je dia tepuk bahu aku. Selamba badak je dia suruh aku pindah tempat duduk lain sebab dia nak duduk kat situ. Aku pulak, entah apa punya sengal, terus je bangun pindah tempat lain. Rasa macam orang dungu pulak. Spontan terus bangun. Haiiissshhh.. Aku takde la nak kecik hati ke apa ke bila dia buat macam tu. Aku just rasa geram and sakit hati je. Ikut suka dia je nak halau aku kan. Tak kisah la tu kan. Yang buat aku rasa pelik, kenapa dalam banyak-banyak kawan aku yang ada kat situ, aku jugak yang dia pilih untuk suruh pindah tempat duduk. Dah macam orang terbuang pulak aku rasa tadi. Yerla kan, tiba-tiba pulak kena duduk meja lain sorang-sorang. Malu okeh.


Aku perasan muka kawan-kawan aku berubah bila Mrs. C tu cakap macam tu. Aku nampak dorang tertoleh-toleh pandang aku. Huhu. Tapi aku buat muka rileks je walaupun rasa terhina tu ada sikit. Haha. Agak kurang sopan la pada aku sikap Mrs. C tu. Lepas dia suruh aku tukar tempat duduk tu, ada la geng dia yang tegur perbuatan dia. Bukan la tegur secara direct. Tapi boleh la untuk buatkan Mrs. C tu toleh kat aku and tanya "TAK PE KE?" banyak-banyak kali. Sangat annoying betul la.  Cara dia tanya tu memang nampak sangat tak ikhlasnya. Hurmmm..


Ikutkan rasa sakit hati aku tadi, mau je aku naik masuk office dulu. Tapi tak nak la nampak sangat macam nak larikan diri dari dia. Karang dikatanya aku cepat sentap pulak. Actually, aku tak sentap pun. Aku marah ok. MARAH! Tau kenapa? Aku tak pernah cari pasal dengan dia. Dia yang mulakan dulu sikap annoying dia tu. Dari first aku masuk kerja kat situ lagi. Meh aku story sikit apa yang dia pernah buat kat aku.


1. Masa mula-mula masuk kerja. Baru lapor diri. Aku tak kenal orang sangat pun. Orang seksyen aku sendiri pun aku belum betul-betul kenal. Dengan orang bahagian or seksyen lain apatah lagi kan? Boleh pulak satu hari tu die tiba-tiba je sound aku and sorang lagi akak yang baru je lapor diri masa tu kat perhimpunan jabatan. Dia cakap aku and akak tu sombong sebab tak tegur senior. Jangan berlagak la katanya. Naik blur aku jadinya. Sombong menda pulak kan? Baru je nampak muka dia untuk pertama kalinya pada haritu. Dia duduk belakang seat kitorang. Mana la nak sedar. Dia pesan suruh kitorang senyum bila jumpa orang-orang lama kat office. Tapi sekali pun dia tak pernah balas kalau aku senyum kat dia. Siap pura-pura pandang tempat lain ada la. Apa da..

2. Masa meeting berkaitan kewangan. Lepas meeting, ada la jamuan sikit kan. Aku share ambik cekodok dalam satu piring dengan akak yang pergi sekali meeting tu dengan aku. Tiba-tiba Mrs. C ni cakap kuat-kuat sampai satu bilik meeting tu pandang kat aku. Dia mintak cekodok yang aku share dengan akak satu office tu. Cara dia cakap tu, buatkan macam aku ni tamak makan sorang cekodok tu. Padahal aku ambik 5 je kot. Tu pun share dengan akak tu. Sama macam orang lain ambik. Malu aku bila dia cakap macam tu okeh. Akak office aku tu pun geram je dengan Mrs. C tu.

3. Haritu anak dia nak kahwin. Aku tau semua staff kat seksyen aku dapat kad jemputan. Tapi aku?? Nampak sangat dia yang anti dengan aku. Selamba badak je kan buat macam tu. Tak kisah sangat pun dapat jemputan ke tak. Tak heran pon. Haha. Tapi kot ye pun anti aku, jangan la nampak sangat. Sangat tak matang lor. Agak kebudak-budakan. Betul tak?

4. Ada sekali tu dia call kat area tempat duduk aku. Kebetulan aku angkat. Lepas dia bagitau nak cakap dengan sape, aku pass la kat akak tu. Boleh pulak dia macam nak kata aku ni kurang ajar. Sebabnya masa aku nak bagi telefon tu kat akak yang dia nak cakap tu, akak tu tanya kat aku siapa yang call. Aku cakap tak tau la kan. Dah memang aku tak tau pun. Aku tanya siapa dia, dia tak jawab. Dia terus potong aku cakap and bagitau nak cakap dengan akak tu. Tu pun still nak kata aku kurang ajar. What the.... Arrrggghhhh!!! Geram betul la!

5. And ada sekali tu dia call. Aku pass kat akak tu jugak. Dia tanya sape angkat call. Akak tu cakap la nama aku. Tau apa dia cakap? Dia persoalkan kenapa orang panggil aku nama tu. Kalau nak tau panggil nama apa, klik SINI okeh. Masalahnya kan, kenapa nama aku pun nak dipertikaikan? Salah ke kalau nama aku macam tu? And untuk pengetahuan korang, tak pernah sekali pun dia panggil aku dengan gelaran tu. Maybe pada dia, tak layak kot nama tu untuk aku. Aku tak kisah pun. Tapi aku rasa kelakar. Orang macam ni pun ada ye? HAHAHA.

6. Ada sekali tu pulak, dia tanya aku pasal something. Aku agak blur nak jawab. Aku mintak dia tunggu kejap sebab nak pastikan dulu betul ke tak apa yang aku nak terangkan kat dia tu. Aku tak tau la sama ada dia sengaja atau tak, tapi aku dengar tau dia kutuk aku kat someone. Bajet nak kata aku ni tak tau apa-apa la. Haaaiiissshh.. Sabar jela. Pastu aku bagitau la dia apa yang dia tanya. Tapi aku tau. Confirm dia nak pertikaikan apa aku cakap tu. Buktinya, esoknya dia call pulak orang atasan aku. Tanya benda yang sama. Padahal, sia-sia je dia pergi tanya tu. Ok. Kalau dia BAGUS sangat, kenapa tak dia cari je kat laman web yang berkaitan. For sure, maklumat yang ada kat situ sangat-sangat membantu okeh!


Haaaa.. Hambik kau. Panjang berjela aku taip. Nampak sangat aku geram kan? Haha. Tapi memang betul pun apa yang taipkan ni. Nampak tak sape yang cari pasal? Aku ke Mrs. C? Huhu. Ok la. Aku dah penat. Selamat malam semua...



Nota Cik Rimau : Esok pakcik tu masuk office balik. Tak aman balik. Hurmmmmmmm..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...