Assalamualaikum w.b.t
Selamat petang semua. Aku tengah layan citer kat tv ni. Tapi citer sume membosankan. Semua aku dah tengok. Ada pulak citer yang ditayangkan, aku rasa dah tiga empat kali raya pun still nak tayangkan sebagai rancangan special untuk raya ni. Tak rasa special pun. Sebab tu la aku lagi prefer tengok telemovie or drama daripada tengok movie. Tak pun, baik aku layan jiwang dengar lagu raya je. Ada jugak feeling raya sikit. Korang nak tau ke lagu raya apa yang aku suka layan time raya? Jom usha sikit...
Ok. First sekali, lagu Cahaya di Ailfitri nyanyian Black Dog Bones. Sedih woo lagu ni. Memang syahdu la. Lirik pulak macam kena je dengan diri aku. Huwaaaa...
Air Mata Syawal - Dato' Siti Nurhaliza. Aku jarang bukak sikit. Sebab macam ada aura sedih pulak bila dengar lagu ni. Haha. Lagu ni kan ala-ala sayu cenggitu liriknya. Hehe.
Bila Hari Raya Menjelma - Dato' Siti Nurhaliza. Best lagu ni. Aku suka layan. Aku tak tau apa yang aku rasa special sangat dengan lagu ni. Tapi aku suka nyanyi lagu ni ye kawan-kawan. Hehe.
Indahnya Beraya Di Desa - Azlina Aziz. Lagu ni aku rasa best sebab bagi aku feel nak balik kampung. Tajuk pun dah buat aku rasa nak balik kampung. Bestnya dapat raya kat kampung. Huhu.
Rindu Raya - Spider. Dulu aku tak berapa nak gemar sangat lagu ni. Tapi bila selalu dengar + Abang Zack (kawan pejabat) suka bukak, aku jadi suka pulak. Cuba korang layan. Best tau. :-)
Rindu Syahdu Di Hari Raya - Nurul. Actually, sebelum ni aku tak pernah tau pun ni lagu Nurul. Baru-baru ni aku tau. Macam best je. Aku pun layan la. Lagu Nurul yang Kerana Terluka tu pun aku layan ye. Errr.. Aku memang jiwang ye kawan-kawan. :-)
Ok. Actually, banyak lagi lagu raya yang aku suka layan. Tapi, lagu-lagu kat atas ni antara lagu wajib yang aku akan layan bila raya. Lagu Balik Kampung aku tak layan sebab .. Er.. Faham-faham sendiri jela. Haha. Dah la. Malas nak bebel panjang. Baik aku pergi fikirkan, apa agaknya makanan yang aku nak bawak untuk potluck yang bos nak buat Rabu depan. Susah hati ni. Haiiisshhh..
Nota Cik Rimau : Tadi tergerak nak sms sorang kawan. Saja nak tanya pasal raya. Ada ke tak dorang buat konvoi. Rupa-rupanya dorang buat la. Aiiyooo.. Jeles and sedih betul la sebab tak dapat join dorang. Huhu. Rindunya nak jumpa korang!!!!
4 ulasan:
black dog bone legend
tak terlamabat lagi kot nak ucap selamat hari raya..dah kena masuk kerja... :( tak puas agi duk kat kampung.santai2...hmm
Orlando : hehe.. yezza.. mmg legend.. smpai bile2 tetap best lagu ni.. hehe
amry : hehe.. selamat hr raya gak.. uik.. awalnye masuk keje.. cik rimau baru masuk harini.. :p
Catat Ulasan