Assalamualaikum and selamat malam semua..
Semalam, sepatutnya aku pergi office. Kononnya nak OT la kan. So, petang hari Jumaat tu aku ambik la kunci pintu office daripada Kak Ziha. Konon nak datang esoknya. Kebetulan pulak, malam tu kawan-kawan sebilik aku masa kolej dulu sms ajak keluar lepak pada hari yang sama. Tiba-tiba aku jadi berbelah bahagi. Tak tau nak pilih mana satu. Antara nak pergi office siapkan kerja or lepak dengan kawan-kawan yang dah hampir dua tahun aku tak jumpa. Tapi, memandangkan takde sorang pun kawan sepejabat yang confirmkan dengan aku sama ada nak datang office ke tak, aku decide nak pergi office lambat sikit. Pastu, pergi join kawan-kawan lepak kat Sunway Pyramid.
Esoknya, aku siap la lambat sikit. Tengah aku syok layan drama Style kat 8TV, tiba-tiba dapat sms dari kawan office. Dia cakap nak datang. Ok la kan sebab dia nak datang lambat sikit. Takde la aku nak kena pergi office cepat-cepat. Pastu aku saja jela sms sorang akak tu. Kot la dia nak datang sekali. Dia tak reply sms aku. Aku pun rileks jela sebab plan nak gerak pukul 10 pagi. Masa aku tengah iron baju, tiba-tiba dia sms. Ayat dia macam marah. Rupa-rupanya dia dah ada kat office dari pukul 8 pagi dah. Dia suruh aku datang cepat. Geram pulak aku baca sms dia. Salah sape? Ada dia call or sms aku bagitau yang dia nak datang ot? Takde ok! Nak salahkan aku pulak. Huh.
So, aku pun kelam-kabut la bersiap. Tak nak la dia tunggu lama. Elok je aku sampai office, aku tengok pintu office dah bukak. Pelik jugak. Sebab setahu aku, kunci office lagi satu ada kat pakcik sorang tu. Tak mungkin la dia datang office hari Sabtu kan? Rupa-rupanya Cik Nita yang bukak. Mungkin dia ambik kunci dari pakcik tu. Aku tanya kat Cik Nita, akak tu pergi mana. Masa aku masuk tu, dia takde kat tempat. Aku rasa nak je marah dia. Mana la aku tak rasa nak marah kat dia. Kot ye pun marah, sekurang-kurangnya bagitau la yang pintu dah ada orang bukak. Tak payah la aku terkejar-kejar. And kalau dia bagitau awal, tak payahla aku pergi office. Boleh jugak aku terus pergi jumpa kawan-kawan aku. Geram aku dengan akak tu. Huh!
Lepas je aku hantar kunci kat akak tu, aku terus gerak jumpa kawan-kawan. Tak perlu nak story panjang. Kitorang just lepak tengok orang main luncur ais, bowling (nak main tapi fully booked sampai petang sebab ada tournament) and sembang sambil jalan-jalan cuci mata. Nak pergi Sunway Lagoon, tapi orang ramai sangat. So, tengok dari luar jela sambil bercerita pasal life masing-masing. Tak banyak gambar pun untuk ditunjukkan kat sini. Tapi layan jela apa yang ada.. Hehe.
Teringin nak main tapi takut jatuh. HAHA. So tengok dari atas jela. |
Yan, Nana and Mimi. |
Yan makan sambil gelak-gelak. Tau-tau dah tiga keping dia sorang sebat. :D |
Ramai giler orang kat dalam tempat bowling ni. Setakat jadi penonton jela kitorang semalam. |
Kitorang gelakkan mamat yang tengah tu. Bajet nak main macam pro la kan. Baling penuh semangat sekali terus tuju longkang. HAHA |
Nana, Mimi, Yan and Erik. |
Nota Cik Rimau : Walaupun penat semalam, tapi memang best sebab dapat lepak macam dulu-dulu. Huhu. Ok la. Cik Rimau nak tengok sape menang AJL malam ni. Selamat malam :D