Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jalan-jalan. Papar semua catatan

07 Julai 2012

The Amazing Spider-Man Yang Syahdu

Assalamualaikum and selamat malam kepada semua yang sudi membaca blog Cik Rimau. Terima kasih banyak-banyak. Hehe.



Actually, aku rajin nak update ni pun semata-mata sebab nak story sikit pasal aktiviti aku harini. Hehe. Nampak kan gambar apa kat atas ni. Ya, betul tu. Tiket wayang cerita The Amazing Spider-Man. Punyala semangat nak tengok. Awal-awal lagi kawan-kawan aku suruh beli tiket online. Haiishhh.. Tapi takpe la kan. Asal dapat booking tempat duduk yang selesa. Tak payah nak mendongak untuk jangka masa yang agak lama. Tak sanggup aku! Haha. Kalau sebelum ni, aku suka beli kat kaunter je. So, selalu la jugak aku dapat seat yang agak dekat dengan skrin. Nak patah tengkuk terpaksa mendongak sampai cerita habis. Serik dah weiii.  :p


Untuk makluman korang, ini baru first time kitorang beli tiket online. So, macam agak "batak" jugak la kan. Haha. Aku pergi dengan adik aku, Cik Nita, Kak Suhana + adik dia and Abang Z. Masa nak ambik tiket kat kaunter, bukan main eksyen lagi kawan-kawan aku ni pergi kat kaunter Gold Class. Sekali petugas kaunter tu cakap tak dapat trace pulak id number masa beli tiket tu. Habis semua gelabah. Kah kah kah. Padan muka kitorang kan? Mujur la lepas tu dapat trace. Itu pun lepas dah dekat lima enam kali petugas kaunter tu cuba. Alhamdulillah. :-)


Then, masuk je ke dalam panggung tu, kawan-kawan aku sibuk pulak nak pilih-pilih tempat. Rebut-rebut nak duduk sebelah sape la. Aiyyyooo.. Ada yang nak pergi tandas dulu la. Macam budak-budak betul la. Haha. Adik aku pulak tertumpahkan air minum. Kelam-kabut betul kitorang ni. Ish ish ish. Lepas movie start, masing-masing senyap sekejap. Layan sangat la konon. Tiba-tiba aku dengar kawan aku gelak-gelak. Rupa-rupanya dorang gelakkan Cik Nita sebab nangis. Haha. Tak boleh bla betul kan? Tengok citer superhero tapi nangis? Biar betul. Musykil gak nie. Sekali toleh tengok, dengan adik aku sekali dok nangis. Adeh.. Lemah betul la.. Hahahaha..


Actually, memang ada part yang agak touching jugak dalam citer ni. Permulaan cerita tu, aku dah boleh agak apa akan jadi. Tak jauh beza sangat dengan versi sebelum ni. Contohnya, part macam mana Peter boleh ada kuasa tu, kita dah boleh agak yang dia kena gigit. Pastu, pakcik yang jaga dia tu mati kena tembak. Then, dia nak balas dendam atas kematian tu and nak tebus rasa bersalah. So, sejak tu dia selalu tolong tangkap penjahat. Semua tu kita memang dah dapat agak sebab lebih kurang sama je dengan yang sebelum ni. Yang aku tak dapat agak bila Profesor tu dah bertukar jadi cicak. Al maklumla kan, aku ni tak pernah layan komik cite ni. Haha. 


Part paling aku suka, masa kaki Peter dah kena tembak. Dia dah jadi lemah and tak dapat nak gerak dengan cepat. Then, tiba-tiba je pekerja-pekerja binaan (tak sure betul ke tak) tolong Peter dengan cara susun / halakan kren sebaris untuk mudahkan dia bergerak. Bagi yang belum lagi tengok, salah seorang pekerja kren tu adalah ayah kepada budak yang Peter pernah selamatkan kat jambatan masa kena serang dengan The Lizard. Sebagai tanda nak balas budi, dia arahkan geng dia untuk sama-sama tolong Peter. Masa ni, memang agak touching jugak la. Tak tau camne nak terangkan. Ada rasa sedih, ada rasa bangga, ada rasa terharu. So, aku rasa mungkin sebab tu la kot adik aku dengan Cik Nita nangis. Aku sendiri pon rasa macam nak nangis weh. Kah kah kah.


Kesimpulannya, citer ni memang best. Tak rugi tengok. Ada part sedih, ada part kelakar and macam-macam lagi. Cuma ada la adegan kiss2 tu. Tak berkenan aku. Tapi dah nama pun citer omputih. Huhu.



Nota Cik Rimau : Padan muka sorang kawan kat opis Cik Rimau tak dapat tengok lagi. Kah kah kah. Gambar dengan kawan-kawan tak sempat nak ambik. Huhu. Rugi betul. Dah la first time keluar beramai-ramai macam ni. Haiiisshhh...

29 Januari 2012

Lepak Sekali Sekala.. :D

Assalamualaikum and selamat malam semua..


Semalam, sepatutnya aku pergi office. Kononnya nak OT la kan. So, petang hari Jumaat tu aku ambik la kunci pintu office daripada Kak Ziha. Konon nak datang esoknya. Kebetulan pulak, malam tu kawan-kawan sebilik aku masa kolej dulu sms ajak keluar lepak pada hari yang sama. Tiba-tiba aku jadi berbelah bahagi. Tak tau nak pilih mana satu. Antara nak pergi office siapkan kerja or lepak dengan kawan-kawan yang dah hampir dua tahun aku tak jumpa. Tapi, memandangkan takde sorang pun kawan sepejabat  yang confirmkan dengan aku sama ada nak datang office ke tak, aku decide nak pergi office lambat sikit. Pastu, pergi join kawan-kawan lepak kat Sunway Pyramid.


Esoknya, aku siap la lambat sikit. Tengah aku syok layan drama Style kat 8TV, tiba-tiba dapat sms dari kawan office. Dia cakap nak datang. Ok la kan sebab dia nak datang lambat sikit. Takde la aku nak kena pergi office cepat-cepat. Pastu aku saja jela sms sorang akak tu. Kot la dia nak datang sekali. Dia tak reply sms aku. Aku pun rileks jela sebab plan nak gerak pukul 10 pagi. Masa aku tengah iron baju, tiba-tiba dia sms. Ayat dia macam marah. Rupa-rupanya dia dah ada kat office dari pukul 8 pagi dah. Dia suruh aku datang cepat. Geram pulak aku baca sms dia. Salah sape? Ada dia call or sms aku bagitau yang dia nak datang ot? Takde ok! Nak salahkan aku pulak. Huh.


So, aku pun kelam-kabut la bersiap. Tak nak la dia tunggu lama. Elok je aku sampai office, aku tengok pintu office dah bukak. Pelik jugak. Sebab setahu aku, kunci office lagi satu ada kat pakcik sorang tu. Tak mungkin la dia datang office hari Sabtu kan? Rupa-rupanya Cik Nita yang bukak. Mungkin dia ambik kunci dari pakcik tu. Aku tanya kat Cik Nita, akak tu pergi mana. Masa aku masuk tu, dia takde kat tempat. Aku rasa nak je marah dia. Mana la aku tak rasa nak marah kat dia. Kot ye pun marah, sekurang-kurangnya bagitau la yang pintu dah ada orang bukak. Tak payah la aku terkejar-kejar. And kalau dia bagitau awal, tak payahla aku pergi office. Boleh jugak aku terus pergi jumpa kawan-kawan aku. Geram aku dengan akak tu. Huh!


Lepas je aku hantar kunci kat akak tu, aku terus gerak jumpa kawan-kawan. Tak perlu nak story panjang. Kitorang just lepak tengok orang main luncur ais, bowling (nak main tapi fully booked sampai petang sebab ada tournament) and sembang sambil jalan-jalan cuci mata. Nak pergi Sunway Lagoon, tapi orang ramai sangat. So, tengok dari luar jela sambil bercerita pasal life masing-masing. Tak banyak gambar pun untuk ditunjukkan kat sini. Tapi layan jela apa yang ada.. Hehe.


Teringin nak main tapi takut jatuh. HAHA. So tengok dari atas jela.


Yan, Nana and Mimi.
Yan makan sambil gelak-gelak. Tau-tau dah tiga keping dia sorang sebat. :D

Ramai giler orang kat dalam tempat bowling ni. Setakat jadi penonton jela kitorang semalam.

Kitorang gelakkan mamat yang tengah tu. Bajet nak main macam pro la kan. Baling penuh semangat sekali terus tuju longkang. HAHA

Nana, Mimi, Yan and Erik.






Nota Cik Rimau : Walaupun penat semalam, tapi memang best sebab dapat lepak macam dulu-dulu. Huhu. Ok la. Cik Rimau nak tengok sape menang AJL malam ni. Selamat malam :D

17 Januari 2012

Entri Pertama 2012 !

Assalamualaikum and selamat tengahari kepada sesiapa yang masih sudi singgah kat blog yang telah lama ditinggalkan ni.. :p Terima kasih banyak-banyak. Hehe.


Dah masuk tahun baru dah pun. Ini la post pertama aku untuk tahun 2012. Ish ish ish. Teruk betul la Cik Rimau ni kan? Konon nak jadi blogger tegar. Tapi update blog punyalah malas. Aiiyyyooo.. Actually bukan malas la. Busy sikit. (Alasan lapuk!) Haha.


Ok lah. Malas nak membebel panjang. Tapi sebelum tu, saja nak share gambar masa kitorang pergi lawat bos haritu. Papai.







30 Mei 2011

Jack Sparrow Sesat!

Assalamualaikum and selamat malam..


Dah nak tidur dah kan. Sesuai la tu guna selamat malam. Hehe. Semalam aku tak bebel pun kan? Adeh.. Terlepas lagi.. Hurmm.. Actuallly bukan terlepas. Tapi saja tak update. Takde mood. Something happened kat rumah aku last night. Sangat geram and sakit hati. Tapi nak buat macam mana kan. Sabar jela. Disebabkan hal tu, aku malas nak update apa-apa. Lagipun agak penat sebab hampir seharian aku kat office. OT lagi. 

Semalam aku pergi OT bawak adik aku sekali. Saja nak dera dia tolong aku siapkan folder meeting Jumaat depan. Alhamdulillah. Semua dah siap. Thank you la Lahi atas bantuan ekau tu yo. Haha. Belanja takde. Kih kih kih. And lepas dah settle semua kerja (bukan semua la), aku pun balik la sekali dengan Kak Ziha. Plan asal nak balik terus je. Tapi tiba-tiba teringat nak bayar bil internet ni ha. Kebetulan pulak, bas nak ke Mid Valley pun dah ada kat tempat menunggu. Terus je aku naik. And nasib aku agak baik jugak la semalam. Naik-naik je bas terus jalan. Jalan pulak clear je. Sekejap je dah sampai Mid Valley. 


Sampai-sampai je, terus jalan laju-laju cari kaunter nak bayar tu. Tapi kan.. Langkah kitorang terus terhenti bila ternampak.. Jeng jeng jeng.. 

Kapal dalam cerita Pirates of The Carribean tu la.. Apa kes sesat kat sini pulak kan?



Ganas betul kepala kapal ni. Ish ish ish. Tak sure la kapal lanun mana.. Huhu.

Tau kan gambar apa ni? Tipu la kalau jawab tak tau. Sebabnya, ini la rupa kapal yang digunakan dalam cerita Pirates of The Caribbean tu. Aku jadi excited pulak nak tengok. Singgah kejap kat Centre Court tu. Tengok ramai gila orang serbu kat situ. Semua sibuk nak bergambar. Aku apa lagi. Laju jela mengeuarkan handphone. Tak nak lepas peluang. Huhu. So.. Layan jela ek gambar-gambar ni. Model dalam gambar bukan aku ye. Adik aku. Hehe.

















Susah sangat nak ambik gambar masa kat situ. Makanya, itu jela gambar yang dapat aku cilok haritu. Janji dapat tengok live. Haha. Tak tau pun ada pameran ni. Kebetulan kan? Lepas bergambar, terus pergi bayar bil. Kebetulan lagi.. Orang yang jaga kaunter tu, budak yang sama yang pernah layan kitorang dengan gaya kerek sebelum ni. Aku bajet nak pusing balik je. Tapi teruskan jugak bila nampak dia senyum. Hurmm.. Boleh pulak layan dengan elok. Sebelum ni kasar bukan main. Muka masam tak hingat. Mujur kau senyum semalam. Sejuk hati aku. Haha.



Nota Cik Rimau : Walaupun tak dapat tengok live Mentor malam ni, Cik Rimau puas hati sebab Salma menang. Hehe. Go Salma go.

18 April 2011

Jalan-jalan di Hujung Minggu

Assalamualaikum and selamat malam..


Harini disebabkan kebosanan yang melampau and dah lama tak berjalan-jalan, aku pun keluar la ke Mid Valley dengan abang aku. Saja jela kan nak cuci mata. Nak tengok wayang pun macam takde cerita menarik + poket dah nak kering. Haissshh.. So, setakat jalan-jalan melenguhkan kaki je la. Ok la daripada duduk terperuk je kat rumah. Hehe.


Dah menjadi kebiasaan aku kalau pergi Mid Valley mesti naik ke tingkat tiga. Tingkat tiga ada apa? Ya, memang ada wayang and bowling. Tapi bukan itu hala tuju aku okeh. Semestinya aku tuju ke Pets Wonderland. Sebab kat situ banyak pets yang cute-cute. Terutama sekali kucing. Comel gila. Macam-macam jenis baka yang dorang jual. Ada bengal, persian and scottish fold (tak silap aku la nama untuk kucing yang telinga macam patah tu). Rasa tak nak balik je tengok kucing-kucing tu. Geramnya...


Tengah merayap-rayap kat tingkat tiga tu, aku terperasan ada ramai orang berkumpul kat Mid Valley Exhibition Centre (MVEC) tu. Aku ni tergerak la nak tengok. Baru aku teringat yang harini ada MCTF (Malaysia's No.1 Career & Training Fair). Aku pun saja la gatal nak masuk. Sekali tengok kat notis depan pintu masuk tu, kalau nak masuk kena daftar dulu. Baru je plan nak cabut, tiba-tiba pulak ada orang tegur aku. Dia bagi form. Aku cakap aku nak tengok je. Bukan nak mintak kerja. Dia kate kena isi jugak. Aku isi jela sekali dengan abang aku. 


Dah siap isi, aku pun masuk la. Hangin betul dengan pintu masuknya tu. Bukan apa. Sepatutnya dekat je kaunter dari pintu utama. Tapi dia buat style macam tempat beratur beli tiket wayang je. Pusing-pusing banyak kali baru sampai kaunter untuk hantar borang pendaftaran. Hampeh betul. Lepas dorang tampal sticker masuk kat lengan aku, baru la aku merayap ke semua booth. Banyak jugak syarikat yang join MCTF ni. Aku setakat lalu and ambik pamphlet yang dorang kasi jela. Aku dah kerja. Takkan nak menggedik nak cuba nasib jugak. Haha. Aku tengok memang ramai yang datang. Ada yang terus interview kat situ jugak. Apa pun, aku harap yang datang tu dimurahkan rezeki and dapat peluang untuk diterima  bekerja dengan syarikat-syarikat yang dorang cuba nasib tadi. 



Nota Cik Rimau : Kebelakangan ni Cik Rimau suka tidur lambat. Nak buat macam mana. Dah mata susah nak lelap. Ada tips nak bagi tidur cepat tak? Hik hik hik..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...