Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

11 Mac 2012

Apa Yang Penting??? Kerjasama...

Assalamualaikum and selamat berhujung minggu.. :D


Abaikan jela tajuk yang dah macam lagu tema Wonderpets tu. Hehe. Actually harini aku nak cerita apa yang terjadi 4 hari yang lepas. Hehe. Lama gila kot baru nak cerita. Dah basi la cerita ko ni Ija oi.. :D


Haha. Ok. Hari Rabu lepas, aku ditugaskan untuk siapkan folder meeting yang bakal digunakan keesokan harinya. Masa bos tanya siapa yang tolong aku buat folder tu, ada tiga orang je yang angkat tangan. Kira ok la tu kan. Ada jugak pembantu. Takde la aku terkial-kial nak siapkan sorang-sorang. Hehe.


So, lepas je habis discussion, masing-masing balik ke tempat untuk siapkan apa yang patut. Aku dengan tiga orang yang nak tolong tu pun mulakan kerja. Semua nak balik cepat. Masa tu pun dah pukul 3 lebih. Kebetulan, dua orang yang tolong aku tu pulak balik pukul 4.30. Memang kena buat cepat-cepat la jawabnya. Huhu.


Tapi tak sangka pulak, dalam aku kelam-kabut buat kerja tu, tiba-tiba datang lagi tiga orang offer nak tolong aku. Best gila. Macam tau-tau je kan. Hehe. So, dengan tambahan tiga orang pembantu, kitorang berjaya jugak siapkan kerja tu dalam masa satu jam lebih. Kalau takde bantuan tambahan tu, aku rasa boleh jadi sampai malam kot baru siap. Huhu.


Walaupun kitorang lewat setengah jam dari masa balik yang sebenarnya, aku rasa happy sanga-sangat sepanjang haritu. Happy la sebab semua orang bekerjasama. Rugi tak tangkap gambar dorang. Haha. So, di kesempatan ini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang terlibat tolong aku haritu. Jasa anda semua sangat dihargai. Hehe. 



Nota Cik Rimau : Malas betul la nak edit entri-entri yang Cik Rimau sorokkan tu. Huhu. Malasnyaaaaaa..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...