Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

03 April 2012

Ada Cara Tak??? Tolong!!!

Assalamualaikum and selamat tengah hari...


Dah lunch ke belum korang semua? :p Kalau dah bagus la.. Kalau belum, cepat-cepat pergi makan. Gastrik pulak karang. Hehe. Ok. Nampak tak tajuk poyo tu? Huhu. Nak mintak tolong korang-korang yang singgah blog ni. Nak tau la kan. Kot-kot ada yang boleh settlekan masalah aku ni. Harap ada la. Tapi rasanya macam dah takde harapan dah. Huwaaaaaaaa..


Cenggini ceritanya. Aku dah guna satu external hd ni dalam masa setahun jugak la. Selama ni ok je. Tapi malangnya, baru-baru ni dia buat hal la pulak. Rosak kot! Sedihnya!! Huhu. Kalau dalam tu tak banyak benda best, aku tak kisah sangat. Ini dah la penuh dengan gambar-gambar dari zaman kolej sampai dah kerja ni, drama-drama korea and movies yang latest, mp3 dari zaman jiwang karat sampai la ke sekarang. Banyak wooo.. Sedihnya.. Kenapa la ko rosak sekarang ni? Kot ye pun nak rosak, tunggu la aku dah beli yang baru ke. Ye tak? Huhu


Aku sendiri pun tak sure kenapa boleh rosak. Aku cucuk kat pc, lampu dia menyala je. Tapi pc tak boleh nak detect pulak. Bila try pasang kat laptop aku, suruh format pulak. Adeh.. Sakit hati woo. So, sekarang ni nak tanya korang la kan. Ada tak cara untuk aku dapatkan balik data-data yang ada kat dalam tu? Ke memang dah takde cara? Kira kalau dah rosak tu, jangan mimpi nak dapatkan balik apa yang ada kat dalam tu la eh?? Huwaaaaaa..



Nota Cik Rimau : Kan best kalau data-data yang hilang tu boleh ambik balik. Banyak kenangan dalam tu. (Gambar la paling penting. Huhu)

3 ulasan:

kay_are berkata...

tak pasti r lak macam mane nak setel.. better bawak ke kedai2 membaiki komputer mane tau diorang ade care untuk backup sume file dalam tu..

anyss berkata...

Assalamualaikum,
saya jugak alami kes yang sama...

suria lekatlekit berkata...

bawak kedai jer.. kalau blh backup, selamat la data dlm tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...