Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

Memaparkan catatan dengan label Di Sampingmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Di Sampingmu. Papar semua catatan

15 Oktober 2015

Di Sampingmu [11]

ADELIA QAISARA membelek wajah di cermin. Dia mengenakan sepasang baju kurung moden berwarna merah jambu yang diperbuat daripada kain lace. Wajahnya disolek nipis oleh jurusolek. Dia tidak tahu apa yang berlaku di luar biliknya. Hatinya gementar menanti detik bakal ibu mertuanya menyarungkan cincin di jarinya. Pandangan dilemparkan ke arah barangan hantaran yang tersusun kemas di atas katil. Pihak lelaki menghantar tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan. 

Adelia Qaisara ditemani oleh Annur, Hannah, Nadhira dan Dhia. Seketika kemudian, terdengar bacaan doa daripada ustaz yang dijemput khas hari itu. Adelia Qaisara menadah tangan, memohon keberkatan daripada Allah. Dia tidak henti-henti berdoa dalam hati agar segalanya berjalan lancar. Nampaknya, bacaan doa itu tadi menandakan yang dia selamat menjadi tunangan Adam Farhan.

“Akak, nak sarung cincin dah ni,” ujar Dhia setelah bacaan doa tamat. Dia masih leka dengan kameranya. Setiap sudut bilik itu kini dipenuhi dengan tetamu perempuan dan jurugambar.

Datin Hafizah tersenyum melihat bakal menantunya yang nampak berseri. Adelia Qaisara hanya tersenyum kecil, lalu tunduk. Sebentuk cincin emas putih disarungkan ke jari manis Adelia Qaisara. Dia bersalaman dengan Datin Hafizah. Tidak lama kemudian, mereka keluar dari bilik. 

Adam Farhan yang baru sahaja masuk ke dalam rumah terpaku apabila melihat kecantikan Adelia Qaisara. Bola matanya segera dilarikan di saat matanya bertembung dengan mata Adelia Qaisara. Dia bersalaman dengan para tetamu dan duduk di pelamin kecil yang tersedia. Hari itu dia hanya mengenakan sehelai kemeja lengan pendek berwarna merah jambu dan berseluar putih. Adelia Qaisara mengambil tempat di sebelah Adam Farhan untuk sesi fotografi.




USAI sahaja majlis pertunangan, semua tetamu pulang ke rumah. Yang tinggal hanya keluarga Adam Farhan dan keluarga terdekat Adelia Qaisara.

“Tak sangka Sara dah nak kahwin,” ujar Puan Shamsiah, ibu saudara Adelia Qaisara.

Adelia Qaisara yang baru sahaja menukar pakaian hanya tersenyum tawar. Dia tidak tahu bagaimana hendak beriaksi.

Puan Shamsiah selalu sahaja membandingkan Adelia Qaisara dengan anak-anaknya. Kononnya, anak-anak dia belajar di luar negara. Masing-masing ada cita-cita yang tinggi. Tidak hairanlah sekiranya mereka berkahwin lewat. Baginya, harta adalah segala-galanya. Adelia Qaisara? Bijak, tetapi tidak memikirkan masa depan. Puan Shamsiah tersenyum sinis.

“Baguslah kahwin awal. Kita dulu pun kahwin masa umur belasan tahun. Sara dah dua puluh,” balas suaminya, Encik Hussin.

“Tak adalah. Saya pun seronok juga. Kacak tunang si Sara ni. Untung badan. Shakira, nanti cari la bakal suami macam Adam ni. Handsome, kereta besar, kaya,” tambah Puan Shamsiah. Ada nada menyindir dalam kata-katanya.

Adelia Qaisara dan yang lain terpempan.

“Maksud Mak Ngah?” tanya Adelia Qaisara.

“Nanti, bila dah kahwin, tak payah kerja. Duduk rumah je, goyang kaki. Haa.. tadah je tangan dapat duit,” jawabnya sambil menjeling Adelia Qaisara.

“Maafkan Sara. Tapi, kalau Mak Ngah rasa Sara kahwin dengan Adam sebab duit, Mak Su silap. Sara sendiri pun dah ada duit. Buat apa Sara nak mintak dengan orang lain?” Adelia Qaisara mula naik angin. Nada suaranya juga cuba dikawal.

“Kak Siah, kalau akak datang sini semata-mata nak menghina anak kami, lebih baik akak balik. Saya bukan menghalau. Tapi hari ni majlis untuk orang rasa gembira, bukan majlis bermasam-muka,” sampuk Tan Sri Salleh.

Puan Shamsiah menjeling.

“Jom, bang! Kita balik!” ajak Puan Shamsiah. Anaknya Suzila hanya mematung. “Hey, Zila! Mari balik!” jeritnya lagi.

“Pak Su, Mak Su, Sara.. Zila balik dulu, ye. Maafkan mak Zila, dia memang macam tu,” ujar Suzila sambil bersalaman dengan ahli keluarga itu.

“Saya bukanlah nak masuk campur. Tak lama lagi, berbesanlah kita. Kenapa dengan Kak Shamsiah tu?” tanya Dato’ Hisyam setelah Suzila hilang di balik pintu.

“Entahlah, Hisyam. Dia memang macam tu. Anak dialah yang paling baik,” jawab Puan Fatimah.

“Mama, Papa, Pak Cik, Mak Cik, boleh tak kalau Han nak bercakap sekejap dengan Adelia?” celah Adam Farhan. Dia ingin bercakap dengan Adelia Qaisara sebentar.

“Pergilah,” jawab Tan Sri Salleh.

Semua yang berada di situ menala pandangan pada mereka berdua. Mereka tersenyum sesama sendiri. Bagai pinang dibelah dua, itu sahaja yang paling sesuai bagi menggambarkan keserasian mereka.

“Adelia.. okey ke?” tanya Adam Farhan.

Mereka duduk di kerusi taman. Petang itu ditemani dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Yang kelihatan, pekerja-pekerja katering sedang mengemas peralatan mereka. Ada yang sedang duduk, ada yang memantau para pekerja bawahan dan ada yang sedang bertungkus-lumus mengemas. Mujurlah makanan habis hari itu. Tan Sri Salleh keluar dari rumah dan menghulurkan sampul surat berwarna putih kepada mereka. Bayaran kerja mereka barangkali.

“Dari sebelum kita bertunang, awak asyik tanya perkara yang sama. Saya okey je. Janganlah risau,” jawabnya kembali. Matanya jatuh pada sebentuk cincin emas putih yang tersarung pada jari manis tangan kirinya.

“Actually, saya takut kalau Adelia tak setuju. Legalah saya sekarang. In a month, you’ll be my wife. Thank you,” ucap lelaki itu, jujur.

“Saya pun berterima kasih sebab pilih saya jadi isteri awak. Still, I’m sorry. Kita tak buat majlis resepsi sampai lepas saya habis belajar.”

“Yang itu, saya tak kisah. Kalau ikutkan saya, saya nak buat majlis akad nikah je. Family yang nak buat majlis tu. Ikutkan jelah.”

Adelia Qaisara mencari wajah lelaki itu. Kemudian dia tunduk.

“Saya pun nak buat akad nikah je. Tapi, bagus jugak ada buat resepsi. Kenalah jemput kawan-kawan saya dekat kampus tu.”

Adam Farhan tersenyum.

“Lusa Adelia balik Ipoh, kan? Kebetulan saya ada projek kat Ipoh. If tak keberatan, saya boleh hantar Adelia dengan kawan-kawan balik sana,” ujar lelaki itu lagi.

“Tak menyusahkan ke? Tapi, kenalah tanya parents saya dulu,” jawab Adelia Qaisara.

“Err.. saya dah cakap dengan pak cik dengan mak cik. They said I can send you home. But still, kena tanya Adelialah,” balas Adam Fahan.

“Kalau parents saya kata okey, okeylah.”

Ameer Farhan tersenyum gembira. Ternyata tidak sukar mendekati gadis itu. Adelia Qaisara memberi tindakbalas positif. Dia akan terus mencuba untuk mencuri gadis itu. Menanti sebulan lagi seolah-olah dia harus menunggu lagi bertahun lamanya.

“Lagi satu, Mama nak Adelia tinggal dekat rumah kami, dekat Ipoh. Rumah tu parents saya beli last year. Better duduk rumah tu. Jiran sebelah tu orang Melayu. Lagi selamat. Kalau Adelia nak ke kelas atau pun nak keluar, Adelia boleh mintak tolong mak cik tu jaga rumah. Lagi pun, rumah tu selesa. Walaupun setingkat, rasanya okeylah untuk student macam Adelia dengan kawan-kawan,” jelas Adam Farhan itu.

“Kena bincang dengan housemates dululah. Tapi, err.. sewa.. kira macam mana?” tanya Adelia Qaisara.

“Takkanlah bakal menantu sendiri pun Mama nak suruh sewa. Free je. Duduklah sana sampai habis belajar,” tambah Adam Farhan.

“Kalau macam tu, nanti saya tanya kawan-kawan dulu. Seganlah. Tinggal rumah tu, tapi tak bayar apa-apa.”

“Lahh.. nak segan kenapa? Bayarannya, Adelia kenalah belajar sungguh-sungguh. Boleh jadi engineer macam saya. Lagi satu, if rasa nak pindah rumah, just tell me. I’ll be in Ipoh for two weeks. Lepas tu saya balik KL semula. Rasanya lepas tu kita jumpa time akad nikah. That’s all.”

Adelia Qaisara tersenyum. Baiknya Adam Farhan dan keluarganya. Adelia Qaisara tunduk. Matanya dilarikan pada kenderaan yang membawa katering bergerak meninggalkan kawasan banglo dua tingkat itu.

Di Sampingmu [10]

“KAU biar betul, Han. Tiba-tiba je nak kahwin. Dahlah dalam masa yang singkat. Jangan cakap kau kahwin atas pilihan keluarga,” Saiful benar-benar terkejut.

“Taklah. Pilihan aku sendiri. Aku berkenan dengan dia. Tu yang aku tak nak tunggu lama-lama,” jawabnya tenang. Bibirnya yang merah mengukirkan senyuman buat sahabatnya itu.

“Siapa dia? Aku kenal ke?”

“Tak. Kau tak kenal dia. Dia anak kawan baik Papa aku. Aku jumpa dia dua minggu lepas. Sekali tengok, terus jatuh hati,” terang Adam Farhan.

“Baru kenal dua minggu? Kiranya cinta pandang pertamalah ni? Tak sangka betul aku. Kau yang workaholic ni nak kahwin,” Saiful masih belum boleh percaya.

“Aku seriuslah. Kau ni.. bila aku tak ada girlfriend, tak fikir pasal kahwin, kau bising-bising. Suruh aku cari girlfriendlah, suruh kenal dengan kawan-kawan kaulah. Macam-macam. Ni, bila aku nak kahwin, kau pulak tak percaya. Pelik betullah kau ni,” Adam Farhan menyatakan rasa tidak puas hati.

“Bukan macam tu. Aku pelik jelah. Siapa dia? Berminat betul kau dengan dia. Kenalkanlah dengan bakal abang ipar dia ni. Tak pun, jadi nombor dua.”

“Banyak cakap. Bini kau ada kat rumah! Jangan main gila,” jawab Adam Farhan tergelak. 

“Minggu ni dia balik. Nanti aku kenalkan.”

Saiful mengangguk. Ingin benar dia melihat bakal isteri Adam Farhan. Bagaimana seorang lelaki yang telah mengunci hatinya buat lima tahun lamanya boleh berubah dengan hanya beberapa kali berjumpa. Pasti gadis itu cantik. Mungkin juga gadis itu seperti Diana.

“Han.. aku nak tanya sikit, boleh?” tanya Saiful.

“Hmm.. tanyalah,” Adam Farhan yang tadinya mula menyambung kerja, terhenti kembali.

“Bakal isteri kau ni.. ada ciri-ciri macam Farah Diana ke? Eh, kau janganlah marah,” katanya apabila melihat Adam Farhan merenung ke arahnya.

“Dia dengan Diana orang yang berbeza. Sikit pun tak ada persamaan. Dia cantik, bijak, dia sopan. Paling penting, dia hormat family aku and pandai masak. Kalau Diana, dia different. Boyish. Nama dia Adelia. Adelia Qaisara binti Ahmad Aminuddin,” Ameer Farhan menerangkan perkara sebenar.

“Aku ingatkan ada persamaan. Yelah, tiba-tiba kau ajak dia kahwin. Padahal baru kenal. Dia belajar lagi eh?”

“Ha’ah. Baru dua puluh tahun umur dia. Muda lagi. Dia belajar kat Ipoh. Dekat Politeknik Ungku Omar.”

“Eh, itukan tempat kita buat renovation tu? Eh, senanglah macam tu. Bila kau ada dekat Ipoh, boleh kau jenguk bini kau. Mudanya!”

Adam Farhan mengangguk.

“Paling ironi, dialah budak yang tertumpahkan air kat baju aku that day.”

Saiful ternganga. Malang sekali dia belum pernah melihat wajah gadis itu.




ADELIA QAISARA memasukkan telefon bimbit ke dalam beg. Sebentar saja lagi, dia akan pulang ke Kuala Lumpur. Menunggu bakal tunangnya menjemput dia dan rakan-rakannya. Hannah, Annur dan Nadhira telah mendapat kebenaran daripada keluarga masing-masing untuk menghabiskan cuti bersama Adelia Qaisara. Dan yang paling penting sekali, mereka akan menghadiri majlis pertunangan Adelia Qaisara dengan Adam Farhan.

“Aku pulak yang nervous,” ujar Annur, sambil menyelak langsir tingkap. Panjang sahaja lehernya, mencari bayang lelaki itu.

“Handsome tak?” tanya Hannah.

“Tak. Dah tua. Rambut dah gugur. Kulit pun dah ada yang berkedut,” jawab Adelia Qaisara selamba.

“Kau ni biar betul. Tak percayalah aku,” balas Hannah kembali.

“Asyik tanya je. Malas nak jawab,” Adelia Qaisara menggelongsor duduk di sofa.

“Eh, future husband kau naik kereta apa?” tanya Nadhira tiba-tiba.

“Entah, tak pasti. Kenapa?”

“Tu.. ada BMW warna biru berhenti kat depan. Tengoklah kejap,” panggil Annur.




Adelia Qaisara pantas berdiri. Dia berjalan ke muka pintu. Seorang lelaki tinggi lampai keluar dari kereta tersebut. Kaca mata hitam setia melekat pada batang hidungnya. Hari ini dia nampak segak dengan jaket hitam yang dizip separuh, menampakkan sehelai t-shirt putih tanpa kolar di dalamnya. Dia mengenakan sehelai seluar jeans yang juga bewarna hitam dengan sepasang sneakers putih. Dia juga memakai bangle kulit berwarna hitam di pergelangan tangan kanannya. Dia ingin mengeluarkan telefon bimbit, tetapi terhenti di saat terpandangkan wajah Adelia Qaisara. Dia melambai seraya tersenyum.

“Jom. Dia dah sampai,” ajak Adelia Qaisara. Beg di meja dicapai, lalu disangkutkan ke bahu. Beg yang sederhana besar dijinjing dengan tangan kiri.

“Itu ke? Sebijik macam mamat Korea. Handsomenya!” Hannah cuba mengawal nada suaranya. Bimbang didengari Adam Farhan.

“Jangan banyak cakap. Jom,” ajaknya lagi, tergelak.

Nadhira yang terakhir keluar mengunci pintu rumah dan pagar. Adam Farhan membuka boot kereta dan mengambil beg dari tangan Adelia Qaisara. Setelah semua beg sudah berada dalam boot, kereta itu mula meninggalkan kawasan perumahan itu.

“Mak Adelia ada call?” soal Adam Farhan, cuba membunuh kesunyian yang baru tercipta.

“Ada. Mak kata esok kena pergi tempah baju. Lepas tu, beli hantaran. Majlis tu weekend depan, kan?” jawab Adelia Qaisara sopan.

“Ha’ah. Esok pagi saya ambil Adelia. Nak beli cincin nikah sekali. Mama saya dengan mak Adelia cakap nak biar kita sendiri yang pilih,” ujar lelaki itu. Sesekali, matanya dilarikan pada wajah yang tenang itu.

Adelia Qaisara mengangguk. Saat ini, dia sudah mula berasa gementar. Dia berharap agar sinar bahagia itu miliknya. Adam Farhan merupakan seorang lelaki yang baik.




“EH, Sara. Best tak nak kahwin ni?” tanya Nadhira.

“Entahlah. Aku nervous. Tak terfikir nak kahwin awal. Tapi, jodoh semua tu di tangan Allah. Aku redha je. Dia pun baik,” jawab Adelia Qaisara.

Malam itu, mereka tidur di bilik tetamu. Ada sebuah katil bersaiz king. Cukup untuk memuatkan keempat-empat mereka.

“Tapi kan.. handsome habis bakal husband kau tu. Kalau aku, tak ada aku nak fikir-fikir. Aku terima je,” celah Hannah.

“Hisyyy! Hannah ni! Tak habis-habis dengan handsome. Aku bagitau Fadlin nanti, baru tahu,” marah Annur.

Hannah hanya ketawa.

“Aku memuji kesempurnaan Maha Pencipta!” tukasnya, masih ketawa.

“Dah, dah. Tidur. Esok nak bangun awal. Berjalan sehari,” tegur Adelia Qaisara.



“ANNUR! Hannah! Dhira!” jerit Adelia Qaisara. Dia sendirian di padang itu, tanpa mereka. Air mata Adelia Qaisara mengalir. Ketika dia berlari-lari, dia tersadung batu, lalu terjatuh.

“Awak tak apa-apa?” tanya satu suara.

Di depannya berdiri seorang lelaki. Adelia Qaisara yang masih tunduk tidak mampu mengangkat kepala. Dia menangis di saat terlihatkan darah yang mengalir dari lutut dan tapak tangannya. Lelaki itu tunduk di hadapan Adelia Qaisara dan tersenyum.

Adelia Qaisara terjaga. Jam menunjukkan pukul dua pagi. Ya Allah, itukah tandanya dia memang jodohku? Adelia Qaisara bangun menuju ke bilik air. Kini, dia sudah yakin dengan pilihannya.




PAGI itu, mereka ke Mid Valley. Rakan-rakan Adelia Qaisara turut serta. Membantu memilih barangan untuk dijadikan hantaran. Mereka sudah selesai dengan urusan pakaian. Tema pertunangan mereka pink dan putih.

“Kami nak tiga bentuk cincin. Dua bentuk emas putih untuk perempuan, satu bentuk untuk lelaki daripada perak. Kalau boleh, cincin perak tu nak design yang lebih kurang sama dengan salah satu daripada cincin white gold tu. Boleh tak?” tanya Adam Farhan sewaktu mereka singgah di kedai emas yang mereka singgah.

“Mau bertunang ka kahwin?” tanya lelaki yang berbangsa Cina itu.

“Dua-dua. Kalau cincin bertunang, saya prefer cincin belah rotanlah,” jawab Adelia Qaisara.

Lelaki itu mengangguk. Dia membuka peti kacanya dan membelek-belek cincin yang sesuai. Dia memanggil pembantunya dan bercakap sesuatu. Pembantunya masuk ke dalam sebuah bilik dan keluar dengan tiga buah kotak.

“Ini untuk kahwin punya cincin,” sebentuk cincin emas putih yang bertatahkan tiga biji berlian itu diberikan kepada Adam Farhan. 

Ada sebiji berlian yang besar sedikit berada pada bahagian tengah cincin. 

“Yang ini, pun cantik juga.” Kini, sebentuk cincin dengan sebiji berlian yang bersinar juga sudah berada pada tapak tangan Adam Farhan.

“Boss, saya nak tengok yang itu,” Adam Farhan menunjukkan sebentuk cincin yang ada tiga biji berlian di atasnya. “Adelia suka yang mana?” tanyanya.

“Tiga-tiga ni cantik. Kejap, test,” jawabnya. Satu demi satu cincin dicubanya. “Kalau yang ini, over sangat tak?” soalnya. Cincin yang pertama tadi tersarung kemas di jari manisnya. Dia suka akan rekaan yang itu.

“Kalau yang ini, ada tak cincin perak yang design lebih kurang dengan this one?” Adam Farhan menunjukkan cincin di jari Adelia Qaisara.

Lelaki yang mengenakan tanda nama Leong itu menghulurkan sebentuk cincin yang mempunyai tiga biji berlian di tengah-tengahnya. Adam Farhan meneliti cincin itu sebentar. Dia mengangguk.

“Lastly, saya nak tengok cincin ni,” Adam Farhan menunjukkan sebentuk cincin emas putih berbatu nilam. Cincin itu nampak ringkas dengan batu nilam warna merah jambu tersusun kemas, memenuhi bahagian atas cincin itu. Nampak lebih ringan dan kecil. Disuakan pada Adelia Qaisara.

“Alaa..cincin belah rotan pun dah okay,” kata gadis itu lagi.

“Just take it. Saya suka design ni. Cuba dulu, okey?”

Cantik! Cincin berbatu merah jambu itu nampak menyerlah apabila disarung pada jari manisnya.

“Okay, saya ambil tiga-tiga,” Adam Farhan memberi kata putus.

Setelah membayar harga cincin, mereka masuk ke dalam pasaraya. Mencari-cari barang hantaran.

“Biasanya orang beli toiletteries. Beli perfume, persalinan, makanan, sejadah and barang-barang lain,” beritahu Hannah.

“Ha’ah la. Aku lupa kau dah bertunang. Jom.”

Mereka berjalan, mencari barang-barang lain untuk hari pertunangan Adelia Qaisara dan Adam Farhan.

01 Februari 2015

Di Sampingmu [9]

BAGAI ada panahan halilintar di saat dia mendengar pertanyaan ibunya. Orang yang lalu-lalang di saat ini langsung tidak dihiraukan. Air matanya mengalir di pipi.

“Sara.. kenapa? Diam je. Apa jawapan Sara? Sara setuju ke tak ni?” soal Puan Sri Fatimah.

“Mak.. malam nanti Sara call. Nanti Sara bagitau jawapan Sara. Assalamualaikum,” ujarnya. Panggilan diputuskan.

“Sara. Are you okay? Kau kenapa?” tanya Hannah. Hairan melihat Adelia Qaisara yang tiba-tiba menangis.

“Mak aku call,” jawabnya pendek.

“Apa yang emak kau cakap? Emak kau call, kau menangis?” celah Annur.

“Mak aku cakap.. Adam Farhan.. dia datang rumah aku malam semalam. Dia.. datang sebab nak pinang aku.”

“What?!!” ketiga-tiga mereka terjerit serentak.

“Janganlah jerit kuat sangat. Aku stress ni,” tegur Adelia Qaisara. Dia menyeka air mata dengan hujung jari.

“Sorry, sorry. Kitorang terkejut. Really? So, apa masalahnya?” tanya Nadhira pula.

“Ikut family aku dengan family dia, mid semester break ni kitorang bertunang. Cuti sem nanti, nak nikahkan kitorang.”

“Eh, cepatnya?” Hannah agak terkejut.

“Itulah masalahnya. Aku belajar lagi. Aku belum sedia. Aku baru je kenal dia. Terkejut aku,” ulasnya jujur.

“Kalau aku, aku terima je. Lagi bagus kahwin masa muda. Kata orang, cinta boleh dipupuk. Ataupun, buat solat sunat istikharah dengan solat hajat. Mintak Allah tunjukkan. Betul ke Adam Farhan tu jodoh kau,” Nadhira memberikan pendapat.

“Betul cakap Dhira tu. Lagi pun, kau single. Hujung minggu je, balik. Jumpa husband kau,” Hannah juga bersetuju.

“Masalahnya, by tonight aku kena bagi jawapan. Persiapan kena siapkan awal-awal,” keluh Adelia Qaisara.

“Macam nilah Sara. Apa kata kau fikir betul-betul. Katakanlah kau terima. Dalam tempoh bertunang nanti, kau buatlah solat istikharah. Harap Allah dapat tunjukkan jodoh kau. Masa tu, belum terlambat lagi. Kau fikirlah betul-betul,” ucap Annur.

Adelia Qaisara menghela nafas. Berat benar dirasakan permintaan ibunya. Dia masih muda. Biarpun ibunya berkata dia berhak membuat keputusan sendiri, masih jelas ibunya ingin bermenantukan Adam Farhan. Dia mengeluh buat ke sekian kalinya.



PULANG sahaja dari kelas, Adelia Qaisara menerima panggilan daripada Adam Farhan. Dijawabnya juga panggilan itu.

“Hmm.. Mak awak ada cakap apa-apa? Saya.. saya minta maaf. Permintaan saya mungkin menyusahkan Adelia,” ujar lelaki itu setelah salamnya bersambut.

“Ada. Kenapa? Awak tak bersalah pun. Saya okey,” balas Adelia Qaisara.

“Kalau awak tak setuju, saya tak kisah. Saya tak nak paksa Adelia untuk terima saya. Saya cuma merisik je hari tu. Tapi, kalau Adelia dah ada planning untuk masa depan, I won’t be too cruel towards you,” jelasnya lagi. Dia diserang rasa bersalah. Dari suara Adelia Qaisara saja sudah menunjukkan seolah-olah dia sedang dilanda masalah besar.

Inilah kali pertama dia mendengar ada orang memanggilnya dengan pangkal namanya. Nadanya juga berbeza. Dia nekad. Biarlah dia meluahkan apa yang terbuku di lubuk hatinya. Sepanjang hari dia asyik memikirkan soal peminangan Adam Farhan sehinggakan dia tidak mampu memberikan sepenuh perhatian ketika kuliah dijalankan.

“I have something to say. Saya mungkin tak sempurna, kurang sabar, talkative, kadang-kadang saya cepat marah, saya degil.”

“Saya faham maksud Adelia. Maafkan saya. Mungkin keinginan saya untuk melamar Adelia jadi beban pada Adelia. Saya..”

“Boleh awak terima sikap saya yang macam tu? Sanggup berkongsi hidup dengan saya? Kalau awak sanggup, hantarlah rombongan tu masa saya cuti nanti,” luah Adelia Qaisara tanpa menunggu Adam Farhan habis bercakap.

“Saya setuju. Tapi, maafkan saya kalau saya tak sempurna buat awak.”

Adam Farhan terasa sebak dengan jawapan gadis itu. Terlalu gembira dengan jawapan yang diterima.

“Adelia.. Adelia terima saya?”

“Hmm..” hanya itu jawapan Adelia Qaisara. Terdengar lelaki itu mengucapkan syukur berkali-kali.

“Saya nak call Mak saya. Nak beritahu fasal ni.”

“Thanks Adelia. I don’t know how to express my feeling. The only words that I can say is ‘thank you’. Thank you so much,” ucapnya sebelum memutuskan talian.

Adelia Qaisara menghempas tubuh ke katil. Air matanya mengalir lagi. Benarkah pilihannya ini? Ya Allah, hanya padaMU aku berserah.



“ALHAMDULILLAH, Abang! Qaisara baru je telefon. Katanya, dia terima pinangan keluarga Hisyam!”

“Betul ke? Alhamdulillah! Tercapai juga hasrat saya nak berbesan dengan Hisyam. Tak sabar rasanya nak terima menantu,” ujar Tan Sri Salleh, gembira.

“Imah pun. Banyaklah yang kena buat nanti. Nak buat kenduri kat rumah je.”

“Awak ada tanya dia bila nak langsung? Risau dia tak bersetuju je,” tambah Tan Sri Salleh.

“Dia kata, dia ikut je pilihan kita. Dia setujulah kahwin awal. Dia cuma takut tak dapat jaga Han elok-elok. Dia dekat Ipoh, Han pulak ada dekat sini,” jelas Puan Sri Fatimah.

“Mula-mula tak biasalah, lama-lama nanti, biasalah. Awak buatlah apa yang patut, Imah. Haa.. hantaran macam mana?” soal Tan Sri Salleh.

“Itulah. Nanti nak bincang dengan Fiza. Tak tahulah apa kata dia. Kalau Imah, Imah bagi je budak berdua tu pilih sendiri. Lagi senang,” tokoknya lagi.

Tan Sri Salleh mengangguk. Dia pula berdebar menunggu hari bahagia anaknya. Dalam hati, dia bersyukur dengan berita itu.



ADAM FARHAN tersenyum. Adelia, you’ll be happiest person on this world. I promised you. Thank you, bisiknya dalam hati. Dia terasa ingin menangis kerana terlalu gembira dengan penerimaan Adelia Qaisara. Tidak sabar rasanya bergelar suami kepada seorang gadis yang sempurna. Ya, sempurna di matanya.

Selamat tinggal kenangan. Aku bakal melangkah ke dunia baru, bersama impian baru. Seorang gadis yang tidak pernah aku kenal. Ya Allah, rahmatilah perkahwinan kami. Amin.. doanya tidak putus-putus.

29 Ogos 2013

Di Sampingmu [8]

HARI ini Adelia Qaisara nampak cantik dengan baju kurung moden berwarna merah hati yang diperbuat daripada kain kapas. Baju ini adalah pemberian Dhia sewaktu mereka keluar membeli-belah tempoh hari.

Mereka baru sahaja selesai makan. Lagi satu jam setengah, mereka akan meneruskan kuliah. Malas mahu pulang ke rumah, jadi mereka hanya makan di kantin kampus. Mereka duduk di sudut kiri kantin itu, di bahagian paling luar sekali. Seperti biasa, keempat-empat gadis itu menjadi santapan mata-mata nakal pelajar di kantin itu.

“Korang dah fikir nak praktikal dekat mana?” tanya Hannah. Dia sudah mula risau memikirkan penempatan untuk latihan industri yang bakal dihadapi semester depan.

“Belum,” jawab Nadhira. Kertas-kertas disimpan ke dalam sebuah fail. Sebagai seorang pembantu wakil kelas, dialah yang patut menguruskan tugasan-tugasan yang mesti dihantar pada waktu yang ditetapkan.

“Aku risaulah. Susah hati. Tak tahu nak praktikal dekat mana. Dekat rumah aku ada kilang elektronik, tapi diorang cakap diorang tak ambil budak paktikal. Kalau lain, jauh sikit dari rumah. Risau betullah,” keluh Hannah.

“Kau ingat kau sorang je tak ada tempat? Aku pun tak ada! Ada ke Annur suruh aku praktikal dekat company Abah aku. Abah aku bukak ladang, food marketing, merchandise. Nak praktikal macam mana? Jadi pengembala lembu?” soalnya dengan ketawa.

“Eh, boleh jugak tu. Jaga lembu, lepas tu key in la dalam komputer. Jumlah lembu berapa, umur lembu-lembu tu berapa. Ada kaitan dengan komputer, apa?” Annur merancakkan suasana dengan lawaknya.

“Hisyy! Annur ni! Kita buat programming, internal and external berkaitan komputer, elektrik dengan elektronik. Bukannya kita ambil kos merchandise and yang berkaitan dengan business,” balas Nadhira setelah dia berhenti ketawa.

“Entah! Apalah Annur. Sesat ke man pun tak tahu dah ni,” tokok Hannah.

Mereka ketawa sekali lagi. Tiba-tiba sahaja telefon Adelia Qaisara berbunyi, menamatkan perbualan empat sekawan itu.

“Assalamualaikum. Dhia!” jawabnya ceria setelah menekan butang ‘answer’.

“Akak! Tak call Dhia pun, kan?” rajuk gadis itu setelah menjawab salam Adelia Qaisara.

“Akak busy la, Dhia. Akak banyak assignment. Nak dekat mid semester break, tu yang kena banyak buat kerja tu,” jawabnya jujur. Terdengar tawa gadis itu.

“Dhia buat apa tu?”

“Dhia nak keluar dengan Mama kejap lagi. Mama tengah siap. Tadi kawan Mama datang, tu yang lambat bersiap. Orang muda bersiap lagi cepat,” balas Dhia.

“Bila Akak cuti? Bolehlah kita pergi dating.”

Adelia Qaisara tergelak. Macam-macamlah Dhia ni.

“Lagi dua minggu. Cuti dua minggu. Lepas tu sambung balik. Sebulan. After sebulan, baru cuti panjang. Lama sangat cuti. Dua bulan. Tak tahu nak buat apa,” jelasnya.

“Alahh.. best la cuti lama! Kerjalah dekat company family Akak. Banyak cawangan restoran, ladang Uncle Salleh. Kannn?”

“Ha’ah. Akak pun fikir nak kerja. Tapi tak tahulah macam mana. Kalau rajin. Haa.. kucing macam mana? Dia dah boleh makan ke tak?”

“Kucing? Okay je. Dia makan banyak sangat. Akak nak tahu, sampai je rumah hari tu, dia pandai je ke dapur. Kenapa?”

“Tak. Semalam.. err.. tak ada apa-apalah,” Adelia Qaisara tidak menghabiskan ayatnya.

“Akak, Mama dah siap. Dhia pergi dulu, okay! Nanti Dhia call akak lagi. Take care,” ujar gadis itu.

Talian dimatikan. Habis tu, semalam Adam Farhan cakap.. pelik! Takkanlah apa yang Annur cakap tu betul?

“Kenapa Sara? Buat muka pelik je,” tegur Hannah.

“Adik Mister Korea call?"

“Mister Korea?!!” soal Annur dan Hannah serentak.

Lupa pulak nak beritahu pasal Adam Farhan dekat budak berdua ni.

“Mister Korea tu.. anak kawan Abah aku. Kawan Abah aku tu orang Korea. Kahwin dengan orang Malaysia. Ada dua orang anak. Cuti hari tu baru aku jumpa diorang sekeluarga,” jelas Adelia Qaisara.

Mereka berdua mengangguk.

“So?” tanya mereka lagi.

“So.. aku kenalah jadi tour guide. Anak bongsu diorang tu, Dhia Syaqirah Lee tak ada kawan kat semenanjung ni. Diorang baru pindah dari Sabah,” tambahnya.

“Abang dia pulak? Mesti handsome, kan? Kacukan,” Nadhira semakin berminat.

“Nama dia Muhammad Adam Farhan Lee. Not bad. Handsome,” jawab Adelia Qaisara.

Baru sahaja mereka ingin bertanya lanjut, kelihatan kelibat Hadrami datang menghampiri. Ditariknya sebuah kerusi dan duduk di meja yang masih kosong, bersebelahan dengan Adelia Qaisara dan rakan-rakannya. Sempat dia tersenyum, memandang wajah gadis itu.

“Dah makan ke, Sara?” tegurnya.

“Dah,” jawab Adelia Qaisara turut tersenyum.

Hadrami membuka begnya. Sebuah buku dikeluarkan dari dalam beg.

“Nah. Untuk awak. That day awak cakap nak buku ni, kan? Nasib baik saya ada simpan lagi.”

Buku tadi dihulurkan kepada Adelia Qaisara.

“Eh, saya cakap je. Berapa, eh?” tanya Adelia Qaisara setelah menyambut buku itu.

“Saya dah pakai pun buku tu. Berconteng-conteng lagi. Takkan nak jual pulak. Ambillah. Free je,” ujar Hadrami.

“Tak apa ke Hadif?”

Hadrami mengangguk. Buku itu dibukanya. Tertera nama Muhammad Hadif Hadrami bin Abdul Karim yang ditulis menggunakan pen biru.

“Thanks, Hadif. Terima kasih banyak,” tambahnya lagi.

Melihatkan senyuman Adelia Qaisara, Hadrami ikut tersenyum. Berharap agar suatu hari nanti pemilik senyuman itu menjadi miliknya. Seketika kemudian, terdengar bunyi orang yang menghentak-hentak kerusi berhampiran mereka. Patutlah. Syakilla and the gang. Adelia Qaisara hanya menjungkit bahu. Begitu juga dengan tiga lagi rakan baiknya.


 
ADAM FARHAN meletakkan kereta di dalam tempat letak kereta. Ada tiga lagi kereta yang terparkir elok di sebelah keretanya, Audi A5 keluaran tahun 2009 berwarna putih. Sebuah kereta lagi yang baru sahaja dipandu, juga miliknya iaitu E92 BMW M3 Coupe. Dan dua buah kereta lagi iaitu Toyota Camry dan Toyota Lexus RX 350 adalah milik bapanya. Sengaja rumah itu dipenuhi kereta, demi memudahkan keluarga itu bergerak.

Setelah meletakkan kereta, Adam Farhan keluar dari kereta. Dia berjalan menuju ke arah ahli keluarganya sedang duduk beriadah. Dia duduk dan meletakkan briefcasenya ke kerusi yang masih kosong.

“Dah solat?’ tegur Datin Hafizah. Secawan teh panas dituangkan ke dalam cawan.

“Dah, Ma. Habis jumpa clients tadi, terus singgah masjid. Banyak kerenahlah diorang tu,” keluh Adam Farhan. Teh panas disisip ke bibir perlahan.

“Macam mana? Diorang setuju ke nak beli barang-barang kita?” tanya bapanya pula.

“Setuju. By next month, diorang ambil barang tu. Semuanya litar yang basic je kan?”

Datuk Salleh hanya mengangguk. Mereka sudah terbiasa berbahasa Melayu di rumah. Ada kalanya sahaja mereka berbual dalam bahasa Korea.

“Sudahlah tu. Jangan asyik bercakap pasal kerja je. Sebab itulah Han ni tak ada girlfriend sampai sekarang,” tegur Datin Hafizah.

“Betul cakap Mama tu. Tak sabar Dhia nak ada anak saudara. Rasanya umur abang ni memang dah layak kahwin,” celah Dhia.

“Tak habis-habis kahwin. Kalau macam tu, Mama jelah yang carikan,” jawabnya bersahaja.

“Alahh.. Abang tu memilih sangat. Nak tunggu puteri kayangan ke?”

Adam Farhan menjuihkan bibir.

“Macam manalah kalau ada isteri nanti? Asyik kerja je Han ni,” bapanya pula mencelah.

“Tengoklah papa ni. Papa ada syarikat, papa ada family. Tapi papa boleh bagi masa sama rata.”

“Nanti Han dah kahwin, Han kurangkanlah kerja Han. Janganlah risau,” jawab Adam Farhan.

“First time tengok Abang tak lari bila cakap pasal kahwin. Ada Kak Sara, Abang tak nak. Punyalah cantik, baik, sopan. Tapi Abang still tak nak. Pelik betul,” adiknya cuba menyampuk.

Adam Farhan ketawa.

“Since when I told you so? Did I said no? Tak, kan?” jawabnya tergelak.

“That’s mean.. Abang setujulah! Betul tak? Maknanya.. Kak Sara bakal jadi kakak ipar Dhia!” jerit Dhia, gembira.

“Mama, Papa.. Han serahkan semua ni pada Mama dengan Papa. Han nak arrange sendiri, Han tak reti,” ujarnya sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.

Dato’ Hisyam, Datin Hafizah dan Rania tersenyum gembira. Nampaknya anak lelaki mereka bakal menamatkan zaman bujangnya. Kini, tinggal keluarga Tan Sri Salleh sahaja.

“Malam ni, kita ke rumah Salleh. Abang tak sabar nak bagitau dia berita ni. Tapi bila Sara balik bercuti?” ujar Dato’ Hisyam ceria.

“Tadi Dhia ada call Kak Sara. Lagi dua minggu, Kak Sara cuti mid semester. Dia cuti dua minggu. Lepas tu, dia balik Ipoh, untuk final exam. Dia cuti sem dua bulan, tau Papa, Mama. Sambung terus praktikal.”

“Eh, bagus sangatlah tu. Mungkin kita boleh tunangkan diorang dulu, sebulan lepas tu, nikah je. Budak Sara tu belajar lagi. Kalau dia tak nak buat walimatul urus pun tak apa. Kita nikahkan kecil-kecilan. Lepas dia habis belajar, baru kita buat kenduri,” cadang Datin Hafizah.

Mereka semua mengangguk serentak.

Di dalam rumah, Adam Farhan berbaring di katilnya. Termenung, memikirkan tentang Adelia Qaisara. Bersetujukah dia? Dalam rasa gembira, dadanya berombak-ombak. Menahan gelora debaran yang mula menjentik tangkai hati. Ya Allah, permudahkanlah urusanku ini, doanya dalam hati.



MALAM itu, mereka berkunjung ke rumah Adelia Qaisara. Keluarga Dato’ Hisyam makan malam di rumah Tan Sri Salleh. Usai sahaja makan malam, mereka duduk di ruang tamu. Dato’ Hisyam ingin menyuarakan hasrat sebenar tujuan kedatangan keluarganya.

“Sebenarnya, Salleh. Kami sekeluarga datang ada tujuan,” Dato’ Hisyam memulakan perbincangan mereka.

“Hal apa? Cakaplah. Aku naik panik ni,” seloroh Tan Sri Salleh. Mereka semua ketawa.

“Kami berterus-terang jelah, ye? Sebenarnya.. anak teruna kami ni nak meminang anak dara Kak Imah, Abang Salleh,” Datin Hafizah berterus-terang. Malas mahu berbasa-basi. Membuang masa.

Tan Sri Salleh dan Puan Sri Fatimah berpandangan sesama sendiri.

“Eh, betul ke ni? Terperanjat saya,” jawab Tan Sri Salleh. Dia tersenyum. “Sebenarnya, kami tak kisah. Kenalah tanya Qaisara dulu.”

“Betul tu. Kami pun berkenan dengan Han. Tapi, kalau Qaisara tak setuju, tak boleh nak paksa. Esok pagi, saya telefon dia. Tanyakan. Kalau dia setuju, alhamdulillah,” tokok Puan Sri Fatimah.

Adam Farhan hanya tunduk. Segan mahu bertentangan mata dengan keluarga Adelia Qaisara.

“Tadi Nia ada telefon Sara. Kata dia, lagi dua minggu dia cuti. Kalau jadi, kita boleh tunangkan diorang masa dia cuti tu,” Datin Hafizah memberikan pendapat.

“Itulah. Akak pun fikir macam tu. Nanti, akak bagitaulah apa jawapan Qaisara. Lagi cepat, lagi bagus,” tokok Puan Sri Fatimah.

Mereka sama-sama ketawa. Gembiranya mereka. Bakal menyatukan anak mereka berdua sesama sendiri. Makin kukuhlah persahabatan yang lama tercipta.

“Eh, minumlah,” pelawa Tan Sri Salleh.

Di Sampingmu [7]

ADELIA QAISARA menyandarkan tubuhnya ke sofa. Dia duduk di lantai. Ibu dan bapanya baru sahaja menelefon, memberitahu mereka sudah sampai di rumah. Barulah lega rasa hatinya. Rakan-rakan yang lain, masih tidur. Dia membuka laman sosialnya. Facebook.

“Eh! Adam Farhan upload gambar,” katanya sendirian. Dibawanya cursor ke arah gambar itu. Ada dua perempuan bersama dengannya dalam gambar itu. Adelia Qaisara mencebik. Internet lambat, getusnya.

Kepalanya diletakkan ke meja sementara menunggu gambar itu menjadi semakin clear. Apabila mengangkat kepala, terkejut beruk dirasakannya. Caption pun bukan main. ‘Me, Dhia and The Princess of Kitties’. Ramai yang menekan butang like dan menambah komen di bahagian bawah gambar itu. Macam-macam.

Ada yang bertanyakan siapa Princess of Kitties itu. Adakah teman wanita Adam Farhan? Atau pun hanya kawan? Public figure seperti Adam Farhan memang ramai peminat. Sudahlah kacak, bakatnya memang tiada tara. Tapi Adam Farhan ni dah ada kekasih ke? Atau pun tak ada? Maklumlah, orang gila kerja macam dia memang begitu. Dahulu, Adam Farhan merupakan model terkenal. Kini, dia sudah kurang melakukan aktiviti sebagai model memandangkan dia sibuk dengan kerjayanya. Cuma sesekali, dia bersetuju untuk menjadi duta iklan di papan-papan iklan dan majalah. Adelia Qaisara tidak mengambil tahu langsung tentang Adam Farhan. Yang dia tahu, Adam Farhan adalah anak kawan baik bapanya. Dia juga merupakan C.E.O. dan Pengurus Projek di syarikat Dato’ Hisyam. Itu sahaja.

Adelia Qaisara mengetuk-ngetuk dahinya dengan buku limanya. Matanya dipejamkan. Kenapa perlu memikirkan tentang jejaka itu? Siapa dia? Sejak bila aku jadi penyibuk ni? Adelia Qaisara membuka mata. Hampir terjerit dia melihat Annur yang berada di depan mukanya.

“Annur! Terkejut aku! Tampar kang nak?” marahnya sambil mengurut dada.

Annur duduk di sofa yang bertentangan dengan Adelia Qaisara. Terbahak-bahak dia ketawa sambil memegang perut.

“Kau gila ke? Dari tadi ketuk-ketuk kepala. Tak sakit ke?” Annur bertanya setelah tawanya reda.

“Tak ada apa-apalah. Saja nak ketuk kepala. Dah lama otak tak berjalan. Kau nak rasa?” dia ingin bangun, cepat-cepat Annur menahannya.

“Tak payah, tak payah. Kau tengok apa tu?” dia duduk di sebelah Adelia Qaisara. “Eh, siapa ni?”

“Anak kawan Abah aku. Ini Dhia. Dhia Syaqirah. Sedapkan nama dia? Ni abang dia, Muhammad Adam Farhan. Yang cantik, yang comel ni nama dia Adelia Qaisara,” balasnya tergelak.

“Perasan je lebih budak Adelia Qaisara ni. Eh, handsomenya. Lawa adik dia. Nama pun sedap,” puji Annur.

“Kacukan Korea – Melayu. Memang lawa pun. Mama dengan papa dia pun handsome, lawa. Anak orang kaya pulak tu,” tokok Adelia Qaisara.

“Kau pun kaya jugak. Siapa yang Korea dari family dia?”

Satu persatu gambar Adam Farhan dibeleknya.

“Papa dia. Diorang pun fasih cakap Korea. Hari tu aku keluar dengan diorang, diorang bawak aku pergi makan makanan Korea. Best ada family campur-campur ni.”

Annur mengangguk. Matanya terhala pada gambar-gambar Adam Farhan yang gayanya tidak kurang seperti seorang model. Berbalik semula pada gambar Adelia Qaisara bersama dua beradik itu. Adelia Qaisara tidak sampai mencecah bahunya pun.

“Aku macam pernah tengok la muka dia,” kata Annur.

“Aku pun rasa macam tu. Tapi tak ingatlah dekat mana,” jawab Adelia Qaisara.

“Kau tak minat ke kat dia? Handsome habis. Dia baik tak?” tanya Annur lagi.

“Amboi.. berminat nampak! Dia tak banyak cakap pun dengan aku. Hari tu dia cakap dengan aku pun tanya pasal kucing. Adik dia yang nak kucing aku. Kesian kat Dhia. Aku bagilah,” tutur Adelia Qaisara. “Kau dah solat?” tanya Adelia Qaisara.

“Yelah! Lupa pulak aku. Aku naik dulu, solat. Kejap lagi kita turun, kita pergi beli makanan kat kedai depan tu. Hannah dengan Nadhira tidur lagi.”

Adelia Qaisara menghantar langkah kaki Annur dengan pandangan mata. Dia bangun, ingin bersiap.



SEMASA memesan makanan, mata mereka berdua jatuh pada lima orang manusia yang duduk di sebelah meja mereka.

“Hai Annur,” sapa salah seorang dari mereka. Adelia Qaisara hanya menerima jelingan tajam daripada orang itu.

“Syakilla. Makan kat sini jugak ke?” Annur cuba berbasa-basi. Adelia Qaisara langsung tidak peduli akan Syakilla dan rakan-rakannya. Ada satu panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

“Annur. Kejap. Ada call. Tunggu kejap, eh?” ujar Adelia Qaisara sambil menepuk bahu Annur perlahan.

Annur mengangguk. Adelia Qaisara bangun dan berjalan keluar daripada gerai itu.

“Assalamualaikum,” sapanya setelah menekan butang ‘answer’.

“Waalaikumussalam.”

Lelaki! Siapa?

“Ya. Cari siapa?” soalnya sopan.

“Ini.. hmm.. abang. Err.. I mean Adam Farhan. Abang Dhia,” jawab lelaki itu.

Adelia Qaisara terlopong. Nak apa pulak mamat ni? Tiba-tiba je call.

“Oh.. kenapa, eh? Tiba-tiba je call. Terkejut saya.”

Terdengar lelaki itu ketawa. Jantungnya seolah-olah ingin melompat keluar dari sangkarnya.

“Tak ada apa. Saja. Kucing awak tu. Tak makan. Kenapa, eh?”

Kenapa bukan Dhia yang menghubunginya?

“Yeke? Awak cuba bagi makan dalam kuantiti yang sikit. Nanti dia makanlah. Baru lagi agaknya.”

“Tuan dia dah makan?” soal Adam Farhan.

Adelia Qaisara tersengih-sengih.

“Tengah order makanan. Tapau je,” jawabnya.

Baru sahaja dia ingin meneruskan percakapan, bahunya ditepuk Annur. Adelia Qaisara mengangkat sebelah tangan, menunjukkan isyarat tunggu sekejap kepada Annur. Annur hanya mengangguk.

“Err.. saya nak balik dulu. Makanan dah siap beli. Thanks for calling,” katanya lagi.

“If so, I’ll call you next time. Take care. Don’t forget to save my number,” pesan Adam Farhan sebelum memutuskan talian.

Adelia Qaisara menggaru kepala. Nak save nama apa? Full name? Skema sangat tu. Dia berfikir-fikir sejenak. Dagunya digosok-gosok dengan hujung jari. Mister Korea. Save. Laju sahaja dia berjalan ke arah motosikalnya. Annur sudah setia menanti.

“Siapa call?” tanya Annur.

“Mr. Lee,” jawab Adelia Qaisara tergelak.

“Mister Lee mana pulak ni?” tanyanya hairan. Setahu dia, hanya pensyarah mereka sahaja yang bernama Lee.

“Muhammad Adam Farhan Lee bin Ahmad Hisyam Lee,” sebutnya sebiji-sebiji.

Annur ketawa.

“Cakaplah awal-awal mat Korea tu yang call. Apa dia nak?”

“Hari tu, adik dia mintak kucing kat aku. Tadi dia call, dia kata kucing tu tak nak makan. Tu yang dia call tu. Risau kucing tu mati agaknya,” jawab Adelia Qaisara. Dia menghidupkan enjin skuternya. Annur naik di bahagian belakang.

“Jangan-jangan tu alasan je kot. Entah-entah dia yang nak dengar suara kau. Dia cakaplah kucing tu sakit,” Annur cuba meneka.

“Jangan mengada-ngadalah. Tak ada maknanya. Dia tu bukanlah peramah sangat,” tukas Adelia Qaisara.

Motosikal itu mula bergerak meninggalkan kawasan kedai makan itu.



ADAM FARHAN tersenyum sendiri. Sorry, Adelia. Kucing awak sihat. Mula terbayang akan wajah gadis cantik itu. Dia sopan, lemah-lembut, menghormati orang tua, manis bertudung, comel dan pandai memasak. Mendengar suaranya sahaja, Adam Farhan merasakan kedamaian di sudut hatinya. Senyuman dan gelak tawa gadis itu sudah cukup membuatkan hatinya dilanda badai yang mengasyikkan. Inilah kali pertama dia merasakan perkara sebegitu semenjak cintanya ditolak oleh Diana.

Farah Diana dan Adelia Qaisara. Masing-masing mempunyai nama yang berbeza, namun memiliki aura yang lebih kurang sama. Adelia Qaisara bertudung dan dia juga pandai memasak. Suatu ketika dahulu, sewaktu sebaya dengan Adelia Qaisara, Diana masih belum tahu memasak. Katanya dia sudah ada pembantu rumah. Mengapa perlu bersusah payah memasak? Adam Farhan hanya mengiakan. Kedua-dua mereka juga berbeza sikap. Diana lebih suka keluar dengannya berdua dan tidak hairan jika kulit mereka bersentuhan. Lain pula dengan Adelia Qaisara. Sewaktu dia mengambil kucing dari tangan gadis itu, cepat-cepat gadis itu melarikan tangannya daripada pegangan Adam Farhan.

Adam Farhan masih tersenyum. Ya Allah, jika benar dia untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU, bisik hatinya. Saat itu juga, lagu Permata Yang Dicari nyanyian DeHearty berkumandang dari corong radio. Seperti memahami apa yang sedang difikirkannya, pengacara saluran itu memainkan lagu itu. Dihayatinya bait-bait lirik lagu itu.

 
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu


Saiful yang memperkenalkan dia dengan lagu ini. Dia tertarik dengan lirik lagu itu. Dia berasakan seolah-olah dia dan Adelia Qaisara yang berada dalam lagu tersebut. Dia meraup wajah, lalu bangun menutup radio. Dia berlalu ke bilik air, ingin menunaikan solat sunat hajat serta solat sunat istikharah.

Di Sampingmu [6]

“BERKENAN betul saya dengan anak Kak Imah tu, bang. Cantik, lemah lembut pulak tu,” suara Datin Hafizah membuatkan mereka semua berpaling menghadap wanita yang sudah pun berada dalam pertengahan empat puluhannya. Mereka sekeluarga baru sahaja selesai makan malam.
 
“Bukan tu je, Mama. Kak Sara tu belajar dalam course Computer Engineering. Pandailah maknanya tu. Nanti katanya nak sambung degree. Untung-untung boleh jadi engineer,” celah Dhia . Dia berbaring di ribaan ibunya.

“Ye ke? Mama tak tanya pun kat Mak Cik Imah. Dia pun diam je. Tak ada cakap apa-apa. Baguslah diorang anak-beranak. Tak menunjuk-nunjuk,” puji Datin Hafizah.

“Awak bukan tak tahu Salleh tu. Dia memang orang yang suka bersederhana. Tu yang anak, isteri dia terikut tu. Katanya tadi, anak dia tu tak ada kereta, tapi dia tinggalkan dekat rumah family dia. Pergi kuliah jalan kaki, tapi kampus dia jauh dari rumah sewa. Padahal Salleh ada belikan dia skuter untuk dia berjalan-jalan dekat sana. Abang bangga ada sahabat macam Salleh,” tokok Datuk Hisyam.

“Kejap. Adelia tu belajar kat mana?” tanya Adam Farhan tiba-tiba. Dia bingkas bangun dari pembaringannya dan duduk menghadap mereka bertiga.

“Macam pelik je abang panggil Kak Sara as Adelia. Mak Cik cakap Kak Sara belajar dekat Politeknik Ungku Omar. Kenapa?” tanya adiknya hairan.

Adam Farhan memetik jari. Patutlah macam pernah tengok. Budak yang tertumpahkan air tu! Dia tersenyum-senyum. Kembali berbaring seperti tadi. Matanya sudah tidak fokus pada kaca televisyen.

“Elehhh.. abang ni. Kenapa? Cakaplah,” desak Dhia. Dia duduk di sebelah abangnya.

“Tak ada apa-apa. Jangan sibuk hal orang tua,” guraunya.

“Mesti ada apa-apa. Kan? Kalau tak, takkan abang nak berahsia sangat,” gesa Dhia lagi.

“Nanti abang beritahu, okay Nia? Not now,” jawabnya.

“Oppa! Oppa.. jebal!”

“Dah keluar bahasa Korea budak ni!” kata Adam Farhan tergelak. Dia duduk dan bantal empat segi yang dijadikan alas kepala dicampak ke wajah Dhia. Cepat-cepat dia berlari anak, menuju ke biliknya.



ADELIA QAISARA duduk berteleku di katil. Entah mengapa, dia berasa seolah-olah pernah melihat wajah Adam Farhan. Jenuh dia cuba mengingati wajah lelaki itu. Di facebook? Bukan. Di twitter? Juga bukan. Friendster? Tak pernah ada. Mungkin pernah berjumpa di majlis-majlis yang pernah dihadirinya. Banyak majlis yang pernah dihadirinya.

Mac booknya dibuka. Login facebook. Banyaknya friend requests. Malas benar rasanya dia ingin memeriksa siapa yang menghantar requests tersebut. Subscribersnya juga sudah mencecah ribuan angka. Sejak bila dia begitu terkenal, dia sendiri pun tidak tahu. Rasanya seolah-olah dia seorang public figure. Malangnya, dia cuma seorang gadis biasa. Tetapi, dia sering menjadi tumpuan orang-orang yang mempunyai facebook. Apabila ada rakan facebooknya berjumpa secara tidak sengaja di alam realiti, pasti ramai akan meminta untuk bergambar. Dia juga hairan. Nak dikatakan sebagai fashionista, tidak juga.

Akhirnya dibuka juga permintaan menjadi rakan di facebook itu. Ada satu nama yang menarik perhatiannya. Adam Farhan Lee. Bukan anak Mak Cik Fiza ke? Dhia Syaqirah Lee turut menghantar permintaan itu. Dipilihnya dua nama itu, diterimanya permintaan mereka. Dia kembali menutup komputer ribanya dan berbaring dengan beralaskan lengan. Lagu We Broke Up Today nyanyian Park Noh Kyung dibiarkan terpasang memenuhi setiap pelusuk bilik. Telefon bimbitnya berdering. Hadif Hadrami.

“Assalamualaikum, cik Adelia Qaisara,” sapanya setelah Adelia Qaisara menjawab panggilannya.

“Waalaikumussalam Encik Hadif Hadrami,” jawabnya ceria. Baru hari ini Hadrami menelefonnya.

“Dah makan?” soal jejaka itu, juga dengan nada ceria.

“Dahlah. Dah lewat malam. Awak? Dah makan? Baru hari ni nak call saya,” rajuk Adelia Qaisara.

“Saya baru je habis makan. Saya dengan kawan-kawan saya. Baru balik jamming. Lama tak jamming dengan diorang. Alahh.. awak yang tak nak call saya. Saya seganlah nak call awak. Entah-entah awak tengah busy ke. Kann?”

Adelia Qaisara tergelak kecil.

“Takdelah. Saya tak busy pun. Saya ada je kat rumah ni. Kadang-kadang saya pergi rumah kebajikan. Jumpa dengan kawan-kawan saya. Awak nak balik pukul berapa ni? Dah lewat sangat. Tak elok tau balik lewat malam.”

Kini giliran Hadrami pula yang ketawa.

“Awak macam Ibu saya. Selalu leter saya. Kejap lagi nak balik dah. Lagu apa yang awak dengar tadi?” tanyanya.

“Tajuk lagu tu We Broke Up Today. Lagu Park Noh Kyung,” jawabnya.

“Awak suka kpop? Saya tak tahu pun,” ujarnya. Dia tidak pernah tahu bahawa gadis itu peminat lagu-lagu Korea.

“Awak tak pernah tanya,” jawab Adelia Qaisara ringkas.

“Lepas ni banyak soalan saya nak tanya. Siaplah awak,” sakat Hadrami.

“Okeylah, Sara. Saya nak gerak, balik. Awak tidurlah. Take care,” pesannya sebelum mematikan talian.

Baru sahaja dia ingin menyimpan telefon bimbitnya, satu pesanan ringkas masuk. Dhia.

‘Akak, esok temankan Dhia shopping, boleh? Pukul sepuluh Dhia jemput akak.’

Adelia Qaisara meletakkan kembali telefon bimbitnya ke meja yang terletak di sisi katil. Dia termenung sehingga dia sendiri tidak tahu bilakah dia tertidur.
 
 
 
ADELIA QAISARA sudah bersiap-siap. Janjinya dengan Dhia pukul sepuluh, sekarang sudah pukul sepuluh setengah pagi, bayang Dhia masih belum muncul juga. Akhirnya telefon bimbit yang berada dalam beg berjenama Burberry yang berwarna hijau itu dikeluarkannya. Baru sahaja dia ingin menelefon Dhia, sebuah kereta berhenti betul-betul hadapan rumahnya. Kelihatan Rania yang duduk di bahagian sebelah pemandu keluar dari Mercedes Benz SLR McLaren tersebut dan berjalan menghampiri Adelia Qaisara.
 
“Sorry Akak. Tadi tak ada kereta. Abang baru balik. Terus ambil Dhia bawak datang sini,” ujarnya setelah bersalaman dengan Adelia Qaisara. “Mak cik mana?”

“Abang Dhia ikut sekali ke? Tak apa ke kalau dia ikut kita shopping? Nanti dia bosan pulak. Mak Akak dah pergi teratak pagi-pagi lagi.”
 
Dhia mengangguk.
 
“Alahh.. tak apalah Akak. Abang tak kisah punya. Kalau dia bosan, suruhlah dia tunggu kat mana-mana,” jawab Dhia.
 
Tangan Adelia Qaisara ditariknya. Cepat-cepat dia melipatkan kerusi di sebelah pemandu dan duduk di bahagian belakang. Adelia Qaisara membulatkan mata di saat Dhia menegakkan kembali kerusi tersebut. Nampaknya terpaksalah dia duduk di sebelah Adam Farhan. Dia nampak serius hari ini. Sepanjang perjalanan, dia langsung tidak membuka mulut. Cuma bumbung kereta sahaja yang terbuka, membiarkan angin menyentuh kulit mereka.
 
Sebaik sahaja meletakkan kereta di kawasan yang disediakan, Adam Farhan pantas mengorak langkah, meninggalkan mereka di belakang. Pelik betullah mamat ni. Kejap okey, kejap tak okey. Adelia Qaisara menemani Dhia membeli barang yang dikehendakinya.
 
Adam Farhan membawa mereka makan sebelum pulang. Seperti biasa, dua beradik itu akan memesan makanan Korea kegemaran mereka. Untuk Adelia Qaisara, mereka memesan jajangmyun, iaitu mi berkuah kacang hitam. Nampaknya, dia terpaksalah mengikut selera mereka berdua. Adam Farhan dan Dhia memilih untuk makan tteobokki iaitu sejenis makanan Korea yang diperbuat daripada kuih beras dan digaul bersama sos pedas manis original dari Korea sebagai makanan tambahan. Menu utama mereka, bibimbap daging lembu. Bibimbap adalah nasi campur yang di atasnya diletakkan sayur-sayuran, daging, telur mentah, kimchi dan sos pedas. Makanan itu semua mesti digaul dengan nasi.
 
Walaupun mereka dilahirkan di Malaysia, mereka masih makan makanan Korea dan bercakap bahasa Korea. Sangat mengagumkan bagi Adelia Qaisara. Mak Cik Fiza masak macam ni ke dekat rumah? Dia makan dengan penuh tanda tanya.
 
“Mesti Akak hairan, kan? Kitorang makan makanan ni kat luar je. Kat rumah pun makan sikit-sikit je. Kalau Mama ada mood nak buat masakan Korea la,” ujar Dhia, ketika dalam perjalanan mereka pulang.
 
Adelia Qaisara mengangguk. Sudah kenyang, terasa mengantuk pula. Tiba sahaja di rumah, terus sahaja tubuhnya dihenyakkan ke tilam empuk miliknya. Malam itu, dia terjaga sebelum solat Maghrib. Cepat-cepat dia bangun dan berlari ke bilik air. Sebentar sahaja lagi, azan Maghrib akan berkumandang, walhal dia masih belum menunaikan solat Asar. Kepala yang pening disebabkan dia bangun secara mengejut langsung tidak dihiraukan.
 
Usai menunaikan solat Maghrib Adelia Qaisara turun ke tingkat bawah.
 
“Mak!” laung Adelia Qaisara setelah dia tiba di muka pintu dapur.
 
Kelihatan ibu bapanya sudah duduk di meja makan itu bersama Mak Jah dan Pak Hassan. Dia duduk di sebelah ibunya. Puan Sri Fatimah menyendukkan nasi buat anak kesayangannya.
 
“Mak baru nak naik ke bilik Sara. Makanlah.”
 
“Sara, nak Abah hantar balik Ipoh ke? Sara mesti belum beli tiket, kan?” ujar bapanya ketika mereka sedang menjamah makanan mereka.
 
Adelia Qaisara menepuk dahi dengan tangan kiri.
 
“Yelah, Abah! Sara lupa beli tiket. Sara ingat nak ajak Abah petang tadi. Balik-balik, terus tertidur. Tak sedar langsung,” keluh Adelia Qaisara penuh sesal. Disebabkan itu, dia perlu menyusahkan orang tuanya pula. “Tak apa ke Abah yang hantar?”
 
“Apa pulak tanya macam tu. Abah yang nak hantar Sara. Abah dengan Mak dah lama tak ke sana. Boleh kenal dengan kawan-kawan Sara,” balas Tan Sri Salleh.
 
Adelia Qaisara tersengih. Seketika kemudian, dia mengangguk.

27 Ogos 2013

Di Sampingmu [5]

“QAISARA, siaplah. Mak nak ke teratak ni. Kawan Abah dengan Mak nak datang hari ni,” tegur Puan Sri Fatimah.

“Siapa, Mak?” tanya Adelia Qaisara kembali. Majalah di tangan diletakkan ke meja.

“Kawan Abah dulu-dulu. Lama dah tak jumpa mereka sekeluarga,” jawab ibunya. Tudung yang tersarung di kepala dibetul-betulkan.

Adelia Qaisara menyisir-nyisir rambutnya yang sejengkal kurang daripada pinggang itu dengan jarinya.

“Abah mana?” tanya Adelia. Dia masih leka dengan rambutnya yang hitam berkilat.

“Lahh.. abah pergi meeting hari ni. Pelupa betul anak Mak ni,” ujar Puan Sri Fatimah dalam senyuman. “Pergi siap! Nanti Abah jumpa kat sana. Mak nak call Pak Hassan. Mintak dia jemput.”

“Eh, Mak ni! Biarlah Sara yang drive. Lama betul tak drive,” Adelia Qaisara mematikan langkah.

“Yelah, yelah. Cepat siap.”

Adelia Qaisara berlari menaiki anak tangga. Dia masuk ke bilik. Sehelai kemeja diambil dari dalam almari. Begitu juga dengan sehelai seluar dan selendang. Dia melangkah ke bilik air.

Setelah bersiap ala kadar, Adelia Qaisara turun ke tingkat bawah. Tali begnya diperbetulkan. Biar panjang mencecah pinggang. Biasalah, trend katanya.

“Jom, Mak!” kunci kereta Mecedes SUV miliknya diambil dari tempat simpanan kunci. Enjin kereta dihidupkan.


 
“HAN! Jomlah. Mak dengan adik dah siap ni. Jom, jom,” Datin Hafizah menarik lengan anak sulungnya.

Dalam rasa malas, digagahkan juga kakinya mengikut ibunya. Pada mulanya, dia tidak mahu mengikut ibu dan adiknya. Mendengarkan teratak itu milik Tan Sri Salleh dan Puan Sri Fatimah, akhirnya dia akur. Sewaktu kecil, dia sekeluarga sering berkunjung ke rumah Tan Sri Salleh. Sudah lama dia tidak bertemu dengan kawan baik bapanya itu.

Enjin kereta BMW M3 E92 Coupe berwarnah biru Interlagos yang sudah sedia dipanaskan mula bergerak meninggalkan kawasan banglo dua tingkat itu.

“Tak sabar rasanya nak jumpa keluarga Kak Imah. Apalah khabar diorang,” Datin Hafizah mula bersuara, setelah beberapa minit kereta anaknya menyusur jalan raya yang tidak begitu sesak.

“Mak Cik Imah ada anak. Kan Mama?” sambut Dhia Syaqirah dari tempat duduk belakang.

“Ada. Nama dia, Adelia Qaisara. Bukan anak kandung Mak Cik Imah pun. Cuma anak saudara Pak Cik Salleh je. Ibu dengan ayah dia meninggal dalam kemalangan,” jawab Datin Hafizah.

“Sedap nama dia. Cantik tak?” tanya Dhia lagi. Dia nampak berminat ingin tahu mengenai Adelia Qaisara.

“Lawalah agaknya. Mama pun tak pernah tengok. Ni yang nak tengok ni. Kalau lawa, baik budi, nak jugak Mama buat menantu,” dikerlingnya Adam Farhan yang senyap memandu.

“Alahh.. Mama ni. Kahwin, kahwin, kahwin. Han muda lagilah Mama,” Adam Farhan kelihatan tidak berpuas hati.

“Muda apanya? Mama dengan Ayah dapat Han masa sebaya dengan Han, tau tak? Tak habis-habis bagi alasan muda. Kita bukan makin muda, Han. Makin tua. Mama nak menimang cucu sebelum Mama tutup mata. Nak harap Dhia, dia baru habis SPM,” bebel ibunya.

“Mama, janganlah cakap macam tu. Belum ada yang berkenanlah, Ma. Kalau ada, dah lama Han mintak Mama hantar rombongan. Tengah mencarilah ni. Lagi pun, zaman dulu-dulu bolehlah kahwin awal,” sahut Adam Farhan. Ibunya tidak habis-habis membangkitkan soal kahwin. Naik sesak dadanya.

“Bagus kahwin awal. Apa salahnya kalau kahwin awal? Sebab itulah Mama nak carikan. Mama kenal dengan family Mak Cik Imah. Mama tahu, anak dia mesti baik,” tokok ibunya.

“Itu emak dia. Anak dia? Mama sendiri pun tak kenal dia. Tak pernah jumpa. Macam mana Mama boleh tahu?” keluh Adam Farhan.
 
“Instinct seorang ibu tu kuat, Han. Mama nak yang terbaik untuk Han. Dulu pun, lepas Mama kahwin dengan Papa Han baru Mama sambung belajar. Kalau Han nak Mama tunggu Diana, pinang dia, tak tahulah bila. Tak lalu Mama nak tunggu. Dah dekat enam tahun. Entah-entah dia dah ada boyfriend. Manalah tahu.”

Adam Farhan mengeluh buat kesekian kalinya.



KERETANYA diparkirkan di kawasan letak kereta yang masih kosong. Menurut ibunya, hari ini tidak akan ada ramai orang. Yang ada hanya keluarga Adelia Qaisara, keluarganya, pekerja-pekerja Teratak An-Nur. Mereka keluar dari kereta. Dari jauh lagi sudah kelihatan Dato’ Hisyam bersama dengan Puan Sri Fatimah dan Tan Sri Salleh. Mereka bertiga berjalan ke arah kerusi yang diduduki Dato’ Hisyam dan pasangan suami isteri itu.

“Assalamualaikum. Kak Imah!” sapa Datin Hafizah lalu mendakap tubuh Puan Sri Fatimah.

“Waalaikumussalam,” jawab Puan Sri Fatimah. “Lamanya tak jumpa Fiza. Sihat?” tanyanya senang. Dipeluknya tubuh Datin Hafizah erat.

“Sihat, alhamdulillah. Rindunya Fiza dengan akak. Haa.. ini anak-anak Fiza. Adam Farhan dengan Dhia Syaqirah. Panggil je Han dengan Dhia,” Datin Hafizah memperkenalkan mereka berdua kepada rakan baiknya itu.

“Dah besar dah anak-anak Fiza. Sekejap je masa berlalu. Masa dulu, sempat tengok Han je. Lepas tu langsung tak jumpa,” ujar Puan Sri Fatimah sambil tersenyum.

“Ha’ah, kak. Lama kita tak jumpa. Haa.. mana anak dara akak? Teringin betul nak jumpa dengan dia. Nak tengok. Boleh jugak buat bakal menantu nanti,” usik Datin Hafizah.

“Mama..” tegur Adam Farhan, kurang senang.

“Dia ada kat dalam. Tengah buat air,” balas Puan Sri Fatimah. Dia tersenyum-senyum. “Eh, duduklah,” pelawanya lagi.

Baru sahaja mereka melabuhkan punggung, seorang gadis datang menatang sebuah dulang berisi cawan dan jag.

“Ini ke anak akak?” tanya Datin Hafizah gembira. Tangannya memegang jari-jemari gadis itu. Gadis itu tidak bertudung, hanya mengenakan sehelai kemeja tanpa kolar dan baju itu menunjukkan lekuk-lekuk ditubuhnya. Sebahagian dadanya terdedah sewaktu dia menuangkan air ke dalam gelas. Adam Farhan menjeling ke arah lain.

“Eh.. bukan. Ana, panggil Kak Sara keluar,” kata Puan Sri Fatimah. Gadis itu mengangguk dan berlalu. “Itu anak pekerja akak. Anak akak ada kat dalam lagi,” tambah Puan Sri Fatimah tergelak.

“Excited sangat saya nak berjumpa dengan anak akak,” sahut Datin Hafizah gembira.

“Mak! Sara buat kek je. Tak tahulah tetamu suka ke tak,” sapa satu suara di saat mereka sedang duduk berbual sambil meneguk minuman.

Bagaikan terkena pukauan, masing-masing terdiam. Termasuklah Adam Farhan. Seorang gadis yang hanya mengenakan kemeja dan selendang menarik perhatian mereka. Dia memotong kek buatannya dan meletakkan potongan kek-kek itu ke dalam pinggan. Kulitnya putih bersih. Cuma ada sebiji jerawat yang tumbuh di bahagian kiri dagunya. Orangnya tidak terlalu tinggi. Bibirnya yang berwarna merah jambu sentiasa mengukir senyum ikhlas.

“Mak cik, saya Adelia Qaisara,” katanya setelah selesai memotong kek buatannya sendiri. Dia bersalaman dengan ahli keluarga Adam Farhan.

“Ini anak Akak? Amboi.. cantik betul. Bertuah Akak. Kek ni Qaisara sendiri yang buat?”
 
Adelia Qaisara tersipu-sipu. Segan dengan pujian yang diterima, dia mengangguk perlahan.

“Cantik. Pandai masak pulak tu. Anak Fiza ni, masak pun tak tahu,” adu Datin Hafizah.

“Takdelah Datin. Saya pun tengah belajar masak. Anak Datin muda lagi. Boleh belajar lagi. Saya belajar dengan emak saya,” jawabnya sopan.

“Panggil Mak Cik je. Tak payah berdatin-datin.”

Adelia Qaisara tersenyum. Semua mereka masuk ke dalam rumah tersebut, kecuali anak-anak mereka. Adelia Qaisara terlebih dahulu mengajak Dhia ke kawasan belakang Teratak An-Nur. Di bahagian belakang rumah itu ada sebuah gazebo yang menempatkan kucing-kucing jalanan. Setelah dijaga dengan rapi, kucing-kucing tersebut nampak bersih dan gemuk-gemuk semuanya.

“Comelnya! Akak tak jual ke?” tanya Dhia. Dia asyik dengan kucing-kucing yang pelbagai rupa itu dan warna itu.

“Apalah Dhia ni. Ada ke tanya macam tu,” entah sejak bila Adam Farhan sudah berada di situ, mereka langsung tidak sedar.

“Akak tak juallah. Kalau ada orang nak, akak bagi je,” jawab Adelia Qaisara.

“Kalau saya nak, boleh tak kalau awak bagi kat saya?” tiba-tiba sahaja Adam Farhan bertanya begitu.

“Ambil je. Sara pun tak selalu ada kat sini. Tak ada orang nak jaga. Kesian diorang,” ujarnya sambil meriba seekor kucing baka Scottish Fold berwarna hitam dan putih.

Adam Farhan mencari wajah gadis itu. Dari tadi dia asyik bermain dengan kucing yang sederhana besar itu.

“Kalau saya nak yang ada dekat tangan awak tu boleh?” tanyanya.

Adelia Qaisara terdiam. Terkejut dengan permintaan jejaka kacukan Korea itu. Fasih betul dia berbahasa Melayu. Agak-agak dia boleh cakap bahasa Korea tak? Adelia Qaisara meneka dalam hati.

“Yang ni? Yang ni favorite saya. Dari dia kecil saya dah bela dia.”

“Akak kata akak tak ada kat sini, kan? Akak pinjamkanlah pada Dhia. Nanti Dhia bagi balik bila akak dah balik sini. Nia pun geram tengok dia. Gemuk semacam je,” sampuk Dhia. Dia turut membelai bulu kucing itu.

“Betul Dhia nak jaga dia?” tanya Adelia Qaisara.

Dhia mengangguk penuh harapan.

“Okey, okey. Sebab Dhia kata nak jaga dia, Akak bagi. Jaga elok-elok, okey? Dhia pernah bela kucing?” soalnya lagi.

“Tak pernah,” jawab gadis itu, sambil memuncungkan bibirnya.

Adelia Qaisara tergelak.

“Senang je. Dhia bagi dia makan, mandikan dia, main dengan dia, nanti baru dia sayang Dhia. Kalau tak tahu, nanti Dhia call akak.”

Dhia pantas mengangguk. Dia tersengih-sengih. Kucing comel itu bertukar tangan. Adam Farhan hanya menjadi pemerhati. Senyum dan suara gadis itu seolah-olah milik seseorang yang dikenalinya. Tapi, siapa? Tiba-tiba, deringan telefon bimbit mematikan lamunannya.

“Yeobuseyo,” sapa Adam Farhan sebaik sahaja dia menjawab panggilan itu. Orang itu menghubungi dari Korea, dan sudah pasti dia menjawab dalam bahasa Korea. Dia meneruskan perbualan dalam bahasa Korea dengan pemanggil itu. Adelia Qaisara yang tidak memahami sepatah pun maksudnya kembali menghadap Dhia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...