Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

Memaparkan catatan dengan label Hadirnya Cinta Terindah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hadirnya Cinta Terindah. Papar semua catatan

03 Mei 2015

Hadirnya Cinta Terindah 20

“LEPASKAN aku!” jerit Zara apabila tubuhnya ditarik dua orang lelaki ke tepi jalan.

Kedua-dua lelaki yang bertopeng itu hanya ketawa berdekah-dekah. Seorang berbadan gempal manakala seorang lagi berbadan sasa.

“Jeritlah lagi! Takkan ada yang dengar!” ujar lelaki yang berbadan gempal itu.

Ya, dia benar. Pada waktu pagi begini, tidak ramai orang melalui kawasan ini. Selama ini, Zara menggunakan jalan pintas ini namun tidak pernah diganggu sesiapa. Zara meronta-ronta ingin melepaskan diri daripada pegangan kejap dua lelaki tersebut.

Lelaki yang berbadan sasa itu mendekatkan wajahnya pada Zara sebelum jarinya yang kasar mengelus-ngelus pipi Zara.

“Kau cantik. Betul kata boss aku. Patutlah ramai orang nak,” ujarnya sambil jari-jemarinya menari di pipi Zara.

Zara menjerit sekali lagi sebelum tubuhnya ditolak ke tanah. Dia dapat merasakan tubuhnya sedikit sengal apabila belakang badannya mendarat di permukaan tanah yang tidak rata. Lopak-lopak air di tanah membuatkan baju putih yang dipakainya basah lencun dan kotor.

“Lepaskan aku! Lepaskan!” jerit Zara sekali lagi. Air matanya mengalir jua. Rasa takut mula menguasai diri.

Jeritan Zara yang kuat membuatkan lelaki yang bertubuh sasa itu menekup mulut Zara dengan tangan kirinya.

“Diam!” marahnya.

Lelaki yang berbadan gempal itu pula mengeluarkan sebilah pisau lipat dari kocek seluarnya. Rakannya melepaskan tangannya daripada terus menekup mulut Zara. Dia berdiri dengan Zara berada di antara kedua-dua belah kakinya. Baru sahaja dia ingin membuka tali pinggangnya, Zara terlebih dahulu menendang bahagian alat sulit lelaki itu. Dia sudah tidak punya cara lain. Hanya itu sahaja caranya untuk dia melepaskan diri.

“Hoi!” jerit rakan lelaki itu apabila Zara sudah bangun dari tempat dia ditolak sebelum membuka langkah seribu.

“Kau berdiri dekat sini buat apa? Kejarlah!” jerit lelaki yang berbadan sasa tersebut, menahan sakit. Rakannya yang gempal itu mula mengejar Zara. Zara berlari sepantas mungkin untuk keluar daripada semak itu.

“Tolong!” jeritnya dengan air mata yang berlinangan.

Zara berhenti apabila lelaki yang berbadan sasa tadi sudah berada di hadapannya. Zara mengundur sebelum tubuhnya melanggar rakan kepada penjenayah tersebut. Zara kaku apabila tangannya seolah-olah ditoreh sesuatu. Darah merah yang pekat mengalir daripda lengannya. Bau darah membuatkan Zara mula berasa pening.
 
“Larilah lagi! Lari!” jerit lelaki gempal itu sebelum sekali lagi tubuh Zara ditolak.

“Tolong lepaskan saya,” rayu Zara.

Kawasan yang biasanya ramai orang itu begitu sunyi sepi. Selalunya ramai orang yang lalu-lalang di situ.

“Sayanglah kalau kami lepaskan kau. Kau cantik. Rugilah kalau tak dapat ‘makan’.”

Kedua-dua mereka datang mendekati Zara. Zara mengesot ke belakang.

“Tolong! Tolong! Tolong!”

“Zara? Zara! Kenapa ni?”

Zara membuka mata sebelum dapat menangkap bayang wajah Rasya berada di hadapannya.

“Akak!” jerit Zara sebelum mendakap tubuh kakaknya.

Rasya dapat merasakan Zara menggigil. Peluh sudah pun merenik di dahi adiknya.

“Kenapa ni?” soal Rasya apabila pelukan sudah dileraikan.

Zara menggeleng laju.

“Nightmare,” balasnya pendek.

Rasya mengerut dahi.

“Itulah. Next time baca doa sebelum tidur,” ujar Rasya sebelum bergerak semula ke work stationnya yang berada di salah satu bucu bilik tidur mereka.

Zara memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang. Lengan baju diselak ke paras siku. Garisan sepanjang lebih kurang lapan sentimeter ditenung sebelum disentuh dengan hujung jari. Setitis air mata jatuh membasahi pipinya.

Lengan bajunya segera diturunkan sebelum dia bergerak ke bilik air. Dia ingin mengambil wudhu’ dan menunaikan solat sunat tahajjud. Semoga hatinya tenang semula.




PAGI itu, selesai bersarapan, Zara duduk di taman mini rumahnya. Fikiran menerawang jauh ke mana. Mengapa mimpi ngeri itu kembali menerjah? Di saat dia sudah mula melupakan semua itu. Mengapa?

Parut yang berada di lengannya ditenung. Andai dia mampu membuang parut itu, akankah mimpi ngeri itu hilang serta-merta? Rasa marah menguasai hatinya. Tapak tangan kirinya menggosok parut itu sekuat mungkin, seolah-olah dia cuba memadamkannya. Namun dia tahu semua itu tidak mampu terjadi, melainkan dia melakukan pembedahan. Tetapi.. dia tidak mahu melakukan apa-apa pembedahan. Dia ingin bayangan itu berlalu dengan sendirinya, apabila tiba masanya.

Selama ini, langsung tiada siapa yang mengetahui akan hal itu. Termasuklah keluarganya. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu mengenainya. Cuma.. ada seseorang sahaja yang mengetahuinya. Zara merenung permukaan meja yang diperbuat daripada marmar itu. Sihatkah dia?




IMRAN berjalan menuruni anak tangga sebelum duduk di ruang tamu. Kelihatan ibu bapanya serta Julia berada di luar, sibuk berbual-bual. Imran menyandarkan kepalanya ke sofa sebelum menekan butan ‘on’ pada badan alat kawalan jauh televisyen. Dia meraup wajah sambil melihat ke arah jam yang berada di dinding. Jam sebelas setengah pagi. Semalam dia hanya sampai di rumah dalam jam lima setengah. Setelah menunaikan solat Subuh, barulah dia dapat melelapkan mata.

Tiada langsung siaran yang menarik minatnya. Dia menggeliat sebelum merebahkan tubuhnya, berbaring di sofa itu. Hari ini dia harus datang ke hospital jam sembilan malam nanti. Mujurlah ramai lagi doktor-doktor yang akan datang. Memandangkan pekerja di bahagian ortopedik tidak seramai pekerja di bahagian kanser, shif kerja mereka tidak tetap. Namun, dia sukakan kerjanya sebagai salah seorang doktor pakar dan bedah ortopedik. Dia belum pernah merungut apabila dia terpaksa berada di hospital dalam jangka masa yang lain.

“Im?”

Imran mengurut dada. Terkejut apabila namanya dipanggil.

“Terkejut Im, Mama. Bila masa Mama masuk ni?” soalnya sebelum duduk seperti tadi.

“Baru je kejap ni. Im bukak TV, tapi TV yang tengok Im,” balas Datin Marlia.

Imran tersengih.

“Im masuk kerja pukul berapa?”

“Pukul sepuluh, Ma. Balik tak tahu lagi pukul berapa. Takut tak ada orang nak buat round up,” balasnya.

Sebagai seorang bekas pakar bedah neurologi, Datin Marlia benar-benar memahami akan tugas Imran. Dia dan juga suaminya, Dato’ Musa sama-sama pakar bedah neurologi. Dan kerjaya itulah yang menemukan mereka berdua. Menjadi seorang doktor, Imran harus bersedia dengan emergency call daripada hospital. Jika dia harus datang pada seawal jam dua atau tiga pagi, dia harus berada di sana. Ramai pesakit yang bertarung nyawa hanya untuk meneruskan kehidupan. Rasa mengantuk dan penat tidak setanding dengan kesakitan yang dihadapi pesakit.

“Tak apalah. Sekarang pun Mama tengok Im dah boleh coupe sikit-sikit dengan kerja Im. Sibuk macam mana pun, Im kena jaga solat,” pesan Datin Marlia.

Imran mengangguk sambil tersenyum kecil.

“Mama nak masak dulu,” ujar Datin Marlia sebelum bangun dan bergerak ke dapur.

Imran berbaring semula. iPad di atas meja kopi dicapai sebelum dia meneroka seluruh sudut yang berada di dalamnya.




RYAN termenung di dalam keretanya. Sudah lebih setengah jam dia duduk di dalam keretanya sambil termenung. Kanak-kanak sedang sibuk bermain papan gelongsor, buaian dan bermacam lagi permainan yang berada di taman itu.

Zara.. membayangkan sahaja wajah si pemilik nama Zara Sofea itu, ada senyuman yang menghiasi bibirnya. Walaupun cara pemakaian Zara berubah seratus peratus, namun Zara tetap Zara yang dulu. Dingin dan sejuk seperti ketulan ais di Antartika. Duduk berdekatan dengannya sahaja sudah terasa aura dingin itu.

Ryan membuka pintu kereta sebelum berjalan ke arah taman permainan yang berada di seberang jalan. Kelihatan ada tiga orang cikgu perempuan di tadika itu sedang asyik melayan kanak-kanak. Ryan datang mendekati.

“Oh, Encik Ryan! Baru sampai?” soal salah seorang daripada guru tadika yang bertudung hijau.

Ryan tersenyum.

“Baru je sampai. Hakim belum balik lagi, kan?” soal Ryan sambil memanjangkan leher mencari kelibat anak kecil yang bernama Luqman Hakim itu.

“Sekejap, ya. Saya cari,” ujar wanita itu.

Ryan hanya berdiri sambil bercekak pinggang. Kelihatan kanak-kanak di situ sedang ketawa ceria sambil bermain bermacam jenis permainan. Beginilah keadaan Tadika Ihsan apabila petang menjelma. Kanak-kanak di tadika itu akan dibawa keluar dari tadika dan bermain di taman permainan sementara menunggu ibu bapa pulang dari kerja untuk mengambil anak-anak mereka.

Senyum Ryan mekar apabila kelihatan seorang kanak-kanak berkulit putih kemerahan berlari-lari mendapatkannya. Beg yang dipegang gurunya bertukar tangan.

“Akim balik dulu, cikgu!” ujar kanak-kanak itu riang dalam pelatnya sambil bersalam dan mencium tangan gurunya.

“Saya balik dulu, cikgu,” ujar Ryan meminta diri.

Wanita itu hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

Ryan berjalan sambil memimpin tangan Hakim. Hakim berjalan dengan gembiranya sambil melompat-lompat kecil. Gembira apabila Ryan yang menjemputnya pulang dari tadika.

“Jangan lompat, Hakim. Jatuh nanti,” ujar Ryan apabila beberapa kali Hakim menyepak batu-batu di kakinya. Bimbang pula si comel terjatuh.

Hakim melepaskan pegangannya sambil meluruskan kedua-dua belah tangannya kepada Ryan. Ketawa Ryan meletus melihat tingkah laku Hakim. Pipi Hakim dicubit perlahan.

“Oh.. anak Papa nak Papa dukung, eh?” soal Ryan.

Hakim mengangguk laju.

Sekali lagi tawa Ryan pecah. Dengan berhati-hati, tubuh kecil Hakim diangkat.

“Papa, jalan macam ultraman! Nak naik ultraman!” ujar Hakim teruja.

“Takkanlah Papa nak buat dekat sini. Malulah Papa.”

Hakim sudah menarik muncung itik. Ryan ketawa besar sebelum meluruskan tangan kanannya ke hadapan sambil berlari mendekati kereta. Hakim ketawa suka apabila dapat menaiki ‘ultraman’ yang dimahukan. Segan pula Ryan apabila kelihatan dua orang gadis yang berada di dalam tadika sedang ketawa melihatnya. Demi anaknya yang seorang itu, dia sanggup melakukan apa sahaja! Asalkan anaknya gembira.

Adakalanya sukar menjadi seorang bapa bagi Ryan. Dia harus menguruskan keperluan anaknya sebelum ke tempat kerja. Mujurlah dia tinggal bersama keluarga. Ringanlah sedikit bebannya. Namun, ada kelebihannya menjadi seorang bapa di usia muda begini. Lebih senang untuk dia meluangkan masa dengan Hakim memandangkan dia juga masih muda. Dia boleh bermain dan bergurau dengan Hakim. Anaknya itu baru sahaja berusia empat tahun, namun Hakim sungguh bijak.

Akhirnya, BMW X8nya mula bergerak meninggalkan kawasan tadika dengan Hakim yang asyik bergerak ke tempat duduk depan dan belakang.




“BAIK Zara kerja dengan Uncle Zain. Bukannya apa. Since Uncle Zain tu uncle kita, lagi senang Zara nak dapat cuti. Tengoklah last year. Zara cuti dua hari je,” ujar Rasya, memberikan pendapatnya.

Zara menggaru kepala yang tidak gatal.

“Takkanlah Zara nak berhenti? Zara baru kerja dua tahun. Nak jugak cari pengalaman,” balas Zara.

“Betullah cakap Sya tu, Zara. Cubalah dulu. Who knows lagi best kerja dengan Uncle Zain?” sampuk Durrani.

Berat hati rasanya untuk Zara meninggalkan Electro Holdings. Rasanya seperti baru semalam dia menjejakkan kaki di syarikat itu.

“Biar Zara fikir dulu, ya?” putus Zara.

Memang hatinya berbelah bahagi saat ini. Dia ingin meneruskan kerjayanya di Electro Holdings, namun mungkin lebih senang untuk dia bekerja dengan Uncle Zain. Uncle Zain kenal keluarganya dengan rapat memandangkan dia merupakan abang kepada bapa mereka.

“Dah, dah. Sekarang jom makan dulu,” ajak Encik Jamaluddin apabila anak-anak gadisnya sudah selesai menghidang makan malam untuk mereka sekeluarga.

Hadirnya Cinta Terindah 19

IMRAN menyelak satu demi satu helaian kertas yang dikepilkan di dalam sebuah fail yang baru diterimanya. Walaupun kertas itu betul-betul berada di depan matanya, fikiran jauh melayang entah ke mana. Haruskah dia berhenti berharap dan berhenti menanti sesuatu yang belum pasti? Mungkin juga.

Fail yang dipegangnya ditutup. Bingkai gambar yang terletak di atas meja dicapai. Ibu jarinya menggosok-gosok permukaan kaca itu dengan perlahan. Zara. Zara. Zara. Tidak pernah nama itu lekang dari bibirnya. Perasaan yang hadir di jiwanya selama ini begitu indah dan mengasyikkan. Namun, ada juga rasa perit dan pedih yang dirasakan.

Mungkin dia perlu menamatkan semua ini. Dia harus belajar melupakan Zara. Dan itulah yang dipinta oleh gadis itu. Mungkin dia akan merana sedikit memandangkan dia baru di peringkat pertama untuk melupakan Zara. Bukan sedikit, banyak. Kali ini dia harus benar-benar melupakan Zara. Bukan untuk sementara, namun selamanya. Jika dia bakal terserempak dengan Zara pada masa akan datang, dia harus belajar tersenyum. Mungkin juga dia terpaksa berpura-pura tidak mengenali Zara. Ya, dia akan melakukan apa sahaja yang dipinta Zara.

Adakalanya dia sudah berasa penat. Penat mengejar dan menagih cinta Zara. Dia sudah jemu apabila berkali-kali dia ditolak Zara. Dia juga punya perasaan. Namun Zara sering tidak mengambil tahu apa yang dirasakannya. Apatah lagi memberikan ruang untuk dia mengisi tempat di hati Zara. Namun, jauh di sudut ruang hatinya yang paling dalam, dia masih menunggu Zara. Rasa jemu, penat, lelah dan kesalnya ditolak ke pinggir hati. Berharap agar ada ombak yang bakal menghanyutkan rasa itu semua dari dalam jiwanya.

“Bila cinta tu ada dengan kita, kita rasa happy. Tapi, bila kita kejar cinta tu and cinta tu asyik lari, diri kita jugak yang merana. Pernah ke cinta tu fikirkan fasal kau? Kenapa kau yang asyik fikirkan tentang ‘dia’? Loving someone can make you happy. Being loved by someone makes you feel precious.. But loving and being loved are totally different,” ujar Nizam suatu ketika dahulu.

“If kau dah tak boleh nak coupe dengan tu semua, stoplah. Keep calm. Kau layak dapat someone yang ikhlas sayangkan kau,” sambung Nizam lagi.

Andainya ini sahaja caranya untuk dia membahagiakan Zara dan membiarkan hatinya bebas semula, dia akan belajar melupakan Zara. Bukan untuk sementara, tetapi buat selamanya. Bingkai gambar yang dipegangnya diterbalikkan lalu diletakkan ke dalam laci meja sebelum menutup kembali laci itu. Selamat tinggal Zara, bisik Imran dalam hati.




“THANKS, Zarif. Thanks for making our parents’ dream comes true.”

Kata-kata Aqilah bagaikan belati tajam yang menghiris hatinya. Kini, dia melihat Aqilah sebagai orang lain. Bukan lagi Aqilah yang dulu. Aqilah yang menjadi sahabat karibnya.

“Aku pun tak tahu sama ada kau terima cadangan parents kita sebab nak jadikan impian tu nyata ataupun memang kau sengaja nak aku jadikan kau isteri aku,” ujar Zarif serius.

Zarif berdiri sambil bersandar pada Toyota Rush yang dipandunya manakala Aqilah berdiri lebih kurang satu meter daripadanya. Mereka berdua menebarkan pandangan ke permukaan tasik yang terbentang luas di hadapan mata. Kedua-dua belah tangannya berada di dalam saku seluar sambil menunggu jawapan Aqilah.

Aqilah tersentak apabila mendengar kata-kata Zarif. Senyum yang tadinya sedang mekar di bibir hilang serta-merta.

“Apa maksud kau?”

“Aku rasa aku pernah beritahu kau fasal that girl. The girl.. kawan aku. Kawan yang cairkan hati aku untuk belajar terima someone apa adanya dia. Tapi kenapa kau still ajak aku kahwin? Aku rasa pelik.”

Aqilah membuang pandang. Jari jemarinya digenggam kuat. Buat kali pertamanya dalam hidup, dia dapat merasakan dia mementingkan diri. Demi rasa kasihnya terhadap Zarif, ayat ‘kehendak keluarga’ dijadikan perisai. Dia tahu Zarif mementingkan keluarganya lebih dari dirinya sendiri. Dan dia tahu Zarif akan menunaikan ‘kehendak keluarga’ itu kerana tidak mahu mengecewakan orang tuanya.

“Aku tak ada pilihan, Zarif. Aku cuma nak bahagiakan Ibu dengan Ayah aku je,” ujar Aqilah, cuba mengawal nada suaranya. Cuak juga dia apabila berdepan dengan Zarif yang serius seperti ini.

Zarif menggelengkan kepalanya.

“Okay, kita kahwin. Tapi setiap pengorbanan ada harganya. And aku kahwin dengan kau pun sebab family aku. Bukan sebab lain,” ujar Zarif lagi.

Aqilah terdiam seketika. Sorry Zarif, aku terpaksa. Mungkin je caranya untuk kau pandang aku lebih daripada seorang kawan, bisik Aqilah dalam hati.




ZARA bangun dari tempat duduknya dan melangkah keluar daripada pejabatnya. Kelihatan pintu bilik Zarif tertutup rapat. Zara masuk semula ke dalam pejabatnya sebelum duduk seperti tadi. Fikirannya menerawang memikirkan Zarif. Sudah hampir sebulan dia tidak bertegur sapa dengan Zarif.

Besar benarkah salahnya sehingga dia tidak dilayan oleh Zarif seperti sebelumnya? Zarif sahabatnya, sudah tentu dia tidak suka melihat sikap tidak endah Zarif terhadapnya.

Sehelai kertas bersaiz A4 dan pensel mekanikal dicapai, lalu dia memulakan kerjanya dengan membuat kira-kira seperti biasa. Baginya, dia dan Matematik adalah sahabat baik.

Sedang dia menyiapkan kiraannya, interkom di hadapannya berbunyi. Segera tangan kirinya menekan butang yang ada pada badan alat komunikasi itu.

“Sorry, Cik Zara. Err.. Tuan Irshad panggil Cik ke bilik mesyuarat sekarang,” kedengaran suara Amani membawa pesanan Tuan Irshad jelas kedengaran di hujung talian.

Zara mengurut kepala.

“Okey, Amani. Kejap lagi saya sampai,” balas Zara.

Mengapa pula Tuan Irshad ingin berjumpa dengannya? Kertas-kertas yang berada di atas meja, disusun lalu diletakkan ke tepi. Pen-pen dan juga pensel yang digunakan diletakkan ke tepi. Zara bangun lalu bergerak ke pintu.

Tiba sahaja di bilik mesyuarat, dia mengetuk pintu. Terkuak sahaja pintu, kelihatan semua pekerja lain berada di bilik itu, termasuk Zarif. Zara mengatur langkah mendekati meja sebelum duduk di salah sebuah kerusi, dekat dengan Amani. Zara menjeling apabila anak matanya menyapa wajah seseorang.

“Semua dah ada. Saya nak kenalkan sekaligus. Ini anak saya, Ryan Fahmi. Encik Ryan akan kerja dengan kita untuk cari pengalaman. InsyaAllah, Encik Ryan akan mengambil alih tempat saya bila tiba masanya. Ryan, itu penolong ketua juruteknik, Zara Sofea.”

Ryan tersenyum apabila mendengar kata-kata bapanya, Tuan Irshad. Dia menundukkan kepalanya sedikit semasa diperkenalkan oleh bapanya.

Di suatu sudut pula, Zara hanya membeku di tempat duduk. Tuan Irshad ayah kepada Ryan? Ryan Fahmi bin Irshad. Zara menarik nafas panjang. Wajah tanpa perasaannya masih ditayang. Zara yang dingin sudah kembali semula.

“Saya harap anda semua boleh beri saya tunjuk ajar. Kalau ada yang silap, tegurlah saya,” ujar Ryan, penuh berhati-hati.

Sejak bila pula si mangkuk ayun ni pandai bersopan-santun? Ataupun sengaja berpura-pura di hadapan bapanya? Zara membuang pandang apabila anak matanya bertaut dengan renungan Ryan.

“Encik Ryan, it has been awhile since our last meet. Let me guess. About three years?”

Ryan tersenyum mendengar kata-kata Zarif. Dia bergerak ke arah Zarif sebelum berjabat tangan dengan jejaka itu. Dia menganggukkan kepalanya.

“Jadi, kamu berdua ni dah lama berkenalanlah?” soal Tuan Irshad kehairanan.

“Ya, Papa. Kami study sama-sama dekat STAR College dulu,” balas Ryan.

Tuan Irshad tersenyum. Mudahlah sedikit kerjanya memandangkan rakan Ryan bekerja di syarikat yang sama.

“Cik Zara pun dari STAR College jugak,” ujar Tuan Irshad.

Zara hanya berdiam diri. Dia hanya menganggukkan kepalanya seperti burung belatuk. Pandangan matanya melekat pada permukaan meja. Dalam banyak-banyak tempat dalam dunia, mengapa di sini juga dia bekerja? Mengapa perlu dia bertemu lagi dengan Ryan? Stress!




IMRAN berjalan mendekati katil seorang pesakit kanak-kanak yang sedang terlantar. Selesai sahaja membuat round up di bahagiannya, hati Imran tergerak untuk memasuki bahagian menempatkan pesakit kanak-kanak. Dia duduk di kerusi yang diletakkan di sisi katil.

Dania Marissa. Itu nama yang digantung pada kaki katil yang dihuninya. Usianya baru sahaja enam tahun. Kulitnya putih melepak dan memiliki wajah yang sangat comel.

“Hai, Dania Marissa!” tegur Imran dengan senyuman.

Dania yang tadinya sedang leka menonton televisyen yang disediakan di dalam bilik itu berpaling. Kanak-kanak comel itu tersenyum ceria apabila disapa Imran.

“Hai, doktor!” balas Dania semula.

Imran tersenyum.

“Doktor panggil kita Icha la. Jangan panggil Dania Marissa. Kita dah biasa orang panggil kita Icha,” petah si Dania berkata-kata.

Imran tertawa kecil apabila mendengar Dania membahasakan dirinya sebagai ‘kita’. Pipi Dania dicubit perlahan.

“Icha sorang-sorang je ke? Mana emak? Ayah?” soal Imran sambil mencapai fail yang diletakkan di sisi katil Dania. Leukimia?

Dania menggelengkan kepalanya beberapa kali.

“Papa teman Mama balik, ambil baju Mama,” ujar si kecil.

Imran menganggukkan kepalanya. Kasihan Dania. Kecil-kecil lagi sudah mengalami penyakit yang serius begini. Butir-butir yang ada pada fail itu dibaca Imran. Specialist in charge, Doctor Muhammad. Doktor Muhammad merupakan seorang pakar kanser yang sangat terkenal di kalangan doktor-doktor lain, termasuklah di kalangan pakar bedah ortopedik, neurologi, kardiologi dan juga doktor-doktor pakar lain di hospital tersebut. Begitu juga dengan pakar-pakar dari hospital lain. Doktor Muhammad sangat disegani oleh doktor-doktor lain.

“Seronok tak duduk sini?” soal Imran. Fail tadi sudah diletakkan ke tempat asalnya semula.

Dania menggelengkan kepalanya dengan mulut yang memuncung panjang.

“Kenapa tak seronok pulak? Icha boleh kenal ramai kawan,” ujar Imran, cuba menyelami hati anak kecil seperti Dania.

“Tak seronok sebab kita tak dapat main dengan kakak kita. Kita nak balik rumah, tapi Papa dengan Mama tak kasi,” balas Dania. Telinga anak patung beruangnya ditarik-tarik, tanda protes.

Imran mengusap kepala Dania.

“Icha kena duduk sini sampai Icha sihat. Bila Icha sihat, baru Icha boleh main dengan kakak. Icha kena makan, kena dengar cakap doktor,” pujuk Imran apabila wajah Dania sudah kelihatan sedikit mendung.

Dania masih lagi muncung. Jari-jemarinya yang kecil memintal-mintal telinga patung beruang di tangan.

“Kalau Icha dengar cakap Doktor, Doktor bagi Icha hadiah bila Icha dah sihat nanti.”

Mata yang tadinya sudah pudar sinarnya kembali bercahaya. Dania mengangguk laju. Bibir mungilnya mengukir senyum lebar, menampakkan barisan gigi susunya yang kemas tersusun.

“Doktor janji?” soal Dania.

Dania mengangkat jari kelingkingnya, lalu dihalakan kepada Imran. Imran ketawa sebelum jari kelingkingnya berkait dengan jari kecil milik Dania.




KERTAS-kertas A4 yang sudah pun berserakan di lantai dikutip Zara. Dalam hati, dia asyik memarahi dirinya sendiri kerana kecuaiannya. Jam tiga petang mesyuarat bahagian akan diadakan. Sebelum pembentangan dilakukan di hadapan Tuan Irshad, dia perlu membentangkan usulnya kepada pekerja di seksyennya.

“Need some help?”

Zara mendongak sebelum kembali meneruskan kerjanya yang terbantut dek kehadiran mangkuk ayun itu di hadapannya. Tanpa disuruh, Ryan membongkok, membantu Zara mengumpulkan kertas-kertas yang berada di atas lantai. Sikap Zara terhadapnya sudah dapat diteka.

Setelah kertasnya sudah habis dkutip, Zara menghulurkan tangannya kepada Ryan. Ryan menyembunyikan kertas yang berada di tangannya ke belakang. Zara tersenyum sinis. Tidak mungkin Ryan akan pernah berubah. Sikapnya masih lagi seperti dahulu. Masih menyakitkan hati!

“Do you think I have time to play this nonsense game with you?” soal Zara sinis.

Kali ini, Ryan pula yang tersenyum. Namun, senyum itu tidak sesinis senyuman Zara.

“At least, ucaplah terima kasih. If not, tak bolehlah nak pulangkan kertas-kertas ni pada Cik Zara,” balas Ryan selamba.

Zara mendengus geram.

“If you wanted playing around with me, why don’t you just help me to staple these papers together?”

Ryan terdiam apabila kertas-kertas yang dipegang Zara dilekapkan ke perutnya. Mujurlah dia segera menyambut. Jika tidak, satu hal lagi dia hendak mengutip kertas-kertas itu semula. Ryan tersenyum sendiri. Just wait and see, Zara, fikirnya sebelum bergerak ke biliknya.

Hadirnya Cinta Terindah 18

“JADI, Zara dah jumpa dengan Imran dulu tanpa beritahu Akak?”

Zara mengerutkan dahi. Dia mula berasa tersepit di antara Rasya dan Imran.

“Dah. Masa Zara masuk hospital hari tu. Zara bukan sengaja tak nak beritahu Akak, tapi Zara tak nak Akak sedih bila teringatkan dia. Biar Akak tahu sendiri,” ujar Zara, mengakui kebenaran itu.

Rasya melurut rambutnya ke belakang. Tidak disangkanya dia bakal berdepan dengan situasi seperti semalam. Zara, adiknya sendiri bukan main mesra lagi dengan Imran, bekas kekasihnya. Sudahlah Zara bertemu dahulu dengan Imran tanpa pengetahuannya.

“Cakap jelah pada Akak. Kenapa nak sorokkan? Macam mana Zara boleh jumpa dia? What a coincidence Zara masuk hospital tempat dia kerja. Right?” soal Rasya lagi.

Zara mengerling kakaknya dengan ekor mata. Jika dibandingkan dengan kakak-kakaknya, Zara lebih garang sedikit. Jika orang tidak mengenalinya dengan lebih dekat, sudah pasti dia dilabel sebagai seseorang yang sombong. Anak matanya selalu tajam menikam wajah-wajah yang ada di hadapannya.

“Akak ingat Zara tahu ke dia kerja dekat mana? Like I’ve mentioned before, Zara tak sedar apa-apa. Kawan Zara, Zarif yang bawak Zara ke hospital tu. Akak tanyalah Zarif kalau tak percaya. Yang Akak nak marah-marah sangat ni kenapa?”

Rasya bercekak pinggang. Inilah kali pertama Zara menjawab sehingga begitu sekali dengannya. Selama ini, Zara bukannya jenis yang suka menjawab.

“Akak tanya je kan?”

“Tanya dengan tuduh lain, Kak. Ini bukan tanya, tapi tuduh. If ada apa-apa Akak nak tanya, tanya pada dia sendiri!”

Durrani hanya menjadi pemerhati. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Dia sememangnya sudah mengetahui apa yang berlaku kepada kedua-dua orang adiknya. Namun, dia tidak mampu menyalahkan sesiapa pun, termasuk Imran. Imran terlebih dahulu mengenali Zara, namun dia menerima Rasya masuk ke dalam hidupnya suatu ketika dahulu. Dan sudah tentu adik bongsunya yang berada di tengah-tengah tersepit.

Dia kasihankan Zara, begitu juga dengan Rasya. Sungguh dia kasihan dengan mereka berdua. Imran tidak sepatutnya menyembunyikan hal yang sebenar daripada Rasya. Jika keadaan terus begini, hubungan Zara dan Rasya mungkin retak.

“Dahlah, Sya. Betullah apa yang adik kata tu. Dia tak tahu apa-apa. Sya jangan marah-marah macam ni boleh tak? Takkanlah sebab sorang lelaki Sya dengan Zara nak gaduh,” celah Durrani tiba-tiba.

Zara menghalakan pandangannya pada kaca televisyen. Malas mahu bertekak dengan Rasya. Jika keadaan terus begini, mungkin tidak ada gunanya dia masih bertemu dengan Imran lagi. Dia sendiri tidak tahu untuk apa dia masih bertemu dengan Imran. Walhal dia tahu akhirnya akan begini.

Rasya diam seketika. Untuk apa dia berasa marah? Bukankah dia dan Imran sudah lama berpisah? Mengapa harus dia berasa cemburu? Wajah Zara yang nampak serius dipandang. Rasa bersalah kerana menuduh Zara yang bukan-bukan sebentar tadi mula datang menjentik tangkai hatinya.



ZARIF merenung langit yang berada di atas sana. Awan-awan berkepulan membentuk pelbagai rupa. Langit pula setia membiru dan membiarkan sang awan melukis di wajahnya. Tiada mendung, tiada hujan. Hari begitu cerah dan ceria. Namun, hatinya tidak secerah hari ini.

Perlukah dia memilih untuk mengahwini Aqilah? Ya, dia tahu keluarganya mengharapkan sesuatu daripadanya. Dan sesuatu itu adalah perkataan ‘ya’ yang masih belum mampu dia ucapkan. Dia bukannya pengecut untuk lari dari masalah dan menerima cadangan ibu bapanya bulat-bulat. Bukankah namanya dia akan mencipta masalah lain? Menerima Aqilah tanpa rela dan hatinya masih lagi buat Zara Sofea.

Nasib baiklah dia tidak pernah meluahkan perasaannya terhadap Zara. Jika tidak, sudah tentu dia kelihatan lebih teruk daripada sekarang. Dikhianati orang yang disayangi adalah sesuatu yang sungguh menyakitkan. Tidak disangka Zara sanggup menipunya. Jika Zara yang sebenar adalah Zara yang nerd sekali pun, dia tetap akan menerima Zara.

Sebagai seorang lelaki yang juga punya perasaan, dia juga sedih. Kesedihan itu bertambah apabila Doktor Imran kelihatan mengenali Zara sejak sekian lama. Mungkin juga Doktor Imran adalah punca mengapa Zara berlakon menjadi orang lain. Hatinya sudah dimiliki Doktor Imran, fikir Zarif.

Aqilah.. Zara.. Aqilah.. Zara.. perlukah dia meruntuhkan ego yang sudah tinggi berbukit ini?




ZARA duduk termenung di kerusi taman yang terletak di taman mini milik ibunya. Bunga-bunga mawar yang berkembang mekar dipandang kosong. Pelbagai warna menghiasi setiap sudut di taman itu. Bunyi kenderaan yang lalu-lalang langsung tidak dihiraukan.

Antara kasih sayang seorang kakak dan juga cinta Imran terhadapanya, dia tidak sanggup kehilangan Rasya. Secara jujurnya, dia sudah mula merasakan sesuatu mengenai Imran. Apabila dia berdepan dengan Imran, dia dijentik rasa bahagia. Apabila melihat senyuman Imran, dia merasakan dirinya di awangan. Suara Imran pula sentiasa menyentuh hatinya. Setiap kali dia bercakap, pasti akan membuatkan Zara terharu.

Mengapa baru sekarang dia dapat merasakan semua itu? Mengapa tidak dari dulu? Mengapa tidak dari masa mereka mula-mula berkenalan dahulu? Bersalahkah dia kerana membenarkan perasaan itu bercambah? Namun dia tidak sanggup berbahagia atas kesedihan orang lain. Terutamanya orang itu adalah darah dagingnya sendiri. Rasa yang baru bertunas itu mungkin boleh diganti, namun tidak mungkin seorang kakak itu dapat diganti oleh orang lain.

Jika deritanya untuk Rasya mahupun Durrani, dia sanggup beralah. Telefon bimbit yang berada di atas meja konkrit dicapai. Belum sempat dia menyentuh skrin iPhone 4 itu, suara Durrani terlebih dahulu menyapa.

“Zara?”

Zara mendongak, merenung ke sisi kirinya. Kelihatan Durrani yang comel berambut pendek paras bahu sedang berdiri dengan senyuman. Dia duduk di sebelah Zara.

“Kenapa ni? Menung je Along tengok?”

Zara tersenyum. Tawar, hambar dan pahit.

“Tak ada apa-apalah, Along. Mana ada menung,” balas Zara.

Durrani menggelengkan kepalanya. Dia kenal benar dengan Zara. Zara adik kandungnya, tidak mungkin dia tidak dapat menangkap riak tidak tenang di wajah Zara.

“Cakap jelah if ada apa-apa nak kongsi dengan Along. Along tak sokong Zara, tak sokong Rasya. And Along tak salahkan Zara dengan Rasya. Bagi Along, Im yang salah. Sepatutnya dia beritahu apa yang sebenarnya pada Rasya. Bukannya sorok-sorok macam ni. Along tak nak Zara dengan Rasya gaduh because of a guy.”

Zara mengangguk perlahan.

“Bukannya dia tak nak beritahu, Zara yang tak bagi. Zara tak nak Kak Sya sedih. Masa diorang broke up dulu, dah jenuh Zara tengok Kak Sya nangis. Takkanlah Zara nak buat Kak Sya sedih lagi, kan? Biarlah Zara mengalah. Abang Im boleh cari orang lain. Banyak lagi orang yang nakkan dia,” ujar Zara.

Sewaktu Imran berlepas ke Pennsyvania beberapa tahun lalu, Rasya asyik menangis hampir sebulan lamanya. Pintu hatinya baru sahaja ingin terbuka buat Imran, namun tangisan Rasya masih lagi didengarinya.

“So, apa solution Zara? Kalau betul dia sukakan Zara, suruh dia sendiri datang sini. Cakap apa yang sebenarnya. Biar Rasya sendiri dengar dari dia.”

Zara menganggukkan kepalanya.

“Zara dah ada jalan penyelesaian, Along.”




“ZARA rasa, ini yang terbaik. Kita ikut jalan masing-masing. Kalau kita ada jodoh, in shaa Allah satu hari nanti kita akan reunite semula,” ujar Zara.

Imran terdiam mendengar kata-kata Zara.

Zara menggigit bibir, cuba menahan rasa sedih yang menyesakkan dada.

“Zara tak reti nak cakap fasal feeling ni semua. Hope Abang faham. You said you understand me more than I do. For this once, let’s walk on separate ways,” sambung Zara, memberikan kata putus.

“All this while, kita ikut jalan masing-masing, kan?”

Soalan Imran membuatkan Zara menggigit bibir. Imran leka merenung latte panas yang berada di hadapannya.

Buat beberapa minit, Zara dan Imran sibuk melayan perasaan masing-masing. Ada rasa kecewa yang bertapak di dasar hati Imran.

“Im?”

Imran mendongak, begitu juga Zara. Kelihatan Marian berdiri di tepi meja dengan senyuman lebar. Lesung pipit di pipi kirinya jelas kelihatan apabila dia senyum begitu. Rambutnya yang diwarnakan dengan warna merah gelap disanggul rapi.

Tanpa disuruh, laju sahaja Marian menarik kerusi sebelum duduk di sebelah Imran. Senyumnya tidak putus-putus apabila wajah Imran dapat ditangkap oleh anak matanya.

“It has been a long time. Bila you balik? Kenapa tak beritahu I?”

“Dah dekat dua bulan. I don’t think bothering you is a good thing to do,” balas Imran, tersenyum.

Marian mencebik.

“Ini..?”

“Zara,” ujar Zara, memperkenalkan dirinya.

Marian tersenyum kecil. Oh, inilah Zara yang asyik diceritakan dahulu oleh Imran.

“I Marian. Kenal masa study dekat Pennsylvania dulu,” ujar Marian.

Zara mengangguk-anggukkan kepalanya. Huluran tangan Marian disambutnya. Keadaan menjadi kekok sebentar sebelum telefon bimbit Zara berdering.

“Ya, Mama. Kenapa?” soalnya apabila salamnya dijawab si pemanggil.

“Mama dekat hospital ni, Zara,” ujar Puan Saidah.

“Hospital? Kenapa, Ma?” tanyanya lagi. Cemas apabila mendengar ibunya menyebut perkataan hospital.

“Along Zara.. pengsan tiba-tiba!”

“Okey, okey. Zara datang sekarang.”

Talian segera dimatikan.

“Err.. Zara balik dululah. Mama call, beritahu Along pitam,” ujar Zara. Mujurlah ibunya menghubungi dia. Selamatlah dia daripada terus berada di antara Imran dan Marian. Tanpa menunggu jawapan daripada mereka berdua, Zara bingkas bangun dan mengatur langkah.

“No wonderlah you melekat dengan dia. Cantik,” puji Marian setelah Zara sudah menghilang di celahan orang ramai.

Imran mencebik.

“I bukannya pandang paras rupa. Love at the first sight. Masa tu she’s only a secondary school student and I doktor pelatih.”

Marian tersenyum.

“So, macam mana? Positif?”

Imran merenung wajah Marian. Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Lagi-lagi dia tunjuk poker face. Sah! Tak ada perkembangan positif!




ZARA melangkah laju melepasi orang-orang ramai yang memenuhi ruang dalam kompleks membeli-belah itu. Risau juga dia sekiranya Durrani sakit. Tiba sahaja berdekatan dengan Starbucks di bahagian luar pusat membeli-belah Mid Valley itu, Zara dapat merasakan wedges yang dipakainya agak tidak stabil. Belum sempat tubuhnya mendarat ke tanah, ada tangan yang dirasakan memegang lengannya.

Zara menarik nafas lega.

“Thanks. If awak tak ada, maybe saya dah jatuh tadi,” ucap Zara apabila insan yang baru sahaja membantunya sudah melepaskan pegangan.

Lelaki itu hanya tersenyum sebelum mengangguk.

Dek kerana rasa hairan dengan kebisuan lelaki itu, Zara mendongak. Hampir terlopong mulutnya. Why on earth you’re here? Namun soalan itu hanya mampu ditanya dalam hatinya sahaja.

“Thanks again!” ujar Zara sebelum menyambung langkahnya semula.

Bayang Zara yang semakin menjauh dipandang. Hampir tidak percaya rasanya selepas bertahun-tahun akhirnya dia dapat juga bertemu dengan Zara. Ulas bibirnya yang merah mula mengukir senyum.

“Hoi! Kau buat apa lagi ni? Bowling dah menunggu ni!”

Ryan berpaling apabila suara Nazril kedengaran. Dia kemudiannya tersengih. Langkah diatur menuju ke arah Nazril.

Biarpun penampilan Zara dah berubah, cara dia pandang aku still sama. Benci? Mungkin. Ryan menarik nafas panjang sebelum mengikut langkah Nazril ke tingkat paling atas.

Hadirnya Cinta Terindah 17

“GOOD morning!”

Dato’ Musa, Datin Marlia dan Julia menoleh ke arah Imran yang sedang tersenyum senang. Dia menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan ibunya.

“Kenapa mee goreng?” soal Imran. Dia yang baru sahaja ingin menyenduk sarapan ke dalam pinggan terhenti.

Imran sememangnya tidak sukakan mee goreng. Dia juga tidak mampu makan makanan yang pedas.

“Kak Tipah lupa agaknya nak bawakkan nasi goreng untuk Im. Kejap, Mama ambil,” ujar Datin Marlia. Dia bangun dan berlalu ke dapur.

“Im, senyum sampai ke telinga nampak?”

“Senyum? Tak adalah, Pa. Dulu Papa jugak yang cakap, mulakan hari dengan senyuman. Dekat TV pun cakap benda yang sama. So, Im ikut pesanan Papa dengan iklan tulah,” jawab Imran.

“Zaralah tu,” sampuk Datin Marlia yang baru sahaja masuk ke ruang makan itu.

Sepinggan nasi goreng Cina diletakkan di hadapan anak terunanya. Memang setiap kali Datin Marlia memasak mee goreng, pasti ada nasi goreng, nasi lemak mahupun bihun goreng untuk Imran. Jika tidak, Imran tidak akan bersarapan. Sejak kecil lagi dia tidak menyukai mee goreng. Hairan juga Datin Marlia dibuatnya.

“Taklah, Ma. Mama ni berkenan sangat dekat Zara kenapa, ya?” tanya Imran kepada ibunya. Pelik betul. Hari-hari pasti ada saja soalan yang ditanyakan berkaitan dengan Zara. Sehari tak sebut nama Zara, tak sah.

“First time nampak dia, Mama dah berkenan. Mama pun tak tahu kenapa. Im suka dia kenapa?”

Imran hanya menggeleng-gelengkan kepalanya, tanda dia tidak tahu. Nasi goreng Cina yang belum berusik di sudu, lalu disuakan ke mulut.

“Mama, nanti ajaklah Kak Zara datang sini. Lama tak jumpa dia. Rindu pulak dekat dia. Haa.. Abang ada jumpa Kak Sya ke?”

Kunyahan Imran terhenti. Sudah lama dia tidak mendengar berita mengenai Rasya. Adakah peluangnya untuk bersahabat dengan Rasya masih terbuka? Semasa dia di Pennsylvania, dia langsung tidak menghubungi Rasya. Apabila terlintas sahaja nama Rasya di benak, dia mula diserbu rasa bersalah. Sudahlah dia ada hati pada Zara. Adakah Rasya akan menerima semua itu dengan hati yang terbuka? Apa pun yang terjadi, dia harus berterus-terang dengan Rasya.

“Ju.. cepat sikit. Kejap lagi Papa dah nak ke pejabat. Biar Papa hantar,” celah Datin Marlia. Dia tidak mahu isu Rasya dipanjangkan. Biarlah Imran sendiri yang menyelesaikan masalahnya.

“Baik boss!” balas Julia sambil menyambung kembali suapan yang terbantut sebentar tadi.




ZARA menyarung sepasang jeans merah yang dipadankan dengan sehelai t-shirt potongan leher V polos berwarna putih. Sepasang blazer hitam dikeluarkan dari dalam closet, lalu terus disarung. Rambutnya yang berwarna perang beralun dibiarkan bebas. Hari ini dia hanya mengenakan solekan tipis, seperti selalunya. Tas tangan dan kunci kereta dicapai sebelum dia berlari-lari anak menuruni tangga ke tingkat bawah.

“Zara!”

Zara mengurut dada apabila mendengar jeritan kedua-dua orang kakaknya. Dia menarik kerusi sebelum melabuhkan duduk di sebelah Durrani. Jam di pergelangan tangan kiri dikerling sekilas. Tepat lapan pagi. Waktu dia masuk bekerja adalah pada jam sembilan pagi. Masih awal lagi, fikirnya.

“Zara, mana Clown?” soal Rasya apabila Zara sudah pun mula mengunyah nasi lemak air tangan Puan Saidah. Zara hanya menjungkit bahu. Nasi lemak Mama lagi best daripada soalan Akak tu, ujar Zara dalam hati.

“Yalah, Zara. Apa mimpi pakai macam ni? Nak bocorkan rahsialah ni?” soal Durrani pula.

Apabila soalannya tidak berjawab, Durrani menarik pinggan Zara sebelum meninggikan tangannya ke udara.

“Along! Zara nak makan ni,” rengek Zara sambil menampar paha Durrani.

“Jawab soalan Along dulu,” ugut Durrani.

Zara berdecit sekali sebelum sepotong timun diambil dan dimasukkan ke dalam mulut.

“Zara dah tak nak tipu orang dah. It’ll only makes the situation become worse. Puas hati? Bagi balik pinggan Zara,” jawab Zara.

Durrani kembali meletakkan pinggan si adik bongsu ke meja.

“Kan senang. Jawab jelah,” sampuk Rasya.

Zara tidak menjawab, sebaliknya hanya menjelirkan lidah. Dia kembali menyambung aktivitinya dengan menyuapkan nasi ke mulut.

“Baguslah, Zara. Orang dah takkan cakap benda buruk fasal Zara,” puji Puan Saidah.

Zara mengangguk-anggukkan kepalanya. Ya, dia tidak mahu digelar penipu lagi. Biarlah dia menjadi diri sendiri, itu lebih baik.

“Sya, cuba tengok jam tu dah pukul berapa.”

Rasya menyinsing sedikit lengan bajunya.

“Papa! Kenapa baru sekarang sedarkan Sya? Sya dah lambat ni!” rungut Rasya apabila menyedari dia sudah hampir terlewat ke tempat kerja.

“Sya yang asyik berborak,” balas Encik Jamaluddin. Dia tersenyum kecil melihat telatah anak-anaknya. Sudah dewasa, namun masih bersikap keanak-anakan.

“Sya pergi dulu, Pa,” ujar Rasya sambil bersalam dengan bapanya. Pipi bapanya dicium. Sudah menjadi kebiasaan anak-anak Encik Jamaluddin mencium pipi ibu dan bapa mereka sebelum keluar rumah.

“Baik-baik bawak kereta tu,” pesan Puan Saidah.

Rasya mengangkat tangan kanannya dan jari jemarinya membentuk huruf ‘O’.




ZARA melangkah masuk ke dalam pejabat sambil menghadiahkan senyuman buat semua pekerja lain. Sesekali, dia menundukkan kepalanya.

“Siapa tu?” soal Adilla sambil merapati Amani yang juga sedang memanjangkan leher, cuba mengenalpasti siapakah gerangan gadis cantik yang sedang berjalan mendekati mereka.

“Good morning, Amani, Adilla. Encik Zarif dah masuk ke?” sapa Zara apabila dia sudah berada di hadapan meja Amani.

“Cik Zara?!” soal Amani dan Adilla serentak. Kedua-dua mereka terjerit kecil apabila mengetahui gadis yang cantik itu adalah Zara. Zara Sofea yang nerd dan selekeh.

Amani dan Adilla meneliti pakaian Zara dari atas ke bawah. Stiletto merah melekat pada kakinya. Dia benar-benar sudah berubah.

“Amani? Adilla?”

Teguran Zara mematikan lamunan kedua-dua gadis itu.

“Ya, ya, Cik.. Cik Zara. Ada. Eh, belum lagi. Kejap lagi masuklah tu. Cik Zara nak hot chocolate?”

“Boleh juga,” ujar Zara dalam senyuman, turut membalas senyuman Amani. Dia kemudiannya berlalu masuk ke dalam biliknya.

Tubuhnya dihempas ke kerusi empuk miliknya. Marah lagikah Zarif? Ah, harap tidak. Dia sudah menjadi dirinya yang sebenar. Benar kata Imran. Dia tidak harus berbohong. Dia sepatutnya menunjukkan dirinya yang sebenar kepada semua orang sejak awal lagi.

Zara menarik nafas panjang. Dia akan bersabar sehingga Zarif tiba di pejabat. Dia harus menerangkan perkara sebenar kepada Zarif.




ZARIF meletakkan briefcasenya ke meja. Semasa dia ingin masuk ke dalam pejabatnya tadi, dia terpandangkan Zara. Zara a.k.a Feana. Tiada lagi kaca mata tebal mahupun solekan tebal seperti selalunya. Cara pemakaiannya juga berubah seratus peratus. Seolah-olah dia bukannya Zara yang semua orang kenal.

Zarif menarik nafas dalam-dalam. Kertas-kertas kerja yang baru disiapkan semalam dikeluarkan. Fikirannya jauh menerawang, teringatkan kata-kata ibu bapanya. Mereka menyuruh dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan. Walau apa pun, Aqilah adalah calon yang terbaik bagi mereka. Sungguh dia tersepit di antara kehendak ibu bapanya dan juga kehendak diri sendiri. Selalunya dia akan berbincang dengan Zara sekiranya dia berhadapan dengan masalah. Namun, kini dia sudah tidak mampu mempercayai Zara.

Ketukan di pintu mematikan lamunannya. Kelihatan Zara datang ke biliknya dengan mug di tangan.

“Zarif..”

Panggilan itu membuatkan hati Zarif sedikit terusik. Bahagia yang baru sahaja datang menyapa sudah pun lenyap dalam masa sekelip mata.

Wajah Zara langsung tidak dipandang. Dia berpura-pura sibuk dengan draft yang diminta oleh Tuan Irshad dua hari lepas. Draft cadangan untuk mereka cipta produk terbaru daripada Electro Holdings.

“Zarif..”

“What will people think if they saw a man who’s getting married alone with another woman?” potong Zarif.

Zara dapat merasakan lututnya sedikit lemah mendengar pengakuan Zarif. Jadi, dia bakal berkahwin dengan Aqilah. Zara menarik nafas dalam. Terasa dirinya dihina Zarif. Bibirnya digigit perlahan.

Zarif langsung tidak mengendahkan perasaan Zara. Dia kembali membuat pengiraan. Electro Holdings akan membaikpulih kekurangan yang ada pada motherboard keluaran mereka dan sudah pasti penambahbaikan kali ini akan menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada model motherboard daripada syarikat-syarikat lain.

Zara masih lagi berdiri di hadapan Zarif. Entah apa yang ditunggu, dia sendiri tidak pasti.

Zarif mengangkat muka.

“Ada apa-apa nak cakap? Make sure you’re here atas urusan kerja,” kata Zarif apabila pandangannya bertembung dengan anak mata Zara.

Lain benar Zarif yang ini dengan Zarif yang pernah Zara kenali sebelum ini.

“Amani mintak saya hantarkan air ni pada awak. Saya keluar dulu,” ujar Zara.

Mug yang berisi kopi diletakkan ke meja. Jari jemarinya digenggam erat, demi mencari sisa-sisa kekuatan yang masih tinggal. Langkahnya laju diatur menuju semula ke pejabatnya tanpa menoleh ke belakang.

Zarif memanggung kepala. Bayangan Zara sudah menghilang di balik pintu. Dada yang terasa sakit disentuh perlahan. Rasa bersalah kerana menyakiti hati Zara sebentar tadi segera diusir. Namun, terasa hatikah Zara?




ZARA berdiri, merenung keluar. Jelas kelihatan bangunan-bangunan pencakar langit tegak berdiri di bawah langit membiru daripada tingkap kaca yang memagari pejabatnya. Dia berpeluk tubuh sambil matanya tertancap pada bangunan-bangunan konkrit di hadapan mata.

Kata-kata Zarif tadi benar-benar menghiris hatinya. Perlukah Zarif bertindak seperti kanak-kanak dengan melayannya sebegitu? Bagaimana dia harus meminta maaf dan mengaku salahnya pada Zarif sekiranya lelaki itu tidak mahu mendengar apa-apa daripadanya? Kenangan beberapa tahun lalu kembali menyapa.

 
“Hoi, budak! Berani ya kau dekat dengan Kimi?”

Suara yang menjerit itu bagaikan halilintar yang datang menyerang. Segera Zara mengurut dadanya. Terkejut mendengar sergahan itu.

“Apa maksud Akak ni?” soal Zara kehairanan.

Waktu itu dia baru sahaja berada di tingkatan empat. Memang menjadi kebiasaan untuk memanggil senior dengan panggilan ‘abang’ dan ‘kakak’. Munirah, pelajar tingkatan enam bawah yang terkenal dengan sikapnya yang suka mencari fasal dengan pelajar lain di sekolah itu datang tanpa diundang.

“Tak payah nak berlakonlah. Kau jangan ingat kau cantik, kau boleh goda mana-mana lelaki dalam dunia ni? Datang dari mana, aku pun tak tahu. Emak bapak kau tahu ke perangai busuk kau ni?”

Zara pantas berdiri. Buku tulis yang dipegangnya dihempas ke meja.

“Jangan nak babitkan parents saya dalam hal ni. Saya datang sekolah sebab nak belajar, bukannya nak menggatal!” balas Zara lantang.

Seluruh isi kelas Empat Sains 1 itu terpempan mendengar kata-kata Zara. Berani sungguh Zara berkata begitu. Memang sah Munirah akan mencari cara untuk membalas dendam.

“Kau nak tahu tak, sebab kau Kimi dah mintak clash?” marah Munirah lagi. Kali ini, suaranya diperlahankan.

Zara berpura-pura tidak mendengar, sebaliknya kembali duduk di kerusinya. Dia kembali sibuk membaca buku rujukan Biologinya.

Munirah mencekak bahu Zara sekuat hati.

“Kau jangan nak kurang ajar dengan aku. Nanti tak fasal-fasal kecantikan kau yang akan binasakan kau,” ujar Munirah dalam nada sinis. Sinis dan mengugut.

Dalam rasa terganggu dek ugutan Munirah, Zara menolak tangan Munirah yang mencengkam bahunya.

“Truth or dare!” balas Zara, tak kurang juga sinisnya.

Munirah menganggukkan kepala. Ada senyum sinis yang terukir di bibir.


Zara tersedar apabila air matanya jatuh membasahi pipi. Air matanya segera dilap. Pantulan wajahnya pada cermin tingkap itu dilihatnya. Salahkah jika ditakdirkan lahir dalam keadaan ini?

“If those things ever happened to you, I don’t care. I’ll still accept you no matter what.”

Zara memejamkan matanya apabila kata-kata keramat itu kembali menjengah. Sudah bertahun dia cuba melupakan semua itu. Namun, hanya sekelip mata sahaja diperlukan untuk mengimbas kembali apa yang sudah hampir dilupakan. Andai saja waktu mampu diundur..




ZARA berjalan di tepi kolam renang yang terhampar di sudut luar banglo mewah milik Dato’ Musa. Zara mendongak, merenung langit. Bulan dan bintang bersinar di dada langit yang kelam. Gadis diibaratkan secantik bulan purnama. Bukankah permukaan bulan itu berkawah?

Teringat pula dia pada Zarif. Mereka sering bertengkar tentang kaitan bulan dengan seorang gadis. Bagi Zara, tidak relevan seseorang itu diibaratkan seperti bulan. Bulan jauh nun di atas sana manakala dia berada di bawah, sering mendongak untuk mencari bulan.

Usai sahaja makan malam, keluarga Dato’ Musa dan Encik Jamaluddin masing-masing duduk berbual di ruang tamu. Zara tidak mahu ikut serta memandangkan dia tidak tahu apakah yang harus dibualkan dengan mereka. Tentu-tentu dia hanya akan menjadi pendengar setia. Demi mengelakkan dia bosan dan mengantuk, dia memilih untuk duduk di luar sahaja.

“Tak sejuk ke?”

Zara menoleh. Kelihatan Imran sudah pun berada di belakangnya. Imran menyeluk saku seluarnya apabila terasa kesejukan sudah mula mencengkam. Dengan hanya sepasang double pockets cargo pants rona hitam yang sedikit melepasi lutut dan sehelai kemeja T tanpa kolar berwarna putih, Imran tetap mampu menyerlah. Santai, namun kacak.

Zara menggelengkan kepalanya. Dia kembali mendongak dan merenung ke langit.

“Kenapa tak duduk dekat dalam je?” soal Imran apabila dia sudah mengambil tempat di kerusi kayu yang berada lebih kurang dua meter dari tempat Zara berdiri.

“Takut bosan nanti,” akui Zara.

Imran tesenyum kecil. Lampu yang terang benderang di sekitar kawasan kolam renang itu memudahkan Imran untuk melihat Zara.

Buat seketika, mereka berdua hanya diam melayan perasaan masing-masing. Secara jujurnya, Zara dapat merasakan ada jurang di antara dia dan Imran. Bukan saja dari segi kemewahan, namun terlalu banyak kekurangan yang ada padanya. Bagaimana seseorang seperti Imran mampu menyukainya? Dia dan Imran ibarat langit dengan bumi.

“Macam mana dengan kawan Zara tu?”

Zara kembali ke alam nyata apabila soalan Imran menjengah.

“Macam mana? Failed. Maybe I should tunggu dulu sampai dia okey. Just like what you’ve said before.”

Imran menganggukkan kepalanya. Dia bangun dan kembali mendekati Zara. Zara masih lagi kaku seperti tadi.

“Zara!” sergahnya.

Zara benar-benar terkejut. Badannya hampir sahaja gagal diimbangi. Mujurlah Imran cekap menangkap tangannya. Zara mengurut dada apabila Imran melepaskan tangannya. Tawa Imran benar-benar membuatkan Zara geram.

“Oh, nak kenakan Zara, ya? Come here!”

Belum sempat Imran melarikan diri, tubuhnya sudah pun terapung di udara sebelum selamat mendarat ke dalam kolam.

“Zara! Sejuklah!” marah Imran apabila kepalanya timbul di permukaan air.

Zara yang tadinya risau apabila Imran tidak muncul kini ketawa terbahak-bahak. Kasihan Imran. Basah kuyup dibuatnya. Lidahnya dijelirkan sambil ketawa geli hati.

“Zara, bila Abang naik atas tu karang, siaplah! Abang campak Zara pulak,” ugut Imran. Dia berenang mendekati tangga untuk naik. Zara sudah bersedia untuk melarikan diri sebelum..

“Zara? Im?”

Imran dan Zara saling berpandangan. Mulut Zara sudah separa terbuka. Rasya?

Hadirnya Cinta Terindah 16

ZARIF mengurut ubun-ubun dengan ibu jari dan jari telunjuknya. Kepalanya sudah pun pening memikirkan segala kemungkinan. Sejak pulang dari hospital semalam, pelbagai soalan mula menyempitkan hatinya, membuatkan nafasnya kian sesak. Siapa Doktor Imran pada Zara?

“Encik Zarif?”

Zarif segera memanggung kepala. Wajah Amani direnungnya. Lama.

“Ya. Ada apa?” tanyanya malas.

“Saya mintak maaf sebab main masuk je dalam bilik Encik ni. Tapi saya dah ketuk banyak kali. Encik yang tak jawab, jadi saya masuklah. Err.. ada orang nak jumpa,” ujar Amani, menjawab soalan Zarif.

Zarif mengerut dahi. Siapa?

“Saya dah suruh cik tu tunggu dekat bilik mesyuarat. Saya mintak diri dulu, nak sediakan air.”

Zarif hanya mengangguk sehingga bayang Amani sudah hilang di pandangan. Siapa pula yang ingin berjumpa dengannya? Dengan rasa malas, dia bangun juga dan menuju ke pintu. Sudah banyak soalan yang menyesakkan nafasnya.

Sampai sahaja di bilik mesyuarat yang berada di tingkat yang sama dengan pejabatnya, Zarif bergerak ke arah pintu. Terbuka sahaja pintu itu, kelihatan Aqilah sedang duduk membaca surat khabar dengan tenang.

Zarif berdehem, cuba mencuri perhatian Aqilah. Aqilah segera melipat surat khabar di tangan sebelum meletakkannya ke meja kopi di hadapannya. Dia tersenyum memandang Zarif.

“Hai! Sorry datang tak bagitahu kau dulu,” pohon Aqilah apabila Zarif melangkah mendekatinya.

Zarif tersengih sebelum duduk bertentangan dengan Aqilah. Mujurlah bilik mesyuarat ini ada menyediakan ruang menunggu seperti ini. Bilik menunggu yang sebelum ini terlalu sempit. Bilik yang sekarang ini lebih selesa dan nyaman.

“Tak apa. Aku pun tengah stress dengan kerja. Kau datang, legalah sikit. Anyway, kenapa kau datang sini?”

Aqilah terdiam sebentar. Apa yang harus dikatakan kepada Zarif? Adakah dia patut bertanya sama ada Zarif setuju atau tidak dengan cadangan keluarga mereka? Ah, nampak macam terhegeh-hegeh. Bila nak langsung? Nampak sangat tak sabar.

“Err.. fasal family kita. Aku.. aku..”

“Oh, fasal tu. Aku rasa kelakar. Kau tak rasa kelakar ke? Cuba bayangkan, kita dah kawan dari kecik, tiba-tiba kita nak kahwin. Kelakar habis,” potong Zarif sebelum sempat Aqilah menyambung kata-katanya. Ada tawa yang mengiringi hujung ayatnya.

Aqilah terkejut mendengar kata-kata Zarif.

“Kau rasa kelakar? Aku tak rasa macam tu. Maybe family kita nak satukan kita sebab kita dah kenal sangat perangai masing-masing. Family kita pun rapat,” balas Aqilah tenang. Terasa ada calar pada hatinya apabila mendengar Zarif ketawa begitu. Tiada apa yang kelakar jika semua ini adalah takdir mereka berdua.

Tawa Zarif berhenti serta-merta. Kepalanya digelengkan beberapa kali.

“Aqilah.. keputusan ni mendadak sangat. Kau bukannya tak tahu, kita masing-masing tak ada perasaan pada each other. Aku takkan berkahwin kalau bukan atas dasar cinta.”

Aqilah tunduk merenung jari-jemarinya sendiri. Beberapa saat kemudian, dia memanggung kepala. Wajah Zarif ditatap.

“Tapi kita boleh cuba.”

Hampir melompat Zarif dibuatnya apabila mendengar kata-kata Aqilah. Aqilah ni biar betul? Takkanlah?

“Kalau boleh aku tak nak hampakan harapan ibu ayah aku. Aku kenal kau, family kau. Kenal sangat. Jadi, aku rasa mudah untuk masuk dalam family kau. Aku harap kau fikir masak-masak sebelum buat keputusan,” putus Aqilah.

Baru sahaja Zarif ingin membuka mulut membidas hujah Aqilah, gadis itu terlebih dahulu bangun dan berjalan melepasinya. Inilah kali pertama dia melihat Aqilah bersikap begitu. Pelik!

Zarif menoleh apabila bunyi pintu ditolak seseorang. Kelihatan Amani sedang mendekati dengan dulang di tangan.

“Mana cik tadi?” soal Amani apabila menyedari wanita yang ingin bertemu dengan Zarif sebentar tadi sudah tiada di ruangan itu.

“Dia dah balik. Awak minum je air tu,” ujar Zarif sambil bangun. Dia kemudiannya berlalu meninggalkan Amani termangu-mangu sendirian.

Amani mengerutkan dahi. Apa agaknya yang terjadi? Siapa pula wanita yang datang sebentar tadi?




ZARA memandang wajah Zarif yang sedang tunduk. Sudah lebih sepuluh minit dia duduk di kerusinya tanpa sebarang kata. Hati Zara pula dijentik dengan rasa hairan. Selalunya banyak perkara yang akan dibualkan oleh Zarif, namun lain pula dengan hari ini. Nampaknya dia hanya sibuk melayan perasaan dengan termenung.

“Zarif.. awak kenapa?”

Meluncur juga soalan itu keluar dari ulas bibir Zara. Tidak betah rasanya apabila berdepan dengan Zarif yang ini.

Zarif memanggung kepala. Dia cuba melihat wajah Zara di sebalik kaca mata tebal yang dipakai Zara. Kenapa awak bohong saya?

“Kenapa apa?” soal Zarif kembali, berpura-pura tidak faham akan maksud pertanyaan Zara.

“Awak diam je. Biasanya banyak benda awak nak cerita pada saya.”

Zarif tersenyum tawar. Tepat jam dua belas setengah tengah hari tadi, segera dia memandu menuju ke hospital, ingin bertemu dengan Zara. Namun, dia dapat merasakan kelainan yang mula menjalar di tangkai hatinya. Hatinya tidak setenang selalunya.

“Tak ada apa-apalah. Maybe saya penat,” ujar Zarif.

Zara menganggukkan kepalanya.

“Hmm.. parents saya dah carikan jodoh untuk saya.”

“Siapa?”

Tenang sahaja kedengaran suara Zara bertanyakan siapa yang bakal dikahwinikan dengan Zarif. Zarif pula menelan air liur.

“Best friend saya, Aqilah. Kawan dari kecil,” balas Zarif.

Zara mengukir senyum.

“Baguslah. Awak dah kenal dia. Jadi tak ada masalah rasanya kalau awak dengan dia kahwin. Mesti best kalau saya dapat kahwin dengan best friend saya.”

Sebuah senyuman hambar terbit dari bibir Zarif.

“Awak tak faham apa yang saya rasa, Zara.”

Zara mengerut kening.

“Awak tak beritahu saya, macam mana saya nak faham? Storylah.”

Biasanya, setiap masalah yang datang kepadanya akan diceritakan kepada Zara. Jika dia memberitahu akan masalahnya kepada Zara, akankah da kehilangan seorang Zara Sofea? Mungkin juga. Dan dia harus menerima segala kemungkinan.

“Awak tak faham macam mana rasanya bila orang yang kita sayang tipu kita, khianat kita. And then bila saya belum dapat selesaikan masalah tu, saya kena kahwin dengan orang lain. You’ll never understand how do I feel. Of course, sebab awak bukan di tempat saya. Saya dah fikir masak-masak, boleh ke hati saya ni terima segala yang terjadi ni dengan hati terbuka? I hate liars.”

Zara kelu. Liars? Penipu? Tipu?

“Maksud awak?” tanyanya tanpa merenung ke arah Zarif.

“Kenapa awak tipu saya, Feana?”

Mendengar sahaja nama Feana disebut, mata Zara membulat dengan sendirinya. Sungguh dia terkejut mendengar bait-bait perkataan yang mengetuk gegendang telinganya. Mulutnya terbuka sedikit.

Kebisuan Zara nyata menghampakan Zarif. Dia tidak perlu mempersoalkan siapa sebenarnya Feana kerana realiti itu sudah pun berada di depan mata. Kejadian itu yang membuatkan dia kecewa.

Sewaktu hari Zara pengsan di dalam keretanya, Zarif memandu ke arah hospital berdekatan. Tiba sahaja di tempat meletakkan kereta, dia segera meletakkan keretanya dan tergesa-gesa keluar dari kereta. Pintu tempat duduk sebelah pemandu dibukanya. Apabila tangannya ingin membuka tali pinggang keselamatan yang dipakai Zara, bahunya tidak sengaja terlanggar kaca mata gadis itu. Sewaktu kaca mata itu disimpan ke dalam saku seluarnya, matanya menangkap wajah tenang Zara. Dan masa itulah dia mengetahui hakikat yang sudah hampir empat tahun dilipat kemas dalam ingatan.

Marah, sedih, patah hati dan kecewa bercampur-baur dalam diri. Dia sendiri tidak tahu apakah emosi yang patut ditunjukkan kepada Zara.

“Awak.. saya.. saya..” Zara merasakan ada sesuatu yang menyekat kerongkongnya daripada menghabiskan ayat.

“Saya tak sangka awak sanggup tipu saya. Kalau orang lain, saya boleh percaya. Ini tak, awak. Awak, orang yang saya percaya. Saya ingat awak jujur. Saya ingat awak naif, Zara.”

Zara dapat merasakan sesuatu. Lemas. Ya, lemas mendengar kata-kata Zarif.

“Zarif.. maafkan saya.”

Hanya itu sahaja yang mampu diucapkan. Jenuh dia menahan tangis. Dia benci dipanggil penipu. Tetapi dia memang seorang penipu.

“Maaf je takkan ubah kebenaran, Nur Zara Sofea. Kenapalah selama ni saya tak dapat nampak yang awak ni Feana? Feana yang buat tidur malam saya tak lena! Kenapa awak tipu saya?”

Anak mata Zarif tajam menikam wajah Zara, menanti jawapan daripada gadis itu. Rasa yang baru bercambah bagaikan sudah layu dek penipuan yang baru sahaja terbongkar. Zarif dapat merasakan jantungnya berdegup kencang apabila setitis air matanya jatuh menitik ke atas selimut yang membaluti kaki Zara.

“Saya tak ada niat nak tipu awak. Awak ingat saya suka ke tipu awak? Saya cuma.. cuma tak nak orang tahu siapa saya di sebalik cermin mata yang saya pakai,” kata Zara sambil mengelap air mata yang tumpah dengan belakang tapak tangannya. Dia memandang wajah Zarif dengan segala keberanian yang baru sahaja mampu dikumpul.

Zarif memejamkan mata buat sesaat.

“Kalau awak beritahu saya lebih awal, mungkin..”

“Saya dah cuba. Tapi awak sendiri cakap saya tak mungkin jadi Feana. Macam mana saya nak beritahu perkara sebenar kalau awak ketawakan saya, Zarif?”

“Jadi, awak nak salahkan saya atas pembohongan awak. Macam tu?”

“Tak. Awak, please. Dengar apa saya nak cakap,” tahan Zara apabila Zarif sudah pun bangun dari kerusi.

Baru sahaja Zarif ingin melangkah, Zara memaut lengan Zarif. Tindakan refleks yang tidak disangkanya. Mujurlah lengan Zarif berlapik.

“Saya tak boleh terima kalau saya kena tipu! Saya tahu, mesti awak gelakkan saya setiap kali saya ceritakan fasal Feana pada awak. Patutlah selama ni saya cuba cakap fasal Feana, awak ubah topik. Saya tak boleh terima awak yang khianat saya,” ujar Zarif dengan rasa kecewa. Dapat dirasakan pegangan tangan Zara yang kuat memegang lengannya.

“Jadi, apa masalahnya kalau saya Feana? Kita masih boleh berkawan!” suara Zara sudah meninggi satu desibel.

“Tak, Zara. Awak nak cakap saya childish, terpulang. Nak cakap saya teruk, cakaplah. Saya tak kira orang yang bohong saya tu orang yang saya..”

Belum pun sempat Zarif menghabiskan ayatnya, wajah Doktor Imran dan seorang jururawat perempuan sudah pun terjengul di muka pintu.

Apabila mata Imran bertaut dengan renungannya, pegangan pada lengan Zarif serta-merta dilepaskan. Zara mengesat air mata dengan hujung jari sambil melarikan pandangan ke arah lain. Jantungnya sudah pun berdegup kencang.

Zarif pula terkejut dengan tindakan Zara. Dia merenung ke arah Imran. Jelas ada kelainan yang ditunjukkan oleh wajah kacak itu. Sebagai seorang lelaki, dia dapat menghidu sesuatu di antara Imran dan Zara. Soroklah apa jua perasaan, dia juga seorang lelaki. Masakan dia tidak faham.

Imran melangkah mendekati katil Zara. Bibirnya mengukir senyum buat Zarif. Dicuba maniskan senyumannya itu walaupun hatinya dilanda walang.

“Saya balik dulu, doktor,” ujar Zarif sambil bersalaman dengan Doktor Imran.

Imran hanya memandang pemergian Zarif dengan ekor matanya. Setelah batang tubuh Zarif menghilang, dia kembali menumpukan perhatian kepada Zara yang sedang duduk berlunjur di atas katilnya.

“Syira, awak tolong sediakan ubat. Doktor Chong dah letak slip ubat apa yang patut awak bagi pada Cik Zara. Ada atas meja saya. And call parents Cik Zara,” ujar Imran kepada jururawat yang bernama Syira itu.

“Baik, Doktor,” balas jururawat itu sebelum segera berlalu.

“Hai, Zara. Dah ready nak balik?” sapanya setelah duduk di birai katil yang menempatkan Zara itu.

Zara mengesot sedikit, memberikan ruang untuk Imran duduk. Dia menganggukkan kepalanya. Namun, wajah Imran langsung tidak dipandang.

Imran mati kutu. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Tidak tahu apa yang ingin dibualkan dengan gadis itu apabila Zara kembali bersikap dingin dengannya. Dia mencuba bersikap profesional dan matang. Walaupun dia cemburu melihat adegan yang baru sahaja ditontonnya, dia harus positif. Zara berhak memilih siapa pun untuk masa depannya.

“Zara.. kenapa ni? Tak sudi nak pandang muka Abang ke?”

Hati yang baru tadi terguris mendengar kata-kata Zarif menjadi semakin sayu. Suara Imran lembut menampar cuping telinganya.

“Bila Zara dah keluar hospital, jaga diri baik-baik, ya? Yang penting, makan ikut time. Nanti Abang pesan dekat mama Zara.”

Sekali lagi hati Zara tersentuh dengan kebaikan Imran. Entah mengapa, rasa sayu meresap ke dalam hatinya. Setiap doktor akan berpesan itu dan ini kepada pesakitnya, jadi ianya adalah perkara normal. Tetapi lain pula kali ini. Abang, kenapa Abang layan Zara macam ni?

“Kawan Zara cakap Zara penipu.”

Imran yang sudah pun bersiap sedia ingin bangun tiba-tiba kaku.

“Abang, Zara penipu ke?” soal Zara. Air matanya mula gugur, membasahi pipinya yang putih bersih. Wajah Imran direnungnya dari sisi. Semakin galak pula air matanya mengalir.

“Did he find out the truth?” tanya Imran tanpa memandang Zara.

“Ya,” jawab si gadis sepatah.

Imran mengangguk.

“For now, let him be. Mungkin dia still marah. If he is that important to you, come once he’s feeling better,” nasihat Imran. Dia masih mampu tersenyum biar pun hati dilanda badai dan taufan.

“Sampai bila Zara nak tunggu?”

Zara menggigit bibir apabila Imran sudah pun bangun dari duduk tanpa menjawab pertanyaannya. Lelaki itu berdiri sambil memasukkan kedua-dua belah tangan ke dalam saku seluar dan membelakangi Zara. Tiada pula jubah putih yang melekat pada tubuhnya. Hanya ada steteskop sahaja yang tergantung pada batang lehernya. Dia kemudiannya berpaling menghadap Zara.

“Zara, sometimes kita kena belajar menunggu to get something yang kita nak. It doesn’t matter how long you’re waiting, or how many years has been passed, just think about what do you want to have. It’s worth waiting for something good, Zara. Even if Abang tak dapat apa yang Abang tunggu, Abang puas hati. Ada ganjaran untuk orang yang bersabar,” kata Imran panjang lebar.

Zara menelan air liur. Air mata kering dengan sendirinya.

“Take care. If ada apa-apa, call Abang. I’ll always be there. Fasal kawan Zara tu, don’t worry. Abang sure Zara dengan dia akan berbaik semula. Believe me. And next time, please show the real you. Bila Zara kena kutuk sebab imej palsu Zara, it’s hurting me just by looking. Untuk sekali ni, dengar cakap Abang. Please? Abang tak nak apa yang kawan Zara cakap pada Zara tadi, Zara dengar dengar dari orang lain for the second time. And remember this, don’t forget to put a smile on your face. Then, you’ll look great.”

Habis sahaja berkata-kata, Imran berjalan keluar dari wad itu, meninggalkan Zara sendirian.

Zara memegang dadanya. Ada degupan yang masih terasa. Jika dikira, pasti degupan jantungnya lebih daripada paras normal. Kata-kata Imran berlegar-legar di fikiran. Dia tahu benar maksud Imran tentang penantian yang diperkatakannya sebentar tadi. Jika apa yang ditunggu tidak menjadi miliknya, dia sudah berpuas hati. Apa maksud sebenar Imran? Adakah dia sudah puas menunggu? Berputus asakah dia?

Di luar wad pula, Imran bersandar pada dinding. Kelopak matanya dirapatkan. Belum pernah ada perempuan yang mengetuk pintu hatinya seperti yang dilakukan Zara. Nafasnya ditarik dalam-dalam. Dia tidak ingin tewas dengan permainan emosinya sendiri. Jika dia bukan milikku, jauhkanlah rasa ini Ya Allah, doa Imran dalam hati buat kesekian kalinya. Wajahnya diraup dengan tapak tangan sebelum dia bergerak ke pejabatnya.




“YA, Amani. Tolong beritahu Tuan Irshad saya tak masuk petang ni. Saya ada masalah peribadi,” ujar Zarif, memaklumkan dia tidak akan masuk ke pejabat semula petang itu.

Tanpa menunggu jawapan Amani, Zarif terus menamatkan panggilan. Pintu kereta ditolak dan dia segera membolos keluar dari Mercedes Benz SLRnya. Setelah pintu kereta ditutup, dia berjalan ke arah pantai yang terbentang luas. Tanpa disedari, dia sudah pun berada di Port Dickson. Demi melegakan rawan di hati, dia akhirnya ingin berjalan-jalan di tepi pantai.

Kaki seluar sudah dilipat ke paras betis. Sandal yang berada di tempat duduk sebelah juga sudah dipakai. Walaupun hari ini merupakan hari bekerja dan waktu pejabat masih belum tamat, pantai itu masih mempunyai pengunjung. Zarif berjalan melewati pantai yang berpasir putih itu.

Dia kemudiannya berhenti apabila nama Zara kembali singgah di benaknya. Apakah benar keputusannya memarahi Zara seperti tadi? Mujur juga Doktor Imran muncul tadi, fikirnya. Jika tidak, pasti banyak lagi perkara yang akan dibahaskan dengan Zara. Tanpa dia sendiri mengetahui, persahabatan yang sudah terjalin sejak mereka menuntut ilmu lagi sudah pun terputus. Terputus? Ataupun belum?

Nur Zara Sofea. Namanya secantik wajahnya. Namun, mengapa harus dia berbohong dan berpura-pura menjadi orang lain. Dia tidak tahu adakah dia mampu memaafkan Zara atau tidak.

“Lelaki dengan perempuan tak boleh jadi best friend selama-lamanya. Little by little, nanti jadi lovers. Percayalah cakap aku.”

Kata-kata Hafiz dua tahun lalu kembali berputar di minda. Tidak semestinya begitu. Ada juga cinta platonik di antara lelaki perempuan. Tiada rasa cinta seperti pasangan kekasih. Buktinya dia dan Aqilah. Tetapi kali ini, dia membenarkan hatinya terpaut pada Zara. Salahnya adalah mencintai Zara, manakala Zara bersalah kerana berbohong. Jika dia tidak mencintai Zara, akankah dia memaafkan Zara setelah kebenaran itu terbongkar? Mungkin juga. Namun, setiap perhubungan berlandaskan kejujuran. Ah, dia tidak boleh terlalu lembut hati. Akan tiba masa bila semua rasa ini hilang, ujar Zarif dalam hati.




“WELCOME home, Adik!” jerit Durrani apabila Zara dan kedua ibunya melangkah masuk ke dalam rumah.

Bibir Zara menguntum senyum. Gembira apabila kakak-kakaknya menyayanginya. Segera dia mendakap Durrani dan Rasya.

“Zara macam dah kurus je ni. Esok Mama masakkan favourite food Zara,” ujar Rasya apabila pelukannya pada Zara dilepaskan.

“Ada ke suruh Mama. Akaklah yang kena masak! Betul tak, Along?” balas Zara sambil menampar lengan Rasya.

Rasya ketawa besar.

“Memang Akak nak masak. Tapi, Akak tak tahu nak masak. Along dengan Mamalah masak. Sya jadi assistant je,” ujar Rasya, ingin menang.

“Along tak nak masak. Jangan harap Along nak bagi Mama masak esok. Sya yang cakap, so Syalah yang kena masak.”

“Along!” jerit Rasya.

Sekali lagi ruang tamu itu dipenuhi gelak tawa tiga beradik itu. Puan Saida memandang suaminya dengan senyuman. Senyuman si isteri dibalas dengan penuh keikhlasan. Moga rumah ini sentiasa disinari bahagia, doa mereka dalam hati.




GETARAN dari telefon bimbit Imran membuatkan telefonnya itu bergerak-gerak. Imran yang asyik membaca buku Surgical Exposures in Orthopaedics : The Anatomic Approach hasil tulisan Stanley Hoppenfeld merasakan tumpuannya terganggu. Dengan berhati-hati, buku kesayangannya itu ditanda sebelum ditutup. Dia meraba-raba meja sisi katilnya, mencari telefon bimbit.

Ada ikon mesej yang terpapar pada skrin telefonnya. Ikon itu disentuh menggunakan ibu jari. Zara?
‘Salam. Abang, thanks. 
I’ll do as what you’ve said earlier. 
You too. You should smile a bit more. 
Then, you’re the real Imran Haikal.’

 
Berkali-kali Imran membaca pesanan yang baru diterimanya. Bermimpikah dia?


‘Waalaikumussalam. If so, alhamdulillah.
 Abang nak tengok Zara senyum dulu, then I’ll follow. 
Thanks. Your text message cheered me up. It does. 
I can only look at you without touching you, love.’


Imran menggenggam telefon bimbitnya, berharap akan ada balasan daripada si pujaan hati. Kembang hatinya apabila membaca pesanan itu. Bagai pokok yang tadinya layu sudah disirami air, perasaannya kembali subur. Selang beberapa saat kemudian, telefon bimbitnya bergetar lagi.

‘Jiwang? Sorry sebab layan Abang dengan teruk selama ni. 
Abang taklah seteruk tu. My bad. 
Sorry sangat. May we’ll meet again. Good night.’


Imran melekapkan tapak tangan ke dada. Jelas terasa degupan jantungnya yang laju. Adakah pesanan itu membawa maksud positif untuk dia meneruskan penantian? Hatinya berbunga riang. Dalam diam, dia mengucapkan syukur ke hadrat Yang Maha Esa. Alhamdulillah, ucapnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...