Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

Memaparkan catatan dengan label Koir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Koir. Papar semua catatan

20 September 2012

Kalah Pun Kalah La...

Assalamualaikum and selamat sejahtera...


Dua hari lepas (18.9.2012) bersamaan hari Selasa, aku dengan 15 orang lagi staff Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) terlibat dengan pertandingan akhir koir untuk peringkat Jabatan. Untuk makluman korang, pertandingan koir ni adalah salah satu kategori yang dipertandingkan sempena sambutan Hari Inovasi JPBD Tahun 2012. Peringkat saringan bagi semua kategori yang dipertandingkan telah pun diadakan pada bulan Julai yang lalu. Kumpulan koir kitorang (Kumpulan ANUGERAH) sangat bernasib baik apabila terpilih ke peringkat dengan mendapat mata tertinggi. Happy gilerrrrr.. Hehe.


Walau bagaimanapun, kitorang terpaksa akur kepada keputusan juri pada pertandingan akhir. Kitorang dah usaha sehabis baik. Cuma nasib tak menyebelahi. Walaupun kalah, kitorang terima dengan hati terbuka. Jadikan sebagai pengalaman. Mungkin kitorang perlu study balik apa yang kurang dalam persembahan kitorang haritu. Boleh jugak diperbaiki kekurangan yang ada. Sape tahu, mungkin tahun depan nasib menyebelahi kumpulan kitorang pulak. Hehe. Apa pun, tahniah kepada Kumpulan Melodious dari JPBD Perak yang dipilih menjadi juara. Memang layak jadi juara pada pandangan aku. :p


Hurmmm.. Takpe la kan.. Kalah pun kalah la. Janji kitorang enjoy join pertandingan koir ni. Hehe. Next time, kitorang akan try buat yang lebih baik lagi. InsyaAllah. Ok la. Malas nak taip panjang-panjang. So, jom tengok gambar sekitar hari pertandingan. :-)


Geng Merah.

Geng Pink.
Geng Biru.
Geng Coklat.
Ketua kumpulan Koir ANUGERAH dengan wife nya yer..
Busy buat persiapan and pakai mekap. :p
Situasi belakang pentas. Hakim muka mengantuk je. Haha
Ahli lelaki. Baju kuning tu konduktor. Yang lain penyanyi. Hehe
Ahli kumpulan daripada kaum wanita pulak.
Pose ape ni ek? Pelik je.. Huhu..
Pinky boy yang suka sangat tangkap gambo sendiri. Huhu
Kenpa yang kat tengah tu senyum macam menang Miss World pulak ni? Haha
Tiga jejaka. Tiga-tiga dah berpunya. Dua dah kawen. Yang baju hijau/biru tu pulak, bakal berkahwin dalam hujung minggu ni kalau tak salah. Selamat Pengantin Baru ye.. :-)
Merah and kuning. Dua kombinasi warna yang bole mewujudkan bendera salah satu negeri kat negara ni. Yer.. Pandai pun. Bendera selangor. Hehe.
Beberapa orang ahli dari pasukan koir Bahagian RFN yang berjaya mndapat tempat ketiga. Tahniah! :p
Dorang semua ni pandang sape la agaknya time ni. Hurmmmm
Awat konduktor berjalan sambil pejam mata ni. Yang bakal pengantin tu pulak buat apa pulak ek? Pelik-pelik je dorang ni. Huhu
Pose budak baru konvo dari tadika Kemas. Hahaha
Muka lepas kalah. Hehe. Masih ceria lagi okeh. :-)
Mesyuarat tergempar tepi jalan. Bas tak dapat nak ambik. Adehhhh..
Akhirnya, terpaksa menapak and mendaki bukit untuk pergi ke KL Sentral yang kebetulan seberang je dengan tempat pertandingan (Auditorium, Muzium Negara). Nasib badan.. Huhu
Walaupun penat, sempat lagi tu nak bergambar. Ish ish ish
Happy sangat yer naik tangga tu. Haha
Ada sesiapa kehilangan anak? Sila tuntut cepat ye individu dalam gambar ni. Hahahaha
Kat sini pun sempat jugak korang pose ek.. Adeh..
Dah penat jalan tengah panas, kita pekena ais dulu la. Baru sedap. Hehe. Mujur la tak lama lepas tu, ada bas Jabatan yang nak datang ambik kitorang. Thanks kepada anda yang baik hati itu. Huhu. Aku pulak terus balik naik LRT. Dah alang-alang ada kat KL Sentral kan. Hehe.


Nota Cik Rimau : Campur final haritu, dah dua kali kot Cik Rimau demam time pertandingan dah dekat. Suara habis lari. Naik takut pulak nak join. Takut jadi punca kekalahan. Hehe.

11 Julai 2012

Tahniah Team Koir BKP 2012

Assalamualaikum and selamat malam semua...


Harini aku sangat-sangat happy. Haha. Happy kenapa? Happy sebab team koir yang aku join berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Hehe. Baru first time aku join, dah dapat rasa bertanding kat final. Wahhhhhhhh... Errrkkk.. Jap.. Tiba-tiba seram sejuk. :p


Untuk makluman korang, kumpulan koir yang aku join ni dianggotai oleh pegawai-pegawai daripada empat seksyen di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP). Kiranya kitorang jadi wakil untuk BKP la. Team ni ditubuhkan untuk menyertai pertandingan koir sempena Hari Inovasi jabatan. Kitorang berlatih lebih kurang sebulan. Walaupun terpaksa balik lambat daripada masa biasa, kira berbaloi la hasil yang kitorang dapat ni. Tak sia-sia usaha. Tapi pada aku, aku tak banyak bagi sumbangan pun kat team ni. Dah la turun latihan lambat. (Ikut arahan wooo.. Hahaha) Pastu, boleh pulak Isnin tu aku demam. Habis suara jadi lain. Malangnya nasib. Huwaaaaaa.. Tadi pun nyanyi tak berapa nak kuat. Keadaan suara tak mengizinkan aku untuk tolong team aku. Huhu. :-(


Depan tandas pun posing jugak. Huhu.

Bergambar bersama bos-bos. :D

Lagu pertama : Untukmu Malaysia. Lagu kedua : Kalau Berpacaran.



Ada rupa cover movie tak?? Hahaha

Dua gambar kat bawah tu, masa kitorang merayap ke Alamanda. Program dijadualkan sampai petang. Keputusan pertandingan koir pun diumumkan masa penutup majlis. So, kitorang jalan-jalan kejap hilangkan boring. Dapat la tengok The Amazing Spider-Man untuk kali kedua. Best wooooo.. Hahaha. Tapi lepas tu, kitorang terus balik ke tempat program berlangsung. Walaupun agak mengantuk nak tunggu sampai program tamat, terpaksa la jugak tahankan diri. Program tamat dekat-dekat nak pukul 6.30 petang. Lama kan? Huhu. 



Nota Cik Rimau : Lepas ni lagu apa pulak la ek kitorang nak nyanyi untuk pertandingan akhir koir ni nanti. Nak masuk ke tak ek??? Haha. Tak nak jadi punca team kalah. Huhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...