Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan. Papar semua catatan

07 September 2011

Jamuan Hari Raya SSM Part 1

Assalamualaikum and selamat pagi semua..


Harini pejabat aku ada buat potluck. Terpaksa la aku datang awal sebab kunci office aku yang pegang. Disebabkan aku kena bawak buah yang agak banyak and berat, terpaksa la aku tumpang Kak Su. Tak payah naik bas harini okeh. Sampai-sampai je tadi, aku tengok Kak Liza and Tuan Syed dah tercegat berdiri kat luar office. Kesian dorang. Huhu.


Bila bukak je pintu office, masing-masing sibuk keluarkan apa yang dorang bawak tu and letak kat pantry. Banyak betul makanan harini. Macam-macam jenis. Nak tau apa makanan yang ada? Antaranya : nasi dagang, nasi impit + kuah kacang, lemang + rendang daging or ayam, laksa johor, spaggeti, ketupat palas, satay, kerepek-kerepek, kek, kuih raya and lain-lain lagi. Banyak tak? Confirm kenyang sampai ke petang. Kitorang sarapan sekejap tadi pun bedal nasi impit tu je. Belum tentu habis tu. Staff SSM baru 19 orang. Jemputan pulak tak sampai 10 orang. Mesti banyak lebih punya. Huhu.


Ok. Tak payah aku nak story panjang. Korang tengok jela gambar yang sempat aku ambik masa kitorang busy mengemas office semalam. Gambar untuk jamuan harini malam nanti aku upload. Itu pun kalau aku tak busy makan. Haha. Kot la busy layan tetamu sampai tak sempat nak bergambar. Hehe.


Muka-muka kepenatan lepas sibuk mengemas.

Bajet tengah beraya gamaknya. Haha

Kesian tengok lapik meja tu. Hehe. Janji ada lapik sudah. Ye tak? :-)

Hiasan ni memang dah ada sejak bulan puasa lagi. Cantik tak? Hehe.

Ini la rupa ruang menunggu SSM a.k.a tempat di mana jamuan hari raya SSM bakal berlangsung pukul 10 or 11 pagi ni.

Lampu ketupat tu aku tak pasti la pernah dimatikan suisnya ke tak.. Huhu.

Ini carta organisasi SSM ye kawan-kawan. Cuba cari mana aku. Hak hak hak. (Kalau nampak la. :-) )

Kuih raya yang diletakkan ke dalam bekas yang macam-macam jenis. Tak seragam betul kan? :-)

Pasu besar ni Pak Syed dera aku and Kak Suhana letak kat situ. Berat siot!

Ini jela kuih raya yang ada. Lain-lain letak kat meja lain. Huhu.

Ok la. Itu jela untuk pagi ni. Nak tolong mana yang patut. Nanti aku story lagi ye. 



Nota Cik Rimau : Malangnya harini Kak Ziha tak dapat join sama. Dia ada kecemasan and terpaksa balik kampung harini jugak. Kurang sorang. Hurmm...

17 April 2011

Tempe

Assalamualaikum and selamat malam..


Aku tengah layan cerekarama kat tv3 ni. Tak pasti pulak apa tajuknya. Tapi best jugak. Ada Wahid, Kaza and Maimon Talib yang agak kelakar wataknya. Jadi family Jawa tu. Jual tempe macam-macam perisa. Tak pernah aku jumpa. Haha. Tak silap aku tajuknya Wan Tempe ke London. Best la jugak. Memang patut la pun kan dorang jadi watak family Jawa. Dah memang tempe ni makanan tradisi masyarakat Jawa. Sesuai la kan. Huhu.


Ok. Bila tengok cerita ni, tiba-tiba rasa nak cerita pasal tempe. Untuk pengetahuan korang, dulu aku benci tempe. Benci gila la. Tak tau kenapa. Walaupun arwah abah selalu beli tempe, aku tak pernah nak sentuh. Ada sekali la kot. Abah goreng garing-garing. Aku tengok macam sedap je. Aku try la. Tapi bila masuk je dalam mulut, terus aku tak mau makan dah. Aku rasa macam tak boleh nak lepas kat tekak aku. Masak la apa pun. Tak mau aku sentuh.


Sampai la aku masuk asrama kolej, baru aku cuba makan. Aku tengok kawan-kawan aku selalu beli sambal goreng tempe. Ala.. Yang kadang-kadang campur kentang tu. Aku sure korang tau. Aku tengok macam sedap je dorang makan. Walaupun aku tak suka makan tempe, tapi last-last aku cuba jugak makan. And yang peliknya, aku terus minat. Takde la terlampau minat. Kiranya dah boleh makan la. Tak macam dulu. Ok la tu kan. Hehe.


Bagi korang yang masih tak tau apa itu tempe, meh aku story sikit pasal tempe ni. Untuk makluman korang, tempe ni dibuat daripada kacang soya. Selalunya tempe dibungkus dengan daun yang lebar. Contohnya daun rambai or daun pisang. Kalau kat kampung aku dulu, tempe dibalut dengan daun pokok ketapang. Tapi sekarang ni tempe dibalut dengan kertas minyak or plastik je. And rasanya, tak susah kot nak cari tempe kat pasaran Malaysia. Mana-mana pun boleh dapat. 


Tempe banyak kebaikannya dari aspek kesihatan. Ia dapat membantu menghindarkan diri kita daripada diserang penyakit jantung and kencing manis. Tempe ni ada kandungan protein and mineral yang tinggi yang dapat membantu dalam pertumbuhan. Selain tu jugak, ia dapat memperbaiki sel badan yang rosak. Tempe jugak mengandungi vitamin B12 and bahan anti oksida yang sangat diperlukan oleh badan kita. And yang terbaru ni, tempe yang dipercayai boleh mencerahkan kulit telah pun dipilih untuk dijadikan / digunakan dalam membuat produk kosmetik.


Tak mau cerita panjang. Mata dah mengantuk. Kalau korang nak dapatkan lebih banyak info pasal tempe ni, korang boleh la klik link-link kat bawah ni. 




Nota Cik Rimau : Tadi cancel plan nak ke Mid Valley. Hujan dari pagi sampai ke petang. Ingatkan lepas OT boleh la merayap. Sekali terpaksa lepak kat rumah je. Esok je kot baru merayap sana. Lama dah tak berjalan ni. Huhu.

02 April 2011

Aku dan Siput Sedut

Assalamualaikum and selamat malam semua..


Hai korang. Apa korang buat sekarang ni? Aku macam biasa. Tengok cerekarama la kalau hari Sabtu macam ni. Cerekarama malam ni tajuknya Iktikad Ahad. Best jugak. Korang try la layan. Hehe.

Siput sedut masak lemak. Gambar pinjam dari Incik Google.

Ok. Korang nampak tajuk tu kan. So, aku nak tanya ni. Korang suka makan siput sedut tak? Mungkin ada yang suka and mungkin jugak ada yang tak suka. Tapi aku separuh-separuh la. Separuh suka. Separuh tak sebab kena usaha keras nak makannya. Susah kan? Haha.

Aku sebenarnya tak berapa pasti cara sebenar nak makan siput sedut ni. Ye aku tau kena sedut. Tapi kena sedut dari mana sebenarnya ek? Kalau aku la, aku suka makan dari belakang yang dipotong tu. Tapi kawan aku ajar, makan dari depan, bukan kat tempat kena potong tu.

So, ada sekali tu kitorang makan siput sedut. Dia nampak aku makan dari belakang. Dia kata bukan macam tu. Kena ikut dari depan sebab lagi senang. Dia pun tunjuk la macam mana. Just pusing siput tu je. Aku try la kan. Sekali bila keluar je isi siput tu, aku jadi geli. Geli siot tengok isi yang warna hijau tu. Terus aku tak makan yang aku keluarkan tu. Aku rela sedut ikut belakang lagi daripada keluarkan isi ikut depan. Kalau sedut dari belakang, aku tak nampak isi dia macam mana. Takde la geli nak makan kan? Haha. (Padahal benda sama je kan?)



Nota Cik Rimau : Korang suka makan siput sedut tak? Ada buat macam Cik Rimau tak? Hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...