Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

03 Mei 2015

Hadirnya Cinta Terindah 12

EMPAT TAHUN KEMUDIAN..


“ZARA!”

Panggilan itu membuatkan Zara segera berpaling. Terkocoh-kocoh lelaki itu berlari dan mendekatinya. Zara tersenyum. Lelaki itu turut sama tersenyum.

“Hey, panjangnya langkah! Penat saya kejar!”

Zara mencebik.

“Siapa suruh kejar?” soal Zara, sengaja mengusik.

Kini, giliran Zarif pula yang mencebik. Sudah tiga tahun dia kenal dengan gadis ini, namun, gadis ini masih seperti dulu. Langsung tidak mahu berubah. Pakaiannya masih sama, gayanya masih sama, begitu juga dengan sikapnya. Cuma, Zara sudah boleh tersenyum dan bergurau dengannya.

“Jom makan. Saya belanja,” ujar Zarif, mengajak Zara makan.

“Kalau nak ajak saya makan, saya tak layan tau, kedai-kedai tepi jalan,” balas Zara selamba.

Tawa Zarif pecah lagi. Ada-ada saja Zara. Zarif tahu, Zara tidak kisah makan di mana pun. Asalkan makanan dan kedainya bersih. Janji perut kenyang, sudah.

Setelah beberapa saat kaku di tempat mereka berdiri, mereka mula mengatur langkah meninggalkan bangunan sebelas tingkat Electro Holdings.



KENAPA pulak Encik Zarif makan dengan budak tu, ya?”

Soalan Adilla membuatkan Amani segera berpaling, turut mencari bayang Zarif dan ‘budak’ yang diperkatakan oleh Adilla sebentar tadi.

“Biarlah, Dilla. Dia tak kacau kita pun, kan? So, janganlah kacau dia,” ujar Amani kembali sambil menghulurkan sebiji pinggan kepada Adilla.

Adilla yang sedang bercekak pinggang segera mencapai pinggan yang disuakan oleh Amani.

“Memanglah dia tak kacau kita. Tapi, mata aku ni sakit tengok diorang tu. Dalam banyak-banyak orang, kenapalah budak tu jugak?”

Amani hanya menggelengkan kepala.

“Dahlah, Dilla. Tak baik mengumpat depan rezeki. Kalau mata kau sakit, jangan tengok.”

Adilla menjeling sahabat baiknya itu. Kenapalah Amani suka mempertahankan Zara?

“Aku tak mengumpat. Aku cakap je,” balas Adilla tidak mahu kalah.

Kedengaran bunyi decitan keluar dari mulut Amani.

“Dilla sayang.. kalau bercerita benda bohong, itu namanya fitnah. Kalau cerita betul, maknanya itu mengumpat. Dah, dah. Tak kenyang kalau asyik dengar kau mengumpat je.”

Adilla menjeling Amani buat kali kedua. Ada saja hujah Amani yang akan mematikan point yang sedang diperkatakannya. Lebih baik dia diam daripada memanjangkan debat dengan Amani. Sudah tentu dia akan kalah.



“Baru nak makan?”

Soalan yang diajukan dekat dengan telinganya membuatkan Amani agak tekejut. Hampir gugur jantungnya apabila melihat wajah kacak Zarif berada dekat dengannya. Inilah pertama kali Zarif menegurnya. Indah sungguh ciptaan Tuhan.

Zarif menjungkit kening, hairan dengan reaksi Amani.

“Oh.. haa? Ha’ah. Baru nak makan,” balas Amani, gugup.

Zarif tersenyum. Nyata, senyuman Zarif itu membunuh!

“Eh, kuah terkena baju,” seru Zarif sedikit kuat apabila senduk yang dipegang Amani senget dan mengenai baju kurung yang dipakainya.

Amani yang terkejut segera tunduk melihat ke bajunya. Alamak!

“Kau ni Amani.. kenapa sekarang?” bisik Amani sendirian.

Pardon?

Amani mengangkat wajah. Hampir lupa pula dia akan kehadiran Zarif. Laju dia menggelengkan kepalanya.

“Saya nak cuci sikit baju saya ni. Saya pergi dulu, ya,” ujar Amani sebelum berlalu. Semakin lama dia dekat dengan Zarif, semakin berdebar jantungnya.

Enjoy your meal. Next time, hati-hati,” pesan Zarif dalam senyuman.

Amani, jangan cair dekat sini!




“ZARIF, saya ada soalan nak tanya dekat awak ni.”

“Apa dia?” soal Zarif bersahaja. Dia masih leka menyuap nasi putih dengan masak lemak ayam nanas di pinggannya.

“Hmm.. awak.. err.. tak malu ke kawan dengan saya? Orang semua tak suka saya. Awak je yang baik dengan saya,” ujar Zara perlahan. Pinggan yang sudah kosong ditatap dengan rasa kosong juga. Dia hanya makan roti bakar sahaja memandangkan dia sudah bersarapan nasi lemak di rumah.

“Kenapa? Entahlah. I’m wondering about it though. Maybe sebab saya selesa dengan awak? Kalau awak nak tunggu orang berhenti mengata awak, tak tahulah bila. Awak tak payah kisah dengan apa pun kata orang. Kita just berkawan, bukannya buat benda tak elok pun.”

Zara mengangguk perlahan. Benar juga apa yang diperkatakan oleh Zarif. Terdetik dalam hatinya akan rasa kasihan dan rasa bersalah kerana sudah bertahun-tahun dia membohongi Zarif. Apabila dia terserempak dengan Zarif di luar, seboleh-bolehnya dia akan menyembunyikan diri. Dia tidak mahu dilihat oleh Zarif dengan imej Feana itu. Dia tidak mahu menipu secara terus-terusan. Mungkin juga Zarif sudah lupa akan Feana, kerana perjumpaan kali terakhir di antara mereka terjadi tiga tahun yang lalu, sewaktu mereka menemani ibu dan bapa mereka membeli-belah.

“Eh, baru saya teringat. Dah lama betul saya tak jumpa Feana.”

Jus tembikai yang baru masuk ke dalam mulut segera ditelan. Namun, dia masih tersedak-sedak perlahan. Matanya terasa berair. Macam mana Zarif boleh ingat?

Sorry, sorry. Ya Allah, saya tak sengaja. Awak okey tak?” soal Zarif kehairanan. Bimbang pula dia apabila melihat wajah dan mata Zara yang sudah merah.

“Saya okey,” balas Zara sambil mengesat bibirnya dengan tisu. Mujurlah air di dalam mulutnya tidak tersembur. Jika tersembur, sudah pasti akan tepat mengenai wajah Zarif. Zara tersenyum lucu. Dapat dia membayangkan apa akan terjadi kepada Zarif sekiranya air yang diminumnya terkena lelaki itu.

“Awak ni kenapa pulak ni? Sengih sorang-sorang. Nak saya daftarkan?”

“Daftarkan? Ke mana?” keningnya dijungkit sedikit.

“Tanjung Rambutan,” balas Zarif bersahaja.

Zara mencebik. Zarif pula tersenyum menahan tawa yang ingin terhambur. Kelakar melihat wajah Zara yang sudah cemberut itu.

“Zarif.. kalaulah Feana tu orang yang awak kenal, apa awak akan buat?”

Soalan yang tiba-tiba meluncur daripada mulut Zara membuatkan Zarif segera memanggung kepala, merenung ke arah Zara.

“Maksud?”

Zara tersenyum sumbing. Macam manalah dia boleh bertanyakan soalan itu kepada lelaki itu?

“Maksud saya.. kalaulah kan.. Feana tu saya. Hah, macam mana?”

Wajah Zarif berubah semakin serius. Wajah Zara ditatap. Lama. Zara pula berpura-pura tenang, walhal degupan jantungnya semakin laju apabila mata Zarif tetap menghala ke arahnya.

Zara terkejut apabila kedengaran Zarif ketawa besar.

“Awak Feana? Awak tahu tak, Feana tu macam bidadari,” balas Zarif sebelum menyambung tawanya.

“Oh, kiranya awak nak kata saya tak mampu jadi cantik macam Feanalah?” soal Zara. Wajahnya berubah sedikit tegang.

Menyedari akan keterlanjuran kata-katanya, Zarif berhenti ketawa.

“Eh, bukan macam tu maksud saya. Saya tak berniat nak buat awak kecil hati. Cuma.. awak dengan Feana tu dua orang yang berbeza. Bagi saya, awak lain, dia lain. Bukan je soal appearance, tapi banyak hal yang berbeza,” terang Zarif. Bimbang juga dia sekiranya Zara berkecil hati.

Zara tersenyum. Tawar, tiada langsung manisnya.

“Tapi.. kalau awak Feana, rasanya saya tak boleh terima.”

Senyum Zara mati.

“Maksudnya?”

“Yalah.. awak tu kawan saya. Boleh saya katakan kawan baik. Saya paling tak suka orang tipu saya. Kalau saya dapat tahu ada orang tipu saya, takkan ada second chance. Biarlah orang panggil saya kejam sekali pun, saya tak kisah.”

Zara tunduk merenung meja. Niatnya yang ingin memberitahu hal sebenar mati begitu sahaja. Ya Zarif, memang kejam. Bagaimana agaknya jika suatu hari nanti perkara yang sebenar diketahui oleh Zarif? Sebesar mana pun dunia ini, jika ditakdirkan rahsia siapa Feana yang sebenarnya akan pecah, pasti dia dan Zarif akan dipertemukan semula. Tidak kira sejauh mana dia berlari, demi menjauhi Zarif. Kebenaran pasti akan terbuka suatu hari nanti.

Hey, kenapa awak ni? Tiba-tiba je diam? What’s wrong?”

Zara segera mengukir senyum demi menutup kegusaran yang sudah melekat di dinding hatinya.

“Tak ada apa-apa. Eh, cepatlah makan. Kita belum solat lagi ni,” ujar Zara sengaja mengubah topik.

Zarif tersenyum sebelum menyambung semula suapan.




IMRAN berbaring di atas katil dan memejamkan matanya. Lengan kanannya diletakkan ke dahi. Dia termenung bersendirian. Sunyi sepi setelah Nizam dan penghuni-penghuni lain rumah bujang itu keluar untuk menghadiri kelas masing-masing.

Buat kesekian kalinya, Imran menukar kedudukan. Matanya masih terpejam rapat. Sudah lebih tiga tahun dia di bumi asing ini. Bukannya dia tidak mahu pulang ke Malaysia, tetapi keluarganya yang selalu datang ke Pennsylvania dan menghabiskan cuti di sini sahaja. Semuanya kerana Julia, adik bongsunya. Dan keluarganyalah yang selalu menjadi penyampai berita tentang semua kisah di tanah air, termasuklah cerita Zara. Kata mereka, Zara sudah bekerja di salah satu syarikat swasta. Rindunya dia pada Zara, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Dia pernah menghubungi Zara, tetapi Zara langsung tidak menghiraukannya. Sudahnya, hampir empat tahun berlalu tanpa ada berita yang keluar daripada mulut gadis itu sendiri. Dia tahu, dirinya tidak ubah seperti orang gila bayang. Setiap masa dan ketika, dia merindui Zara. Namun, dia tahu Zara tidak begitu.

Imran berkalih kedudukan. Dari tadinya dia sedang mengiring ke kanan, dia menelentang pula. Hatinya gundah. Dua minggu lagi. Ya, dua minggu lagi dia akan pulang ke Malaysia memandangkan pengajiannya sudah tamat. Dia akan pulang dan menjadi pakar ortopedik di salah sebuah hospital di Malaysia. Tetapi dia masih belum menentukan di mana dia bakal mengerahkan khidmatnya sebagai doktor terlatih.

Bingkai gambar yang terletak elok di meja sisi katilnya dicapai. Wajah gadis yang sedang tersenyum ditatapnya. Perlahan-lahan, ibu jarinya menyentuh gambar itu. Wajah gadis itu diusap dengan jari telunjuk. Gambar Zara itu diambilnya dari facebook Zara sendiri. Dengan adanya gambar Zara di sisi, dia lebih bersemangat untuk belajar. Semuanya demi mengubat rindunya pada Zara.

“Hoi! Menung apa? Aku balik pun kau tak sedar!”

Imran segera menoleh ke arah katil Nizam. Kelihatan Nizam sedang duduk di katilnya sambil melipat lengan baju. Hendak menunaikan solat Asar agaknya. Mujurlah Imran duduk di rumah sahaja. Jadi, masanya diluangkan untuk melaksanakan solat di awal waktu sementara melakukan thesis.

Gambar Zara diletakkan ke tempat asalnya dengan berhati-hati. Muka Nizam yang putih kemerahan itu sudah merah seperti dipanggang. Kaca matanya diletakkan ke katil. Sudahlah matanya sepet, muka pula seperti orang Cina. Memang dia selalu disalah anggap sebagai orang China ataupun Korea oleh pelajar-pelajar lain.

“Awal kau balik?” soal Imran. 

Dia duduk bersila di katilnya.

Nizam tersengih.

“Kelas postpone. Aduh, tak larat. Orang lain muntah hijau, aku ni dah tahap muntah biru, muntah ungu, muntah pink, semua ada,” rungut Nizam.

“Rugilah kalau tak buat kelas ganti. Karang, aku grad dulu, kau kena extend. Haa.. macam mana? Sanggup?” soal Imran, sengaja mengusik Nizam. Niatnya hanya ingin Nizam selamat menamatkan pelajaran bersamanya.

“Eh, ada ke kau cakap macam tu. Aku tak nak extend!” jerit Nizam.

Berderai tawa Imran apabila junior mereka, Iqram sudah terpacak di muka pintu.

“Apa hal ni, Abang Nizam? Terkejut saya dengar Abang jerit tadi.”

Nizam ikut ketawa apabila melihat wajah pucat Iqram yang hanya kaku di muka pintu.

“Apalah kau ni.. dengar aku jerit macam ni pun kau dah terkejut, macam mana nak jadi doktor ni?” sakat Nizam.

Iqram mengurut dada.

“Apalah. Saya ingatkan ada masalah apa tadi,” ujar Iqram sebelum berlalu.

Sekali lagi, Imran dan Nizam sama-sama ketawa. Dalam hati, Imran bersyukur. Sejak mengenali Nizam, dia sudah banyak tersenyum dan ketawa. Tidak seperti dulu. Dahulu, dia jarang tersenyum dan ketawa. Dan dengan tersenyum dan ketawa, dia dapat menenangkan fikiran acap kali dia harus menyiapkan tugasan yang berat.

“Haa.. tak nak solat ke?”

Soalan Imran membuatkan Nizam bingkas bangun dan berlari ke pintu bilik air. Kaki seluarnya dilipat hingga ke paras betis sebelum masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhu’.

Imran kembali berbaring. Kepalanya digelengkan beberapa kali.




MESEJ itu dibaca berkali-kali.

‘Zara, I missed you so much.’

Kepalanya diletakkan ke bantal. Seharian bekerja, badannya mula letih. Namun, kehadiran pesanan itu agak membantu. Meja sisinya dibuka perlahan-lahan, bimbang Rasya akan terjaga. Sebuah kotak kecil dikeluarkan. Bibirnya mengukir senyum apabila kotak itu masih mengandungi sesuatu yang sangat dijaganya itu.

Setelah kotak itu disimpan kembali, Zara memejamkan mata, berharap agar tidur malamnya lena, ditemani mimpi indah.

23 April 2015

BILIK PALING BERPUAKA

Assalamualaikum and salam sejahtera.. 


Hai u all warga maya.. Hehe. Tetiba arini rasa nak mengimbau kenangan dulu kala masa muda remaja. Al maklum jela, sekarang dah ni dah masuk kategori belia.. Hukhukhuk. Dah tak boleh nak perasan muda sangat. Haih.. Cepat betul masa berjalan kan.. Hilang sudah keremajaan aku. Hahaha..

Ok. Berbalik pada tajuk entri aku malam ni. Cerita aku nak share ni berlaku / terjadi masa aku jadi student Diploma Sains Komputer [DSK] kat salah satu kolej swasta kat Kuala Lumpur ni. Nak tau nama jugak ke? Hahaha. Singkatan je sudah. KTAC. Pernah dengar? Clue? Lokasi di Taman Maluri, berdekatan dengan Kolej YPC. Terbaik tak clue aku bagi? Senang je nak teka. Hehehe. Tapi kalau still tak tau jugak, tanya je Pakcik Google. Semua soalan dia dapat jawab. Kan kan kan.. 

Oh ya.. Mesti ada yang tertanya-tanya. Sebelum ni cakap family susah, then why masuk kolej swasta jugak kan? Well.. Nak buat macam mana. SPM aku 5A je pun. Mana nak layak masuk IPTA. IPTA tak nak pun pandang aku. Sedih tau. Huwaaaa.. Hahaha.. Drama sangat kan. Actually, dah pernah la mohon IPTA. Tapi mungkin aku tak cukup berkelayakan. Makanya tak diterima. After kecewa sangat-sangat tak dapat masuk Universiti macam kawan-kawan lain, aku masuk sekejap Tingkatan 6 aliran Sains kat SMK Clifford. Tapi tu pun seminggu je sebab lepas tu ikut arwah abah pindah rumah kakak angkat kat Selangor. Cerita kenapa kitorang pindah tu boleh rujuk kat entri aku sebelum-sebelum ni. Malas aih nak story sini. Hehe. And rujuk jugak entri tu untuk faham kenapa aku ambik keputusan untuk sambung study kat kolej swasta. Reason pendek : MELARIKAN DIRI DARI MASALAH. Ye.. Dulu aku PENGECUT sikit. Huhu.

Ok lah. Panjang betul pembukaan cerita aku ni kan. Melalut tak habis-habis. Dah. Moh sambung terus kepada cerita sebenar. 

Masa hari pendaftaran, aku terus dapat bilik asrama. Nama asrama kolej aku, Fatahna Court. Lokasi? Dekat dengan Pasar Pudu. Ada banyak lagi asrama kat lokasi lain. Tapi aku dapat yang kat situ. So, terima jela kan. Unit aku terletak kat tingkat 1. Setiap unit ada dua bilik kat dalamnya yang mana setiap unit ada lapan orang student akan stay. Setiap bilik pulak ada empat orang. Nak tunjuk gambar pun payah. Maklum jela. Dulu bukan zaman gila gambar ni. Hehe. So, cuba jela bayangkan camne rupa bilik hostel tu menggunakan daya imaginasi korang. 


Hasil carian Google. Ni je aku jumpa. Huhu.
Kalau tak silap aku, nombor unit aku 107. Kawan sebilik aku masa tu L (ambik DSK jugak), Z (ambik Diploma Syariah), and I (ambik Diploma Pengurusan Perniagaan [DPP]). Bilik lagi satu pulak dihuni oleh Yan (ambik DSK jugak), Nana (ambik DPP), Mimi (ambik DPP) and W (ambik DPP). Kat luar bilik ada satu meja panjang. Masa hari pendaftaran tu, ada antara kawan seunit dengan aku ni datang hantar barang je. Sebab masa tu kitorang ada gap seminggu lagi sebelum sesi pembelajaran bermula. Mana yang tinggal jauh macam aku je stay jugak kat asrama sementara tunggu kelas nak mula. Tak silap aku, masa tu yang stay sekali dengan aku I and W. So, mungkin sebab tu aku rapat dengan dorang berdua.

Awal perkenalan kitorang, semua bajet baik je lagi. Haha. Awal-awal kan. Takkan nak tunjuk perangai sebenar terang-terangan. Lama-kelamaan, baru la mula dapat baca perangai setiap sorang. Aku ni selalu sangat jadi peneman si I and W pergi date dengan bf dorang. Aku pulak, kebetulan saja-saja kacau someone kat ruangan berkenalan dalam majalah Kreko. Tak sangka pulak mamat tu study kat German Malaysian Institute (masa tu GMI still kat Taman Shamelin). Jumpa kat KFC, Jusco Maluri dengan ditemani I. Terus declare kapel. Wakaka. 


Terjumpa pulak masa kemas-kemas bilik. Huhu.

Mula tu, semua berjalan lancar. Aman damai. Sampai la satu masa tu, I start buat hal. Selalu keluar dengan lelaki-lelaki berlainan, balik lambat, suka cerita putar belit. Start dari tu, Yan, Nana, Mimi, L and W macam cuba pantau pergerakan kitorang bertiga. Haha. Tak pasal-pasal aku terbabit sama. Selalu jugak disoal siasat pergi mana, jumpa sape. Sudahnya, aku putuskan hubungan dengan K. Baik fokus study kan. Lagipun rasa tak sedap hati keluar jumpa K senyap-senyap belakang kawan-kawan sebilik. Pastu kesian kat K jugak sebab asyik bagi macam-macam alasan tak nak keluar jumpa dia. Maka, berakhirlah hubungan sebagai BF-GF. Jadilah kawan je. Hehe. (Btw, K dah pun jadi suami orang. Huhu.)

Then, satu hari tu, I balik sangat lewat. Bila ditanya, alasannya jumpa bf. Kitorang pertikaikan la. Takkan sampai dah nak tengah malam baru balik. Dia dok pusing cerita. Sampai ke tahap kitorang ni pulaukan si I. Tak layan pun dia. Kemuncak pada perbalahan kitorang, masa I tipu kitorang. Ada sekali tu, kitorang pergi shopping kat Carrefour berdekatan asrama. I cakap kat aku, dia nak duduk kat luar je. Alasannya, dia selsema. Takut makin teruk kalau duduk dalam tempat ada aircond. So, kitorang pun ok jela. Bila keluar, dia kantoi dengan kitorang yang sebenarnya dia nak jumpa bf dia yang mana entah. Tapi masa tu, semua pakat senyap je. 

Keesokan pagi tu, aku, Yan, Z, L and I duduk kat meja makan. Kebetulan kitorang takde kelas pagi. So, duduk la sembang-sembang. L and Z mulakan siasatan. Tanya kat I macam-macam. Tapi I cuba tipu. Sudahnya dorang naik angin. Si L rampas handphone si I. Mula la adegan kejar-mengejar keliling meja. Hahaha. Aku jadi pemerhati je. Malas campur. Yan pun pada mulanya diam je. Aku pun tak pasti apa sebabnya. Tapi tiba-tiba Yan pun start mengamuk. Yan jarang marah. Tapi sekali dia marah. Nak gugur jantung aku dibuatnya. Hahaha. 

Zaman budak-budak. Kecik je kan? Sekarang? Gemuk kemain. Hahahha

Nak tau style Yan mengamuk macam mana? Dia punya marah sampai angkat kerusi beb nak bantai si I tu. Dengan tangan menggigil tahan marah. Aku memang dah kecut gila. Takut jadi pembunuhan pulak dalam bilik tu. So, aku lari keluar dengan peluk bantal duduk kat tangga. Tak nak libatkan diri. Hahaha. Pengecut aku masa tu. Bukan cuba nak leraikan. Tapi masa tu memang dah agak kecoh. Sampai semua tingkat keluar ke balkoni masing-masing nak tengok. Mau taknya. Dorang bantai tengking si I kuat-kuat. Rasanya sampai tingkat paling atas pun boleh dengar. Dahsyat tak dahsyat dorang buat soal siasat. Kalah polis. Hahaha.

Akhirnya, management asrama terpaksa naik masuk campur. Habis satu bilik kena panggil. Tak silap aku, masa tu kitorang semua pakat mintak tukarkan si I ke bilik lain. Kitorang dah malas ambik tau pasal dia. Banyak sangat masalah dia buat. Termasuklah tipu kena rogol! Jadi kes polis weh. Kes rogol. Bukan kes main-main. Sekali bila polis bawak pergi hospital untuk check, doktor cakap takde kesan koyak. Kalau ada pun, kesan koyak yang agak lama. Polis pon rasa dia tak dirogol. Polis cakap, orang kena rogol takkan buat laporan sambil sengih-sengih. Sepatutnya trauma. Huhu. So, after that, bilik kitorang jadi aman sikit. Tapi tak lama. Haha. Yela. Bilik paling banyak masalah kan. Anything yang jahat je, mesti akan libatkan nombor bilik kitorang. Kih kih kih.

Ok la. Itu antara kes yang paling besar yang melibatkan bilik kitorang. Besar la tu sebab masuk kes polis. Bilik lain aman damai je. Bilik kitorang? Hampeh. Itu kes besar. Sekarang nak bukak cerita pasal kenakalan / kejahatan yang kitorang pernah buat yang menjadikan nombor bilik kitorang terkenal kat Fatahna Court tu. Hak hak hak. 



Antara kenakalan yang kitorang pernah buat? 

* Main badminton kat tengah-tengah ruang kosong kat depan bilik kitorang tu sambil terpekik terlolong. Tu idea si Z. Dia yang ajak kitorang main kat situ. Dia main bukan dengan tangan and kaki je. Dengan mulut-mulut sekali jalan. Serius memang bising. Hahahaha. So, tak hairan la kalau ada yang report kat management. See. Glamour nombor bilik kitorang. Selalu sangat dapat complaint. Selalu sangat kena panggil ke bilik management.


* Pasang lagu kat pc sekuat-kuatnya sampai orang bilik sebelah datang mintak perlahankan volume. Yang ni pun Z punya kerja. Aku sendiri pun sakit hati dengar. Memekak. Tapi aku masa tu kan jenis tak banyak cakap. Diam je. Malas nak banyak bunyi. So, biar orang lain je yang tegur. Kadang-kadang sampai bertekak dengan bilik lain pasal pasang lagu kuat ni.


* Kunci pintu bilik, cuba nak layan citer blue / porn. Yang ini pun, si Z punya idea. Dia pujuk kitorang tengok. Ikutkan kitorang tak nak. Dah dia ajak beria-ia. Kitorang pun masuk la bilik. Kunci pintu tu takut kantoi. Tapi baru je tengok beberapa saat, semua pakat lari ke sinki. Nak muntah!!! Haha.. Masa tu memang menyesal gila tengok. Kah kah kah.


* Bergaduh / tak bertegur sapa antara satu sama lain. Hahaha. Bab ni kelakar. Masa baik, kemain weh sampai tarik katil bilik aku masuk kat bilik Yan, Nana, Mimi and W. Konon kamceng sangat. Tidur pun nak ramai-ramai. Entah nape, tiba-tiba satu hari tu kitorang bergaduh. Besar punya gaduh. Habis semua katil tarik keluar balik. Aku jadi tersepit. Sebab aku tak terlibat dalam pergaduhan tu. Cumanya aku lebih rapat dengan budak bilik Yan. Aku sampai tak tau nak berpihak sebelah mana. Part nak tidur tu takde masalah. Selalu je tumpang katil bilik Yan. Yang jadi problem, barang-barang aku ada kat bilik Z and L. Aku serba salah setiap kali nak masuk ambik baju ke apa ke. Takut dorang ugut ke apa ke. 

Btw, Z and L ni perangai agak gila sikit. Masa start gaduh tu pun, siap campak-campak beg keluar bilik. Wakakaka. Barang makanan macam biskut, gula, milo and yang seangkatan dengannya, semua bungkus simpan dalam bilik masing-masing. Padahal sebelum tu, semua kongsi. Berus gigi pun simpan dalam bilik. Sebab takut Z and L tu pergi guna jadikan berus jamban pulak. Hahaha. Dua orang tu memang jahat tak hengat. 


* Menyamar jadi hantu. Ini pun kerja si Z jugak. Banyak betul benda jahat dia buat kan. Haha. Sebab tu aku tak letak nama dia. Jahat terlampau. Huhu. Ada sekali tu. Aku tak tau mana dia dapat idea nak buat kerja gila ni. Tak silap aku, masa tu aku tengah lepak kat meja makan. Tiba-tiba je aku nampak si Z and L ni penuh semangat mekap kat dalam bilik. Aku perhati je. Yang lain-lain pulak duduk layan movie kat PC / buat assignment kat lantai. So, ada antara dorang ni macam tak sedar apa si jahat dua orang ni tengah plan nak buat. Aku tengok si Z sarung telekung. Rambut dia biar mengerbang. Rambut dia panjang lurus. Memang macam hantu. Si L pulak mekapkan dia ala-ala gothic tu. Dah siap mekap, si Z tutup lampu. Pastu keluar dari bilik cuba takutkan kawan lain. Si W la yang paling terkejut. Sampai lari keluar bilik. Hahaha. Tapi dia cakap, dia bukan nampak Z je. Dia ada nampak entiti lain sekali. Meremang bulu roma dibuatnya. Huhu.

Aku ingat sampai kat situ je dia buat. Takde maknanya. Dia keluar bilik pergi kacau bilik depan. Kebetulan pulak budak bilik Anis baring kat katil atas sambil baca buku and biar tingkap terbukak. Memang peluang terbaik la untuk si Z ni menyakat. Si Z ni balik bilik ambik kerusi. Dia berdiri atas kerusi betul-betul kat tingkap bilik Anis tu sambil buat bunyi-bunyi seram. Tak silap aku, nama yang si Z sakat tu Faz. Elok je si Faz ni pusing hadap tingkap, nampak muka si Z yang memang macam hantu real, terus dia jerit sekuat hati. Macam histeria. Pastu menangis kuat sebab terkejut. Menggelabah si Z lari masuk bilik. Kah kah kah. Tau takut. Terus dia cuci mekap pergi bilik Anis nak pujuk si Faz balik. Jahat terlampau si Z ni. Huhu.


* Bergaduh disebabkan makan kaki ayam. Cerita yang ni aku tak ingat sangat. Aku tak pasti aku ada masa kejadian ni ke tak. Tapi ni Mimi yang cerita kat aku. Mimi cakap masa tu dia makan kaki ayam. Si L ni bajet poyo. Dia memang suka bajet budak bandar sangat walaupun asal dari kampung. Hahaha. L cakap, macam geli je makan kaki ayam ni. Dah pijak tahi sana sini. Pastu kita pulak pergi makan. Mimi pun naik bengang la sebab cakap macam tu. Dah la kawan tu tengah makan. Cakap pulak macam tu. Terus bergaduh. Kena panggil lagi ke bilik management hostel. Bila ditanya apa punca pergaduhan, jawapan pendek je. Sebab kaki ayam. Wakaka. Macam bodoh je reason gaduh tu.. Hahahaha


* Buat iklan spender dengan caption menyakitkan hati. Kerja / idea sape? Sape lagi.. Orang yang sama jugak. Kebetulan masa dia guna sinki yang dekat luar tandas tu, dia nampak ada spender jatuh dari tingkat atas. Dia bantai ambik spender tu. Pastu dia tulis kat kertas kosong ayat macam ni,


"EEEEE.. SPENDER SAPE NI. KUNINGNYA.."

Caption jahat nak mampus. Nak lagi best? Dia bantai tampal kertas tu dengan spender tu sekali kat tangga hostel. Semua orang boleh nampak. Tapi tak lama lepas tu, spender tu hilang. Tak tau la sama ada tuan punya ambik or management yang tanggalkan. Hahaha. Tak senonoh punya perangai.


* Biar bilik bersepah macam tongkang pecah. Bab ni pun, Z and L merupakan penyumbang utama segala kekotoran yang ada kat dalam bilik kitorang. Kalau tak silap, kitorang pernah dapat warning sebab bilik kotor and busuk. Haha. Nak buat macam mana. Z and L tu pemalas. Makan tinggal je pinggan dalam sinki. Barang mekap bersepah atas meja. Rambut gugur biar je merata atas lantai. Memang susah la nak tengok dua orang ni pegang penyapu. Melawa pandai. Tapi kebersihan bilik hostel, hancur beb!

* Main mercun kat luar pagar hostel. Aku tak ingat mana kitorang dapat stok mercun. Yang aku ingat kitorang main ramai-ramai masa tu. Bising gila. Ada je yang keluar nak tengok sape yang buat bising. Memekak mengalahkan budak laki pulak. Huhu.

* Kacau orang dating kat lorong belakang hostel. Yang ni Z selalu buat. Dia memang suka bertenggek kat tingkap tepi tandas tu sambil biar rambut mengerbang. Kalau ada orang dating kat lorong belakang tu, mula la dia kacau. Setakat kacau je takpe lagi. Ni dengan rambut mengerbang macam tu. Tak ke macam langsuir. Mau sakit jantung orang yang lalu kat lorong belakang tu. Huhu.


Itu antara sebahagian kenakalan kitorang masa kolej dulu. Banyak lagi. Tapi dah tak ingat sangat. Dah lama dah pun. Saja nak imbas balik kenangan dulu kala. Hehe. Kalau korang perasan, kebanyakan benda jahat yang kitorang buat diilhamkan si Z. Nampak tak  betapa besarnya pengaruh buruk dia kat kitorang? Kih kih kih. Aku tak cakap dia jahat gila. Cuma nakal melampau. Gelak macam langsuir. Mengilai-ngilai sekuat hati. Paling aku terkejut masa dia dye rambut depan-depan aku. Mau tak terkejut. Ambik course syariah. Pergi kelas kemain sopan. Macam ustazah. Balik bilik, macam setan perangai. Hahahaha. 

Tapi kan.. Macam tak percaya. Aku kenal si Yan, Nana and Mimi ni sekejap sangat. Satu semester je sebab masuk semester kedua aku berhenti sebab masalah keluarga. Tapi tak sangka sampai sekarang kitorang masih berhubung. Selalu lepak sama-sama. Sanggup temankan aku masa abang aku sakit haritu. Tak sangka perkenalan yang singkat tu mampu bertahan sampai ke harini. TQ to Yan, Nana, Mimi and Erik sebab selalu temankan aku. Friens4Ever!!!


Nota Cik Rimau : Panjang berjela kan aku taip. Hahaha. Saja je sekali sekala nak imbas kenangan. Lagipun dah lama tak membebel dalam blog. Kasi can la sikit. Heheheh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...