Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Sambungan entri sebelum ni.. Kitorang menginap kat Kangsar Hotel untuk satu malam. Lepak-lepak kat bilik sampai pukul 12 tengahari, then check out. Pastu terus pergi ke stesen bas. Kawan janji nak ambik dalam pukul 3 petang. So, sementara menunggu dia sampai, kitorang pun menapak la ke sekitar gerai-gerai yang menjual pelbagai barang persiapan untuk raya. Setakat cuci mata je. Ada yang berkenan, kitorang sambar. Aku siap beli lagi sepasang baju raya kat sana. Entah kenapa, mata aku asyik melekat kat benda-benda yang berwarna pink je. Sebelum ni aku tak berapa nak gemar. Tiba-tiba pulak, mata ni rasa warna pink tu menawan hati. Adeh.. Masalah betul la. Huhu.
Lama jugak la kitorang pusing-pusing kat sekitar gerai-gerai tu. Then, terserempak dengan Epoi, kawan sekampung merangkap boipren kawan baik aku sekarang ni. Huhu. Tak sempat nak sembang panjang pun sebab dia nak cepat. Kebetulan pulak, lepas je jumpa dengan Epoi, kawan baik aku (Zati) pulak turun ke Kuala Kangsar (KK) dengan adik dia. Lama jugak la aku bersembang dengan dia. Aku siap pusing sekali lagi sekitar gerai-gerai kat situ untuk temankan kawan aku ni cari tudung raya. Memang penat gila. Nasib baik puasa masa tu. Kalau tak, memang dah berbotol-botol air aku teguk. Punyalah penat kan... Huhu.
Then, dah penat merayap, kitorang duduk balik kat stesen bas tu. Kawan aku tunggu sekali sebab dia teringin nak jumpa sekejap dengan kawan yang nak ambik aku tu. Maklumlah, sejak habis sekolah dulu, masing-masing dah bawak haluan hidup sendiri. Memang susah nak jumpa satu sama lain. Raya setahun sekali pun belum tentu dapat jumpa. Tapi, disebabkan kawan aku tu sampai agak lambat, terpaksa la Zati balik dulu. Dalam pukul 4 petang macam tu, barulah kawan aku sampai. Rupa-rupanya, anak dia demam. So, terpaksa la dia singgah ke klinik dulu sebelum ambik kitorang. Kesian dia... Hurmm..
Untuk makluman korang, family angkat aku ni sebenarnya family kepada kawan sekampung/sekelas aku. Nama kawan aku tu Tila. Nenek sebelah ayah dia adalah ibu saudara kepada arwah emak aku. Kira ada kaitan sedara jugak la kan. Mak dia jadikan aku anak angkat sejak aku sekolah menengah lagi. Mak dia memang baik. Puas dah mak dia suruh aku panggil dengan gelaran 'mak'. Tapi aku ni, macam agak liat nak sebut. Maybe sebab dah lama aku tak panggil gelaran tu. 15 tahun kot dah tak panggil Huhu. Masa ku banyak krisis hidup dulu pun, family Tila ni la yang banyak tolong aku. Ajak aku duduk dengan dorang. Layan aku macam family dorang. Setiap tahun, family angkat aku ni tak pernah lupa nak ajak aku balik beraya sekali dengan dorang. Memang terharu la dengan layanan and sikap ambik berat dorang.
Ok. Berbalik kepada cerita tadi. Kitorang sampai kat rumah dalam pukul 6 petang. Sampai je rumah, terus mandi and solat. Actually, family angkat aku ni baru pindah ke rumah baru. Sebelum ni, rumah dorang kat Kampung Kubang Udang. Sekarang ni kat Kampung Bekor. Kiranya, pindah sebelah kampung je. Hehe. Lepas je Isyak, aku dengan adik perempuan aku pun pergi la menolong Tila and mak dia memasak kat dapur. Tak banyak pun nak kena buat. Dorang plan nak buat mee kari untuk hidang tetamu raya tahun ni. Aku setakat tolong sediakan bahan untuk masak je. Yang memasaknya, Tila. Kih kih kih. Husband Tila pulak, rajin nak menolong masukkan kuih dalam bekas and mengemop lantai. Rajinnya la husband kawan aku tu. Huhu. Sebelum pukul 12 tengah malam, rendang and mee kari hasil tangan Tila siap diamasak. Pastu apa lagi, terus beradu la. Hehehehe.
Pagi raya, kitorang bangun awal untuk kemaskan rumah. Dalam pukul 11 pagi, dah ramai orang yang datang beraya. Paling ramai budak-budak la. Datang kutip duit raya. Huhu. Husband Tila ni agak jahat sikit la. Asal dia nampak je budak-budak nak datang ke rumah, dia akan tanya dulu. "Datang nak makan kuih raya ke nak kutip duit raya je?'. Taktik malas nak layan. Mana yang cakap nak duit raya je, dia terus bagi angpau. Senang cerita. Tak payah susah-susah nak hidang or layan dorang. Hahaha. Jahat betul kan? Tapi menjadi tau. Agak-agak korang malas nak layan bebudak datang beraya, boleh la try cara ni. Hahaha. :p
Then, tengahari tu pulak kitorang pergi ke rumah nenek Tila kat kampung sebelah. Sempat la jugak beraya ke dua tiga rumah sedara mara Tila sekitar kampung tu. Tapi lepas tu, kitorang terus balik rumah sebab anak Tila kena gatal-gatal. Agak teruk jugak. Kesian aku tengok anak dia. Asyik meragam je. Petang tu, kawan aku pergi bawak anak dia ke Hospital KK disebabkan keadaan anak dia makin teruk. Naik bengkak muka anak dia disebabkan gatal-gatal tu. Tergaru-garu menahan gatal. Sampai pukul 11 malam kot, barulah dia balik ke rumah semula. Doktor Hospital KK cakap, anak dia alergik kat ubat antibiotik yang dorang dapat kat klinik sebelum tu. Dapat ubat lain pulak. Tapi sama je. Takde kesan. Esoknya dorang try ke klinik pakar kanak-kanak. Doktor situ pulak cakap benda lain. Tiga tempat dorang pergi, tiga-tiga doktor cakap benda lain. Sudahnya, berubat cara kampung. Barulah kurang sikit gatal-gatal kat badan anak kawan aku tu. Huhu.
Dah siap kemas untuk sambut tetamu datang raya nanti. |
Bahan-bahan untuk masak rendang and kuah mee kari. |
Adik bongsu Tila. Orang sibuk nak masak, dia sibuk nak jadi Superman. Hehe. |
Kucing Tila ni dah macam dia pulak yang penat bersiap untuk raya. Huhu. |
Shukri di pagi raya. Kecik-kecik dah pandai bergaya ni. |
Tila, anak Tila (Harith) and mak Tila. |
Nota Cik Rimau : Next entri Cik Rimau story pasal beraya dengan kawan-kawan sekolah dulu. Seronok gila dapat jumpa dorang. Bayangkan la dah dekat empat tahun tak jumpa. :p
1 ulasan:
Hi there just wanted to give you a quick heads up.
The words in your post seem to be running off the screen in Internet explorer.
I'm not sure if this is a format issue or something to do with browser compatibility but I figured I'd post to let you
know. The design look great though! Hope you get the problem fixed soon.
Thanks
Here is my weblog Trevor Jadon
Catat Ulasan