Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

08 Ogos 2019

Tapi Bukan Aku 3

“HAI, Danny! Sorry lambat. I ada hal sekejap tadi. Hantar Kak Alin ke butik. Kereta dia rosak,” pohon Rania setelah duduk berhadapan dengan Danny.

Jejaka berkulit putih kemerahan itu tersenyum. Bibirnya yang merah itu selalu menggetarkan jiwa wanita Rania. Kaca mata hitamnya diletakkan ke meja.

Tak apa. Tak adalah lama sangat. I pun baru lima belas minit je duduk sini. Nak minum apa?” soal Danny lembut.

Danny ataupun nama sebenarnya Dannial Harris adalah teman lelaki Rania. Sudah lama mereka berkenalan. Sejak kecil lagi. Bapa Danny dan datuk Rania merupakan teman baik. Masing-masing saling membantu dalam bidang perniagaan. Tuan Haji Ihsan mengusahakan perniagaan dalam skop makanan. Menternak haiwan ternakan secara komersial, membuka ladang-ladang dan juga mengimpot serta mengekspot hasil ke luar negara dan ke dalam negara. Bapa Danny, Dato’ Mustaza pula membuka syarikat dalam bidang perngiklanan.

“Hmm.. macam biasalah,” jawab Rania, tersenyum.

“Makan, miss?” soal Danny, lagaknya sama seperti seorang pelayan restoran.
Rania tersenyum, cuba menyembunyikan tawa. Dia menggeleng sebelum Danny bangun dan menuju ke kaunter.

Rania membuang pandang ke sekitar dalam kedai itu. Tidak begitu ramai pelanggan pada waktu ini. Hari ini dia dan Danny memilih untuk duduk berbual di Starbucks, The Gardens memandangkan rumah mereka dekat dengan kawasan Lembah Klang. Memang di situlah tempat kegemaran mereka. Biasanya, pengunjung jarang singgah di The Gardens memandangkan Mid Valley megamall yang bersambung dengan The Gardens itu lebih terarah untuk menjadi tumpuan mereka.

Sedang asyik Rania melihat orang yang sedang makan dan minum di situ, Danny sudah tiba dengan vanilla bean frappuccino Rania, mocha frappuccinonya serta empat biji blueberry muffin. Dia kembali duduk di hadapan Rania.

“Dah lama kan, kita tak keluar berdua?” suara Danny membuatkan Rania mengangkat kepala.

“Ha’ah. Itulah. You busy sangat,” jawab Rania. Frappuccinonya disedut perlahan. Terasa basah tekaknya dengan rasa vanila yang segar dari minuman kegemarannya itu.

You yang tak nak ajak I keluar. Kalau you ajak, sure I tinggalkan semua kerja-kerja tu. I’m not kidding at all. Anything for you, my dearest Rania.”

Rania mencebik. Danny tertawa.

“Macam tu pulak. Youlah kena ajak I keluar. Youkan lelaki. Lelaki yang kena tentukan.”

Danny tersenyum. Wajah mulus Rania dipandang sayang. Rambutnya yang panjang dikerintingkan sedikit di bahagian hujungnya. Rambutnya hitam pekat. Kulitnya yang kuning langsat dibiarkan bebas tanpa sebarang solekan. Hanya pelembap wajah dan krim sunblock sahaja disapukan pada mukanya. Juga, secalit pelembap bibir.

Rania yang perasan dirinya diperhatikan mengangkat kening.

“Apa tengok-tengok?”

Danny turut mengangkat kening.

“I tengok youlah. I can’t imagine how will I live without you by my side. Kita kenal sejak kecil, kan? Bila you dah makin besar, I balik dari oversea, kita began dating. It has been years. I tak pernah jemu dengan you. Everything I feel is happiness. Thank you,” ucap lelaki itu jujur.

Thank you? What for?”

“Yelah.. for everything. Because you’ve came to my life, befriend with me and stepped into my heart.  
You’re just.. someone that I want to be with.”

Rania tersenyum. Darah merah mula menyerbu wajah. Terasa malu mendengar kata-kata Danny. Danny yang sering dikenali dengan lelaki berwajah tegang di kalangan para pekerjanya adalah seorang lelaki yang baik hati, ikhlas, banyak bercakap dan mengambil berat hanya apabila dia bersama Rania.

Me too,” balas Rania, tunduk.

You’re so cute when you’re being shy!” usik Danny.

Rania mengecilkan matanya sambil berusaha untuk menumbuk bahu Danny. Danny mengelak sambil ketawa senang.


DARLINA menggerak-gerakkan pensel kayunya di atas sehelai kertas putih. Rekaannya sudah siap. Dia hanya ingin mereka corak yang sesuai untuk dress yang direka. Beberapa helai kain juga sudah tersedia dia atas meja. Sesekali Darlina akan meneliti corak-corak bermotif bunga pada kain-kain itu. Mungkin dia akan menggunakan kain jenis chiffon untuk rekaan terbarunya.

“Hai, Alin,” sapa seseorang.

Darlina mengangkat kepala. Hisyy! Menyampahnya.

“Ya,” balas Darlina, cuba berbasa-basi.

I nak tempah bajulah. Prom night dress,” ujar perempuan itu.

Darlina mengangkat kening.

What kind of dress do you want? Materials, color. Be specific,” Darlina cuba tidak menunjukkan riak jengkel di depan Liliana.

The theme is.. gold and rich. So, how about black and gold? I tahu, you are one of the best fashion designers. So, please help me out,” ujar Liliana dengan lenggok-lenggok tubuhnya yang meloyakan tekak Darlina.

Darlina bangun. Sebuah buku, sebatang pensel dan pita pengukur dikeluarkan lalu dia mula mengukur ukuran badan Liliana yang diperlukan untuk menjahit baju si Liliana gedik ini.

“Bila nak?” soal Darlina setelah dia selesai dengan kerja mengukurnya.

Before at the end of next month. Bila dah siap nanti, call I.”

Sekeping kad dihulurkan sebelum Liliana berlalu meninggalkan butik itu.

Baru sahaja Darlina kembali ke tempat duduknya, suara seseorang yang menyebut namanya mematikan langkah Darlina. Darlina berpaling. Berdiri di hadapannya seorang jejaka berkulit sawo matang dan bertubuh tinggi lampai.

Do you have a time?” soal lelaki itu.


“KENAPA awak cari saya?” tanya Darlina.

“Dah lama saya cari awak, Alin. Kenapa awak pergi macam tu je?” soal Ezral tenang.

Darlina diam seribu bahasa. Mohamad Ezral Assyafiq. Lelaki ini ditemuinya beberapa tahun lalu tahun lalu. Ketika itu, dia selalu berkunjung ke hospital, melawat lelaki yang dikenalinya sejak dia masih melanjutkan pelajaran ke universiti. Lelaki itu pernah dimasukkan ke hospital buat satu jangka masa yang lama. Selama lelaki itu dimasukkan ke hospital, Darlinalah yang menjaganya.

“Entahlah. I wanted you to live a happy life,” akui Darlina.

What do you mean? Lepas je saya keluar hospital, saya dah tak jumpa awak lagi. Puas saya cari awak. Macam dah nak gila saya dibuatnya.”

Darlina memanggung kepala. Kenapa dia cari aku?

“Alin, saya datang sini just untuk dapatkan kepastian.”

“Kepastian apa?” soal Darlina, acuh tak acuh.

Will you marry me?”

Soalan itu membuatkan Darlina terasa ingin pengsan. Kahwin? Bermimpikah aku? Akhirnya, setitis air mata jatuh membasahi pipinya.

“Kenapa saya? Kenapa bukan Aisyah?”

Aisyah. Ya, Aisyah. Gadis yang selalu cuba mencuri perhatian Ezral. Yang cuba mendampingi Ezral. Bahkan sanggup menunggu berjam-jam lamanya di hospital, mencari ruang untuk diterima Ezral.

“Saya tak pernah cintakan dia. Sekelumit sayang pun tak ada untuk dia. Selama ni, saya cuma sayangkan awak seorang je,” ucap Ezral.

Darlina mengesat air mata dengan hujung jari. Sudah hampir dua tahun dia berperang dengan perasaan sendiri. Perlukah dia berterus-terang?

Please think about this. Mungkin awak terkejut sebab saya tiba-tiba datang, dan tiba-tiba lamar awak. Tak apa, take your time. Kalau saya boleh tunggu almost dua tahun, why not the next two years?”

Darlina mencari kepastian dalam mata lelaki itu. Senyuman Ezral melegakan jiwanya. Darlina turut tersenyum.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...