Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

08 Ogos 2019

Tapi Bukan Aku 5

DANNY membetul-betulkan letak kaca mata hitamnya. Dia duduk sendirian di taman itu, memerhatikan gelagat kanak-kanak yang sedang bermain. Tepukan di bahunya membuatkan dia tersedar dari lamunannya. Di hadapannya berdiri seorang perempuan berkasut tumit tinggi, sehelai skirt separas paha dan t-shirt yang mendedahkan sebahagian bahunya.

“Hmm.. ada apa nak jumpa I ni?” tanya Danny. Di sebalik kaca mata hitamnya, pandangan menyorot di setiap inci pakaian perempuan itu. Seketika kemudian, dia menjeling menyampah.

“Sebab..” Liliana duduk di sebelah Danny. “Sebab I rindukan you. You tak rindu I?” soal Liliana dengan nada yang sungguh menjengkelkan. Mengada-ngada.

“Buat apa nak rindukan you? Ada manfaat ke? Tak ada, kan? Cepat sikit. I ada hal,” balas Danny. Tangan Liliana yang merayap di wajahnya ditepis kasar.

“Sakitlah. You ni.. hmm.. tapi tak apa. I tak kisah. I just nak tengok muka you yang comel ni je. Tak boleh ke?”

Danny tersenyum sinis.

You nak tahu tak, apa yang you buat ni macam perempuan tak ada maruah. Hey, I ni dah nak kahwin dengan Rania Insyirah. Tolonglah berhenti buat perangai macam orang kurang siuman ni. I geli! Kalau Nia nampak, mesti dia salah sangka,” marah Danny apabila tangan Liliana makin galak berlari di dadanya.

“Biarlah dia nampak. Kenapa, you takut? Or you tak sanggup nak lepaskan Nia? Dah lama I tunggu you, kenapa you tak pernah hiraukan I?”

You memang layak dibiarkan dekat tepi jalan tu. You know that?”

“Hey, Danny! You jangan sampai I sebarkan gambar-gambar kita dalam bilik tu semua. Gambar masa kita dekat Sydney. You ni pandai, kan? You nak perempuan yang baik-baik, tapi diri sendiri tak pernah nak cermin. Come onlah. We did that on purpose. Kita sama-sama nak,” ugut Liliana.

Danny mengepal penumbuk. Kalaulah Liliana ini bukan perempuan, sudah lama penumbuknya singgah di pipi Liliana.

You jangan cuba nak ugut-ugut I. Benda tu dah lama berlaku. Just forget about it. I pun dah menyesal!”

“Menyesal you kata? Lupakan? No way. Memanglah dah lama. Even before you are in a relationship with Nia. Tapi you tahu kan, Nia takkan terima lelaki macam you?”

Danny mula menghayun langkah, meninggalkan Liliana sendirian.

“Ingat Dan! Lagi jauh you lari, lagi dekat you dengan I. Gambar tu semua ada pada I,” sempat Liliana mengugut Danny.

Liliana tersenyum kemenangan. Jangan harap kau akan bersama dengan Nia. Nia takkan sukakan kau lagi kalau dia tahu kau bukan lelaki baik.


RANIA menghayun langkah malas ke kedai Harvey Norman yang berada di Mid Valley itu. Pasti dia akan bertemu lagi dengan singa lapar itu. Tetapi, apakan daya. Cuma dia seorang sahaja yang tidak bekerja. Terpaksalah dia yang disuruh membeli keperluan ahli keluarganya.

Ameer dan Darlina meminta agar accessories komputer mereka ditukar memandangkan semuanya sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi. Rania berjalan menuju ke bahagian yang menempatkan peralatan komputer. Dia berkira-kira sendiri. Speaker, screen protectors, mouse, headphone.
Bukk!! Alamak! Rania mendongak. Habislah dia. Pasti nyawanya akan dicabut sebentar lagi oleh singa lapar ni.

Irfan tidak berasa ingin marah.

Yes, what can I help you?” soalnya ramah.

Rania mengerutkan dahi. Dia ni ada penyakit skizofrenia ke? Hari tu bukan main garangnya. Siap marah-marah aku. Hari ni baik pulak. Hairan, hairan.

Rania tersentak apabila Irfan menggawang-gawangkan tangannya di depan muka Rania.

“Oh! Saya nak beli PC’s accessories,” Rania menunjukkan kawasan yang menempatkan peralatan komputer.

Irfan mengangguk sebelum berlalu. Rania masih berasa hairan. Akhirnya, rasa hairan itu dibuang jauh-jauh.

Usai sahaja membeli segala yang diperlukan, Rania berjalan keluar daripada kedai itu. Baru sahaja ingin menaiki escalator ke tingkat atas, Rania terlopong. Kelihatan dua susuk tubuh yang sangat dikenali sedang duduk makan di restoran Dubu Dubu Island. Rania kaku. Tidak tahu hendak ke mana langkah kakinya dibawa.

Kelihatan Danny dan Liliana sedang duduk makan. Buat beberapa kali, Liliana menyuap makanan ke mulut Danny. Ada kalanya Danny hanya menggeleng. Ada juga dia membuka mulut, menyambut makanan yang mendarat ke bibirnya.

“Cik, cik!” satu suara yang menegurnya membuatkan Rania pantas berpaling. Kelihatan Samad ataupun yang lebih dikenali sebagai Singa Lapar datang ke arahnya. “Ingatkan cik dah pergi tadi. You left your purse dekat kaunter,” sambung Irfan.

Rania terasa bibirnya bergetar menahan kepedihan dalam hati.

“Cik?”

Irfan ternganga apabila terlihatkan gadis itu menitiskan air mata. Kenapa pulak ni? Irfan menggosok dahinya dengan tapak tangan.

Rania berpaling, ingin berlalu. Lantas tangan Irfan memaut kejap pergelangan tangannya. Jika tidak, pasti gadis itu sudah tersungkur.

Are you okay?” soal Irfan lagi. Dari tadi gadis itu membisu. Risau dia melihat keadaan gadis itu.

“Haa? Ahh.. saya okey. Thanks,” jawab Rania. Beg duitnya diambil lalu dimasukkan ke dalam tas tangan. Air mata diseka dengan hujung jari.

Rania berlalu, meninggalkan Irfan sendirian. Irfan menghantar langkah gadis itu dengan pandangan mata sahaja. Bimbang gadis itu terjatuh lagi. Entah mengapa, dia berasa kasihan dengan gadis itu. Dia tidak tahu apa yang berlaku, tetapi dia pasti tentu ada sesuatu yang berlaku terhadap gadis itu. Irfan berpaling setelah gadis itu hilang dari pandangannya.


RANIA menghempaskan tubuh ke katil. Jenuh dia menahan agar air matanya tidak menitis di depan ahli keluarganya. Biarlah dia seorang sahaja yang merasakan kepedihan itu. Jika benar apa yang dilihatnya di restoran itu tadi, maka tiada guna dia meneruskan hubungannya dengan Danny. Kenapa you buat I macam ni?

Deringan telefon mematikan lamunan Rania. Danny. Haruskah dia menjawab panggilan lelaki itu?

“Assalamualaikum,” sapa Rania, cuba menahan getaran dalam suaranya.

“Waalaikumussalam. Hi sweetheart. Buat apa?”

Sweetheart?

“Baru sampai rumah. Beli barang sikit tadi.”

Really? Lahh.. kenapa tak call I? Boleh I temankan you.”

Do you still having time to spend with me?” soal Rania. Suaranya sudah bertukar serak.

Hey, what do you mean?”

Rania yang sedar akan keterlanjuran kata-katanya menggigit bibir.

Youkan busy. Takkanlah ada masa nak jalan-jalan.”

Kedengaran Danny ketawa di hujung talian. Biasanya, tawa itu bagaikan ubat baginya. Dia gembira apabila mendengar suara Danny yang sedang ketawa. Tetapi, saat ini, detik ini, suara itu bagaikan panahan halilintar yang sedang memanah hatinya.

I ada je masa dengan you. Just call me. Then, I’ll be with you. I kan your Superman,” gurau Danny.

Rania hanya membatu. Air matanya sudah mula bertakung di kelopak mata.

“Danny.. I got to go. I belum mandi, belum solat Asar. Assalamualaikum.”

Talian terus dimatikan tanpa menunggu jawapan Danny. Rania duduk dan bersandar di kepala katil. Air matanya mengalir bagaikan hujan yang ingin membasahi gurun yang kering-kontang. Kenapa you tak berterus-terang dengan I?


DANNY meneliti setiap gambar yang ada dalam album telefon bimbitnya. Banyak gambarnya dengan Rania. Dia tersenyum. Entah mengapa, ada rasa sayu sewaktu dia mendengar Rania memanggil namanya. Nada Rania begitu lain sekali. Tidak ceria seperti selalu.

Danny kembali mengingati detik semasa dia bertemu dengan Liliana. Liliana mengugutnya untuk menyebarkan gambar-gambar yang tidak sepatutnya kepada Rania dan keluarga mereka. Itu, sebulan yang lalu. Sepanjang tempoh ini, Liliana tidak pernah jemu mencuba nasib. Dan sekarang, Danny sedang mencuba untuk mendapatkan gambar-gambar itu. Setelah dia berjaya, dia akan meninggalkan Liliana. Danny tersenyum sinis. Sorry Nia sayang. I have to do this. I’ll never let you hurt.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...