Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

05 September 2019

Nikah Wali Hakim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Harini aku just nak share pasal pengalaman masa nak apply wali hakim haritu. Korang pun tau kan. Abah aku dah takde. Atuk aku lagilah dah lama takde. Abang kandung aku yang aku jaga ni pulak Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran. Maksudnya dia tak pandai membaca, mengenal huruf, mengira, membezakan mana yang baik, mana yang buruk, tak tau pasal hukum hakam, plus berfikiran macam budak-budak. Yang dia tau main je. Lebih kurang gitu la. So, disebabkan tu dia hilang kelayakan sebagai wali aku. Ikutkan aku ada seorang lagi abang yang satu abah lain mak. Tapi, aku dimaklumkan yang dia dah pun meninggal dunia disebabkan sakit buah pinggang. Aku pernah jumpa dia sekali jela sepanjang hidup aku. Huhuhu.

Lepas dah semak senarai wali, aku pun mulakan la pencarian wali-wali yang lain (adik beradik, sepupu sepapat aku sebelah arwah abah). First, 21.03.2019 aku jumpa Raja Baharum (Along) aka Raja Leman kat Kampung Jaya Setia, Bestari Jaya, Selangor. Mulanya aku ingatkan dia layak jadi wali memandangkan dia sepupu aku sebelah abah. Sekali semak semula, rupa-rupanya dia anak kepada adik perempuan abah aku. Jadinya, tak layak la. Syarat untuk wali, mestilah anak lelaki dari adik beradik lelaki sebelah bapa. Dari apa yang aku tau, abah aku ada 3 beradik je. Yang pertama Raja Jumaat / At, abah aku yang kedua dan yang ketiga Raja Aisyah / Esah. Raja At aku langsung tak pernah jumpa, tak pernah tau sama ada dia ada anak lelaki ke tak.

Along suruh aku jumpa Kak Wok (anak angkat arwah abah aku) kat kampung yang sama. Kak Wok cakap anak Raja At ada 5 orang. Yang aku ingat, nama dorang Raja Sani, Raja Dorani, Raja Hamid, Raja Mahani and sorang lagi tak ingat. Kak Wok cakap dia kenal dorang sebab masa kecik-kecik dulu dorang semua ni berkawan. Jadinya, dia cubalah carikan nombor telefon dorang semua ni. Lepas dah dapat, aku dapat jumpa Raja Mahani je kat rumah Kak Wok. Mula tu katanya nanti dia boleh bawakkan kitorang ke rumah Raja Dorani kat Bandar Tun Razak. Kitorang okey jela. Tetibe lepas tu berdolak-dalih. Kejap bagi alasan orang tu sakit la, pergi berubatlah apa semua. Okey fine.

Raja Mahani cakap dia try tanya Raja Sani boleh tak jadi wali aku. Tak lama lepas tu, dia maklumkan kat aku yang Raja Sani tak nak jadi wali. Dengan alasan, nanti leceh nak kena menghadap Sultan Selangor bagai. Aku tanya apa kena mengena sultan pulak dalam hal ni. Katanya, masa dorang dulu nak kahwin, sebab dorang berketurunan Raja dari Selangor, dorang kena menghadap sultan and dapatkan surat kebenaran dari istana untuk berkahwin dengan orang kebanyakan. Tergelak jugak la aku dengar. Sebabnya kitorang takde kaitan pun dengan Sultan Selangor tu. Arwah abah pernah cakap, moyang kitorang tak pasti la yang mana satu, ayah kepada moyang aku Raja Abdullah tu ke atau atok aku Raja Ismail yang kena halau dari istana. Jadinya, dah sah la nama kami semua dah kena buang dari salah silah keturunan Sultan Selangor. Kan?

Tak lama lepas tu, Raja Mahani cakap Raja Sani tetap tak nak jadi wali dengan alasan dia mengaji la, join al-arqam la. Pening aku bagi alasan berbelit-belit. Then, cakap Raja Hamid nak jadi wali tapi kitorang kena pergi Ipoh jumpa dia. Bapak jauh. Dia bagi nombor telefon Raja Hamid. Call tak pernah berjawab. Mesej langsung tak baca.

Sudahnya aku give up. Aku tanya JAWI semula. 27.03.2019 aku pergi ke JAWI semula bawak Hisyam ngan Nyah (sepupu aku sebelah mak) sebagai saksi untuk mengesahkan abang aku OKU. Ustazah Faezah dari JAWI tu nasihatkan buat surat permohonan wali hakim terangkan detail dalam tu pasal sedara mara aku semua. Dia cakap dia cuba tolong buat laporan untuk dapatkan kebenaran bernikah wali hakim. Aku pun buat la sampai dua muka surat. Esoknya, terus ke Mahkamah Syariah failkan kes. Masa nak failkan kes tu, first kena pergi kaunter cakap nak mohon wali hakim. Nanti kena pergi buat bayaran tak silap aku RM 25.00. Lepas tu kena ke bilik jurutaip mintak buatkan afidavit apa semua. Upah dalam RM 30.00. Dah settle, submit semula kat kaunter. Terus dapat tarikh perbicaraan pada 08.04.2019. 

08.04.2019 aku dengan husband aku pergi ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Saja bawak sepupu aku dua orang tu in case ada benda hakim nak tanya. Masuk dalam bilik bicara, ada beberapa orang lagi selain aku. Tapi kes dorang berbeza la. Seram jugak la sebab dewan bicara besar. Rupa-rupanya dia tak bicara secara terbuka. Dorang panggil sorang demi sorang kat bilik kecik tepi tu. Maka, menghadap la aku Hakim kat dalam bilik tu. Bersoal jawab dalam 10 minit, Hakim pun bagi kelulusan. Lega. Pergi kaunter semula buat bayaran (lupa berapa. nanti aku cek semula). Bawak resit bagi balik kat petugas dalam bilik bicara tu, nanti dia bagi surat kebenaran bernikah secara wali hakim. Dapat je tu, kitorang terus ke JAWI hantar surat.

Ustazah Faezah cakap okey. Boleh proceed dah nak nikah 19.04.2019. Hahaha. Apa lagi. Balik dengan gembira la. Kah kah kah. Lepas tu menggelupur cari barang nak nikah. Yela, konon tunggu dapat kelulusan wali hakim baru cari barang. Dah kelulusan pun dapat tak sampai 2 minggu sebelum tarikh nikah, memang kelam-kabut la. Hahaha. 

Tapi kami nikah kat JAWI gak. So, dari segi pelamin apa semua settle.  Cuma untuk majlis kecil-kecilan jela jenuh nak mencari barang last minute. Heheh. Tapi apa pun, alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan kitorang nak bernikah. Now, dah selamat jadi suami isteri dah pun. And alhamdulillah, bulan Januari 2020 nanti dah nak dapat baby dah. Hehe. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...