Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

Memaparkan catatan dengan label Birthday Party. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Birthday Party. Papar semua catatan

17 Julai 2012

Jalan - Jalan Cari Makan

Assalamualaikum and selamat tengahari..


Hello semua.. Haha.. Apa kes tiba-tiba rajin update time rehat ni ek? Huhu. Tiba-tiba mood nak aktif blog muncul kembali. So, banyak la update cerita terkini lepas ni. Tapi, tu pun kena tengok mood jugak la. :p


Sedar tak sedar, ada lagi tiga or empat hari je lagi sebelum masuk bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Tak sabar dah ni, okeh. So, memandangkan bulan puasa dah makin dekat, kawan-kawan opis aku plan untuk makan kat luar sama-sama. Kiranya satu seksyen kitorang akan pergi. Untuk makluman korang, rancangan asal kitorang just nak buat potluck jer. Sebelum-sebelum ni, kitorang akan adakan sambutan hari jadi untuk semua staff ikut bulan kelahiran. 



Tapi, disebabkan kebelakangan ni seksyen kitorang agak sibuk, dah agak lama jugak la sambutan hari jadi tu tak dibuat. Dari bulan Mac lagi okeh. (Sampai hati buat-buat lupa time birthday aku kan??? Huhu) Konon-kononnya nak buat potluck la kan sempena nak sambut birthday staff yang lahir dari bulan Mac sampai la bulan Julai ni. Malangnya, plan tu terpaksa dibatalkan atas sebab kerosakan sinki kat pantri kitorang tu. Haiiisssshhhh.. (Bagus jugak. Tak payah fikir nak bawak apa.) Wakakakaka..


So, disebabkan plan tu dah tak jadi, kitorang tukar plan untuk pergi makan kat luar je. Maka dengan itu (bapak skema ayat), lunch time semalam kitorang pun berkonvoi la ke Restoran Tupai-Tupai dengan menaiki tiga kereta. Actually, dua kereta je konvoi. Abang Mok and the geng dah gerak dulu. Dah la kitorang yang lagi dua kereta ni langsung tak tau jalan, sekali kena tinggal la pulak. Gelabah cari jalan. Padan muka sesat. Padahal dekat kemain dengan opis. Tapi takpe. Pengalaman semua tu kan.. Hahahaha.


Mek Su and Cik Nita.

Kak Intan and Kak Liza.

Abang Z (besday dia semalam) and Kak Intan (besday dia harini).

Tak nampak muka bos la pulak. Huhu.

Lepas je habis makan, kitorang terus suruh staff yang birthday dia semalam potong kek. Takde nyanyi-nyanyi dah. Malu kot tempat terbuka nak nyanyi bagai. Wakaka. Tapi best la. Sekali sekala makan ramai-ramai kat luar. Bos pon join. Baru la rasa hubungan antara satu sama lain tu dapat dieratkan lagi. Hehe. 


Nota Cik Rimau : Tiket raya dah dapat wehhhh... Hooyyeeaaaahhhhhh. Gumbiranya. Kuala Kangsar, tunggu aku balikkk.. (Gila kejap. :p)

12 Mac 2012

Surprise Birthday Party Untuk Bos

Assalamualaikum and selamat malam..


Lambat betul aku update malam ni. Hehe. Tiba-tiba je kan aku jadi rajin nak update blog. Padahal dua tiga bulan kebelakangan ni, punya la malas. Blogwalking pun dah lama tak buat. Pelawat blog ni pun makin lama makin berkurangan. Iklan pulak dah berkurun tak naik-naik nilainya. Hehe. Teruk betul aku ni kan? Macam mana la nak jadi blogger tegar kalau macam ni. Tapi takpe. Mood blogging aku dah datang balik. Lepas ni , aku akan update selalu macam sebelum ni. InsyaAllah..


Actually harini ada surprise birthday party untuk bos aku kat pejabat. Aku sendiri pun tak tau plan dorang untuk sambut birthday bos ni. Mengejut kot. Tau-tau dah ada yang pergi beli kek and kfc. Staff tak ramai harini. Ramai ambik cuti. Tapi tetap meriah yer. Dah, tak payah bebel panjang.. Jom layan gambar je. Hehe. 

Sedap kek ni! Hehe
Makanan tak banyak sebab ramai staff yang cuti.
Surprisekan bos depan pintu masuk. :p


Kak Suhana yang suka sangat posing. Huhu
 

Nota Cik Rimau : Lagi 5 hari cukup la umur Cik Rimau 23 tahun. Tuanya! Huhu. Oh ya. Lupa pulak. Harini jugak bos Cik Rimau yang comel tu (Cik Kema) selamat melahirkan anak sulungnya. Baby girl yer kawan-kawan. Tahniah and semoga jadi mama yang baik.. :p Geram tengok anak dia. Comel!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...