Assalamualaikum and selamat tengahari..
Hello semua.. Haha.. Apa kes tiba-tiba rajin update time rehat ni ek? Huhu. Tiba-tiba mood nak aktif blog muncul kembali. So, banyak la update cerita terkini lepas ni. Tapi, tu pun kena tengok mood jugak la. :p
Sedar tak sedar, ada lagi tiga or empat hari je lagi sebelum masuk bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Tak sabar dah ni, okeh. So, memandangkan bulan puasa dah makin dekat, kawan-kawan opis aku plan untuk makan kat luar sama-sama. Kiranya satu seksyen kitorang akan pergi. Untuk makluman korang, rancangan asal kitorang just nak buat potluck jer. Sebelum-sebelum ni, kitorang akan adakan sambutan hari jadi untuk semua staff ikut bulan kelahiran.
Tapi, disebabkan kebelakangan ni seksyen kitorang agak sibuk, dah agak lama jugak la sambutan hari jadi tu tak dibuat. Dari bulan Mac lagi okeh. (Sampai hati buat-buat lupa time birthday aku kan??? Huhu) Konon-kononnya nak buat potluck la kan sempena nak sambut birthday staff yang lahir dari bulan Mac sampai la bulan Julai ni. Malangnya, plan tu terpaksa dibatalkan atas sebab kerosakan sinki kat pantri kitorang tu. Haiiisssshhhh.. (Bagus jugak. Tak payah fikir nak bawak apa.) Wakakakaka..
So, disebabkan plan tu dah tak jadi, kitorang tukar plan untuk pergi makan kat luar je. Maka dengan itu (bapak skema ayat), lunch time semalam kitorang pun berkonvoi la ke Restoran Tupai-Tupai dengan menaiki tiga kereta. Actually, dua kereta je konvoi. Abang Mok and the geng dah gerak dulu. Dah la kitorang yang lagi dua kereta ni langsung tak tau jalan, sekali kena tinggal la pulak. Gelabah cari jalan. Padan muka sesat. Padahal dekat kemain dengan opis. Tapi takpe. Pengalaman semua tu kan.. Hahahaha.
Mek Su and Cik Nita. |
Kak Intan and Kak Liza. |
Abang Z (besday dia semalam) and Kak Intan (besday dia harini). |
Tak nampak muka bos la pulak. Huhu. |
Lepas je habis makan, kitorang terus suruh staff yang birthday dia semalam potong kek. Takde nyanyi-nyanyi dah. Malu kot tempat terbuka nak nyanyi bagai. Wakaka. Tapi best la. Sekali sekala makan ramai-ramai kat luar. Bos pon join. Baru la rasa hubungan antara satu sama lain tu dapat dieratkan lagi. Hehe.
Nota Cik Rimau : Tiket raya dah dapat wehhhh... Hooyyeeaaaahhhhhh. Gumbiranya. Kuala Kangsar, tunggu aku balikkk.. (Gila kejap. :p)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan