Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

Memaparkan catatan dengan label Dunia Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia Blog. Papar semua catatan

01 Julai 2011

300 Follower Dah.. Happy!!

Assalamualaikum and salam Jumaat semua..


Semakin jarang aku membebel sekarang ni kan. Al maklum la kan. Motherboard laptop aku tu still tak berganti lagi. Makanya, agak susah sikit la aku nak layan blog sekarang ni. Ya, memang la ada laptop adik aku tu. Tapi takkan aku nak kacau dia tiap-tiap hari pulak kan. Karang marah pulak dia sebab kacau dia nak online. Huk huk huk. Kesian aku kan? Hehe. 


Ok. Balik kepada tujuan utama aku membebel ni. :-) Sedar-sedar tak sedar, dah nak masuk dua tahun aku join main blog ni. Actually, kalau dikira balik, baru satu tahun 10 bulan. Awal-awal join dulu, aku tak terfikir pun nak share apa aku repekkan kat sini dengan orang lain. Aku buat tu pun saja-saja. Saja nak luah perasaan. Yela, nak cerita kat orang, takut orang tak nak dengar. Baik cerita kat sini. Sekurang-kurangnya, terluah jugak kan apa yang nak diluah. Betul tak kawan-kawan? Hehe.


Masa mula-mula blogging dulu pun, aku tak terfikir nak cari kawan kat blog ni. Tak tau pun macam mana nak cari kawan. Yela, dulu gila facebook je. Sekali tengok, bila dah layan blog, rasa seronok pulak. Terus ketagih. Masa tu, baru la aku belajar macam mana nak cari kawan. Macam mana nak share dengan orang lain entri-entri aku. And lain-lain la. 


Walaupun aku dah lama join blog ni, tapi baru-baru ni je aku jadi ahli aktif. Haha. Maksud aku, kerap update blog la. And aku memang tak sangka, walaupun baru je lagi aktif blogging ni, aku dah dapat ramai kawan. Thank you pada semua yang sudi berkawan dengan aku. Hik hik hik. Ayat gedik je kan? :-) And terima kasih yang tak terhingga pada semua yang follow aku walaupun blog aku ni tak best macam blog orang lain. Kih kih kih.


Kalau tengok kat jumlah follower aku sekarang ni, ada 302. Terima kasih kepada follower yang dah mencukupkan angka 300 tu. Siapakah blogger yang aku maksudkan ni ek? Orang yang aku maksudkan adalah Mr. Aril. Dia ada dua blog okeh. Korang pergi la lawat blog dia eh. Salah satu blog dia tu, dia banyak share pasal software. Aku tak pandai sangat nak review blog orang. So, korang terjah sendiri la eh.




Ok la. Tak tau nak bebel apa. Nak layan movie pulak la. Apa pun, terima kasih kepada semua follower Cik Rimau. Sangat-sangat hargai sebab sudi follow. :-)



Nota Cik Rimau : Nak tengok Transformers. Tapi bila nak booking je, semua dah penuh. Geram betul. Takkan nak pergi terjah je kot. Karang main pergi je, kena beratur panjang pulak. Malas ah. Tapi tak mau la lambat sangat tengok cerita tu. Favourite Cik Rimau ni. Huwaaaa...

21 Mei 2011

Mood Hilang Lagi!!

Assalamualaikum and selamat malam..


Kali ni betul-betul takde update. Bosan gila kot. Mood berblogging dua tiga hari ni macam takde pulak. Niat nak update ada. Awal-awal lagi dah log in. Tapi bila nak menulis je, tiba-tiba je jadi malas. Apa kes entah. Tengok la esok lusa. Kalau mood blogging ada balik, panjang la aku bebel. Sori la kalau aku tak melawat rumah korang malam ni. Aku merayap mana yang sempat je ye. Aku nak layan video Hazama kat youtube. (Aku dah jadi fanatik pulak kat si Hazama ni. Haha. I like u la Hazama. Kih kih kih. )



Nota Cik Rimau : Sape pernah kena penyakit malas or takde mood nak berblogging? Meh bagi tips sikit camne nak kasi ada mood. Hehe. Bantuan anda semua amat dihargai. (^-^)

14 Mei 2011

Akhirnyaaaa..

Assalamualaikum and selamat sejahtera..


Aku sekarang ni kat office. Menyiapkan kerja sikit. Saja curi masa sekejap untuk update. Actually aku tengah geram ni. Aku rasa korang-korang yang guna blogspot pun mesti rasa geram jugak kan? Macam yang kita semua tau, semalam blog tak boleh nak log in. Nak komen pun tak boleh. Setakat boleh baca je. Sudahnya seharian la aku tak membebel. Rasa macam tak best je bila tak boleh nak membebel kat blog. Even setakat nak merepek je. Kuat betul penangan blog ni kan?? Hehe.


Hurmmm.. Walaupun dah boleh log in harini, aku tetap rasa marah dekat blogger.com. Ada ke patut buang entri aku yang  baru tu. Penat tau tak nak taip entri baru. Huhu. Sedap-sedap je nak terminate. Ganti balik!!! Haha. Gila pulak aku ni kan. Ok la. Nak siapkan surat pergerakan gaji ni. Papai. Malam karang merepek lagi.


Nota Cik Rimau : Cik Rimau sorang je perempuan yang datang OT harini. Nasib baik la Cik Rimau bawak adik Cik Rimau temankan. Ada la jugak kawan.

26 Mac 2011

1st Contest Dari xcyber : Pose Depan Cermin

Assalamualaikum and selamat malam semua..


Semalam letih gila + layan drama korea, sampai malas nak update blog. Serius malas. Nak bukak tapi macam takde mood. Lagipun, semalam adik aku balik rumah. So, rasa nak bersembang je. Lama sangat dia tak balik rumah. 


Klik Sini kalau nak join

Okeh. Berbalik kepada tajuk di atas. Aku ditag oleh Ayie untuk join satu contest ni. Contest Pose Depan Cermin anjuran xcycer. Macam best pulak kan contest tu. Walaupun aku ni jenis tak suka nak tayang muka, tapi disebabkan syarat contest ni memerlukan tuan punya blog ada dalam gambar yang dipertandingkan, maka dengan rasa segannya, aku pun letak la gambar ni ye. (Jangan kutuk ye. Hehe)

Kat surau pejabat dengan adik aku.

Actually, gambar ni baru je diambil siang tadi. Memandangkan kena pada konsep contest ni, so aku guna je la gambar ni. Gambar ni adik aku ambik. Menggeletar kot tangan dia tangkap gambar ni. Haha. Aku yang pakai tudung putih tu ye. Gambar ni ditangkap kat surau pejabat aku masa nak balik OT tadi.

Syarat seterusnya kena tag empat orang rakan blogger. Adeh.. Lemah sikit nak tag orang ni. Takut orang marah. Tapi disebabkan nak join jugak, aku tag jugak la ye. Sorry kalau korang marah. :-)

3.   Rj Etika

Kepada sesiapa yang rasa nak join contest ni, klik je kat link bawah banner contest tu. Contest ni akan tamat pada 23 April 2011 pukul 11.59 malam. Ada banyak masa lagi. Silakan join untuk memeriahkan and memeningkan penganjur untuk pilih pemenang. Haha. (Niat jahat kan?)

Nota Cik Rimau : Tekak sakit la.. Suara dah jadi rock. Adeh. Tak comel la suara Cik Rimau lepas ni. Haha. [Perasan gila Cik Rimau ni kan.. :-) ]

22 Mac 2011

Segmen Aku dan Sekolah

Malam ni rasa gatal nak join segmen anjuran Cik Aniss yang bakal ambik result SPM esok. Tiba-tiba rasa nak imbas memori dulu-dulu. Rindu kawan-kawan sekolah. Rindu nak gaduh and belasah kawan-kawan macam dulu. Betapa ganasnya aku masa sekolah dulu. Hehe.




Makna Sekolah Bagi Anda?
Bagi aku, sekolah adalah tempat untuk menuntut ilmu. Sekolah jugak la yang ajar aku untuk hidup berdikari. Kenal kawan-kawan yang best. Dapat cikgu-cikgu yang baik. Sekolah dah macam rumah kedua bagi aku sebab aku stay asrama. Haha


Ceritakan Kenangan Manis Anda Di Sekolah
Kenangan manis eh. Hurmm.. Banyak kot. Aku ni duduk asrama dari form 1 sampai form 5. So, memang banyak kenangan. Nakal tak kot. Tapi melanggar peraturan asrama. Curi-curi seludup handphone. Bila kantoi, semua handphone cikgu rampas. Tapi tu tak mematahkan semangat kitorang untuk bersms or call sape-sape. Sebabnya, ada yang sanggup pulak pinjam handphone kawan yang tak duduk asrama. Tak pun, sape yang bawak handphone ke asrama, bagi kawan yang tak duduk asrama tolong simpankan. Malam-malam kawan tu akan datang kat pagar asrama kutip handphone. Faham-faham jela cikgu suka buat spot check time kitorang pergi kelas. 

Sepanjang duduk asrama, kitorang paling happy kalau hari Sabtu. Sebab boleh tengok tv dari pagi sampai malam. Jakun woo kalau dapat tengok tv. Selalu pergi sekolah dengar kawan-kawan cerita tengok cerita itu la. Cerita ini la. Kitorang tak dapat tengok. Hangin je. Sabtu jugak boleh outing. Suka sebab dapat merayap walaupun ada dihadkan jumlah student yang boleh keluar. And Sabtu jugak hari untuk keluarga datang melawat. Memang best. 

Selain tu jugak, aku banyak jadi wakil sekolah dalam bermacam jenis pertandingan. Pergi kem or kursus macam-macam peringkat. Best woo dapat ponteng kelas. Cikgu pun tak halang. Duduk kelas pertama time tu. Cikgu asyik cari kitorang je untuk jadi wakil sekolah. Best jadi harapan sekolah ni. Haha. Boleh buat budak-budak kelas lain jealous. (Gurau je. Aku baik masa sekolah. ^-^ )


Ceritakan Kenangan Pahit Anda Di Sekolah
Seingat aku, takde kenangan pahit. Semua manis belaka. Kalau ada pun, mungkin rasa terkilan sikit masa sambutan Hari Kantin. Boleh pulak masa Hari Kantin tu diadakan, aku punya tekak buat hal. Rasa nak muntah sepanjang hari. Apa pun tak boleh nak masuk tekak. Padahal masa tu macam-macam jenis makanan dorang jual. Aku tak boleh nak merasai keseronokan macam kawan-kawan lain. Sangat jealous okeh. Yang paling buat aku geram, elok je aktiviti jualan Hari Kantin tu dah nak tamat, baru la tekak aku boleh terima makanan. Haiishh..

Nak tengok gambar aku masa sekolah? Cuba korang teka mana satu aku. Hehe.

Masa form 5. Kurang sorang. Warga 5 Sains 1 Tahun 2006 dengan guru kelas Cikgu Jamil (Cikgu Fizik jugak).

Dengan Teacher Durrah.

Dengan Cikgu Jamil masa dah dekat nak SPM.

Dengan Cikgu Kang (cikgu Matematik).

AJK Majalah Sekolah Tahun 2006.

Dapat tau dah ke mana satu aku? Aku yang paling ganas. Agak-agak korang yang mana satu?


Nota Cik Rimau : Badan dah mula panas. Nak demam ke Cik Rimau malam ni? Selsema pun dah mai ni. Haisshh..

20 Mac 2011

Kekeringan Idea

Assalamualaikum and selamat malam semua..

Dua tiga hari ni, aku dilanda kebosanan yang amat sangat. Nak update blog pun lambat-lambat je. Mood ke laut agaknya. Serius tak tau ke mana mood berblogging aku sekarang ni. Bukan la maksudnya aku dah tak minat menulis kat blog ni. Minat lagi. Memang aku suka menulis. Cuma mood untuk menulis tu merajuk sekejap kot. Haha.

Dari tadi aku merayap ke blog orang lain. Tinggal jejak la. Komen entri la. Baca entri la. Ingatkan boleh la dapatkan idea. Tapi tak jugak datang idea yang dicari tu.  Haisshh.. Actually, idea menulis ada. Idea nak mengolah ayat tu yang takde. Aku suka check dulu ayat and perkataan yang aku gunakan. Tengok sesuai ke tak ayat tu.  And lagi satu, aku ni kalau menulis memang ambik masa sikit. Faham-faham jela kalau online sambil tengok tv. Sah-sah la tumpuan tu terganggu dengan cerita-cerita kat tv.



Nota Cik Rimau : Sape tengok Mentor tadi? Cik Rimau sokong Salmah protege Erra Fazira. Suara dia power la. Ika boleh tahan la. Aiman tu biasa je kot. Cik Rimau puas hati la dengan markah Salmah tadi. 80 tu beb. Jauh ketinggalan Ika and Aiman. Hehe.

15 Mac 2011

Apa Nak Buat Kalau Dapat Buffered Earnings??

Assalamualaikum and selamat sejahtera kepada semua yang singgah kat blog ni..

Apa aktiviti korang sekarang ni? Dah makan ke belum? Aku makan kuih je tengah hari ni sebab pagi tadi dah makan nasi goreng. Kenyang sampai sekarang. Huhu. Cadang nak tidur je. Tapi rasa nak menaip pulak. Jadinya, kat sini la aku bertapa tengah hari ni. :-)

Nampak tajuk tu? Actually tadi tergerak nak check Nuffnang. Saja-saja jela nak tengok. Sekali tengok ada BE baru. Ini ha kat bawah ni. Daripada Maxis ke Nokia aku pun tak tau. Haha.


Tujuan sebenar aku buat entri ni saja nak tanya korang, apa perlu dibuat kalau dapat BE? Banyakkan blogwalking? Adeh.. Teman ni dah la selalu sampai rumah lambat. Pastu banyak lagi nak kena buat. Lepas Isyak baru free sikit. Boleh la lepak-lepak tengok tv or layan facebook and blog ni. Sabtu selalunya aku pergi office. Cuba selesaikan kerja yang semakin melambak tu. Ahad je kot free. Itu pun kalau aku takde merayap  ke mana-mana. Tapi kena usaha jugak la kan? Kalau tak mana nak nampak hasilnya. Hehe.


Nota Cik Rimau : Cik Rimau salah info la kat entri semalam. Bukan MATTA yer kawan-kawan. Tapi MAPPA. Singkatan untuk Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kedua Belas. Hehe. Cik Rimau dah betulkan lepas ditegur oleh seseorang. Haha. Hampeh..

14 Mac 2011

Jom Jawab Tag : Mari Kenal Rakan Blogger

Assalamualaikum and selamat petang semua..


Aku tengah lepak-lepak kat rumah ni. Aku cuti harini. So tadi aku melayan la cerita mengarut yang ada lagu cenggini, "dunia khayalan.. dunia impian..". Cerita apa lagi. Cerita dongeng tu la. Tak tengok sangat pun. Mata melekat kat skrin laptop. Sembang kat ym dengan kawan-kawan office. Sambil cuba mendapatkan informasi terkini apa yang jadi kat office tu. Haha.


Sambil tu jugak, aku merayap la ke blog kawan-kawan lain. Sekali sampai la ke pondok Atok apo-apo yolah. Baca entri. Pastu tertangkap ada nama aku kat senarai yang kena tag. Adeh.. Teman dah la tak pernah kena tag ni. Kena buat apa ek? Jawab je kan? Hehe. Ok. Teman cuba la jawab ye. Moh layan ..


1) Adakah anda rasa anda hot??
   - Hot ek?? Hot yang macam mana tu ye? Hot yang glamour tu ke hot cuaca? Haha.  Ya aku rasa aku hot. Hot-tempered. Hehe. (Boleh?)

2) Upload gambar wallpaper/pic anda guna sekarang
   - Uik.. Wajib ke ni? Hehe.. Upload karang kata tipu pulak. Huhu.

Ini gambar wallpaper kat laptop aku sekarang ni.
Blogger profile.
Facebook profile.
Twitter profile.
YM profile.


3)Cerita pasal gambar profile.
  • Gambar untuk wallpaper - suka tengok sebab kucing tu cute sangat. Geram tengok perut dia. Haha.
    • Gambar profile yang aku guna untuk Blogger, Facebook and Twitter - Semua gambar harimau kan? Dah nama aku Cik Rimau. Mesti la semua guna harimau. Hehe. Dulu guna kucing. Harimau pun adik-beradik kucing jugak kan? Cute and lagi besar. Puas kalau dapat peluk. Wakaka. 
    • Gambar kat YM - Teddy bear. Gila kan? Lain semua harimau. Sekali ym guna teddy. Sebelum ni guna gambar harimau jugak. Tapi kawan kata nampak ganas sangat. So, tukar jela. Hehe.

            4) Bila kali terakhir makan ayam?
               - Malam semalam. Masak sendiri ok. Sedapnya. Nyum nyum. Nak ke? Haha.

            5)Lagu terakhir yang anda dengar? 
                - Spider - Jangan Kau Berputus Asa. (Minat dengar lagu ni lepas singgah blog Iwan.. )
             
            6)Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini? 
                - 3 in one. Hehe. Chatting kat facebook, chatting kat ym, tengok tv and dengar lagu. Er.. 3 in one ke 4 in one? Haha.

            7) Selain name sendiri, anda dipanggil ape?
                - Banyak woo nama panggilan.. Cik Rimau kat sini je. Kat luar macam-macam nama orang panggil. Raja, Niza, Ija, Ja, Hasniza, Je, Eja.. Paling glamour Ija and Raja. Hehe.

            8) Tag 8 orang (Terpulanglah nak tag sape2 pulak lepas nie atau tak. Dan pada sesiapa yang berminat)
            1. Ayie
            2. Nanaosaki
            3. Nina Cadbury
            4. Cik Lola
            5. Alief Muncung
            6. Kay_are
            7. Saiful Nazmi
            8. Meteoragurlz

            9)Siapakah no 1 anda?
               - Ayie. Kawan di alam maya ni jugak. Hehe. Yang penting, birthday dia dekat-dekat je dengan birthday aku. Haha.
             
            10)Katakan sesuatu tentang no 5.
                - Hurmm.. Alief ni bagi aku seorang yang ceria. Cuba korang terjah blog dia. Entri dia mesti ada je ayat-ayat kelakar. Hehe.

             
            11)Orang no 3 berhubungan dengan siapa?
                 - Errr.. Mana aku tau.. Hehe.. Tanya tuan punya badan sendiri eh.

            12)Bagaimana pula no 4?
                 - Cik Lola pun aku tak tau dia dengan sape. Korang nak tau, tanya sendiri. Lagi molek. Kan?


            13)Pesanan buat no 6?
                 - Pada kay_are, beta teringin sangat nak tengok muka tuan hamba. Asyik tengok topeng je. Hehe. (Gurau je)


            14) Kata-kata cinta buat no 2?
                  - Erkk.. Tak mau. Aku pemalu ok. Haha.

            15)Adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan?
                  - Ada. Dua-dua umur sebaya. Hehe.

            16)Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang no.1
                  1. Birthday dia esok.(Happy birthday tau. Hehe.)
                  2. Dia duduk kat Seremban, Negeri Sembilan.
                  3. Lelaki.
                  4. Masih lagi belajar kat UiTM Melaka.
                  5. Selebihnya kena terjah blog dia sendiri la ye. Hehe.

             17)Persamaan antara kambing dan lembu?
                 - Dua-dua boleh dikorbankan untuk jadi santapan manusia. Hehe.

            18)Perasaan ketika jawab tag ni?
                 - Takde pape rasa kot. Haha. Kesejukan and berbungkus dalam selimut sebab hujan lebat sangat kat luar tu. Cejukkknyeee.. Hehe.

            19)Adakah anda tahu Rizman itu sengal?
                 - Er.. Rizman tu sape ek? Aku tak kenal pun. Huhu. 

            20)Gay or les?
                -  Dua-dua tak. Berdosa siot. Tak pasal-pasal kena telan bumi nanti. Hehe.



            Nota Cik Rimau : Lega. Siap jugak akhirnya. Nak layan Cinta dan Anugerah kejap. Sejuknya petang ni. Huhu. Pada sesiapa yang Cik Rimau tag tu, terpulang la nak jawab ke tak ek. Cik Rimau pun tak berani sebenarnya nak tag orang. Hehe.

            02 Mac 2011

            Nuffnang Bagi Aku Hadiah Hari Jadi!

            MySpace Assalamualaikum and selamat malam kepada semua yang sudi singgah hutan rimba aku ni. Hehe. Mood aku sekarang ni : tengah kemalasan yang amat sangat nak menaip malam ni. Tapi tetap jugak paksa  jari untuk menaip. Kan aku dah cakap sebelum ni, aku tak nak tertinggal sehari pun merepek kat blog ni. Tapi kalau dah tertidur sebelum on laptop, itu kes lain okeh. Hik hik hik.


            Hurrrmmm.. Harini, aku and lima orang lagi staff Seksyen Sumber Manusia (SSM) pergi ke kementerian sebab ada kursus/seminar/ceramah setengah hari kat sana. Seminar kot yang lebih sesuai. Tajuk seminar tu "Bijak Mengurus Wang". Disampaikan oleh pegawai kat SIDC. Lupa nama penuh SIDC tu. Google jela kalau nak tau. Hehe. Keseluruhannya, aku rasa teknik penyampaian penceramah bagus. MySpace  Takde la kitorang ni bantai tidur sepanjang kursus. Ye tak? Walaupun ada sikit rasa mengantuk tu, tapi still ok la.


            Dalam pukul 1, kitorang balik office semula. Rupa-rupanya harini ada majlis perpisahan untuk sorang staff Seksyen Pentadbiran yang baru bersara tu. Ada makan-makan. Nasi beriyani (aku confuse ejaan sebenar) menu jamuan dorang. Aku tengok ramai tulis status kat facebook, mengantuk lepas makan beriyani. Mujur aku tak makan. Kalau tak, dengan aku-aku sekali mengantuk. Heheh. Mana boleh mengantuk. Kerja banyak siot. Tapi rehat tadi, aku tertidur sekejap. Rasa mengantuk pulak walaupun aku tak makan beriyani tu. Ada la dalam setengah jam. Puas jugak la. Haha. MySpace


            Lepas tu sambung kerja balik. Agak terkejar-kejar jugak la nak siapkan semua kerja. Sampai lupa nak tanya kat CC, dah kena audit ke belum. Aku tengok semua rileks je. Maybe dah settle dah kot. Ok la kalau dah lepas. Takde la SSM kelam kabut macam semalam. Semua sibuk nak siapkan benda-benda untuk audit. Haiiissshh..


            Harini jugak sibuk mengajar and belajar perkara baru tentang kerja. Mana-mana kawan yang tanya pasal kerja yang aku tau buat, aku ajar. Yang aku tak tau nak buat pulak, aku la pergi cari sifu. Nak pandai, murid kena la cari sifu. Kalau tak sampai bila-bila takkan pandai. Hik hik hik. Tapi pandangan peribadi aku la, aku nampak sistem kerja baru ni agak huru-hara sikit. Agak serabut. Sampai ada yang naik tension. Maybe sebab baru je lagi dimulakan. Sebab tu rasa macam ni. InsyaAllah lama-lama nanti ok. Ye tak? Mudah-mudahan... Yang penting usaha kena ada. MySpace


            Ok. Nampak tak tajuk gedik aku tu? Haha. Tadi aku check la akaun gmail aku. Sekali tengok ada email daripada Nuffnang. Aku pun bukak la. Rupa-rupanya Nuffnang  nak kasi aku 4 pass percuma untuk tengok wayang kat TGV sempena birthday aku yang bakal menjelma tak lama lagi. Best jugak tu. Tapi yang tak bestnya kena pergi ambik sendiri pulak kat office dorang. Malas la aku. Baik duduk rumah tengok tv je.


            Mesti korang kata aku jakun sebab dapat macam tu pun nak kecoh. Hehe. Yerla.. Kutuk la aku. Aku mana pernah dapat lagi. Sebab tu la jakun semacam. Hak hak hak. Kalau korang, korang ambik ke tak? MySpace (Eh jap.. Offer tu betul-betul ke main-main je? Haha)



            Nota Cik Rimau : Minggu ni mood Cik Rimau dah macam harimau je. Rasa nak marah memanjang. Orang usik Cik Rimau sikit je, mula la nak melenting. Adakah Cik Rimau terkena tempias kegarangan sang harimau? Hehe.

            28 Februari 2011

            Heartbeat La Pulak!!!

            Assalamualaikum and selamat malam semua..

            Dah tidur ke korang semua? Aku belum nak tidur lagi. Tadi siang dah banyak tidur. Tu yang macam payah je nak lelap ni. Haha.

            Ok. Aku nak story pasal satu benda ni. Kalau korang perasan la kan, nampak tak ada banner yang warna pink tu kat blog aku ni? Tau tak apa bendanya tu? Aku rasa kebanyakannya dah tau apa namanya. Ya betul. Itulah heartbeat. Korang pun dah ramai yang join benda ni. Aku agak ketinggalan kot. Baru je join. Tadi lepak blog Saiful Nazmi. Tertarik pulak nak join. Hehe. 

            Aku tak nak cerita panjang. Aku pun tak tau sangat heartbeat ni best ke tak. Baru je cuba, mana nak tau hasilnya. Berbaloi ke tak. Tapi tak salah kan kalau nak mencuba? Sebab tu aku join. So di kesempatan ni, aku pun nak ajak jugak la korang-korang yang belum join tu, meh la sama-sama kita mendaftar heartbeat ni.

            Kat bawah ni ada cara macam mana nak daftar. Aku cilok daripada blog Saiful Nazmi. Dah mintak kebenaran nak cilok ni. Jom la join beramai-ramai. Hehe.


            1) Untuk mula mendaftar, sila klik di banner di bawah ni dan satu tab/window baru akan dibuka yang membawa anda semua ke website Hearbeat. Ok. Klik dulu.



            Selepas klik... anda akan nampak website seperti di bawah ni...



            2) Pastu klik pada tanda "Let Us Start" tu ye. Akan keluar seperti di bawah pulak.



            3) Kemudian klik pada "Create Account macam yang ditunjuk dalam gambar. Kemudian akan keluar satu borang macam di bawah ni.


            4) Sila isikan semua butir2 yang diperlukan. Bila dah selesai isi jangan lupa untuk tick pada kotak di sebelah "I agree to HeartBeat's terms of service".


            Kemudian tunggu sebentar sebab akaun anda sedang didaftarkan. Bila semuanya ok dan pendaftaran diterima automatik anda akan dibawa ke laman seperti di bawah.



            5) Jangan tutup dulu ok. Pendaftaran belum selesai. Sekarang klik pada "Join HB!Affiliate" pulak macam yang ditunjuk dalam gambar.

            Kemudian akan keluar page seperti di bawah ni.




            6) Klik pula pada "Online Application". Pastu anda akan dibawa ke page seperti kat bawah ni.




            7) Isikan borang tersebut. Jangan lupa masukkan nama blog dan website blog anda ye. Kemudian jangan juga lupa untuk klik pada kotak di sebelah "I agree to HB!Affiliate's terms and conditions". Seterusnya klik pada "continue".

            Anda akan di bawa ke page seperti dibawah.




            8) Page ini memaparkan makluman mengenai HB!Affiliate anda. Berapa pendapatan anda dan sebagainya. Kalau diikutkan... pendaftaran telah pun SELESAI. Tapi jangan lupa.. anda perlu letakkan Banner HeartBeat di dalam blog anda. Untuk mendapatkan codenya, sila klik pada icon "Get A Code" seperti dalam gambar di atas.




            9) Sila highlight pada code yang dibulatkan dalam gambar di atas. Copy code tersebut dan kemudian boleh dimasukkan ke dalam blog anda (Terdapat 4 jenis dan bentuk banner yang boleh anda pilih seperti bahagian yang ditandakan kotak empatsegi. Setiap jenis dan bentuk juga ada saiz yang berbeza. Buatlah pilihan mengikut kesesuaian anda).


             
            Macamana nak masukkan dalam blog?




            Setelah di copy code dalam bulatan tersebut. Anda pergi semula ke blog anda. Klik pada tab "Design", kemudian klik "Page Elements", kemudian di mana2 kotak yang anda rasa sesuai nak letak banner tadi tu klik "Add a Gadget", kemudian pilih "HTML/Java Script". Sesudah itu sila paste kan apa yang anda dah copy tadi ke dalam bahagian "content" dan kemudian "save". Sudah siap.. tapi jangan lupa save pula perubahan yang dah dibuat pada blog. Dah sudah? Boleh cuba tengok kat blog anda. Hehehe.

             
            Dah cuba belum? Daripada yang aku selalu baca kat blog orang lain, kita kena selalu promote kat orang lain untuk klik banner yang ada kat blog kita ni. Kalau ada yang register melalui klik pada banner kita, kita dapat RM 2 untuk sorang. Kalau ada yang klik pada iklan kita pulak, kita dapat 4 sen.Rasa macam lebih berbaloi daripada Nuffnang. Korang cubalah dulu. Lepas dah cuba baru boleh bandingkan mana lebih berbaloi. Kalau korang berdaftar dengan Nuffnang and berstatus Glitterati, jangan risau. Benda ni takkan menghilangkan status korang tu. Tak percaya? Tanya sendiri kat dorang. Haha.

            Ok la. Masa untuk aku tidur. Esok terlambat pulak nak bangun kerja. Haiisshh malasnya la nak kerja esok. Muka masing-masing mesti hitam je kan. Maklumla main air tengah-tengah panas semalam.


            Nota Cik Rimau : Selasa ni Seksyen Sumber Manusia bakal menerima ahli baru. Apa-apa pun, selamat datang la ye Cik Ain @ Nana.

            23 Februari 2011

            Follower Harimau Dah 100 Orang?? Biar Betul..

            Selamat petang semua.. Aku tengah layan drama kat tv ni. Tak berapa nak menarik sangat pun. Sebab tu aku on laptop, menghadap blog. Ada jugak faedahnya. Hehe.

            Ok.. Nampak kan tajuk aku yang agak poyo tu? Hehe. Aku tau, mesti ada yang kata aku ni kaki kepoh. Baru seratus pun nak bising macam ada beribu-ribu follower. Takpe. Aku tak marah kalau ada yang fikir macam tu. Aku happy sebab tak pernah sangka akan dapat follower seramai ini. 50 orang pun aku tak pernah sangka akan dapat. Ini kan pulak 100 orang. Sukanya!!!

            Hurmm.. Aku sedar blog ni blog syok sendiri. Asyik cerita pasal aku je. Takde informasi langsung. Tapi tak kisah la tu semua. Korang sendiri pun tau apa tujuan asal aku buat blog ni. Kalau tak tau jugak, baca kat siniNuffnang tu pulak aku saja-saja je nak try. Saja gedik nak jugak ada macam korang semua. Hehe.

            Apa-apa pun, terima kasih yang tak terhingga pada korang semua yang sudi singgah, baca, komen and follow blog aku. Korang buat aku semangat nak tulis entri baru setiap hari walaupun setakat cerita-cerita pasal diri aku sendiri je kat dalam ni. Happy la sebab ada jugak yang sudi singgah and komen entri-entri kita. Hehe. Terima jugak kepada blogger yang dah mencukupkan jumlah 100 follower tu ye. Korang mesti kenal dia sape. Sape lagi kalau bukan Tengku Nizam



            Nota Cik Rimau : Psssttt.. Cik Rimau baru tukar background hutan rimba ni. Tak tau la pada korang cantik ke buruk ke. Tapi Cik Rimau suka simple-simple je. Sebab tu Cik Rimau pilih basic template je.. Hehe. Ada cadangan lain tak??

            05 Februari 2011

            Macam Mana Nak Buat Blog Jadi Ringan?

            Salam..

            MySpace Korang tengah buat apa? Dah tidur ek? Aku terkena  penyakit insomnia la pulak dua tiga hari ni. Hehe. Actually, aku tengah pening memikirkan macam mana nak buat blog ni jadi lebih ringan. Aku perasan kalau aku nak bukak blog aku ni agak lambat. Kalau tuan punya blog pun rasa berat, orang lain apatah lagi kan? Ada sesiapa nak bagi pandangan ke kat blogger yang tak pandai macam aku ni? Hehe.

            Tengok blog orang lain cantik, rasa rendah diri pulak. Yerla, blog aku hampeh. Tak lawa. Huhu. Sedihnya. Aku nak blog aku jadi cantik. Cantik yang aku maksudkan ni, bukannya ada bunga-bunga or gambar-gambar comel semua tu. Aku nak blog aku ni simple je tapi kemas and menarik.  Tapi tak nak la kalau terlampau simple sangat. Kalau boleh simple yang nampak ceria. Banyak songeh betul aku ni kan? MySpace

            Aku ni tak suka serabut. Sebab tu aku suka guna warna putih. Kalau korang perasan la kan, aku guna template yang tak banyak warna. Paling banyak pun tiga warna. Aku suka warna yang mesra dengan mata. Hehe. And paling aku nak mestilah blog aku ringan. Dah banyak cara aku cuba untuk ringankan blog ni. Tapi tetap jugak berat. Banyak sangat ke widget aku pakai? Rasa macam tak je. MySpace Huhu.

            Aku nak mintak pandangan korang ni. Bagi la tips macam mana nak buat blog ni jadi lagi ringan. Aku suka masuk blog dua tiga orang ni. Tak ingat nama. Tapi memang best sebab laju je nak bukak blog dorang. Kebanyakan blog yang aku suka ni, dorang punya template simple tapi memang cantik and tersangat la kemas. Jeles aku tengok. Nak jugak wei..Aku tak pandai sangat nak mencantikkan and meringankan blog ni. Maklumlah, aku ni bukannya kreatif. MySpace

            So, mintak tolong korang semua ye. Jangan malu jangan segan. Bagitau je pandangan or kritikan korang pada blog aku yang dah macam tongkang pecah ni. Dengan kritikan and pandangan korang tu nanti, boleh la aku try ubah blog ni untuk jadi lebih baik. Ye tak? Hehe. MySpace
            Nota Cik Rimau : Kenapa Cik Rimau tak kreatif macam korang? Huwaaa.. Sedihnya.. MySpace
            Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...