Assalamualaikum and selamat sejahtera..
Aku sekarang ni kat office. Menyiapkan kerja sikit. Saja curi masa sekejap untuk update. Actually aku tengah geram ni. Aku rasa korang-korang yang guna blogspot pun mesti rasa geram jugak kan? Macam yang kita semua tau, semalam blog tak boleh nak log in. Nak komen pun tak boleh. Setakat boleh baca je. Sudahnya seharian la aku tak membebel. Rasa macam tak best je bila tak boleh nak membebel kat blog. Even setakat nak merepek je. Kuat betul penangan blog ni kan?? Hehe.
Hurmmm.. Walaupun dah boleh log in harini, aku tetap rasa marah dekat blogger.com. Ada ke patut buang entri aku yang baru tu. Penat tau tak nak taip entri baru. Huhu. Sedap-sedap je nak terminate. Ganti balik!!! Haha. Gila pulak aku ni kan. Ok la. Nak siapkan surat pergerakan gaji ni. Papai. Malam karang merepek lagi.
Nota Cik Rimau : Cik Rimau sorang je perempuan yang datang OT harini. Nasib baik la Cik Rimau bawak adik Cik Rimau temankan. Ada la jugak kawan.
4 ulasan:
tu lah pasal..hihihi..
pekerja yang berdedikasi =)
iwan : huhu.. tau xpe.. geram ag ni tau.. :-)
azhan : haha.. mane de la.. ade kerja.. kena la datang office.. hehe
Catat Ulasan