Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

Memaparkan catatan dengan label Family Day SSM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Family Day SSM. Papar semua catatan

27 Februari 2011

Family Day SSM, JPBD gempak!!

Assalamualaikum and selamat malam semua..

Macam yang aku ceritakan hari Jumaat lepas, semalam bersamaan dengan hari Sabtu,  seksyen aku, Seksyen Sumber Manusia adakan program Family Day kat Taman Desa Water Park. Aku gerak ke office awal-awal pagi lagi. Konon nak pasang cermin kat atas meja. Sekali sampai agak lewat jugak la. Naik teksi je sebab malas nak jalan kaki bila bawak banyak barang. Hehe.

Aku sampai kat office dalam pukul 8 lebih jugak la. Pastu terus naik office. Ikut plan awal, area masa tu sepatutnya kitorang semua dah ada kat office untuk bersarapan sama-sama. Tapi plan bertukar last minute sebab anak salah sorang staff yang handle bahagian makanan ni demam. Terpaksa la Cik Nita pergi ke Rawang ambik makanan  yang dah ditempah tu. Kesian dia awal-awal pagi kena ke sana sini. Aku dengan Kak Ziha dah lapar sangat terus melantak maggie kat pantri. Dekat-dekat pukul 9 pagi baru yang lain-lain sampai. Cik Nita pun sampai dengan sarapan pagi kitorang tak lama lepas tu. Ada beberapa orang staff yang lain gerak terus dari rumah ke Taman Desa Water Park tu.So, dorang tak singgah office untuk sarapan sama-sama.

Lepas semua dah siap sarapan, kitorang pun konvoi la beramai-ramai dengan menaiki enam buah kereta. Aku, Kak Ziha and anak sedara or adik Kak Intan tumpang kereta Cik Nita. Abang Zack naik kereta Cik Kema. Puan Nurul and Kak Liza masing-masing naik kereta sendiri dengan husband dorang. Kak Najwa pulak dengan tunang dia and satu kereta lagi, adik Kak Liza je. Dorang datang naik kereta masing-masing sebab adik Kak Liza tu nak balik awal sikit.

Cik Nita yang jalan paling depan. Anak sedara or adik Kak Intan yang tolong tunjukkan jalan. Sekali salah masuk simpang yang nak menghala ke Putrajaya tu. Puan Nurul potong kitorang. Dia call suruh kitorang ikut kereta dia. Haiisshh. Kan bagus kalau awal-awal lagi dia yang jadi leader. Takde la sesat jadinya. Haha.

Tak pasti kitorang sampai sana pukul berapa. Mungkin dah dekat pukul 10 pagi kot. Tunggu semua sampai baru pergi beli tiket. Disebabkan kitorang ramai, dapat la diskaun. Dengar-dengar masa nak masuk pintu pagar tu beg akan diperiksa untuk pastikan kitorang tak bawak makanan dari luar masuk ke dalam. Tapi kitorang lepas je masuk. Takde kena check pun. Selamat. Hehe. Yerla kan. Kalau check beg, habis la benda-benda tak sepatutnya dia nampak. Mana boleh. Huhu.

Lepas tu kitorang pun masuk la ke dalam tempat tu. Salin baju. Lepak-lepak kejap minum air. Cik Nita try call staff situ untuk tanya pasal tempat untuk buat telematch yang kitorang mintak dorang sediakan tu. Tapi tak dapat-dapat. Sudahnya kitorang semua pakat main air sendiri-sendiri. Memang best la. Bos pergi main dengan anak-anak dia kat bahagian kanak-kanak. Aku, Kak Ziha and Cik Nita pulak main dekat sekitar kawasan yang macam sungai tu. Kitorang sewa pelampung pastu gilir-gilir naik atas tu. Siap gaduh-gaduh lagi dengan dua orang budak lelaki yang perli kitorang dengan ayat macam ni. 

"Tak cukup pelampung ke kak?"

Hampeh betul. Malas la nak sewa pelampung banyak-banyak. Nanti payah nak usung ke sana sini. Dalam area 12.30 tengah hari, kitorang pergi main ombak. Kuat gila ombak. Aku tak berani nak ke tengah sangat. Jatuh karang tak pasal-pasal lemas. Aku dah la tak pandai berenang. 

Tak lama lepas tu ada pengumuman yang mintak Cik Nita jumpa staff Taman Desa Water Park tu kat kawasan kitorang buat telematch tu. Kitorang pun gerak la ke sana. Kitorang main dua game. Ada dua group. And of course la group aku menang. Hebat kan kitorang? Haha.

Dalam pukul 2 petang tu, aku naik ke atas. Tak nak join dorang naik benda yang berpusing-pusing tu. Aku gayat sikit. Hehe. Aku duduk melepak minum air dengan Kak Najwa and tunang dia. Sambil tangkap gambar sikit. Tak lama lepas tu, semua keluar daripada air. Nak salin baju sebab nak cepat pergi KFC Jalan Kuchai Lama untuk sambut birthday and bagi semua hadiah cabutan bertuah. And jugak hadiah yang kitorang saja tukar-tukar sesama sendiri tu.

Lepas semua dah siap salin baju, kitorang bergambar dulu kat luar pintu masuk Taman Desa Water Park tu. Masa kitorang nak gerak, kereta Kak Liza pulak tak boleh nak bukak lock kat stereng kereta tu. Lama dorang try nak bukak. Tapi tak boleh. Sudahnya bukak guna screwdriver je. Mujur mau bukak. Then terus semua gerak ke masjid area mana entah untuk solat Zuhur dulu. Kak Su, big boss and Puan Nurul dah gerak dulu ke KFC. Masa kitorang sampai kat KFC, makanan semua dah siap dipesan. Apa lagi. Melantak jela. Masing-masing dah lapar. Maklum jela berapa jam berendam dalam air. 

Siap je makan, kitorang pun mulakan la aktiviti cabutan bertuah and tukar-tukar hadiah tu. Aku dapat hamper untuk cabutan bertuah and dapat satu mug gambar katak dengan jam. Cute betul cawan katak tu. Haha. Lepas semua tu settle, kitorang pun gerak untuk balik. Balik aku tumpang Kak Liza. Dia hantar aku sampai ke rumah. Tak payah susah nak naik tren or bas dah. Hehe.

Tapi yang buat aku hangin tu, sampai-sampai je kat blok aku, aku tengok ramai berkumpul depan lif tu. Lif rosak pulak dah. Aku dah la bawak banyak barang. Bikin panas betul la. Aku memang takkan merajinkan diri untuk mendaki tangga naik ke tingkat 14 tu dengan bawak banyak barang macam tu. Tak kuasa den. Buat penat je. Ada la dalam sejam tercegat depan lif dengan orang-orang yang bawak banyak barang and duduk kat tingkat yang tinggi-tinggi macam aku. 

Pukul 6.30 petang baru jejak kaki ke rumah. Solat and mandi. Tunggu Maghrib jap. Lepas je solat Maghrib terus tertidur. Ambik kau. Penat gila ok. Tapi terjaga balik dekat pukul 10. Lepas tu layan la cerekarama. Boleh la tahan bestnya. Then bukak hadiah-hadiah yang aku dapat. Susah sikit nak lelap sebab dah tertidur awal. Ada la dalam pukul 3 pagi baru boleh tidur. Hehe. Ok. Aku ada tangkap gambar sikit. Ada dari hanphone aku and ada yang aku cilok dari facebook Kak Liza. Layan...

Gambar sebelum masuk.

Masih kat luar masa ni.

Ini Kak Liza ye. Hehe.

Antara staff yang join.



Ini dah lepas ke dalam. Berapa jam entah berendam dalam air.

Antara kawasan kat dalam Taman Desa Water Park.

Nampak tak benda berpusing-pusing kat atas tu? Itu la yang aku tak berani nak naik. Gayat ok.

Abang Zack dengan big boss Seksyen Sumber Manusia yang baru.

Masa ni dah nak gerak ke masjid and KFC. Posing dulu la kan. Hehe.
 

Masa untuk makan.



Siap sedia untuk aktiviti cabutan bertuah.


Antara hadiah yang ada.


Makanan yang disediakan untuk sarapan. Nasi lemak dengan ayam goreng.

Ini hadiah yang tukar dengan kawan tu.

Tengok dalam kotak. Masa bukak penuh dengan kertas. Aku dah buang dah. Hehe.

Antara hadiah yang ada dalam kotak tu.


Tadaaa.. Mempersembahkan cawan katak. Haha.



Ini jam ye. Cantik pulak bila tengok balik. Hehe.

Ok la kan. Dua-dua boleh guna hari-hari.

Ini hamper cabutan bertuah. Semua yang dapat hamper macam ni isi sama je kot. Haha.

Yang ni saja je nak tayangkan jabatan mana aku kerja. Hehe.



Nota Cik Rimau : Cik Rimau enjoy dengan program ni. Hope semua staff Seksyen Sumber Manusia dapat join kalau dibuat lagi lepas ni. Mesti lagi meriah. (Risau tengok kulit macam kuda belang. Sekerat hitam sekerat putih. Muka pun berbelang. Jenuh la nak putihkan balik.. Huwaaaa)

25 Februari 2011

Dunia Baru SSM

Assalamualaikum and selamat malam semua.. 

Cuaca agak sejuk malam ni. Kat luar hujan still tak nak berhenti. Tapi ok la kan. Hujan itu rahmat. And dapat membantu aku tidur dengan lena malam ni. Itu semestinya. Persiapan  yang bagus untuk hadir dengan cerianya kat sambutan Family Day SSM esok. Haha.

Pagi tadi aku dah bangun awal dah. Alarm handphone bunyi pukul 5.30 pagi. Tapi aku bangun, pandang jam sekejap pastu terus matikan alarm. Tutup mata balik. Terus bantai tidur. Sekali terjaga balik dah pukul 5.50 pagi. Ambik kau. Orang kat surau pun dah mengaji. Apa nak jadi entah aku ni. Kelam kabut pergi mandi. Turun ke tempat bas pukul 6.40 pagi. Kan dah lambat tu. Disebabkan hadiah untuk Family Day SSM tu, aku pun turun kat LRT Bangsar ambik teksi ke pejabat. Hehe.

Hurrmm.. Harini secara keseluruhannya aku rasa agak sibuk jugak la. Bukan aku je. Aku rasa semua orang pun busy kat SSM tu. Pagi tadi dalam pukul 9.15, bos adakan mesyuarat seksyen. Mesyuarat kali ni membincangkan rombakan tugas untuk semua staff SSM termasuk pegawai. Aku sangat-sangat setuju dengan rombakan kerja yang dibuat oleh bos baru aku ni. Aku rasa banyak kebaikannya daripada sebelum ni. 

So lepas ni, kalau ada staff dari bahagian lain call tanya hal-hal yang dorang perlukan penjelasan, semua orang dah boleh jawab kalau cara kerja yang baru ni diamalkan dengan sistematik. Tak semestinya bila staff yang handle satu-satu hal tu cuti, semua orang tak tau nak jawab apa and terpaksa tunggu sampai staff tu masuk kerja balik. Tak best la macam tu kan? Hehe.

Banyak jugak yang dibincangkan dalam mesyuarat tadi. Aku dapat rasakan yang kebanyakan staff berpuas hati dengan perubahan yang dibuat oleh bos SSM yang baru ni. Aku pun suka dengan cara  bos baru ni kendalikan SSM. Dia tegas dalam hal kerja tapi sangat bertimbang rasa dalam hal-hal kebajikan staff. Aku suka cara dia bekerja. Hope dia tak tukar la. Tak nak la asyik tukar bos je. Tak best tau. Baru je nak kenal rapat dengan satu-satu bos tu, dah dorang dapat tukar pulak. Haisshh..

Meeting tamat dalam pukul 11 lebih. Lepas tu balik ke SSM semula. Siapkan kerja mana yang sempat dulu sebab nak gerak ke Jalan TAR. Cik Nita nak cari barang untuk dijadikan hadiah sempena hari jadi staff SSM yang lahir pada bulan Januari and Februari. Dah dapat cari hadiah gerak pulak ke CM untuk ambik tempahan souvenir kat akak Perak yang kelakar tu. Singgah kejap kat KFC beli makanan. Terpaksa bungkus je sebab jam dah nak dekat pukul 3 petang dah masa tu. 

Sampai je kat office terus bawak naik souvenir tu. Makan sekejap pastu turun surau. Settle solat, naik SSM balik sambung kerja. Time tu hujan dah mula turun sikit-sikit. Aku pulak kelam kabut siapkan kerja mana yang sempat. Aku nak siapkan semua kerja yang ada sekarang ni memandangkan 1 Mac 2011 ni tugas baru staff SSM akan berkuatkuasa. Tak nak la nanti pening nak fikir banyak benda pulak. Hehe.

Dalam pukul 4 petang, kitorang semua berkumpul untuk umumkan keputusan teka berapa jumlah coklat dalam balang and berapa harga satu hamper besar tu. Aktiviti ni salah satu daripada agenda yang dimasukkan dalam program Family Day SSM. Nak bagi semua merasa terlibat dengan Family Day tu walaupun esok kemungkinan ada lima orang yang tak dapat join. Tak nak la bagi dorang rasa terpinggir. So, buat la aktiviti ni. 

Keputusan teka jumlah coklat dalam balang berpihak kepada Abang Mok. Hebat la dia teka. Sikit je lagi nak kena tepat. Jumlah sebenar 176 biji, Abang Mok teka 178 biji. Sipi-sipi je nak kena. Aku teka 121 biji. Tak kena langsung. Haha. Untuk kuiz teka harga hamper pulak, Kak Ana yang menang. Dia teka RM 54.20. Jumlah sebenar RM 55.00. Sikit je lagi nak betul. Aku bantai teka RM 65.00. Jauh bebenor. Bertuah dorang. Dapat la satu hamper besar sebagai habuan. Huhu.

Lepas tu, ada pulak sesi penyerahan souvenir kepada semua staff. Segan aku nak ambik mug tu. Ambik tu pun nak bergambar bagai. Macam dapat anugerah je lagaknya. Haha. Bos memang sporting la. Layan je kerenah anak buah dia yang tak berapa nak betul ni. Bos macam ni la best. Sporting kena pada tempatnya. Hik hik hik. 

Tepat 4.30 petang, kitorang yang mana pilih WP1 terus menghilangkan diri. Tak mau lambat. Faham-faham je kalau hari Jumaat. Jalan cepat jammed. Lagipun, kitorang dah terbiasa balik tepat 4.30 petang. Alasan je jalan jammed tu. Kih kih kih.

Esok aku plan nak ke office dulu. Nak letak cermin yang Abang Mat tak nak guna tu dah kat atas meja aku, nak alih wayar internet ke tepi meja and nak sambung siapkan kerja mana yang patut. Ikutkan esok aku pergi dengan Kak Su. Tapi dia nak terus pergi ke Taman Desa Water Park tu. Tak jadi la aku tumpang. Esok mungkin aku tumpang kereta Cik Nita kot. 

Aku tak tau lagi nak pakai baju warna apa. Dorang dah tetapkan pakai t-shirt merah yang ditempah masa Taklimat Orientasi pegawai lantikan baru haritu. Nak bagi nampak seragam. Tapi aku malas nak pakai t-shirt tu dari rumah. Nak pakai kat sana nanti. Barang-barang nak bawak esok pun tak kemas lagi. Buatnya ada yang terlupa nak bawak, tak dapat la nak berendam dalam air. Haha. (Takut orang pedajal tolak aku dalam air je. Kena la prepare awal kan.. Hehe.)


Nota Cik Rimau : Tadi Cik Rimau malas nak tangkap gambar. Kalau tak dah lama Cik Rimau tempek kat sini bagi korang tengok macam mana meriahnya masa bagi hadiah-hadiah tu tadi. Hehe.. Psssttt.. Nasib baik dah boleh pasang balik pakcik Nuffnang aku ni. Kalau tak mau jugak, mau aku buang terus.. Hehe.

24 Februari 2011

Penat!!!!

MySpace Selamat malam semua.. Aku baru je dapat rehat ni. Harini letih sangat la. Macam-macam hal yang jadi. Dari pagi sampai la aku balik tadi. Rasa nak tidur pun ada ni. Tapi mana boleh tidur selagi tak update cerita terbaru kat sini. Hehe.

Untuk pengetahuan korang semua, awal-awal pagi tadi kitorang terima berita menyedihkan daripada salah sorang pegawai Bahagian Korporat (BK). Photographer Jabatan meninggal dunia malam tadi. Agak terkejut and tak sangka dia dah takde. Pada pandangan aku, arwah sorang yang baik and murah hati. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Lepas kitorang dapat berita tu, kitorang just diam jela tunggu pengumuman daripada staff BK. Tapi si AJT tu pulak melebih-lebih. Kitorang rasa lagi better tunggu pengesahan daripada staff BK and biar jela dorang buat pengumuman tu sebab arwah staff BK. Kenapa pulak SSM nak menyibuk sangat kan. Dia pulak dok kalut arahkan Abang Mat uruskan bas nak pergi ziarah and handle bacaan tahlil kat rumah arwah. Abang Mat pun naik angin la sebab kitorang tau yang semua tu mesti BK dah settlekan dulu. Tapi nak tak nak kena jugak la pergi jumpa orang-orang yang berkaitan tu. Bila Abang Mat naik balik, dia cakap yang semua tu dah settle. Poyo je kan AJT tu?

Kitorang beramai-ramai pergi menziarah rumah arwah yang terletak kat area Kampung Cheras Baru. Ada yang naik bas Jabatan, ada yang naik kereta Jabatan and ada jugak yang bawak kenderaan sendiri. Masa kitorang sampai kat rumah arwah, orang-orang yang datang memang dah ramai. Aku tengok Ketua Pengarah kitorang pun turun sama. Memang ramai la orang-orang jabatan yang datang. Tapi kitorang tak lama pun kat rumah arwah sebab family arwah nak segerakan urusan pengebumian sebelum Zuhur.  

Then, bila sampai ofis balik aku terus la sambung buat kerja macam biasa. Staff Unit Latihan semua pergi ke pantri sebab nak membalut hadiah-hadiah untuk Family Day kitorang hari Sabtu ni. Aku bukan tak nak tolong. Tapi aku kena siapkan cepat kerja-kerja yang agak penting. Kalau takde hal, memang dah lama aku tolong. Lagipun, tak sempat nak tolong, semua kerja tu dah siap. MySpace Hik hik hik. 

Lunch pulak, kitorang keluar ke Dayabumi sebab Cik Nita and yang lain-lain nak keluarkan duit gaji. Aku awal-awal lagi dah keluarkan. Haha. Memang ramai orang kat bank. Kesian kena beratur panjang. Itu la kan. Lain kali keluarkan awal-awal macam aku. Senang.  :-)

Siap semua urusan kat bank, kitorang ke KFC dekat CM tu. Cik Nita nak belanja kitorang. Rezeki lagi. Lepas makan, merayap kejap dalam CM tu. Selamba badak je. Padahal dah dekat pukul 2 petang dah tau. Tapi takpe. Bos-bos semua pergi INTAN. Hehe. Ronda-ronda dalam tu. Pastu singgah kat akak yang kitorang tempah mug tu. Mug tu dah siap tapi tak semua. Ada yang masih dalam proses. Esok baru boleh ambik. 

Then jalan balik ke Dayabumi. Singgah pulak ke kedai baju dalam tu. Haiiisshh.. Aku jeling-jeling jam je. Takut lambat sangat. Ada la dalam 15 minit kat dalam kedai tu. Pastu gerak balik ke office. Sampai office solat dulu. Then sambung kerja.

Dalam pukul 3.30 petang, hujan pulak turun. Lebat gila. So, teruskan kerja macam biasa sampai masa balik. Lepas hujan berhenti, aku and Kak Ziha gerak ke SOGO. Nak cari hadiah untuk Family Day tu nanti. Kitorang pakat masing-masing beli something yang boleh digunakan setiap hari tak kira la lelaki atau perempuan. Sape suruh tak buat macam yang dah dicadangkan tu. Nasib la kalau sape yang dapat hadiah kitorang tu. Haha.



Nota Cik Rimau :Sebenarnya Cik Rimau tak sabar nak ubah tempat duduk. Bila agaknya tu. Excited ni. Haha

22 Februari 2011

Family Day? Best Ke?


Hurrmm.. Aku takde mood ni. Kenapa? Pasal family day SSM tu la. And pasal rombakan tempat duduk staff kat pejabat ni. Bosan. Mula-mula excited la jugak. Sekarang ni semangat nak join dua-dua benda ni dah hilang ke mana. 

Pasal family day tu, bukan la semua perkara aku tak suka. Aku just tak suka bila orang-orang yang  terlibat dalam menjayakan program ni macam tak tetap pendirian. Bukan la semua yang terlibat. Ada la sebahagian yang maca tu. Kalau mana-mana staff SSM yang terbaca ni hope korang tak terasa hati. Ini pandangan peribadi aku. Tak tetap pendrian yang macam mana tu?

Meh sini aku story. First sekali, berkaitan dengan makanan la. Aku pun dengar cerita kawan je. Sebab hal ni jadi kat dia. Aku tak menyokong mana-mana pihak. Tak bermakna dia kawan aku, nak kena sokong dia. Tapi dari cara dia cerita, aku rasa dia betul. 

Masa mula-mula mesyuarat untuk mengadakan program ni, semua AJK yang terlibat bersetuju nak order makan dengan mak kawan aku ni. Kawan aku ni ok jela. Dia terima je sebab mak dia kata boleh buat. Dah confirm dah pun. Sekali minggu lepas, salah sorang AJK bagitau kat dia, tak payah suruh mak dia buat makanan yang kitorang order tu sebab nak try pakej yang Taman Desa Water Park tu. Kawan aku kata mak dia dah beli dah pun barang-barang nak siapkan order tu. Sekali cancel pulak. Naik hangin jugak la kawan aku ni. So, dia bagitau la mak dia yang kitorang cancel order tu.

Tapi semalam pulak, masa meeting kali kedua, lain pulak yang dibincangkan. Pengerusi bagitau yang kawan aku ni dah cancelkan order kat mak dia. AJK yang suruh kawan aku cancelkan order tu, macam baru tau pulak. Macam tak tau apa-apa. Padahal, kawan aku cakap, dia yang suruh cancelkan. Aku dah mula blur. Sape betul sape salah ni. Pastu dorang pun decide nak beli bungkus je untuk sarapan. Settle dah perkara tu.

Lepas tu baru kejap tadi. Mula-mula pengerusi setuju untuk cabut undi untuk aktiviti tukar hadiah yang dorang nak buat masa family day tu nanti. Aku pun tolong la siapkan benda-benda untuk cabutan tu. Sekali bila dah siap semua, pengerusi datang bagitau yang tak jadi nak buat cabutan. Takut ada yang dah pilih nak bagi hadiah kat orang yang dorang nak. Lebih kurang macam tu la reason batalkan cabutan tu. Geram betul.

Pelik betul. Keputusan asyik berubah-ubah. Buat aku hilang mood je nak join family day ni. Membosankan. Sebab tu aku tulis status kat YM aku "MEMBOSANKAN JE". Menunjukkan betapa aku tak suka hal-hal macam ni. Geram!!!

Itu baru hal family day. Tak campur lagi dengan rombakan tempat duduk tu. Mula-mula dah setuju nak jalankan operasi pindah tempat duduk tu hari Khamis ni. Then pagi tadi dapat tau nak buat harini. Ok je la. Takde masalah pun. Tapi kitorang yang dekat kawasan aku ni tak boleh gerak selagi orang dekat pintu belakang tak mulakan pergerakan. Aku faham semua ada kerja masing-masing. Tapi boleh la kan kalau nak pindah barang sikit-sikit. But still tak buat jugak sebab tiba-tiba bos cakap nanti dulu. Nak keluarkan partition dulu. Takpela kan. Dapat jugak kitorang buat slow-slow. 

Tapi tak lama lepas tu, AJT keluar dari bilik bos. Dia kata boleh mula pindah time tu jugak. Pening betul la. Kejap kata harini. Kejap kata nanti dulu. Kejap kata hari Khamis pulak. Agak-agak la wahai bos-bos sekalian. Jangan peningkan kepala kitorang boleh tak?? Aku pening ni. Kerja sedia ada pun tak habis lagi buat, dengan ditambah dengan kerja-kerja tambahan, tiba-tiba nak suruh itu ini pulak. Fed up la macam ni.


Nota Cik Rimau : Mood Cik Rimau memang tak ok ni. Rasa nak marah je.  :-(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...