Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

Memaparkan catatan dengan label Kekeluargaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kekeluargaan. Papar semua catatan

02 Ogos 2011

Ingin Tahu...

Assalamualaikum and selamat malam semua...

Apa khabar korang? Mesti semua dah kenyang sangat ni kan.. Hehe. Sedar tak sedar dah dua hari kita menjalani ibadah berpuasa. Cepatnya masa berjalan sekarang ni. Macam tak terasa je saat yang berlalu. Betul tak kawan-kawan? Ala.. Iyakan jela. Tak susah pun. Haha. Ye, aku memang suka memaksa korang. Kih kih kih. 

Harini aku nak story something. InsyaAllah, tak berjela macam selalu tu. Jangan risau. Tak mau la buat mata korang berpinar baca entri aku. :-) Hurmmm.. Sebelum tu, aku nak tanya korang ni. Korang pernah tak selidik asal usul keturunan korang? Tak kisah la sebelah mak or sebelah ayah. Pernah ke tak? Errr.. Pehal aku sibuk-sibuk nak tau pulak ni kan. Saja jela sebab ada kena mengena dengan entri aku malam ni. Huhu.

Actually, aku sekarang tengah mengkaji asal keturunan sebelah abah aku ni. Misteri betul la. Sampai sekarang aku tak jumpa apa-apa berkaitan dengan keturunan aku. Tak banyak klu. Kalau sebelah emak, aku tau. Masa stay Perak dulu pun, kitorang tinggal berdekatan je dengan family sebelah emak. Keluarga sebelah abah je yang agak kabur. Bukan aku tak pernah tanya abah. Pernah je. Tapi abah macam tak nak cerita je. Tak tau kenapa. Kalau jawab pun, mungkin sekali je kot. Itu pun sebab aku kena buat folio salasilah keturunan keluarga. Nak tak nak terpaksa la abah aku jawab. Tapi,aku pulak tersilap. Boleh pulak tak ambik kisah sangat. Sudahnya, ini la jadinya. Dah tua bangka baru nak cari sejarah keturunan keluarga.

Sikit sangat yang aku tau pasal keturunan sebelah abah aku. Ada antara korang yang tau tak? Huhu. Kalau ada yang tau, meh la share. Setakat yang aku tau, abah aku pernah cakap, yang kitorang ni asal keturunan Bugis/Riau. Oh ya. Lupa pulak. Nama abah aku, Raja Kassim bin Raja Ismail. Abah aku dilahirkan pada tahun 1919. Umur abah aku tahun ni 92 la kalau abah aku masih ada lagi. :-(  Abah aku berasal dari Kuala Selangor. Dibesarkan kat Batang Berjuntai, Selangor. Daripada apa yang aku ingat, abah aku cakap, nama moyang kitorang Raja Abdullah. 


Masalahnya, dah puas aku cari. Tak jumpa okeh. Kalau jumpa pun, macam takde kena mengena je. Daripada apa yang aku jumpa kat internet, kebanyakannya berkaitan dengan kerabat diraja Selangor. Of course la bukan. Kitorang ni orang biasa je. Abah aku pernah jugak cerita. Abah aku merasa hidup di zaman pemerintahan British. Ikut apa yang abah aku pernah ceritakan, abah bagitau aku, zaman dulu, mana-mana budak yang ada keturunan raja or bangsawan disuruh masuk ke sekolah apa entah. Tapi sekolah tu memang khas untuk anak-anak bangsawan and raja la. Malangnya, nenek aku tak bagi. 


Hurmmm.. Tak banyak yang aku tau pasal keturunan abah ni. Tujuan aku nak tau? Er.. Jangan salah faham. Tak berniat nak bangga dengan keturunan pun. Cuma rasa "tersangat nak tau" pasal keturunan sebelah abah yang banyak meninggalkan misteri pada aku and adik aku. Kenapa la abah tak nak cerita kat kitorang pasal keluarga belah abah ek? Ada apa-apa yang abah tak nak kitorang tau ke?? Kitorang nak tau je.. Huhu.. So, kalau ada sesiapa yang tau or kenal atok aku tu, story la sikit ye. Kesian la kat aku ni. Hehe.



Nota cik Rimau : Bos buat lawak tadi. Baru dua hari berpuasa, bos dah suruh hias pejabat dengan hiasan-hiasan yang menunjukkan kitorang tak sabar-sabar nak sambut raya. Bos bos.. Bos pulak yang excited lebih ek.. Hehehehe.

14 Mei 2011

Kata-kata Merupakan Satu Doa.. Dah Tu, Tak Reti-reti Ke Nak Cakap Yang Baik-baik Je???

Assalamualaikum and selamat malam...


Tajuk entri aku ni, macam ayat marah je kan? Jangan salah faham ye. Tajuk memang nampak macam tengah baran. Tapi sebenarnya tak. Hanyalah teguran untuk sesetengah orang yang aku kenal. Yang gemar cakap benda bukan-bukan. Kadang-kadang yang menyebabkan aku naik radang. Huhu.


Contohnya, dari segi makan. Nak bagi korang lebih faham, korang baca dulu dialog kat bawah ni.

DIALOG 1
A : Ko tengah minum air apa tu?
B : Tak kenal ke? Carlsberg la.
A : Ish ko ni. Tak baik la cakap macam tu.
B : Ek eleh. Rileks la beb. Betul la aku minum Carlsberg. (Padahal minum air teh je.)


DIALOG 2
A : Ko makan apa tu wei. Nampak sedap je.
B : Haah. Memang sedap pun. Aku makan ba** ni. Ko nak ke?
A : Apa ko ni. Tak baik la main-main macam tu. 
B : Rileks la. Main-main je pun.


Ok. Dialog kat atas ni rekaan je okeh. And sebagai contoh je. Dari dialog kat atas ni, korang boleh nampak apa yang aku cuba sampaikan. Bagi yang beragama Islam, aku rasa tak elok la kalau korang bergurau macam ni. Maybe saja-saja nak gurau. Tapi bagi aku, kalau korang cakap korang makan benda-benda haram tu, automatik aku bayangkan korang tengah makan benda-benda tu. 


Aku tak sure mana aku dengar. Mungkin dari ustaz aku dulu kot. Dia pernah cakap, jangan cakap makan benda-benda haram tu. Contoh korang minum air yang botolnya bentuk lebih kurang dengan botol arak. Jangan la pulak korang cakap yang korang tengah minum arak. Dari apa yang aku ingat, ustaz aku cakap, jangan cakap macam tu walaupun niat nak main-main. Sebabnya, apa yang kita cakap tu la yang kita makan. Betul la tu. Aku setuju dengan apa dia cakap. Dah tau korang tu orang Islam, jangan la cakap bukan-bukan pasal apa yang korang makan. Tak geli ke?? Huh!


Itu pasal makan. Pasal saja-saja cakap pun, jangan la main cakap lepas je. Contohnya, macam kes yang kerap kita dengar kat berita baru-baru ni. Kes simbah asid kat area Brickfields and kawasan sekitarnya. Untuk makluman korang, aku agak takut dengar berita tu. Sebabnya, rumah aku dekat je dengan kawasan-kawasan tu. Mana la tau kan, kot-kot nasib tak baik jadi mangsa. Tak sanggup nak bayangkan. Mintak dijauhkan. Amin..


Dari apa yang aku dengar kat tv, banyak mangsanya di kalangan pejalan kaki. Lagi la aku seriau. Takut aku nak keluar merayap sekarang ni.Yang tak bestnya, ada someone yang aku kenal ni. Memang la dia baik. Cuma gurauan dia tu yang aku tak suka. Dia suka takutkan aku dengan cerita orang simbah asid tu. Dia kata hati-hati la kalau naik bas. Selalu yang naik bas jadi mangsa. Geram betul la. Dia tuju kat aku pulak tu. Aku dah la takut. Nak usik-usik macam tu pulak. 


Walaupun main-main je, aku takut la kan kalau-kalau apa yang dia takut-takutkan aku tu jadi kenyataan. Kata-kata kan satu doa. Kalau dah asyik ulang cakap benda yang sama je, tak mustahil boleh jadi benda tu. Dah kira macam kita mintak kat Dia benda tu jadi. Hentikanlah ulang cakap macam tu. Boleh tak?? Huhu.



Nota Cik Rimau : Tengah layan cerekarama kat tv3 ni. Sejadah Kaabah. Best cerita ni. Ada tunjuk hubungan rapat antara adik beradik. Pengorbanan ibu yang bersusah payah nak besarkan anak. Menjahit la, meniaga nasi lemak la. Anak yang sanggup bekerja part time masa belajar and sanggup meniaga nasi lemak dengan berbasikal je sebab tak nak susahkan mak. Sanggup temankan emak dia menjahit sampai ke tengah malam. Emak yang tegas and anak-anak yang bijak. Kesimpulannya, aku suka cerita ni. Sedih. And mengingatkan aku serba sedikit tentang kehidupan aku satu masa dulu.. :-(

24 April 2011

Study Selepas Kahwin? Boleh Ke?

Assalamualaikum and selamat malam..


Layan Mentor jom. Hehe. Dah nak habis dah kot. Aku suka tengok persembahan Nora dengan anak dia tadi. Best jugak. Nasib baik la dorang setakat buat persembahan sebagai penyanyi jemputan. Nyanyi lagu Terlanjur Cinta pulak tu. Suka-suka. Huhu. Keseluruhannya, untuk persembahan malam ni, yang aku rasa ok Salma and Ika je. Aiman ok jugak tapi masih lagi tak boleh nak tandingi dorang berdua. Macam ada banyak lagi yang dia perlu baiki. (Bajet pro je aku ni. Haha) Tapi betul la. Pakej dah ada. Rupa dah ok. Kalau dia boleh mantapkan lagi skill nyanyian dia, tak mustahil dia boleh jadi penyanyi pujaan ramai satu hari nanti. (Peminat Aiman jangan marah cheq no.. ) Huhu.


Malam ni Cik Rimau bukan nak cakap pasal Mentor. Sambil-sambil menaip entri ni, saja je la layan Mentor. Hiburan sampingan. :-) Tadi masa tengah cari-cari idea nak merepek apa malam ni, aku terbaca la status sorang akak office tu kat facebook dia. Status dia buatkan aku terfikir something yang memang selama ni aku nak buat. Yang pernah aku cakap kat kawan-kawan tapi tak tau akan tercapai ke tak. Ini dia status yang dia tulis :


" KAWEN--->MENIKAH and then dapat baby... mampukah wanita memberi tumpuan menyambung belajar??? ataupun amik PHD sepenuh masa menjadi surirumah menjaga anak and "membelai" suami... hahaha... tak tercabar ke suami kalau isteri sambung belajar?? hmmm.. "


Ayat dia aku ubah sikit sebab kejap guna huruf besar, kejap guna huruf kecik. Karang korang pening pulak baca. Ayat yang sama cuma cara ditulis je aku ubah. Ayat still original lagi tau. Bukan ditambah-tambah ye. Korang abaikan ayat-ayat yang kat bawah tu. Aku nak sentuh pasal sambung belajar selepas kahwin. 


Kalau korang pernah baca entri ini, korang mesti faham kenapa aku tak sambung study. Walaupun aku dah kerja sekarang ni,  itu tak bermakna aku dah lupakan niat nak sambung belajar. Dari dulu lagi aku memang nak sangat sambung belajar. Maybe tak ambik sepenuh masa kalau dilihat dari situasi aku sekarang ni. Tapi tak tau la kan. Bila ada kelapangan nanti, tak mustahil aku ambik sepenuh masa. Cuma buat masa ni, mungkin aku boleh buat PJJ or separuh masa je kot. Tapi, mampu ke aku kalau nak buat separuh masa? Penat kerja lagi, nak pergi kelas lepas lepas kerja lagi. Mau pengsan. Huhu.


Aku pernah jugak terfikir, kalau sekarang ni aku tak dapat nak sambung belajar lagi, aku plan nak belajar lepas kahwin je kot. Itupun kalau diizinkan oleh suami aku nanti. Kalau kahwin la. Hak hak hak. Tapi kan, bila aku baca status akak tu tadi, aku rasa betul jugak apa yang dia cuba sampaikan. Masa mula-mula kahwin, mungkin takde masalah sangat kot. Cuba kalau nanti dah ada anak. Macam mana? Banyak jugak yang perlu diberi perhatian. Nak kena siapkan makan pakai suami la, anak lagi. Kalau tak kena gaya, boleh menyebabkan rumahtangga berantakan. Tak nak la sampai macam tu kan..


Kalau takde anak pun, belum tentu boleh handle study dengan family pada masa yang sama. Kemungkinan masa mula-mula mintak izin nak sambung belajar, suami izinkan. Tapi cuba fikirkan. Lama-lama nanti, bila dah semakin busy dengan kerja, assignment la, rumah lagi, dengan suami lagi, boleh ke handle? Pening kepala. Takut lama-kelamaan, banyak kerja-kerja rumah or makan pakai suami terabai. Dah bergaduh pulak kan? Tak pun suami bagi kata dua je. Sama ada pilih family or study? Haru betul kalau sampai jadi macam tu..


Nampaknya kena fikir balik apa yang aku impikan. Kalau belum kahwin ni, memang ok. Masalah pun maybe dari segi kewangan and penjagaan abang aku je kot. Kalau dari segi komitmen, tak banyak yang perlu aku risaukan. Tapi kena la tunggu adik aku habis study dulu. Bila adik aku dah ada kat sini, ada la orang yang boleh jaga abang aku time aku takde kat rumah. Takde la aku risau nak tinggalkan dia sorang-sorang. 


Apa pun, aku still muda lagi. (Muda ke kalau dah 22 tahun?) Maybe masih sempat lagi untuk aku sambung belajar sementara masih bujang ni. Cuma terfikir kalau-kalau aku tak sempat je. Kalau tak sempat sambung study sebelum kahwin, kena la aku mintak kebenaran suami aku nanti. Hope dibenarkan. (Sekali dapat suami kuat jealous, langsung tak dibaginya. Adeh..)



Nota Cik Rimau : Cik Rimau respect kat sesiapa yang boleh bahagi masa kat rumahtangga and sambung study dalam masa yang sama. Kalau dapat result cemerlang, lagi la Cik Rimau kagum. Macam mana ek dorang boleh bahagi masa macam tu? Kena mintak tips ni.. Hehe..(Cik Rimau belum nak kahwin lagi yer.. Saja je terfikir pasal ni. Huhu)

13 Mac 2011

Happy Birthday Untuk Adik Aku..

Assalamualaikum semua..

Hari ni apa aktiviti korang semua? Mesti merayap dengan kawan-kawan kan? Tak pun bersantai je kat rumah? Apa pun yang korang buat harini, moga korang ceria and happy selalu. Macam aku ni. Happy je. Hehe.

Ok. Aku nak tanya ni. Ada sesiapa sambut apa-apa yang special tak harini? Macam birthday ke. Kalau ada, selamat hari jadi aku ucapkan. Harini jugak adalah hari jadi adik aku, Raja Norilahi. Dah tua dah adik aku. Haha. Actually dia baru masuk 20 tahun ye. 

Ini la adik aku. Muka kitorang langsung tak sama. Huhu.

Lesung pipit yang dalam. Aku punya tak berapa nak nampak pun. Jeles okeh! Haha

Aku tak teringat pun harini birthday dia. Masa dalam bas tadi baru teringat. Cadangnya nak call and then nyanyi kat dia. Tapi rasa macam gedik la pulak. Sudahnya hantar sms je. Hik hik hik. Apa punya kakak la kan. Minggu depan giliran dia pulak wish kat aku. Dia tak wish, siap la. Haha.


Nota Cik Rimau : Rasa pelik ni. Ada orang hantar sms kat nombor maxis Cik Rimau tanya, "siapa ni?". Malas Cik Rimau nak balas. Cik Rimau takde kacau sesiapa pun rasanya. Banyak betul nombor sesat kat line maxis tu. Nak kena tukar nombor baru ke ni?? Haisshh..

04 Mac 2011

Kepahitan Itu Menjadikan Siapa Aku Kini..

Assalamualaikum and selamat malam semua...


Terima kasih kepada semua yang sudi singgah hutan rimba ni. Terima kasih juga pada yang selalu komen and bagi nasihat pada aku. Aku hargainya. Terima kasih banyak-banyak. Actually, malam ni aku malas nak cerita pasal office. Esok-esok pun aku boleh story. Kali ni aku nak bukak sejarah hidup aku yang selama ni aku tak pernah cerita kat blog ni. Alang-alang aku dah ceritakan serba sedikit kat entri aku tengah hari tadi, baik aku sambung terus. 


Untuk pengetahuan korang semua, aku dibesarkan kat sebuah kampung di sekitar Kuala Kangsar, Perak. Dari kecik sampai la umur aku 17 tahun. Masa mak aku ada lagi, hidup family aku takde la susah sangat. Abah pun still kuat lagi untuk buat kerja-kerja kampung. Tapi lepas mak aku meninggal, kehidupan kitorang agak susah sikit. Abah sorang je yang terpaksa bekerja. Walaupun abah ada anak angkat yang kadang-kadang ada hulur duit belanja, tapi bukannya tiap-tiap bulan pun dia bagi. Terpaksa la abah aku usahakan macam-macam untuk membesarkan kitorang adik-beradik. Masa mak aku meninggal tu, umur aku baru 8 tahun. Terlalu mentah lagi rasanya. Seawal usia 9 tahun, aku dah pandai masak sendiri. Abah yang ajar sebab abah nak kitorang belajar berdikari. 


Walaupun kehidupan kitorang agak susah masa tu, alhamdulillah Allah bagi kelebihan kepada aku and adik aku dalam bab belajar. Kitorang berdua selalu jadi pelajar terbaik and jadi contoh kat sekolah sampaikan ada beberapa orang yang nak ambik aku and adik aku jadi anak angkat. Tapi abah aku tak bagi. 


Masa aku masuk form 1, abah aku suruh aku masuk asrama. Ikutkan aku tak nak sebab tak biasa nak hidup sebumbung dengan orang lain. Tapi aku ikutkan jugak sebab tak nak susahkan abah aku. Adik aku pun sekolah rendah lagi. Kesian pulak kat abah nak kena ambik tau pasal aku and adik aku. Seminggu lepas daftar form 1, aku pun dapat masuk asrama dengan bantuan guru kanan hal ehwal murid merangkap warden asrama kat sekolah tu. Walaupun agak sukar nak sesuaikan diri dengan kawan-kawan pada mulanya, tapi lama-kelamaan dah rasa biasa. Mujur duduk asrama tu yuran tak macam asrama biasa. So, takde la aku selalu nak mintak duit belanja daripada abah. Lagipun aku dapat biasiswa sepanjang aku sekolah kat situ.


Lepas PMR, aku dapat tawaran ke asrama penuh. Sape duduk Taiping, sure tau apa nama sekolah asrama penuh kat situ. Nama pendek sekolah tu, SERATAS. Agak berbelah bagi jugak masa aku dapat offer tu. Nak ke tak nak. Tapi bila tengok yuran yang agak mahal and tak nak bebankan abah, aku cakap aku tak nak. Lagipun aku nak sains tulen. Yang aku dapat sains kejuruteraan. Tak nak la aku. Entah macam mana, dalam tempoh seminggu je lagi nak kena mendaftar kat sekolah tu, tiba-tiba pulak muncul sedara abah yang aku tak pernah kenal datang rumah cakap nak tolong aku masuk sekolah tu. Banyak kali dia desak aku pergi daftar. Dia cakap, pasal duit jangan risau. Dia akan bayarkan and duit belanja bulan-bulan pun dia akan bank in kan. Tapi memandangkan aku dah nekad nak tolak je offer tu, dia terpaksa la terima keputusan aku tu.


So, aku pun terus belajar kat sekolah biasa sampai la aku habis SPM tahun 2006. Lepas SPM keluar, aku and kawan-kawan cuba la mohon Universiti. Malangnya, disebabkan ada kesilapan masa isi borang UPU (batch aku yang terakhir guna borang manual), aku and semua kawan-kawan sekelas tak dapat tawaran ke mana-mana universiti. Mujur ada peluang untuk rayuan. Ada kawan kata, dia boleh tolong buatkan rayuan untuk aku. Sekali dia tak buat la pulak. Memang aku frust gila-gila sebab tak dapat sambung belajar. Nasib baik tiba-tiba dapat tawaran form 6 kat SMK. Clifford. Terubat la sikit rasa kecewa tu. Tapi mungkin dah nasib aku kot, aku terpaksa lupakan niat untuk sambung belajar memandangkan masa tu abah aku sakit and aku memang takde duit untuk bayar yuran. Anak angkat abah kata nak masukkan duit kat akaun abah, tapi sampai dah nak dekat tarikh daftar tu pun still dia tak masukkan. Aku terpaksa bagitau kawan lain, yang aku tak dapat join dorang teruskan study.


Tapi agak mengejutkan bila esoknya, beberapa orang kawan sekelas aku datang ke rumah cari aku. Dorang paksa aku belajar balik. Dorang bagi aku pinjam duit yuran la. Dorang plan nak ambik aku pagi-pagi la. Untuk makluman korang, aku memang tak reti bawak motor and kebetulan pulak, motor abah aku rosak masa tu. So, tak dapat la abah aku nak hantar aku pergi sekolah pagi-pagi. Akhirnya, dengan bantuan dorang aku berjaya jugak mendaftar kat sekolah tu. 

Tapi tak lama pun aku sekolah. Seminggu lepas tu, anak angkat abah datang melawat kat kampung. Dia ajak kitorang duduk dengan family dia kat Selangor. Konon nak jaga abah. Aku memang tak setuju. Tapi macam-macam dorang pujuk. Suruh aku sambung form 6 kat sana la. Memandangkan abah aku dah setuju, aku pun ikut jela. Adik aku je tak ikut sebab dia nak habiskan SPM kat sekolah lama. Aku pulak memang dah dapat agak perangai anak angkat abah tu, so aku terima offer kolej swasta yang kebetulan aku baru dapat. Terus stop form 6. Tujuan aku terima offer tu sebab aku nak jauh dari anak angkat abah tu. Aku memang nak dekat dengan abah aku. Tapi aku tak tahan dengan perangai anak angkat abah tu.


Tak lama lepas aku masuk kolej, adik aku pulak setuju tukar sekolah kat Selangor. Tanah kitorang kat kampung, anak angkat abah suruh jual je kat orang yang sewa rumah kitorang masa tu. Aku dah cakap kat abah, kalau boleh jangan jual. Kot-kot satu hari nanti nak balik Perak. Tapi entah macam mana, jual jugak tanah tu. Malangnya, kitorang masih jugak tak dapat satu sen pun duit jualan tanah tu lepas lebih kurang empat bulan family yang duduk rumah kitorang tu cakap nak beli tanah tu. Nak tak nak kitorang terpaksa call tanya. Jawapannya sangat-sangat mengecewakan. Family tu kata, dorang dah bank in separuh daripada harga jualan. Bila kitorang check, memang takde sebarang transaksi melibatkan jumlah yang dorang cakapkan tu. Anak angkat abah aku tu pulak kata dorang bagi nombor akaun abah aku. Tapi aku sampai sekarang masih lagi ragu-ragu. Betul ke dorang bagi akaun abah? Entah-entah dorang yang dah ambik duit tu. Huhu. Andaian semata-mata. Sape tau kan?


Sepanjang aku kat kolej, hati aku selalu tak tenteram. Adik aku selalu sms bagitau apa yang jadi. Dia ada jugak bagitau aku, yang anak angkat abah tu cuba racun fikiran abah. Cakap yang aku mintak belajar kat KL sebab nak jauh dari dorang and nak buat benda-benda tak elok. Aku tension sangat-sangat masa tu. Sebab tu aku jarang sangat balik rumah walaupun rasa rindu gila nak jumpa family. Kawan-kawan kolej yang rapat dengan aku je faham macam mana aku rasa masa tu. Aku sampai terfikir nak buat benda-benda tak elok and bunuh diri. Astaghfirullahalazim.. Sempit betul fikiran aku masa tu.


Sampai la ke kemuncak masalah kitorang dengan anak angkat abah tu, kitorang terpaksa balik Perak semula. Abah memang makan hati betul dengan layanan and sikap family anak angkat abah tu. Aku memang kesian kat abah. Sampai hati dia buat abah yang dah jaga dia dari kecik macam tu sekali. Paling aku tak boleh terima, rupa-rupanya awal-awal lagi dia dah burukkan aku and family aku kat kampung dia kat Selangor and kat kampung aku kat Perak tu. Adik aku cakap, orang kampung kata family kitorang penipu and kejam. Dah la dah terima duit tanah, lepas tu nak pulak rumah tu balik. Adik aku pulak ada orang kampung kata bohsia and konon pernah "main". Sangat kurang ajar tuduhan dorang tu. Secara jujurnya, masa ni aku dah tak tau nak buat apa. Orang kampung semua sokong family yang duduk rumah kitorang tanpa bayar sewa and tak bayar duit beli tanah tu. 


Sudahnya aku terpaksa ambik keputusan berhenti belajar. Aku nekad nak cari kerja. Nak tolong family. Mujur masih ada lagi yang sudi percaya pada kitorang masa tu. Tapi bukan sedara sendiri. Ada satu family tu sanggup ambik adik aku jadi anak angkat. Nak tolong adik aku sampai habis belajar. Kitorang terpaksa tumpang sekejap rumah family angkat adik aku sebab orang yang beli tanah kitorang tapi tak bayar sesen pun tu tak nak keluar dari rumah. Dia racun orang kampung dengan mengatakan dia ada bukti pembayaran tu. Orang kampung pulak percaya kat dorang. 


Masa tumpang rumah family angkat adik aku tu, dorang ada cakap nak tolong aku cari kerja. Aku cakap ok je masa dorang kata ada kilang nak pakai pekerja kat area Ipoh. Aku try mintak and dapat la jawatan yang lebih tinggi sikit sebab dorang kata rugi result SPM aku ok. Memang bersyukur sangat. Tapi aku terpaksa cakap tak nak kerja lepas dengar cadangan ayah angkat adik aku. Dia cadangkan aku hantar abang and abah aku ke rumah kebajikan sementara aku kerja tu. Konon dah senang nanti ambik la balik. Aku tak nak. Sebab tu aku berhenti kerja tu and nak ikut abah balik Selangor memandangkan kitorang tak dapat rumah kitorang balik. Mujur kawan abah kat Selangor ada rumah kosong. Dia bagi duduk situ. Tapi aku tak ikut balik sebab ada satu family yang baik hati kat kampung tu kata nak tolong aku. Abah aku bagi aku duduk dengan orang. So, aku stay.


Aku duduk dengan family ni lama jugak. Dalam lima bulan. Aku tolong dorang berniaga kat kantin sekolah. Family ni memang baik. Malangnya, ada jugak yang tak suka tengok family tu baik dengan aku. Senyap-senyap je dorang cucuk-cucuk family angkat aku ni. Macam-macam dorang kata. Konon aku nak jadi bini muda ayah angkat aku tu pulak. Kat sekolah yang aku tolong berniaga kat kantin tu pun, tempias hasutan and umpat keji tu still ada di kalangan cikgu-cikgu yang mengajar kat situ. Aku memang sedih cikgu-cikgu tu percaya apa orang kata memandangkan kebanyakan cikgu yang mengajar kat situ pernah mengajar aku satu masa dulu. Sikap dorang tu membuatkan rasa hormat aku pada dorang sebagai cikgu yang pernah bagi aku ilmu hilang macam tu je. Tapi takde la aku kurang ajar. Aku diamkan je. Semua aku pendamkan dalam hati.


Kebetulan kat sekolah tu aku baik dengan sorang tukang kebun tu. Aku baik dengan dia sebab aku kesiankan dia je. Dia tak sempurna macam kita semua. Tak salah rasanya kalau aku layan dia baik-baik. Tapi tu pun menimbulkan fitnah. Orang kata aku dengan dia bercinta. Orang suruh family angkat tengok-tengok sikit aku ni. Takut buat pape. Sedih ok. Aku tak sejahil tu sampai nak buat benda-benda yang tak elok tu. Aku terpaksa elakkan diri dari bersembang dengan tukang kebun tu sebab dah tak nak dengar umpat keji orang kampung. Terdengar jugak orang kampung kata aku berlagak tak nak kerja kilang. Sakit betul hati aku. Aku diam je sebab tak nak malukan sesiapa. Biarla aku je tau kenapa aku tak nak kerja. Daripada aku kerja dapat gaji best tapi hantar abah and abang aku ke rumah kebajikan, rela lagi aku kerja menoreh getah je. Aku bukan anak yang kejam. Sampai hati betul dorang buat macam-macam cerita pasal aku.


Aku memang dah tension sangat-sangat masa tu. Aku nekad nak keluar dari kampung tu. Aku bagi reason nak lawat abah kat Selangor. Aku tak marah langsung family angkat aku tu. Tapi aku langsung tak jejak kaki ke rumah dorang dah lepas aku keluar sebab aku tak nak jadi punca family dorang pulak orang kampung cemuh. Cukup la semua tu. Dah banyak kali dorang pertahankan aku daripada difitnah macam-macam. Aku berterima kasih sangat-sangat kat dorang sebab pernah pertahankan aku daripada orang kampung yang menuduh tanpa usul periksa.

Lepas aku jumpa abah aku, aku pergi rumah kawan baik aku kat Kuala Kenas. Family dia ni memang baik. Tersangat baik. Dorang nak carikan kerja untuk aku. Tak lama pun aku duduk rumah kawan aku ni. Sekejap je. Masa aku duduk rumah dia ni, bapak sedara sebelah mak aku ada datang cari aku kat rumah tu. Aku tak mengenali dia ni secara rapat. Dia kata ada sepupu aku duduk KL. Boleh aku duduk dengan sepupu aku tu. Tapi aku rasa was-was sangat dengan apa dia cakap. Lain macam je. Macam ada udang di sebalik batu. Datang pulak dengan sorang lelaki yang aku tak kenal tapi mengaku sepupu aku. Tak ke pelik tu. Lepas bincang dengan kawan and family dia, aku tak setuju nak ikut bapak sedara aku tu. Tiba-tiba bapak sedara aku tu melenting and terus keluar dari rumah tu. Takut aku. Tapi aku dapat rasakan dia memang ada niat tak baik masa tu.


Tak lama lepas tu, kawan sekampung dengan aku ajak aku kerja kat Lumut. Aku pulak dah tak nak susahkan sesiapa, aku pun ikut la kawan aku ni ke Lumut. Family dia ni pun baik. Mak dia suruh aku panggil dia dengan panggilan Mak. Tapi aku tak biasa. Susah nak panggil. Tak tau kenapa. Dalam pada aku kerja kat Lumut tu, aku buat jugak permohonan online kat SPA. And selebihnya aku dah pernah cerita kat entri-entri sebelum ni.


Lepas je abah aku meninggal, dua bulan abang aku dijaga oleh anak sedara sebelah abah. Aku tak pernah kenal dorang. Banyak sedara mara sebelah abah aku tak pernah kenal. Abah tak pernah kenalkan. Tak tau kenapa. Dua bulan lepas dorang jaga abang aku, aku dipaksa ambik abang aku semula. Mungkin ada sebab kenapa dorang buat macam tu. Aku tak boleh nak salahkan dorang. Aku pun faham situasi dorang. Tapi aku memang tertekan masa tu. Aku tak cukup duit nak sewa rumah sendiri. Aku tak tau aku boleh ke tak nak uruskan family sorang-sorang. Kawan-kawan serumah pulak pada mulanya kata takpe bawak abang aku duduk rumah sewa kitorang buat sementara sampai aku dapat rumah sewa sendiri. 


Aku takde pilihan lain. Aku terpaksa jugak bawak balik abang aku ke rumah sewa dengan kawan-kawan tu. Sehari je aku bawak abang aku dah ada kawan yang buat hal. Aku dah la tension. Kawan pulak tarik muka and tak pedulikan aku. Malam tu jugak aku cari rumah sewa. Yang ni aku pernah cerita kat entri kawan. Dah la masa tu aku busy dengan urusan PTK kat pejabat aku. Kena selalu outstation.Ada pulak masalah family and kawan. Memang boleh buat aku gila. Semua ni jadi pada tahun 2009. Tahun yang paling malang dalam hidup aku. 


Aku mula terfikir nak bunuh diri lagi sekali. Lemah betul iman aku masa tu. Aku diamkan hal ni sorang-sorang. Aku memang tak tau nak ceritakan pada siapa semua masalah tu. Sampai satu masa tu, aku terbukak jugak cerita ni kat Kak Salina. EO aku yang sekarang ni dah tukar ke JAWI. Jujurnya, aku memang dah tertekan gila. Tapi still aku boleh berlagak macam takde apa-apa masalah. Tapi tak lama tu, aku agak pelik masa aku jaga exam kat mana entah, dah lupa, semua yang pergi sekali dengan aku tu baik semacam dengan aku. Rupa-rupanya dorang dah tau masalah aku. Kak Salina kata dia cerita kat dorang sebab nak tau pendapat dorang kot-kot ada cadangan nak tolong aku.


Aku dengar je tu, aku tiba-tiba rasa macam.. Tak tau macam mana nak terangkan. Sedih? Sebak? Mungkin.. Mulanya aku nak marah jugak bila tau orang lain dah tau life aku. Aku tak nak orang tau sebab aku tak nak orang terlalu simpati or kesian kat aku. Aku boleh berpura-pura aku kuat and macam takde apa-apa masalah selagi aku simpan je. Tapi kalau orang dah tau and dorang tujukkan rasa simpati tu, aku jadi lemah. Buat aku rasa nak menangis je. Sebab tu aku diamkan je. Tapi akhirnya semua orang tau jugak. Macam-macam reaksi and ayat yang aku dengar. Antaranya :

" Tak sangka awak nampak ceria memanjang tapi rupa-rupanya awak ada banyak masalah."

" Kuat jugak awak ni.. Kalau akak jadi awak, akak tak tau dah nak buat apa."

" Macam mana awak boleh bertahan sampai sekarang? Kalau saya, dah lama dah mengalah."

Terima kasih kepada semua yang anggap aku kuat semangat. Tapi jangan ingat aku sekuat yang disangka. Aku still menangis setiap malam memikirkan macam mana nak settlekan hal family and kawan-kawan. Memang payah aku nak bangun tiap pagi memikirkan yang masalah dalam hidup aku masih lagi tak selesai. And akhirnya aku pindah jugak ke rumah sewa sendiri. Sedih dengan sikap beberapa orang kat rumah sewa lama tu. Tapi takpe.. Aku maafkan salah dorang sebab dorang pun dah cerita perkara sebenar sehari sebelum aku keluar dari rumah tu. Tak baik berdendam walaupun hati aku memang sangat-sangat terluka dengan perbuatan dorang.


Mujur lepas tu, aku dah mampu untuk uruskan family sendiri. Aku dah boleh bajet gaji untuk adik aku and belanja rumah. Dengan sokongan and bantuan kawan-kawan kolej and beberapa orang kawan rapat, aku berjaya bangkit semula. Walaupun semua tu umpama mimpi ngeri dalam hidup aku, sekurang-kurangnya semua yang terjadi tu berjaya melahirkan siapa aku sekarang ni. Aku dah jadi lebih berani and yakin dalam hidup. 


Memang betul orang cakap, setiap ujian and dugaan yang Allah bagi ada hikmahnya. And aku selalu dengar orang cakap. "Allah takkan uji hambaNya dengan ujian yang lebih daripada kemampuan hambaNya sendiri". Bila dengar ayat ni, aku sedar yang semua yang aku hadapi selama ni adalah ujian Allah pada aku. Dan aku sangat-sangat bersyukur dapat lalui semua tu dengan izin Dia. Terima kasih Allah kerana menjadikan aku lebih kuat dari dulu. 


Aku selalu jugak dengar, ada hikmahnya kalau banyak bersabar ni. Dan memang terbukti kata-kata tu betul. Akhirnya terbukti jugak kat orang kampung yang kitorang bukan penipu. Orang yang kata nak beli tanah and kononnya dah bayar separuh tu mengaku yang sebenarnya dorang memang tak pernah bayar. Family tu akhirnya bawak diri ke KL. Siapa yang tukang sebar fitnah yang anak angkat abah reka tu pun akhirnya kitorang dapat kenal pasti sape gerangannya. Tapi kitorang tak salahkan or ambik tindakan kat dia. Just harap dia bertaubat la daripada terus sebarkan benda bukan-bukan pasal family aku. Tapi terkilan jugak la sebab orang yang sebarkan semua cerita tak betul tu adalah orang yang paling rapat dengan family aku and yang paling abah percaya.


Nota Cik Rimau : Ini adalah kisah benar dalam hidup Cik Rimau. Kenangan pahit dalam hidup Cik Rimau. Tapi alhamdulillah Cik Rimau dapat teruskan hidup sampai ke harini dengan bantuanNya.  Cik Rimau berterima kasih pada semua yang dah banyak tolong and bagi sokongan kat Cik Rimau. Tanpa sokongan korang semua, tak mungkin Cik Rimau dapat lepas semua ujian tu. Walaupun semua ni dah lama berlalu, tapi kenangan ni masih melekat kat ingatan Cik Rimau and akan kekal sampai bila-bila kerana semua ni la yang menjadikan siapa Cik Rimau sekarang. Macam yang Cik Rimau katakan pada entri siang tadi, Cik Rimau tak berniat untuk dapatkan simpati sesiapa pun. Cik Rimau hanya meluahkan. And sekarang ni Cik Rimau rasa sangat-sangat lega dapat meluahkan semua kepahitan yang pernah Cik Rimau hadapi. Maaf andai mendatangkan perasaan kurang senang kepada sesiapa. :-)

Hari Jumaat Yang Paling Menyedihkan Dalam Hidup Aku

Salam..

Selamat hari Jumaat semua. Apa aktiviti korang harini? Yang lelaki tak payah tanya pun takpe kot. Dah tau dah. Korang mesti pergi masjid tengah hari tadi kan. Kalau ada lelaki yang beragama Islam tapi tak pergi solat Jumaat tanpa alasan , aku tak tau la nak cakap apa. Hehe.

Kenapa dengan tajuk kat atas tu? Bukan harini punya cerita eh. Tapi cerita ni terjadi pada hari Jumaat tahun 2009. Aku ingat lagi tarikhnya. 14.8.2009. Betul-betul dua minggu sebelum umat Islam seluruh dunia menyambut Ramadhan. Kalau korang nak tau, pada tarikh and hari ini la, abah aku meninggal dunia pada usia 90 tahun. 

Aku ingat lagi masa tu. Pagi tu aku pergi kerja macam biasa. Aku plan nak balik kampung tengok abah and abang petang tu. Siap dah packing baju bawak pergi pejabat. Senang sikit. Tak payah nak balik semula ambik barang. Habis je kerja boleh terus balik. 

Untuk pengetahuan korang, abah aku tinggal dengan abang aku je masa tu. Adik aku masih di Perak sebab kerja dengan kawan aku. Ikutkan aku nak bawak abah aku pindah Perak balik lepas aku dapat gaji bulan tu. Aku pun dah dapat dah orang yang boleh pindahkan barang ke rumah kitorang kat Perak tu. Aku memang dah excited dah masa tu sebab akhirnya dapat jugak balik ke kampung halaman. Lagipun, abah aku  sendiri pun memang dah lama berhajat nak duduk Perak semula. Tapi nak buat macam mana. Aku pun baru je kerja masa tu. So, kewangan agak terbatas. Bulan tu je baru berpeluang untuk tunaikan hajat abah. Malangnya, hasrat abah tu tak tercapai. Abah tak sempat nak jejakkan kaki ke Perak semula. Aku rasa terkilan sangat-sangat sebab tak sempat tunaikan hajat abah.

Seingat aku, pagi tu cuaca suram je. Redup dari pagi sampai petang. Pagi tu pun, aku dah rasa lain macam. Sejuk pun lain macam je. Tapi aku cuba abaikan rasa tak sedap hati tu.  Cuba tak memikirkan ada perkara yang buruk terjadi. Paling aku tak nak dengar kalau perkara buruk tu melibatkan abah aku. Tapi perkara yang aku paling tak nak dengar tu jugak la yang jadi. Dalam pukul 10 lebih, adik aku call. Dengan suara yang tengah menangis tu, dia bagitau yang abah aku dah meninggal. Aku terdiam masa tu. Aku tak percaya. Lepas adik aku cakap ada orang yang call bagitau dia, aku call pulak orang yang bagitau tu. Katanya abah aku dah meninggal awal pagi tu. Aku terus menangis. Aku sedih and sakit hati pun ada. Kenapa dah dekat tengah hari baru nak bagitau aku? Bila ditanya, alasan dorang simple je. Takde nombor handphone aku and dah try call tapi aku tak angkat. Penipu!!!

Aku dapat je berita tu, aku terus jumpa bos aku. Mintak half day sebab nak terus balik kampung. Aku terus gerak nak pergi ke Puduraya. Nasib baik bos aku hantarkan ke situ. Tapi malangnya, bas ke situ pulak takde. Sejam lebih aku tunggu. Aku risau tak sempat nak  tengok abah buat kali terakhir. Sebab masa aku tengah tunggu bas tu, ada sorang anak sedara abah yang aku tak pernah kenal, call bagitau aku yang dorang nak kebumikan abah lepas solat Jumaat. Aku takut sangat dorang tak tunggu aku. Nasib baik jugak tak lama lepas tu bas sampai. Sepanjang aku dalam bas tu, aku menangis tak berenti. Memang sedih sebab aku anak yang paling rapat dengan abah.

Sampai je kat kampung, aku tengok jam dah 2.30 kalau tak silap. Anak kawan abah aku mula-mula bawak aku pergi ke rumah anak angkat abah. Tapi rupa-rupanya dorang dah gerak ke tanah perkuburan. Sampai hati dorang tak tunggu aku balik.  Tak berhati perut. Terus anak kawan abah tu bawak aku ke sana. Mujur jugak sempat. Kesian kat adik aku sebab tak sempat tengok abah buat kali terakhir. Dia tak dapat tiket siang.Kesian jugak kat abang aku. Menangis tak berenti dia. Aku ingat aku kuat. Boleh tahan menangis. Tapi tengok abang aku, terus air mata mengalir. Sedih sangat masa tu.

And saat tu jugak aku terfikir. Siapa nak jaga abang aku? Boleh ke aku jaga abang aku? Boleh ke aku jadi ketua keluarga? Boleh ke aku adil dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga? Boleh ke aku sorang jaga abang and adik aku? Layak ke aku untuk ambik semua tanggungjawab tu? Aku baru 20 tahun masa tu. Mampu ke aku buat semua tu? Memang masa tu aku rasa sangat-sangat tertekan.

Lepas je selesai urusan pengebumian abah aku tu, aku tak tau ke mana arah tuju aku. Kalau korang nak tau, selain daripada anak angkat abah aku tu, aku tak kenal sesiapa pun sedara sebelah abah aku. Abah tak kenalkan kitorang kat dorang semua. Aku pun tak tau kenapa. Masa aku tengah bingung tu la, muncul seseorang yang mengaku dia anak sedara abah. Dia kenalkan diri dia sebagai Along. Kiranya dia ni sepupu kitorang la sebab dia anak kepada adik abah aku. 

Anak angkat abah pun datang jumpa aku. Dia tanya abang aku macam mana? Sape nak jaga? Aku memang sakit hati dengan soalan dia. Bayangkan la. Orang tengah sedih-sedih abah baru meninggal, dia boleh tanya macam tu. Nasib baik Along tu cakap, balik rumah dulu la baru bincang. Masa kat rumah anak angkat abah tu, memang ramai sedara mara sebelah abah yang datang. Anak sedara aku pun, aku baru kenal masa tu. Anak angkat abah tu mana ada nak kenalkan sape kitorang kat sedara mara yang datang tu. Untuk pengetahuan korang, kitorang adik-beradik tak ngam dengan anak angkat abah. Aku sendiri pun tak tau kenapa dia benci sangat kat kitorang.

Malam tu, kawan-kawan serumah aku datang. Dorang hantarkan adik aku. Masa tu aku dah cool dah. Dah tak menangis. Boleh pulak salah sorang kawan yang datang tu cakap macam ni, "Ja, ko ni takde perasaan ke? Ko tak menangis pun." Dia tak tau, sepanjang petang tu aku menangis. Takkan aku nak menangis terus-terusan kan? Lagipun aku kena kuat. Kalau aku lembik, adik aku mesti lagi teruk. Memang ye pun. Masa adik aku sampai, dia still lagi menangis. Mungkin dia sedih sebab tak sempat sampai masa abah dikebumikan.

Esoknya, Along tanya kitorang. Abang kitorang macam mana? Sape nak jaga? Aku cakap aku yang jaga. Sebab sebelum tu, anak angkat abah cadangkan kitorang hantar ke Rumah Kebajikan. Sedap-sedap hati dia je. Tapi aku and adik aku tak setuju. Sebab kitorang dah pernah janji dengan arwah abah yang kitorang takkan abaikan or tinggalkan abang kitorang kat Rumah Kebajikan tak kira apa pun yang jadi. Lagipun kitorang tak sanggup nak pisah-pisah.

Lepas dapat persetujuan, Along kata dia sanggup jaga abang aku untuk sementara waktu sampai aku dapat cari rumah sewa sendiri. Tapi tu la kan. Ada la dalam dua bulan je dia jaga abang aku. Mungkin termakan dengan hasutan anak angkat abah tu, dia paksa aku ambik abang aku. Aku dah la still tak dapat umah lagi masa tu. Faham-faham jela nak sewa rumah kat KL ni macam mana. Ada yang nak 1+1 and ada yang nak 2+1 la. Aku still tak cukup duit masa tu. Adik aku pun time tu dah duduk dengan aku and still tak kerja. Mana la aku nak dapat rumah lagi. Tapi terpaksa jugak aku ambik. (Panjang lagi ceritanya.. Kalau aku rasa aku nak cerita, aku cerita la nanti.)


Nota Cik Rimau : Cik Rimau mintak maaf pada sesiapa yang rasa Cik Rimau suka nak cari perhatian or simpati orang lain. Takde niat macam tu pun. Cuma Cik Rimau teringat kenangan pahit ni and rasa nak meluahkan je. Lagipun tujuan utama Cik Rimau buat blog ni pun dulu disebabkan masalah dalam hidup Cik Rimau ni la. Takde tempat nak meluahkan. Nak bercerita direct dengan kawan karang, for sure mesti dah meleleh je ni. So, better menulis. Dapat sembunyikan emosi sebenar daripada orang sekeliling.. :-(

28 Februari 2011

Kepercayaan Yang Semakin Menghilang

Selamat malam semua. Bebelan terakhir untuk malam ni. Tiba-tiba je rasa nak bukak topik ni. Kepercayaan. Apa yang korang faham dengan perkataan ni? Aku malas nak bukak kamus dewan nak terjemah maksud perkataan ni. Korang pun faham sendiri kan apa yang dimaksudkan dengan perkataan ni. Tak tau jugak sila google. Hehe.

Bagi aku, kepercayaan ni lebih kurang macam rasa yakin jugak la. Kepercayaan jugak boleh menilai sama ada kita ni seorang yang amanah atau tidak. Contohnya macam someone bagitau rahsia kat kita. Kalau kita simpan rahsia tu elok-elok, kita dianggap amanah and boleh dipercayai. Kalau kita pergi sebarkan kat orang lain, nampak sangat kita tak amanah and tak boleh dipercayai. Ada faham? Tak faham jugak, sila buat-buat faham. Hik hik hik.

Tapi pernah tak dalam hidup korang, kepercayaan yang korang bagi kat seseorang dikhianati. Mungkin pernah mungkin tidak. Aku dah banyak kali dah. Sebab tu agak susah nak percaya pada orang. Bukan bermaksud aku langsung tak percaya. Tapi aku lebih berhati-hati dalam bercerita. Takut apa yang aku ceritakan pada orang yang aku percaya, tiba-tiba keluar dalam versi yang lain daripada apa yang cuba kita sampaikan. Tak ke naye?

Dalam dunia kita sekarang ni, mungkin agak payah untuk mencari orang yang benar-benar boleh mendapat kepercayaan kita 100%. Kalau ada pun, tersangatla sikit bilangannya. Bukan la nak kata takde langsung kan. Zaman sekarang ni, family sendiri pun tak tau boleh percaya ke tak. Jangan salah faham maksud aku. Aku maksudkan bagi contoh-contoh kes ayah rogol anak, abang rogol adik, cucu bunuh nenek, emak racun anak and macam-macam lagi. Family kita semua ok kan. So, tak payah la anggap bukan-bukan eh. Ini contoh aku je. Kalau kawan pulak, jarang nak dapat yang betul-betul boleh dipercayai. Bertuah kalau kita dapat jumpa kawan yang boleh dipercayai ni. 

Pokok pangkalnya terpulang pada diri kita sendiri. Kalau kita jujur and amanah, orang akan percaya kita. Kalau diri kita sendiri pun orang lain tak boleh nak percaya, macam mana kita nak dapat kawan yang boleh dipercayai. Ye tak? (Apa aku mengarut ni weiiii...)


Nota Cik Rimau : Sape tengok Begitukah Cinta? Cik Rimau hangin dengan Malik, pakcik sedara Riana tu. Bajet alim padahal samseng. Sian tengok orang tua tu rumah kena lelong. Huhu.

27 Februari 2011

Family Day SSM, JPBD gempak!!

Assalamualaikum and selamat malam semua..

Macam yang aku ceritakan hari Jumaat lepas, semalam bersamaan dengan hari Sabtu,  seksyen aku, Seksyen Sumber Manusia adakan program Family Day kat Taman Desa Water Park. Aku gerak ke office awal-awal pagi lagi. Konon nak pasang cermin kat atas meja. Sekali sampai agak lewat jugak la. Naik teksi je sebab malas nak jalan kaki bila bawak banyak barang. Hehe.

Aku sampai kat office dalam pukul 8 lebih jugak la. Pastu terus naik office. Ikut plan awal, area masa tu sepatutnya kitorang semua dah ada kat office untuk bersarapan sama-sama. Tapi plan bertukar last minute sebab anak salah sorang staff yang handle bahagian makanan ni demam. Terpaksa la Cik Nita pergi ke Rawang ambik makanan  yang dah ditempah tu. Kesian dia awal-awal pagi kena ke sana sini. Aku dengan Kak Ziha dah lapar sangat terus melantak maggie kat pantri. Dekat-dekat pukul 9 pagi baru yang lain-lain sampai. Cik Nita pun sampai dengan sarapan pagi kitorang tak lama lepas tu. Ada beberapa orang staff yang lain gerak terus dari rumah ke Taman Desa Water Park tu.So, dorang tak singgah office untuk sarapan sama-sama.

Lepas semua dah siap sarapan, kitorang pun konvoi la beramai-ramai dengan menaiki enam buah kereta. Aku, Kak Ziha and anak sedara or adik Kak Intan tumpang kereta Cik Nita. Abang Zack naik kereta Cik Kema. Puan Nurul and Kak Liza masing-masing naik kereta sendiri dengan husband dorang. Kak Najwa pulak dengan tunang dia and satu kereta lagi, adik Kak Liza je. Dorang datang naik kereta masing-masing sebab adik Kak Liza tu nak balik awal sikit.

Cik Nita yang jalan paling depan. Anak sedara or adik Kak Intan yang tolong tunjukkan jalan. Sekali salah masuk simpang yang nak menghala ke Putrajaya tu. Puan Nurul potong kitorang. Dia call suruh kitorang ikut kereta dia. Haiisshh. Kan bagus kalau awal-awal lagi dia yang jadi leader. Takde la sesat jadinya. Haha.

Tak pasti kitorang sampai sana pukul berapa. Mungkin dah dekat pukul 10 pagi kot. Tunggu semua sampai baru pergi beli tiket. Disebabkan kitorang ramai, dapat la diskaun. Dengar-dengar masa nak masuk pintu pagar tu beg akan diperiksa untuk pastikan kitorang tak bawak makanan dari luar masuk ke dalam. Tapi kitorang lepas je masuk. Takde kena check pun. Selamat. Hehe. Yerla kan. Kalau check beg, habis la benda-benda tak sepatutnya dia nampak. Mana boleh. Huhu.

Lepas tu kitorang pun masuk la ke dalam tempat tu. Salin baju. Lepak-lepak kejap minum air. Cik Nita try call staff situ untuk tanya pasal tempat untuk buat telematch yang kitorang mintak dorang sediakan tu. Tapi tak dapat-dapat. Sudahnya kitorang semua pakat main air sendiri-sendiri. Memang best la. Bos pergi main dengan anak-anak dia kat bahagian kanak-kanak. Aku, Kak Ziha and Cik Nita pulak main dekat sekitar kawasan yang macam sungai tu. Kitorang sewa pelampung pastu gilir-gilir naik atas tu. Siap gaduh-gaduh lagi dengan dua orang budak lelaki yang perli kitorang dengan ayat macam ni. 

"Tak cukup pelampung ke kak?"

Hampeh betul. Malas la nak sewa pelampung banyak-banyak. Nanti payah nak usung ke sana sini. Dalam area 12.30 tengah hari, kitorang pergi main ombak. Kuat gila ombak. Aku tak berani nak ke tengah sangat. Jatuh karang tak pasal-pasal lemas. Aku dah la tak pandai berenang. 

Tak lama lepas tu ada pengumuman yang mintak Cik Nita jumpa staff Taman Desa Water Park tu kat kawasan kitorang buat telematch tu. Kitorang pun gerak la ke sana. Kitorang main dua game. Ada dua group. And of course la group aku menang. Hebat kan kitorang? Haha.

Dalam pukul 2 petang tu, aku naik ke atas. Tak nak join dorang naik benda yang berpusing-pusing tu. Aku gayat sikit. Hehe. Aku duduk melepak minum air dengan Kak Najwa and tunang dia. Sambil tangkap gambar sikit. Tak lama lepas tu, semua keluar daripada air. Nak salin baju sebab nak cepat pergi KFC Jalan Kuchai Lama untuk sambut birthday and bagi semua hadiah cabutan bertuah. And jugak hadiah yang kitorang saja tukar-tukar sesama sendiri tu.

Lepas semua dah siap salin baju, kitorang bergambar dulu kat luar pintu masuk Taman Desa Water Park tu. Masa kitorang nak gerak, kereta Kak Liza pulak tak boleh nak bukak lock kat stereng kereta tu. Lama dorang try nak bukak. Tapi tak boleh. Sudahnya bukak guna screwdriver je. Mujur mau bukak. Then terus semua gerak ke masjid area mana entah untuk solat Zuhur dulu. Kak Su, big boss and Puan Nurul dah gerak dulu ke KFC. Masa kitorang sampai kat KFC, makanan semua dah siap dipesan. Apa lagi. Melantak jela. Masing-masing dah lapar. Maklum jela berapa jam berendam dalam air. 

Siap je makan, kitorang pun mulakan la aktiviti cabutan bertuah and tukar-tukar hadiah tu. Aku dapat hamper untuk cabutan bertuah and dapat satu mug gambar katak dengan jam. Cute betul cawan katak tu. Haha. Lepas semua tu settle, kitorang pun gerak untuk balik. Balik aku tumpang Kak Liza. Dia hantar aku sampai ke rumah. Tak payah susah nak naik tren or bas dah. Hehe.

Tapi yang buat aku hangin tu, sampai-sampai je kat blok aku, aku tengok ramai berkumpul depan lif tu. Lif rosak pulak dah. Aku dah la bawak banyak barang. Bikin panas betul la. Aku memang takkan merajinkan diri untuk mendaki tangga naik ke tingkat 14 tu dengan bawak banyak barang macam tu. Tak kuasa den. Buat penat je. Ada la dalam sejam tercegat depan lif dengan orang-orang yang bawak banyak barang and duduk kat tingkat yang tinggi-tinggi macam aku. 

Pukul 6.30 petang baru jejak kaki ke rumah. Solat and mandi. Tunggu Maghrib jap. Lepas je solat Maghrib terus tertidur. Ambik kau. Penat gila ok. Tapi terjaga balik dekat pukul 10. Lepas tu layan la cerekarama. Boleh la tahan bestnya. Then bukak hadiah-hadiah yang aku dapat. Susah sikit nak lelap sebab dah tertidur awal. Ada la dalam pukul 3 pagi baru boleh tidur. Hehe. Ok. Aku ada tangkap gambar sikit. Ada dari hanphone aku and ada yang aku cilok dari facebook Kak Liza. Layan...

Gambar sebelum masuk.

Masih kat luar masa ni.

Ini Kak Liza ye. Hehe.

Antara staff yang join.



Ini dah lepas ke dalam. Berapa jam entah berendam dalam air.

Antara kawasan kat dalam Taman Desa Water Park.

Nampak tak benda berpusing-pusing kat atas tu? Itu la yang aku tak berani nak naik. Gayat ok.

Abang Zack dengan big boss Seksyen Sumber Manusia yang baru.

Masa ni dah nak gerak ke masjid and KFC. Posing dulu la kan. Hehe.
 

Masa untuk makan.



Siap sedia untuk aktiviti cabutan bertuah.


Antara hadiah yang ada.


Makanan yang disediakan untuk sarapan. Nasi lemak dengan ayam goreng.

Ini hadiah yang tukar dengan kawan tu.

Tengok dalam kotak. Masa bukak penuh dengan kertas. Aku dah buang dah. Hehe.

Antara hadiah yang ada dalam kotak tu.


Tadaaa.. Mempersembahkan cawan katak. Haha.



Ini jam ye. Cantik pulak bila tengok balik. Hehe.

Ok la kan. Dua-dua boleh guna hari-hari.

Ini hamper cabutan bertuah. Semua yang dapat hamper macam ni isi sama je kot. Haha.

Yang ni saja je nak tayangkan jabatan mana aku kerja. Hehe.



Nota Cik Rimau : Cik Rimau enjoy dengan program ni. Hope semua staff Seksyen Sumber Manusia dapat join kalau dibuat lagi lepas ni. Mesti lagi meriah. (Risau tengok kulit macam kuda belang. Sekerat hitam sekerat putih. Muka pun berbelang. Jenuh la nak putihkan balik.. Huwaaaa)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...