Assalamualaikum and selamat malam kepada semua yang sudi membaca blog Cik Rimau. Terima kasih banyak-banyak. Hehe.
Actually, aku rajin nak update ni pun semata-mata sebab nak story sikit pasal aktiviti aku harini. Hehe. Nampak kan gambar apa kat atas ni. Ya, betul tu. Tiket wayang cerita The Amazing Spider-Man. Punyala semangat nak tengok. Awal-awal lagi kawan-kawan aku suruh beli tiket online. Haiishhh.. Tapi takpe la kan. Asal dapat booking tempat duduk yang selesa. Tak payah nak mendongak untuk jangka masa yang agak lama. Tak sanggup aku! Haha. Kalau sebelum ni, aku suka beli kat kaunter je. So, selalu la jugak aku dapat seat yang agak dekat dengan skrin. Nak patah tengkuk terpaksa mendongak sampai cerita habis. Serik dah weiii. :p
Untuk makluman korang, ini baru first time kitorang beli tiket online. So, macam agak "batak" jugak la kan. Haha. Aku pergi dengan adik aku, Cik Nita, Kak Suhana + adik dia and Abang Z. Masa nak ambik tiket kat kaunter, bukan main eksyen lagi kawan-kawan aku ni pergi kat kaunter Gold Class. Sekali petugas kaunter tu cakap tak dapat trace pulak id number masa beli tiket tu. Habis semua gelabah. Kah kah kah. Padan muka kitorang kan? Mujur la lepas tu dapat trace. Itu pun lepas dah dekat lima enam kali petugas kaunter tu cuba. Alhamdulillah. :-)
Actually, memang ada part yang agak touching jugak dalam citer ni. Permulaan cerita tu, aku dah boleh agak apa akan jadi. Tak jauh beza sangat dengan versi sebelum ni. Contohnya, part macam mana Peter boleh ada kuasa tu, kita dah boleh agak yang dia kena gigit. Pastu, pakcik yang jaga dia tu mati kena tembak. Then, dia nak balas dendam atas kematian tu and nak tebus rasa bersalah. So, sejak tu dia selalu tolong tangkap penjahat. Semua tu kita memang dah dapat agak sebab lebih kurang sama je dengan yang sebelum ni. Yang aku tak dapat agak bila Profesor tu dah bertukar jadi cicak. Al maklumla kan, aku ni tak pernah layan komik cite ni. Haha.
Part paling aku suka, masa kaki Peter dah kena tembak. Dia dah jadi lemah and tak dapat nak gerak dengan cepat. Then, tiba-tiba je pekerja-pekerja binaan (tak sure betul ke tak) tolong Peter dengan cara susun / halakan kren sebaris untuk mudahkan dia bergerak. Bagi yang belum lagi tengok, salah seorang pekerja kren tu adalah ayah kepada budak yang Peter pernah selamatkan kat jambatan masa kena serang dengan The Lizard. Sebagai tanda nak balas budi, dia arahkan geng dia untuk sama-sama tolong Peter. Masa ni, memang agak touching jugak la. Tak tau camne nak terangkan. Ada rasa sedih, ada rasa bangga, ada rasa terharu. So, aku rasa mungkin sebab tu la kot adik aku dengan Cik Nita nangis. Aku sendiri pon rasa macam nak nangis weh. Kah kah kah.
Kesimpulannya, citer ni memang best. Tak rugi tengok. Ada part sedih, ada part kelakar and macam-macam lagi. Cuma ada la adegan kiss2 tu. Tak berkenan aku. Tapi dah nama pun citer omputih. Huhu.
Nota Cik Rimau : Padan muka sorang kawan kat opis Cik Rimau tak dapat tengok lagi. Kah kah kah. Gambar dengan kawan-kawan tak sempat nak ambik. Huhu. Rugi betul. Dah la first time keluar beramai-ramai macam ni. Haiiisshhh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan