Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan. Papar semua catatan

31 Januari 2018

TAKUT KAHWIN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Lama sangat aku tak muncul kan. Sangat-sangat busy. Banyak sangat kerja kat pejabat. Even hari Sabtu pun aku datang siapkan kerja ok. Dah la tak boleh claim ot. Tapi demi memastikan kerja siap, datang jugak siapkan dengan hati yang berbelah bagi. Kenapa berbelah bagi? Yela, Sabtu hari berehat kot. Boleh layan hindustan. Hehehe :-p

Oh btw, harini saja nak luahkan something yang dah lama sangat bermain kat fikiran aku. Yeah.. Pasal kahwin. Tahun ni umur aku 29 tahun dah. Tipu la kalau aku cakap aku takde perasaan nak ada suami, nak ada anak macam kawan-kawan sebaya aku yang lain. Tapi entah la. Ada masa aku macam lagi rela membujang sampai ke tua. Kenapa?

Ok camni. Yup aku memang dah ada calon bakal suami. Dia pun memang dah sedia faham keadaan keluarga aku macam mana. Dia tau keadaan abang aku macam mana. Dia sendiri pun pernah jumpa abang aku masa raya tahun lepas. Setakat ni memang la dia ok. 

Yang membuatkan aku risau, macam mana kalau lepas kahwin nanti? Boleh ke dia sebumbung dengan abang aku? Aku sendiri ni pun kadang-kadang naik angin bila abang aku sepahkan rumah apa semua. Tu aku sendiri sebagai adik kandung kepada abang aku. Kalau orang yang takde hubungan darah dengan abang aku pulak nanti macam mana? Huhu.

Itu pasal abang aku. Ini pasal diri aku sendiri pulak. Well, aku kan dah terbiasa urus semuanya sendiri. Dah terbiasa duduk berdua je dengan abang aku. Dah terbiasa buat apa pun tanpa perlu keizinan sesiapa. Aku takut nanti aku rasa terkongkong, rasa tak bebas. Hahahaha. 

Ni pun tengah usaha menghilangkan semua perasaan pelik-pelik ni. Risau nanti kahwin rosak rumahtangga aku. Pengaruh banyak sangat baca luahan kat page Kisah Rumah Tangga (KRT) la ni kot. Kah kah kah. Tak semenggah perangai kan hari-hari dok layan page KRT tu. Hehe



P/S : Mohon semua sahabat alam maya doakan bakal suami Cik Rimau nanti baik orangnya, rajin tolong kat rumah, boleh terima abang Cik Rimau.. Hehe. Terima kasih semua.. :-)

08 Julai 2013

Kembali Bernafas

Assalamualaikum and salam sejahtera..


Lama betul aku tak jenguk blog ni. Dah lebih dua bulan kot. Hurrmmm.. Aku tau blog ni dah takde pembaca. Errr.. Ke sememangnya dari dulu takde orang baca. Hak hak hak. Syok sendiri je aku ni kan? Haha. Mungkin ada yang fikir aku takkan menulis lagi. Salah tu. Aku masih lagi blogger (tapi tak glamour la..) Hehe. Saja menghilangkan diri seketika. Hilang mencari ketenangan. Hilang mengumpul kekuatan. Hilang memupuk ketabahan and keberanian. Aku perlukan masa untuk kembali menjadi diri aku yang dulu.. Huhu.


Bagi korang yang pernah rasa kehilangan atas pemergian seseorang, mungkin akan faham maksud aku. Pemergian mengejut macam tu membuatkan aku lemah sekejap. Hilang arah tuju. Sibuk menyalahkan diri atas apa yang terjadi walaupun hakikatnya semua yang terjadi sememangnya dah ditakdirkan olehNya. Mungkin aku belum redha menerima ujian ni sepenuhnya. Aku hambaNya yang teruk kan? Huhu. Tapi.. Walau apa pun, aku masih lagi cuba sedaya-upaya untuk kembali jadi Ija yang dulu. Hope korang semua doakan aku. :p


Kadang-kadang, aku rasa aku ni hipokrit. Banyak berpura-pura, berlakon depan orang. Aku cakap aku okey. Aku sama-sama join kawan-kawan bergelak sakan kat office. Tapi hakikatnya, aku masih lagi tak betul-betul menikmati kegembiraan tu. Aku rasa macam bersalah pulak untuk happy lebih-lebih lepas adik aku dah takde ni. Aku asyik teringatkan dia je. Lebih-lebih lagi bila abang aku mula rosakkan barang-barang aku, koyakkan buku-buku aku setiap hari semata-mata nak suruh aku belikan dia kasut but yang belum tentu aku mampu beli dengan jumlah gaji aku sekarang ni. Setiap hari aku rasa nak marah. Tapi nak marah lebih-lebih pun takde kesannya. Abang aku takkan faham macam mana aku risau fikirkan pasal dia setiap hari. 


Kalau sebelum ni, adik aku la pendengar semua masalah aku. Tempat aku mengadu and lepaskan geram bila aku rasa marah or geram kat sesiapa. Tapi sekarang ni, aku dah takde tempat mengadu. Semua yang aku rasa, terpendam dalam hati. Bila simpan lama-lama, aku mula moody. Sampai satu masa aku dah tak boleh nak tahan, aku menangis sorang-sorang tengah malam. Gila kan? And ada masanya, aku harapkan ada sorang kawan yang boleh pinjamkan bahunya and telinganya untuk aku. Walaupun untuk sesaat cuma, itu dah cukup untuk aku. Cukup untuk kurangkan rasa sunyi dalam hidup aku yang makin bertambah dari hari ke hari. Haiisshh.. Dah tahap parah aku ni kan? Hehe..


And sekarang ni, belum pun habis fikir masalah yang ada, dah ditambah dengan persoalan kahwin pulak. Naik stress aku fikir. Haha. Ramai sibuk tanya bila aku nak tamatkan zaman bujang. Apa yang aku boleh jawab, terpulang pada Dia. Ada jodoh, kahwin la aku. Kalau takde, terima je. Aku tau ramai yang risaukan aku. Yang paling best, ada yang sampai carikan pulak untuk aku. Mungkin dorang takut aku jadi anak dara tua sampai bila-bila. Aku berterima kasih pada dorang sebab risaukan aku. Tapi aku rasa tak perlu kot sampai nak carikan tu. Bukan aku nak berlagak sombong. Langsung tak..


Sebelum nak carikan aku calon tu, dorang kena pertimbangkan satu hal yang paling penting. Ada ke lelaki yang nak orang yang macam aku yang ada abang oku? Mungkin ada. Tapi kena fikir pulak, family lelaki tu boleh terima tak? Semua tu aku kena pertimbangkan sebelum fikir nak bersuami. Zaman sekarang ni memang susah nak cari lelaki yang betul-betul baik. Lelaki yang boleh terima rupa paras kita dengan ikhlas (aku ni takde rupa lagi payah la kan??? haha), boleh bersama kita saat susah dan senang. Takkan tinggalkan kita walau apa pun yang terjadi. Agak-agak boleh jumpa tak? Huhu. Tersangatla bertuah orang yang dapat bersuamikan lelaki macam tu. Jeles okeh. :p


Buat masa ni, aku tak nak fikir pasal kahwin. Memang menipu la kalau aku cakap aku tak nak kahwin. Semua orang nak kahwin kan? Betul kan?? Jangan nak tipu okey. Haha. Aku puun nak la. Tapi buat masa ni, biar la semua tu. Aku serah semua pada takdir. Hanya Dia yang tau apa yang terbaik untuk aku. Apa pun yang Dia tetapkan, aku terima. Kalau ditakdirkan takde lelaki yang sanggup terima abang aku, aku mungkin takkan kahwin kot. Takkan la aku kena buang abang aku semata-mata nak kejar kebahagiaan aku sorang je kan? Itu tak mungkin. Aku dah janji dengan arwah abah untuk jaga abang aku. Amanah untuk aku. Aku kena tunaikan. Setuju? Hehe.


And tak lama lagi dah nak puasa. Memang happy dapat sambut Ramadhan yang penuh berkat ni. Tapi bila fikirkan aku puasa sorang-sorang je tahun ni, rasa tak seronok pulak. Nak sambut raya? Tak semangat langsung. Rasa macam malas je nak buat apa-apa persiapan. Haiishhh.. Tak perlu lebih-lebih kot. Lagipun tahun ni aku raya kat KL jer. Lagi la bertambah tak best. Kan? Hehe. Apa pun, selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam. :p



Nota Cik Rimau : Rasa lega pulak dapat membebel panjang kat sini. Haha. Ini luahan hati semata-mata. So, abaikan kalau korang rasa pelik or yang sama waktu dengannya. ;-) Pada teman-teman yang masih sudi mengambil berat pasal aku, terima kasih banyak. :p

29 Disember 2012

Kawanku Kawin Lagi...

Assalamualaikum and salam sejahtera kepada semua pembaca blog Cik Rimau...


Sebelum mulakan aktiviti merapu tak tentu pasal kat sini, aku terangkan dulu maksud tajuk entri aku ni. Jangan salah faham pulak. Bukan kawan yang sama kawin sekali lagi. Salah tu. Huhu. Actually, sorang lagi kawan aku (Nisa namanya) dah pun mengikut jejak langkah beberapa orang kawan aku sebelum ni dengan mendirikan rumahtangga dengan pasangan pilihannya sendiri. Macam tak percaya je rasanya. Yerla, dulu dia ni agak ganas orangnya. Tak sangka dia dulu yang kawin. Sampai hati ko Nisa, kawin tak tunggu aku. Haha. (Gila meroyan jap. :p) Kalau termasuk dengan Nisa ni, dah empat orang kawan sekelas aku masa sekolah dulu yang dah pun menamatkan zaman bujang. Seronoknya!!!! Huhu.

Aku dapat jemputan dari Nisa lebih kurang dua minggu kot sebelum tarikh kenduri. Ikutkan aku tak nak pergi pun. Haha. Jangan salah anggap. Bukan bermakna aku tak pentingkan kawan. Aku selalu je ingat kawan-kawan aku. Tapi tu la kan. Banyak kekangan. Dari segi transport, penginapan and bajet. Tapi last-last minute, setuju jugak nak pergi lepas diajak sorang lagi kawan aku (Tila) untuk temankan dia pergi kenduri tu. Terus ambik cuti dua hari, Jumaat and Isnin. Selasa cuti sempena Krismas. Dapat la cuti lama sikit kan. So, hari Jumaat tu aku pun gerak ke Lumut naik bas dengan abang and adik aku. Sampai sana dah  malam dah pun. Penat gila! Huhu.

Malam tu, aku tumpang tidur rumah Tila. Oh ya, Tila ni wife kepada navy. So, terpaksa la masuk ke dalam base TLDM. Pagi esoknya, kitorang terus gerak ke Manong. Nyaris sesat jugak sebab lorong ke rumah pengantin agak ke dalam. Huhu. Nasib baik sampai jugak akhirnya. Dapat la jumpa dengan beberapa orang kawan sekolah dulu. Antaranya, Wahidah, Suzila, Epoi and beberapa orang lagi yang aku kenal muka je. (Sorry la korang sebab tak tau nama. Hehe.) So, stop mengarut. Jom layan gambar. Untuk makluman, gambar ni sume diambil menggunakan handphone je. So, kurang cantik. Hehehe. Ada jugak yang cilok dari FB kawan. :p

Suzila, Tila and Wahidah.

Nota Cik Rimau : Lepas ni kenduri kawan yang mana pulak la ek? Asyik terima jemputan dari kawan je. Cik Rimau? Lalala~~~

04 Jun 2011

Hujung Minggu Yang Membosankan

Assalamualaikum semua.. 


Geram ni tau. Semalam boleh pulak tertidur awal. Pukul 9.30 dah tidur. Adeh.. Terlepas update. Huwaaa.. Tak puas hati lagi ni. Tu la kan. Main game lama-lama. Pastu baring terus tertidur. Hambik kau. Sampai blog pun lupa nak log in. Salah siapa? Salah sendiri jugak. :-(


Bangun je pagi tadi, terus on laptop. Nampak ada cerita hangat. Wah.. Artis kutuk blogger la. Tak mau komen apa-apa. Aku setakat baca je. Kih kih kih. Komen lebih-lebih karang dapat gelaran apa pulak lepas ni kan. Ish ish ish. Sepatutnya kan, dia sebagai artis kena la jaga mulut sikit. Maksud aku, ayat tu biar bertapis. Kalau Melodi or mana-mana wartawan rancangan hiburan terjah dia macam mana? Apa nak dijawab? (Kata tak nak komen.. Tapi komen jugak kan? Haha.)


Ok. Tak nak ulas panjang pasal ni. Harini aku banyak tidur la. Makin naik la berat kalau macam ni. Adeh.. Harini aku tak ke office pun. Ikutkan nak la ke office. Tapi semua ada hal masing-masing, aku pun cancel jugak la. Bukan tak boleh pergi sorang-sorang. Tapi takut la. Sunyi je OT sorang-sorang. Berhantu kot office tu. Abang Zack pun cakap dia dengar macam-macam masa OT sorang-sorang. Lelaki macam dia pun kecut. Inikan pulak aku. Dah la meja aku dekat je dengan stor belakang tu. Gelap je stor tu. Seram okeh. Huhu.


Disebabkan tak pergi office, seharian ni aku duduk jela kat rumah. Bangun awal pagi dah. Main game, bukak youtube (nak tengok maharaja lawak) and layan facebook kejap. Pastu terus terlena. Teruk kan? Baik pergi office daripada tidur je. Malas nak turun punya pasal, pukul 4 petang baru turun pergi beli barang nak masak. Anak dara apa la ni kan? Hik hik hik. Ala.. Sekali sekala je pun. :-)



Nota Cik Rimau : Okeh. Nak main game balik. (Suka hati sebab Hazama masuk final.. Hoooyyeeehhh.. Haha)

P/s : Selamat pengantin baru untuk bos aku (Cik Kema) yang dah pun selamat dinikahkan dengan pilihan hatinya semalam (Kenduri harini). Jadi isteri mithali ye Cik Kema oi. Jangan lawan cakap husband. (Lebih-lebih pulak aku ni. Bajet dah kawin je kan? Haha.) Selamat pengantin baru jugak untuk dua orang bekas rakan serumah aku (rumah sewa kat Bangsar) yang turut melangsungkan hari bahagia dorang harini. Sorry la tak dapat nak pergi ye. Jauh kot. Dua kenduri kat Kelantan. Satu kenduri kat Pahang. Semua jauh. Huhu. Aku doakan korang bahagia dengan pilihan hati masing-masing. Aku? Er.. Jangan ditanya.. Ada jodoh, sampai la kad jemputan kat korang. Haha. (Biarlah rahsia...)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...