Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

Memaparkan catatan dengan label TIBI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TIBI. Papar semua catatan

21 September 2015

Check Up Again

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.. Hai u all.. (Gedik sat.. wahahaha)


Sorry pada korang yang ada singgah blog ni. Kebelakangan ni aku selalu update pasal sakit aku je kan. Haha. Saje nak share dengan korang pengalaman aku. Mana la tau nanti ada antara korang yang terkena macam aku ni. Boleh la jadikan contoh ke. Nak tanya aku apa-apa pun aku okey je. Sharing is caring kan.. :-p

So, last haritu aku update aku dah start rechallenge ubat kan. Ubat yang doktor bagi masa tu Pyridoxine (vitamin), Isoniazid (TB), Ofloxacin (antibiotik) and Ethambutol (antibiotik TB). Cuba untuk lima hari dulu kata doktor. Alhamdulillah, takde apa yang pelik jadi kat aku untuk tempoh tu. 

14.9.2015 - Pergi IPR semula. Repeat buat Liver Function Test lagi. Kali ni sampai bertukar MA yang cuba cucuk ambik darah aku. Punya la seksa dorang kalau kena time aku. Hahaha. Nasib la. Tapi aku lagi seksa sebenarnya sebab cucuk yang first tak kena urat. Sakit gila. Cucuk kali kedua pulak dah betul dah tempat sepatutnya tapi agak tersasar kot dari urat. Maka, MA kedua tu merodok la jarum tu lagi dalam. Siap alih-alih jarum lagi. Rasa nak sekeh je masa dia buat. 

Dapat je sampel darah terus ke makmal buat ujian. Result ok. Alhamdulillah. Then, nurse suruh tunggu depan bilik nombor 2. Dalam setengah jam tunggu, doktor panggil masuk. Dia tanya keadaan aku. Ada gatal-gatal ke tak. Aku cakap ok je. So, doktor cakap nak tambah satu ubat. Ethambutol tu tukar dengan Rifampicin. Isnin (21.9.2015) kena datang balik untuk cek darah lagi katanya. Aiyarkkkk.. 

Dah dapat buku appointment, terus la gerak balik ke office. Dalam pukul 11 lebih macam tu, tiba-tiba ada nombor tak dikenali call aku. Rupa-rupanya call dari Inspekstor Kesihatan / Pegawai Kesihatan Persekitaran. Katanya dapat maklumat aku ada sakit TB dari IPR. Oh okay. Katanya nak test semua orang berhampiran aku sama ada kat office or kat kat rumah. Aku jadi gelabah la. Laju je aku cakap yang IPR cakap aku tak jangkitkan kat orang lain. Then, Encik Nazmi tu explain la kat aku. Katanya, memang aku tak jangkitkan kat orang lain. Cuma sekarang ni, dia perlu buat siasatan. Dari mana sebenarnya aku dapat jangkitan ni. Mana la tau kalau-kalau ada antara orang berdekatan aku yang ada TB Pulmonari/Paru-paru tapi dorang tak sedar. So, dorang nak cegah la or bagi rawatan yang sepatutnya kat orang yang bawa jangkitan ni sebelum lebih ramai orang yang dijangkiti. Oh. Okay. Faham. Haha.

Macam-macam la dia tanya. Antaranya bilangan staff MdI KL ni ada berapa. Kerja aku macam mana. Aku selalu pergi kerja guna pengangkutan awam ke tak. Selalu berulang alik ke hospital ke tak. Soalan-soalan yang nak kenalpasti kemungkinan dari mana aku dapat jangkitan ni. Aku jawab jela dengan lurus bendulnya. Huhu. Katanya, kalau boleh dia nak bawak team datang office aku. Macam dia pernah buat kat jabatan veteran ke apa entah yang ada kat bangunan yang sama dengan office aku sekarang ni. Dia nak jalankan Mantoux Test kat semua staff office ni. Aku cakap better dia call Puan Teh untuk bincang macam mana. So, aku pun bagi jela nombor Puan Teh. Pandai-pandai la dorang nak set tarikh bila nak buat tu. And pandai-pandai la bincang sama ada nak buat kat satu floor ni je ke or satu cawangan ni. Btw, semalam Puan Teh ada tanya aku bila Encik Nazmi tu nak call. Mana la aku tau.. Huhu.. (Bos aku pulak yang tak sabar kan. Huhu.)

Nampak tak penimbang besar yang warna merah kat tepi dinding tu. Setiap kali datang sana, kena timbang berat. Tapi malu la weh. Bapak besar penimbang tu. Semua orang boleh tau berat ko. Hukhukhuk.

21.9.2015 - Pagi semalam aku pergi lagi IPR. Macam biasa ambik darah lagi untuk buat LFT. Again! Kali ni yang ambik darah MA Suhaimi lagi. Dia siap cakap, "Kesian awak ni. Sampai dah tak tau nak cucuk kat mana". Haha. Btw, kalau korang nak tau. Hanya tangan sebelah kanan je yang nampak urat nak ambik darah tu. Tangan kiri langsung tak nampak. So, every time ambik darah, of course akan ambik tempat yang sama. Kesian aku kan. Huhu. Lunyai ar tangan kanan aku. First dia cucuk tak kena urat. Then, dia cakap kalau kali kedua cucuk tak kena gak dia surrender. HAHAHAHA. Nasib la kali kedua tu berjaya.

Tada!!!! Inilah dia result darah aku. Normal betul tu. Huhu.

Result darah 21.9.2015. Bacaan ALTI normal walaupun dah start ubat baru. OK la tu kan. 

Dapat je result terus tunggu giliran nak jumpa doktor kat luar bilik nombor 2. Tapi biasa la. Pukul 10 pagi and ke atas orang memang ramai la. Lagi pun, setiap hari Isnin, ada klinik TB and klinik pemindahan paru-paru. So, memang tak hairan la kalau jumlah pesakit yang datang agak ramai setiap hari Isnin. Maka, terpaksa la menunggu sambil berdiri. Tempat duduk penuh. Agak lama tunggu, keluar nurse dari bilik 2 bawak dua sampul besar yang ada result x-ray / medical record aku and sorang lagi pesakit lain. Nurse panggil aku and sorang lelaki tu suruh kitorang pergi ke bilik sebelah belakang yang berdekatan dengan bilik rawatan. Agak suspens jugak masa tu. Yerla kan. Tetibe kena tukar bilik. Lagipun, setau aku la, bilik-bilik sebelah dalam tu bilik-bilik pakar. Huhu.

Tak lama pastu kitorang berdua dipanggil masuk serentak. Aku dengan doktor perempuan berbangsa Cina. Yang laki sorang tu dengan doktor perempuan Melayu. Sementara tunggu doktor aku tu tengok fail aku, aku saja curi-curi dengar apa doktor sorang lagi tu cakap kat laki yang masuk sekali dengan aku. Aku dengar doktor cakap, dia dah bebas dari kuman TB (jelesnya!!!). So, dia dah tak perlu makan ubat dah. Then, doktor suruh dia berhenti merokok. Siap offer join klinik merokok dorang lagi. Kih kih kih. Pastu, doktor tu terangkan pasal x-ray laki tu. Sebab kat gambar x-ray paru-paru laki tu, ada banyak tompokan. Tapi doktor cakap tu tak merujuk pada kuman TB. In case lepas ni dia batuk-batuk balik, loya-loya, lemah badan, dia kena datang semula. Ada dua kemungkinan. Sama ada dia kena TB semula or tompokan tu berkemungkinan kanser. Aku yang dengar ni pulak jadi takut. Wow.. Parah jugak tu. (Menyibuk je nak tau result orang lain kan.. Hahaha)

Doktor Fong (suka aku je pendekkan nama dia kan) start tanya condition aku. Ada apa-apa masalah tak sepanjang rechallenge ubat. Aku pun bagitau la yang awal-awal tu aku rasa gatal gila-gila. Tapi sekarang dah takde sangat. Dia tanya lagi kalau-kalau ada kesan lain. Antaranya, ada tak ulser dalam mulut, ulser kat kemaluan or bibir jadi kering. Aku jawab semua tu takde. Tapi aku mintak dia bagi ubat tahan gatal. Persediaan je. Mana tau kalau aku jaga kaunter tiba-tiba diserang kegatalan terlampau tu, tak ke macam beruk je aku nanti depan pelanggan. Huhu.

Doktor cakap ok. Then, dia cakap hati aku betul-betul dah ok. Makan ubat baru pun bacaan normal. So, maknanya ubat baru tu sesuai dengan badan aku. Dia cakap akan tukar satu ubat lain untuk seminggu ni. Isnin (28.9.2015) kena datang balik sebab dia nak tengok keadaan aku. Kalau katakan dah takde gatal-gatal, katanya akan start ubat secara menyeluruh. Aku tak faham apa maksud dia. Hahaha. Tapi yang aku tau, ubat Ofloxacin tukar balik dengan ubat Ethambutol. Dia punya pahit, rasa nak buang je weh. Ubat ni jenis cepat larut. Masuk je dalam mulut, automatik mencair. Bayangkan jela tahap pahit tu. Tiga bijik pulak tu kena telan sehari. Dah la saiz agak besar. Kalau boleh telan sekali je untuk tiga bijik tu, dah lama aku buat weh. Erggghhhhhh.. 

Stok ubat untuk seminggu. Boringgggg...

So, itu la ubat yang perlu dicuba untuk seminggu ni. Dok cuba jela weh. Macam bahan eksperimen dah kan. Huwaaaaaa.. Isnin ni mai balik yer. Cucuk lagi. Hope bacaan ok. Penat dah ulang alik ke sana. Huhu. Kalau kata ubat kali ni takde problem, maknanya jarak untuk appoinment doktor tu takde la kerap sangat macam sekarang ni. Lagi satu aku perasan, sejak aku keluar wad tu la. Setiap kali aku ke sana, yang jumpa aku semua doktor pakar gred tinggi. Mesti sebab aku ni ada sejarah hati rosak sebab ubat tu kan.. Wakakaka..



Nota Cik Rimau : Okey la. Nak sambung kerja ni. Saja curi masa update sikit. Kalau kat rumah kang, memang malas dah nak on pc. Busy nak kemas rumah and masak untuk my bro. Huhu. Jumpa lagi. :-p

08 Ogos 2015

Disyaki Sakit TIBI....

Assalamualaikum dan selamat pagi semua... 


Harini aku nak sambung sikit pasal sakit yang aku pernah cerita sebelum ni. Ikutkan aku nak citer pasal ni semalam. Tapi tunda dulu sebab nak lepas geram kat seseorang tu. Hahaha. Btw, kalau tak ingat pasal sakit ni, korang boleh baca balik entri aku semalam and yang sebelum ni. Macam yang aku pernah citer, doktor kat Hospital Kuala Lumpur (HKL) suspek aku kena tuberculosis (TIBI). So, disebabkan tu aku dirujuk ke Institut Perubatan Respiratori (IPR) untuk rawatan / ujian / tindakan lanjut. 

So, kat sini aku sertakan sikit kronologi kes aku ni. Haha. (Poyo nak kronologi bagai..)

Penghujung 2014 - Start perasan ada macam urat tegang and keras kat bawah rahang kiri. (Takde ambik tindakan. Biar je.)

Awal Januari 2015 - Rasa urat tegang tu macam dah jadi ketulan. Tapi tak besar. Perasan masa karaoke dengan Zie. Yela, nyanyi nak yang tarik je. Sekali perasan urat tegang. Baru tau takut. Haha. (Takde tindakan. Biar lagi.)

10 Mac 2015 - Salah urat masa tidur. Tengok saiz ketulan / bengkak dah bertambah. (Biar lagi..)

29 Mei 2015 - Pergi Klinik Tanglin nak tanya pasal bengkak. Tapi sudahnya doktor bagi MC sebab demam agak tinggi and dapat antibiotik sebab doktor ingat aku kena jangkitan kuman. Dah la kena marah dengan doktor sebab biar lama bengkak tu. Huhu. (Makan ubat sampai licin tapi bengkak masih sama.)

5 Jun 2015 - Pergi Klinik Tanglin semula. Dirujuk ke Unit Otorinolaringologi (ENT), HKL sebab ubat tak berkesan and bengkak makin besar. Plus, agak sakit sikit. Doktor suspek kelenjar limpa aku bengkak. So, pergi HKL dapatkan appointment dengan doktor.

23 Jun 2015 - Appointment HKL. Doktor masukkan kamera yang bentuk tiub tu dalam hidung aku. Doktor cakap, tekak, telinga and hidung aku clear. Takde yang menyebabkan bengkak tu. Doktor ambik sampel darah untuk buat ujian. Sampel kahak hantar kat situ 26 Jun 2015. Doktor tanya aku ada tak batuk berpanjangan, hilang selera makan, berat turun mendadak or berpeluh malam. Semua tanda tu takde kat aku. Doktor suspek aku TIBI. Sebab tu dia tanya soalan tu. Siap tanya aku ada kerja kat kaunter ke tak and kat kaunter selalu tak berurusan dengan foreigner. Aku jawab memang tugas kaunter tapi sebulan 3-4 kali je and jarang la berurusan dengan foreigner.

Result ujian darah. Kawan aku yang kerja nurse cakap, result ujian ni menunjukkan memang ada jangkitan kuman dalam darah/badan aku. Tapi belum confirm lagi TIBI ke tak. Sebab tu kena buat ujian lain.

2 Julai 2015 - Buat prosedur FNAC (tak ingat singkatan apa tu). Cucuk kat bengkak ambik sampel untuk buat ujian.

Result FNAC. Kawan aku cakap, result ni menunjukkan aku NEGATIF TIBI. Sebab dia cakap bacilli tu merujuk pada kuman TIBI.

4 Ogos 2015 - Appointment HKL. Doktor cakap, berdasarkan result ujian darah, kahak and FNAC, aku disyaki kena TIBI. So, dorang refer ke IPR. Sampai kat IPR, buat saringan dulu. Then, kena bagi sampel kahak. Geli siot sinki dorang. Kotor gila. Aku ni baik hati pulak tolong cuci. Erkk.. Nak muntah. Pastu kena cucuk Tuberculin Skin Test a.k.a Mantoux test.
Surat refer ke IPR.
Result sampel kahak.
Suntikan Tuberculin. Ukuran 25mm. Ikut cakap kawan aku, orang yang takde jangkitan TIBI sepatutnya tak lebih dari saiz duit 20 sen. Tapi berdasarkan apa yang baca kat google, ukuran 5mm ke atas dah dikira positif pernah tercemar dengan kuman TIBI. Kalau aku ni 25mm, sah la pernah tercemar dengan kuman TIBI. Aiyarkkkk!!! Tapi.. Ini belum mengesahkan aku ada TIBI. Kena buat ujian darah lagi and X-ray pulak.
Nampak tu? 25mm weh. 

Isnin ni (10 Ogos 2015) kena pergi ke IPR balik. Untuk jumpa doktor and X-ray. Tak tau la apa result. Hurmmm..

Sejak aku disyaki kena TIBI ni, aku jadi rajin sikit nak cari info pasal sakit ni. Daripada apa yang aku baca, TIBI ni ada beberapa jenis. Ada yang senang berjangkit, ada yang tak. Ada TIBI Paru, Kelenjar and Tulang. Yang paling senang berjangkit biasanya TIBI paru. Boleh berjangkit melalui udara yang dicemari kuman TIBI bila pesakit tu batuk ke, bersin ke, bercakap ke. Kalau macam aku ni, aku rasa kalau betul aku kena TIBI, mungkin aku kena TIBI Kelenjar. Sebab TIBI Kelenjar biasanya akan ada ketulan/bengkak kat sekitar leher macam yang kena kat aku sekarang ni. Biasanya TIBI jenis ni tak berjangkit. TIBI tulang paling bahaya sebab boleh menyebabkan pesakit jadi lumpuh.

Boleh sembuh tak? BOLEH. Asalkan rajin makan ubat and ikut arahan doktor. Biasanya untuk rawatan, makan masa dalam enam bulan hingga satu tahun. Maknanya sakit ni bukannya sakit yang kekal. Tapi! Walaupun tak kekal, kemungkinan untuk kena berulang kali tu ada. Hoho.

Aku sebenarnya tak pasti apa penyebab aku boleh kena sakit ni. Memang banyak punca. Tapi aku rasa yang berkaitan dengan aku mungkin ada dua je. First, mungkin sebab sekarang negara kita ni dah banyak pendatang asing. Kemungkinan besar sakit ni dorang yang bawak. And terkena kat aku mungkin masa aku naik bas or tren sekali dengan dorang. Mungkin...

Second, mungkin sebab sekarang aku bekerja kat kaunter. Agaknya nasib aku tak baik dapat customer yang datang tu pesakit TIBI. Mungkin masa aku layan dorang, orang tu terbatuk ke apa ke, dah terjangkit kat aku. Well, kalau korang nak tau. Kaunter opis aku takde cermin pemisah antara petugas kaunter dengan customer. Jarak nak bercakap dengan customer pun agak dekat. So, tak mustahil aku dapat jangkitan dari situ. (Kalau sah aku kena sakit ni sebab tugas kat kaunter, management kena ambik tindakan untuk pasang cermin pemisah la kan untuk elakkan kes yang sama berulang lagi kat staff yang lain. Yela, nak tunggu berapa banyak kes baru nak pasang? Mencegah lebih baik dari merawat.)



NOTA CIK RIMAU : Apa pun, result POSITIF or NEGATIF masih belum dapat lagi. Tunggu jela. Kak Fifi (senior kat opis) cakap, dia ada kakak ipar yang kena sakit TIBI Kelenjar ni dulu. Dia pesan, kalau Cik Rimau jaga kaunter, Cik Rimau kena pakai mask. Bukan takut Cik Rimau jangkitkan kat customer. Takut orang yang datang tu ada TIBI, jangkit kat Cik Rimau, kena DUA KALI GANDA lagi teruk nanti. Lagi susah nak baik dia cakap. Erkk.. Scary betul. Hope bukan TIBI la. Kawan Cik Rimau cakap BETTER kena TIBI sebab tempoh rawatan tak lama. Daripada kena KANSER ke sakit lain. Lagi payah nak sembuhkan. Tapi berdasarkan reaksi someone yang cuba burukkan Cik Rimau kat belakang tu, kalau boleh Cik Rimau tak nak la kena TIBI ni. Bukan apa. Belum confirm sakit pun orang tu dah cuba canangkan yang Cik Rimau ada TIBI berjangkit, ini kan pulak kalau dah confirm nanti. Entah apa citer pulak dia canangkan. Huh.

Btw, Kak Fifi cakap mungkin nanti orang yang kerja dekat-dekat dengan Cik Rimau kena buat ujian untuk check ada TIBI ke tak. Selain nak elakkan dorang kena sakit ni, check tu jugak untuk tengok ada kebarangkalian Cik Rimau dapat jangkitan dari somenone kat opis tu yang memang dah ada TIBI. Mana la tau kot ada yang sakit TIBI tapi dorang tak tau dorang ada sakit tu. Biasanya yang tu digelar Tuberculosis Pendam. 

Ok la. Satu je Cik Rimau nak pesan. Kalau perasan ada yang tak kena kat badan korang, macam ada bengkak ke ketulan ke, TOLONG jumpa doktor. Dapatkan rawatan awal. Jangan biar. Sebab ada kemungkinan ketulan / bengkak tu sebenarnya KANSER. TIBI takpe lagi. Rawatan setakat makan ubat je untuk bunuh kuman dalam badan. Kalau KANSER? Sanggup ke nak kemoterapi? Hehe. Cik Rimau nasihatkan je. Tak nak la jadi macam Cik Rimau ni. Dah teruk baru nak jumpa doktor. Salah sendiri kan.. Huhu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...