Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

06 Jun 2015

Sakit

Assalamualaikum w.b.t and salam sejahtera..


Yeahhhh... Aku kembali membebel semula. Hehe. Kali ni saja nak cerita pasal sakit. Sape sakit? Aku? Hurmmm.. Lebih kurang la.. Tapi sakit biasa je. Takde la tahap kronik sampai masuk wad. Haha.

Sakit yang aku maksudkan ni merujuk kepada bengkak / ketulan kat bawah leher aku. Actually, aku perasan dah agak lama. Maybe dalam 6-7 bulan dah. Bila aku pegang bawah bawah leher betul-betul kat bawah rahang, aku perasan macam ada bengkak / ketulan. Agak keras and rasa tegang. Tapi macam biasa la. Aku ni bukan jenis ambik kisah sangat. Pada aku, selagi tak mendatangkan sakit and tak menyusahkan aku, biar jela. 

Then, ada sekali tu aku tersalah tidur. Bangun pagi leher rasa sakit sangat-sangat. Nak pusing kepala sakit gila. Jadilah macam robot je gaya aku. Dalam 2-3 hari jugak la aku macam robot tu. Masa tu aku perasan yang bengkak / ketulan bawah leher aku macam dah bertambah saiz. But still tak sakit. Masa tu dah start rasa risau. Tapi macam biasa.. Biar lagi..

Sampai la haritu masa aku pergi karaoke dengan kawan aku, Zie. Aku rasa bengkak / ketulan tu dah start rasa sakit. Mana tak sakit. Bila karaoke je asyik ambik lagu high key, high pitch. Sah-sah anak tekak pun nak terkeluar kan. Hahaha. So, time ni dah mula ada rasa kesedaran sikit. Maka, aku pun mula la interview atok Google pasal ni. And yes, jawapan yang atok Google bagi hampir sama dengan apa yang aku agak. Something about pembengkakan kelenjar, tiroid or kanser. 

Lepas dah biar agak lama, akhirnya Jumaat minggu lepas aku ambik keputusan untuk tanya doktor apa yang tak kena dengan leher aku tu. Kebetulan pulak aku batuk and selesema masa tu. So, ada la reason nak pergi klinik. 

So, pagi Jumaat tu aku pergi la Klinik Tanglin yang dekat dengan Masjid Negara tu. Sempat la singgah kejap JPBD jumpa kawan-kawan ofis lama. Kebetulan ofis lama memang dekat situ. Hehe. Lepas dah daftar, kena pulak saringan (timbang berat, ambik bp, check suhu badan). Tapi tak sangka pulak aku demam time tu. Aku rasa sihat je. Sekali check suhu, 38.7. Mulanya kena masuk jumpa doktor bilik nombor 3. Tapi disebabkan ada demam, kena tukar jumpa doktor bilik nombor 1. 

Doktor tu pun tanya la kenapa. Aku cakap la pasal bengkak / ketulan tu. Maka, kena la ceramah / syarahan free dari doktor tu. Bapak garang siot. Antara soalan dia, "berapa lama dah bengkak macam ni? kenapa biar? takkan langsung tak jumpa doktor mana-mana? awak rasa bengkak-bengkak macam ni biasa ke? bla.. bla.."

Then, dia suluh tekak aku. Dia cakap kena jangkitan kuman. So, dia tulis la ubat apa untuk aku. Then aku mintak la time slip sebab nak masuk kerja balik. Sekali dapat MC daaa.. Dia cakap demam aku tinggi sangat. Apa lagi.. Ingat senang nak dapat MC? Makanya aku balik ke opis buat kerja sikit, then selebihnya masuk beg sebab nak sambung buat kat rumah.





After one week, ubat yang doktor bagi pun dah abis licin aku makan, tapi malangnya bengkak tu tak hilang. So, aku pun pergi la klinik Tanglin balik. Lepas doktor check, dia panggil lagi sorang doktor. Mungkin lebih senior / pakar. Maka, dapatlah surat refer ke Unit ENT, Hospital Kuala Lumpur. Akhirnya. Tap appointment dia.. Bapak punya lambat aih. 23 Jun ni ha baru dapat. Erk.. Kita kerisauan ni. Huhu...




Nota Cik Rimau : Hope takde pape yang serius la pasal bengkak ni. Huhu.. Takut aihhhh...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...