Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

20 September 2012

Kalah Pun Kalah La...

Assalamualaikum and selamat sejahtera...


Dua hari lepas (18.9.2012) bersamaan hari Selasa, aku dengan 15 orang lagi staff Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) terlibat dengan pertandingan akhir koir untuk peringkat Jabatan. Untuk makluman korang, pertandingan koir ni adalah salah satu kategori yang dipertandingkan sempena sambutan Hari Inovasi JPBD Tahun 2012. Peringkat saringan bagi semua kategori yang dipertandingkan telah pun diadakan pada bulan Julai yang lalu. Kumpulan koir kitorang (Kumpulan ANUGERAH) sangat bernasib baik apabila terpilih ke peringkat dengan mendapat mata tertinggi. Happy gilerrrrr.. Hehe.


Walau bagaimanapun, kitorang terpaksa akur kepada keputusan juri pada pertandingan akhir. Kitorang dah usaha sehabis baik. Cuma nasib tak menyebelahi. Walaupun kalah, kitorang terima dengan hati terbuka. Jadikan sebagai pengalaman. Mungkin kitorang perlu study balik apa yang kurang dalam persembahan kitorang haritu. Boleh jugak diperbaiki kekurangan yang ada. Sape tahu, mungkin tahun depan nasib menyebelahi kumpulan kitorang pulak. Hehe. Apa pun, tahniah kepada Kumpulan Melodious dari JPBD Perak yang dipilih menjadi juara. Memang layak jadi juara pada pandangan aku. :p


Hurmmm.. Takpe la kan.. Kalah pun kalah la. Janji kitorang enjoy join pertandingan koir ni. Hehe. Next time, kitorang akan try buat yang lebih baik lagi. InsyaAllah. Ok la. Malas nak taip panjang-panjang. So, jom tengok gambar sekitar hari pertandingan. :-)


Geng Merah.

Geng Pink.
Geng Biru.
Geng Coklat.
Ketua kumpulan Koir ANUGERAH dengan wife nya yer..
Busy buat persiapan and pakai mekap. :p
Situasi belakang pentas. Hakim muka mengantuk je. Haha
Ahli lelaki. Baju kuning tu konduktor. Yang lain penyanyi. Hehe
Ahli kumpulan daripada kaum wanita pulak.
Pose ape ni ek? Pelik je.. Huhu..
Pinky boy yang suka sangat tangkap gambo sendiri. Huhu
Kenpa yang kat tengah tu senyum macam menang Miss World pulak ni? Haha
Tiga jejaka. Tiga-tiga dah berpunya. Dua dah kawen. Yang baju hijau/biru tu pulak, bakal berkahwin dalam hujung minggu ni kalau tak salah. Selamat Pengantin Baru ye.. :-)
Merah and kuning. Dua kombinasi warna yang bole mewujudkan bendera salah satu negeri kat negara ni. Yer.. Pandai pun. Bendera selangor. Hehe.
Beberapa orang ahli dari pasukan koir Bahagian RFN yang berjaya mndapat tempat ketiga. Tahniah! :p
Dorang semua ni pandang sape la agaknya time ni. Hurmmmm
Awat konduktor berjalan sambil pejam mata ni. Yang bakal pengantin tu pulak buat apa pulak ek? Pelik-pelik je dorang ni. Huhu
Pose budak baru konvo dari tadika Kemas. Hahaha
Muka lepas kalah. Hehe. Masih ceria lagi okeh. :-)
Mesyuarat tergempar tepi jalan. Bas tak dapat nak ambik. Adehhhh..
Akhirnya, terpaksa menapak and mendaki bukit untuk pergi ke KL Sentral yang kebetulan seberang je dengan tempat pertandingan (Auditorium, Muzium Negara). Nasib badan.. Huhu
Walaupun penat, sempat lagi tu nak bergambar. Ish ish ish
Happy sangat yer naik tangga tu. Haha
Ada sesiapa kehilangan anak? Sila tuntut cepat ye individu dalam gambar ni. Hahahaha
Kat sini pun sempat jugak korang pose ek.. Adeh..
Dah penat jalan tengah panas, kita pekena ais dulu la. Baru sedap. Hehe. Mujur la tak lama lepas tu, ada bas Jabatan yang nak datang ambik kitorang. Thanks kepada anda yang baik hati itu. Huhu. Aku pulak terus balik naik LRT. Dah alang-alang ada kat KL Sentral kan. Hehe.


Nota Cik Rimau : Campur final haritu, dah dua kali kot Cik Rimau demam time pertandingan dah dekat. Suara habis lari. Naik takut pulak nak join. Takut jadi punca kekalahan. Hehe.

03 September 2012

Jamuan Hari Raya Bahagian Khidmat Pengurusan 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Huhu.. Lama tak update dah kan. So, harini aku tak nak cerita panjang. Aku nak share gambar je. Gambar sekitar majlis jamuan hari raya anjuran Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) yang diadakan pada pagi tadi sampai tengahari. Sepatutnya harini seksyen aku nak buat majlis tu. Tapi memandangkan pengarah bahagian dah cakap nak buat jamuan besar, seksyen aku cancel la nak buat tu. Takpe la kan. Lagi meriah bila dah ramai ni. Hehe. Jom usha gambar.. :p

Abang Mok tengah usaha membelah lemang.
Abang Zack konon nak tolong. Tapi sudahnya mengalah. Lembik la.. Hahaha
Gadis-gadis and mak orang. Kih kih kih
Tema pink ok. Walaupun tak pink sepenuhnya.
Baju Abang Mok habis kotor masa belah lemang.
Abang Mok and CC zaini pandang semacam je kat Abang Zack. Senyum sampai ke telinga. Apa la yang happy sangat tu ye..
Barisan staff perempuan SSM bergambar dengan bos. Nasib baik bos nak. Hehe

Pelik je muka Cik Nita dengan gaya Kak Intan tu. Huhu
Pantang nampak kamera. Ish ish ish...
Orang sibuk buat persiapan nak sambut tetamu, dorang sibuk bergambar pulak. Adehhhhh...
Bergambar satu seksyen. Malangnya, Abang Lan pulak takde. Hurmmm
Tiga gadis BKP. Masing-masing dah ada yang ikat. Hik3
CC Suriah yang comel.
Puan Kema sejak dari masuk ke bilik ni, asyik main dengan bekas pink tu. Lapor la tu kan? hehe
Macam-macam dorang ni..
Satay pun ada tau. Sedap..
Antara kuih-muih yang ada..
Masa ni belum ramai tetamu yang datang.
Masa untuk makan. Nyum nyum nyum...
Semua tengah menikmati makanan. Lapo kot tunggu lama sangat dari pagi. Huhu
Cukup-cukupla tu Abang Zack oi.. Dah penuh dah pinggan tu.. Huhu
Cubaan mencilok kuih olek Mek Su kita. Ingat aku tak nampak? Hahaha
3 orang terpenting kat jabatan sebagai tetamu VIP. :-)
Bila perut pon dah kenyang, semua cabut balik ke sarang masing-masing. Tapi sebelum tu, ambik gambar dulu la kan. Hehe
Ranger pink. Hak hak hak


Nota Cik Rimau : Hope sambutan lebih meriah kalau majlis seumpama ni diadakan lagi pada tahun-tahun akan datang. Makan free weh. Hehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...