Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

31 Mac 2012

Jom Kira Cepat..

Assalamualaikum and selamat pagi..


Aku kat pejabat ni. Curi masa sekejap nak update blog. Saja nak bagitau korang-korang yang kerja kerajaan yang masih belum tau lagi. Bagi yang dah tau, takpe. Hehe.. Pekelliling gaji baru dah keluar ye kawan-kawan. Siap ada ruang nak kira lagi tu. Bole la korang kira gaji yang patut korang dapat bulan Januari haritu. :p So, jom ramai-ramai tengok.




P/S : So, camne? Dah kira? Puas hati?? Haha. Cik Rimau ok je kot. Bersyukur jela dengan rezeki yang dapat ni. :-)

17 Mac 2012

Surprise Birthday Party For Me??? Terharunyer!!!

Assalamualaikum and selamat malam semua.. 


Hehe.. Harini hari 17 Mac bersamaan dengan hari Sabtu. Bersamaan jugak hari jadi aku yer kawan-kawan. :D Sangat-sangat gembira harini sebab ada banyak perkara best yang jadi dalam hidup aku. The best day ever in my life (untuk tahun ni la.. :p). Happy sangat-sangat. Banyak kejutan. Suka! Hehe.


Aku memang tak sangka ada surprise birthday party untuk aku. Langsung tak dapat nak jangka. Aku datang office macam biasa harini. Berdua je dengan Kak Ziha. Kak Suhana cakap dia tak dapat datang. Dia demam. Dia cakap la. Tapi rupa-rupanya tu semua tipu semata-mata. Hahaha. Awal-awal lagi dia da plan. Siap buat pakatan rahsia pulak tu dengan Kak Ziha. Hampeh betul la.. 


Kak Ziha tu pun pandai la pulak berlakon. Macam takde apa-apa je. Padan la dia buat tak kisah je masa lampu office tiba-tiba padam. Aku nampak ada orang matikan lampu. Aku tanya Kak Ziha sape padamkan lampu. Dia boleh buat tak tau je. Pelik jugak aku. Pastu tiba-tiba je Kak Suhana, Cik Nita, Kak Jalilah, Anis and Awan masuk dari pintu belakang sambil nyanyi lagu Happy Birthday. Terkejut aku. Tak percaya! Tak pernah kot orang buat surprise macam ni kat aku. Hehe. 


Kek birthday. Tak boleh blah betul kan. Ada ke patut guna nama FB aku. Tak patut.. Ish ish ish..

Posing sebentar sebelum potong kek..


Awan Najwa yang kelaparan. Sian ko Awan.. Haha
Sibuk usha video yang dorang rakam. Hampeh betul la.. 
Makan sambil layan cite Billu. :p
Kak Suhana, Cik Nita and Anis. Antara perancang utama surprise harini. Time kasih bebanyak. Hehe.

Rayyan yang comey. Kebetulan pulak Kak Ana datang office. Dapat jumpa budak cute ni. Geram aku! Huhu
Abang Mat tengah melantak cherry.. Haha


Terharu betul la bila dorang buat surprise macam ni. Happy tau. Hehe. Terima kasih banyak-banyak Kak Suhana, Kak Ziha, Kak Jalilah, Cik Nita, Anis and Awan sebab adakan sambutan birthday ni. Sangat-sangat hargai. :D 


And then, lepas je kitorang makan-makan, aku dapat call daripada Wahidah, kawan baik aku. Dia cakap nak turun KL. Aku ok je. Kebetulan aku memang nak balik lambat sikit. So, aku tunggu la dia sampai. Dalam pukul 4.30, dia cakap dia dah ada kat Pasar Seni. Aku terus gerak cari dia kat dalam tu. Jumpa je, kitorang terus pergi Mid Valley. Lepak-lepak sekejap. Then, temankan dia beli barang. 


Lepas Maghrib, baru la kitorang gerak untuk balik. Aku hantar dia sampai kat LRT Bangsar je. Dah malam kan. Takut pulak nak balik sorang-sorang dari Puduraya. Sebelum dia balik, dia kasi aku hadiah. Sangat happy. Banyak sangat kejutan yang aku dapat harini. Hehe. Thank you so much Wahidah.


Wahidah dengan kawannya. Aku tak ingat nama dia. Hehe.
Posing gedik jap kat kereta mainan nie. Haha.
Minum dulu sebelum balik.. 
Hadiah dari Wahidah..


Nota Cik Rimau : Cik Rimau happy sangat-sangat harini. :D Sangat best bila dikelilingi orang-orang yang sempoi. Macam kawan-kawan Cik Rimau sekarang ni. Moga persahabatan kitorang berkekalan. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang terlibat dalam program menggembirakan Cik Rimau harini. Hehe.

12 Mac 2012

Surprise Birthday Party Untuk Bos

Assalamualaikum and selamat malam..


Lambat betul aku update malam ni. Hehe. Tiba-tiba je kan aku jadi rajin nak update blog. Padahal dua tiga bulan kebelakangan ni, punya la malas. Blogwalking pun dah lama tak buat. Pelawat blog ni pun makin lama makin berkurangan. Iklan pulak dah berkurun tak naik-naik nilainya. Hehe. Teruk betul aku ni kan? Macam mana la nak jadi blogger tegar kalau macam ni. Tapi takpe. Mood blogging aku dah datang balik. Lepas ni , aku akan update selalu macam sebelum ni. InsyaAllah..


Actually harini ada surprise birthday party untuk bos aku kat pejabat. Aku sendiri pun tak tau plan dorang untuk sambut birthday bos ni. Mengejut kot. Tau-tau dah ada yang pergi beli kek and kfc. Staff tak ramai harini. Ramai ambik cuti. Tapi tetap meriah yer. Dah, tak payah bebel panjang.. Jom layan gambar je. Hehe. 

Sedap kek ni! Hehe
Makanan tak banyak sebab ramai staff yang cuti.
Surprisekan bos depan pintu masuk. :p


Kak Suhana yang suka sangat posing. Huhu
 

Nota Cik Rimau : Lagi 5 hari cukup la umur Cik Rimau 23 tahun. Tuanya! Huhu. Oh ya. Lupa pulak. Harini jugak bos Cik Rimau yang comel tu (Cik Kema) selamat melahirkan anak sulungnya. Baby girl yer kawan-kawan. Tahniah and semoga jadi mama yang baik.. :p Geram tengok anak dia. Comel!


11 Mac 2012

Apa Yang Penting??? Kerjasama...

Assalamualaikum and selamat berhujung minggu.. :D


Abaikan jela tajuk yang dah macam lagu tema Wonderpets tu. Hehe. Actually harini aku nak cerita apa yang terjadi 4 hari yang lepas. Hehe. Lama gila kot baru nak cerita. Dah basi la cerita ko ni Ija oi.. :D


Haha. Ok. Hari Rabu lepas, aku ditugaskan untuk siapkan folder meeting yang bakal digunakan keesokan harinya. Masa bos tanya siapa yang tolong aku buat folder tu, ada tiga orang je yang angkat tangan. Kira ok la tu kan. Ada jugak pembantu. Takde la aku terkial-kial nak siapkan sorang-sorang. Hehe.


So, lepas je habis discussion, masing-masing balik ke tempat untuk siapkan apa yang patut. Aku dengan tiga orang yang nak tolong tu pun mulakan kerja. Semua nak balik cepat. Masa tu pun dah pukul 3 lebih. Kebetulan, dua orang yang tolong aku tu pulak balik pukul 4.30. Memang kena buat cepat-cepat la jawabnya. Huhu.


Tapi tak sangka pulak, dalam aku kelam-kabut buat kerja tu, tiba-tiba datang lagi tiga orang offer nak tolong aku. Best gila. Macam tau-tau je kan. Hehe. So, dengan tambahan tiga orang pembantu, kitorang berjaya jugak siapkan kerja tu dalam masa satu jam lebih. Kalau takde bantuan tambahan tu, aku rasa boleh jadi sampai malam kot baru siap. Huhu.


Walaupun kitorang lewat setengah jam dari masa balik yang sebenarnya, aku rasa happy sanga-sangat sepanjang haritu. Happy la sebab semua orang bekerjasama. Rugi tak tangkap gambar dorang. Haha. So, di kesempatan ini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka-mereka yang terlibat tolong aku haritu. Jasa anda semua sangat dihargai. Hehe. 



Nota Cik Rimau : Malas betul la nak edit entri-entri yang Cik Rimau sorokkan tu. Huhu. Malasnyaaaaaa..

07 Mac 2012

Perasan Tak?

Assalamualaikum and selamat malam semua..


Huhu.. Tiba-tiba je rasa nak update blog. Lama sangat tinggalkan blog ni. Kalau la blog ni ada perasaan, dah lama kot dia merajuk dengan aku. Hahaha. Kesian ko blog. Maaf la yer tak dapat nak date dengan "ko" selalu macam dulu-dulu. :p


Actually, tujuan aku update blog harini saja nak inform something. (Bajet famous je nak buat announcement bagai. Hehe) :p Korang perasan tak? Tak perasan? Hurmmm.. :-(  Haha. Cuba korang perhatikan bilangan entri untuk tahun 2011. Tiba-tiba jadi sikit kan? Yerr.. Aku sorokkan untuk sementara waktu. Banyak yang perlu aku edit semula. Susah hati sebab dah semakin ramai yang kenal aku kat dunia luar dah jumpa blog ni. Terpaksa la aku tapis semula isi kandungan blog ni. Hehe. 



Nota Cik Rimau : Esok kena pergi Wisma Tun Sambanthan. Bertapa kat sana sekejap. Hehe. Moga dipermudahkan segala urusan sepanjang hari esok. Amin.. :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...