Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

Memaparkan catatan dengan label Hari Jadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Jadi. Papar semua catatan

03 Januari 2013

Selamat Hari Lahir Sahabatku!!!

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca blog Cik Rimau...


Entri harini ditujukan khas buat salah seorang sahabat baik Cik Rimau. Semalam hari jadi dia. And nak tau apa jadi? Cik Rimau boleh pulak lupa nak wish! Apa nak jadi ni ha? Mesti dia marah gila-gila kat Cik Rimau kan? Haha. Ala.. Sorry la Wahidah. :p


Sumber dari Encik Google


Serius memang lupa. Walaupun sehari sebelum tu, Cik Rimau dah ingat pasal ni. Siap dah fikir nak jadi antara yang terawal wish besday dia. Tapi tak sangka pulak boleh lupa nak wish. Cik Rimau kawan yang teruk kan? Huhu. Sorry sangat-sangat. Sampai sekarang ni, Cik Rimau takde pun sms or tegur dia kat fb. Takut kena marah. Haha.


Sebelah kiri tu adik Cik Rimau. Yang sebelah kanan ni la Wahidah. :p

So, di kesempatan ni, Cik Rimau nak mohon maaf kat Cik Wahidah di atas kesalahan ni yer. Hehe. Bukan tak nak wish, tapi time teringat balik dah agak lewat kot. So, maafkan saya yer. :p Selamat menyambut hari lahir yang ke 24 eh makcik. Dah tua dah kan? Haha. Semoga dimurahkan rezeki, dikurniakan ketenangan dalam menjalani kehidupan seharian, diberikan kesihatan yang baik and bertemu jodoh dengan lelaki yang soleh. :p


Suzila, Sartila & Wahidah. Kali terakhir jumpa pada 22.12.2012 haritu. Bila agaknya dapat jumpa lagi kan? Huhu


Ok la. Sebelum menamatkan entri malam ni, dipersilakan Cik Wahidah untuk melayan video kat bawah ni yer. Ditujukan khas untuk anda. :p  Jangan marah beta yer. Al maklum la umur dah meningkat ni. Makin lupa pulak jadinya. Hehe.











Nota Cik Rimau : Dah layan dah ke? Hehe. Yang lagu korea tu layan jela. Hehe. Lagu Happy Birthday dari kumpulan B.A.P tu maksud dia lain sikit sebab tuju untuk aweknya yer. Tapi tak kisah la. Lagu tu sedap tau. Hehe. Hope entri ni dapat membuatkan anda tak marah beta. Haha. happy birthday eh!

17 Mac 2012

Surprise Birthday Party For Me??? Terharunyer!!!

Assalamualaikum and selamat malam semua.. 


Hehe.. Harini hari 17 Mac bersamaan dengan hari Sabtu. Bersamaan jugak hari jadi aku yer kawan-kawan. :D Sangat-sangat gembira harini sebab ada banyak perkara best yang jadi dalam hidup aku. The best day ever in my life (untuk tahun ni la.. :p). Happy sangat-sangat. Banyak kejutan. Suka! Hehe.


Aku memang tak sangka ada surprise birthday party untuk aku. Langsung tak dapat nak jangka. Aku datang office macam biasa harini. Berdua je dengan Kak Ziha. Kak Suhana cakap dia tak dapat datang. Dia demam. Dia cakap la. Tapi rupa-rupanya tu semua tipu semata-mata. Hahaha. Awal-awal lagi dia da plan. Siap buat pakatan rahsia pulak tu dengan Kak Ziha. Hampeh betul la.. 


Kak Ziha tu pun pandai la pulak berlakon. Macam takde apa-apa je. Padan la dia buat tak kisah je masa lampu office tiba-tiba padam. Aku nampak ada orang matikan lampu. Aku tanya Kak Ziha sape padamkan lampu. Dia boleh buat tak tau je. Pelik jugak aku. Pastu tiba-tiba je Kak Suhana, Cik Nita, Kak Jalilah, Anis and Awan masuk dari pintu belakang sambil nyanyi lagu Happy Birthday. Terkejut aku. Tak percaya! Tak pernah kot orang buat surprise macam ni kat aku. Hehe. 


Kek birthday. Tak boleh blah betul kan. Ada ke patut guna nama FB aku. Tak patut.. Ish ish ish..

Posing sebentar sebelum potong kek..


Awan Najwa yang kelaparan. Sian ko Awan.. Haha
Sibuk usha video yang dorang rakam. Hampeh betul la.. 
Makan sambil layan cite Billu. :p
Kak Suhana, Cik Nita and Anis. Antara perancang utama surprise harini. Time kasih bebanyak. Hehe.

Rayyan yang comey. Kebetulan pulak Kak Ana datang office. Dapat jumpa budak cute ni. Geram aku! Huhu
Abang Mat tengah melantak cherry.. Haha


Terharu betul la bila dorang buat surprise macam ni. Happy tau. Hehe. Terima kasih banyak-banyak Kak Suhana, Kak Ziha, Kak Jalilah, Cik Nita, Anis and Awan sebab adakan sambutan birthday ni. Sangat-sangat hargai. :D 


And then, lepas je kitorang makan-makan, aku dapat call daripada Wahidah, kawan baik aku. Dia cakap nak turun KL. Aku ok je. Kebetulan aku memang nak balik lambat sikit. So, aku tunggu la dia sampai. Dalam pukul 4.30, dia cakap dia dah ada kat Pasar Seni. Aku terus gerak cari dia kat dalam tu. Jumpa je, kitorang terus pergi Mid Valley. Lepak-lepak sekejap. Then, temankan dia beli barang. 


Lepas Maghrib, baru la kitorang gerak untuk balik. Aku hantar dia sampai kat LRT Bangsar je. Dah malam kan. Takut pulak nak balik sorang-sorang dari Puduraya. Sebelum dia balik, dia kasi aku hadiah. Sangat happy. Banyak sangat kejutan yang aku dapat harini. Hehe. Thank you so much Wahidah.


Wahidah dengan kawannya. Aku tak ingat nama dia. Hehe.
Posing gedik jap kat kereta mainan nie. Haha.
Minum dulu sebelum balik.. 
Hadiah dari Wahidah..


Nota Cik Rimau : Cik Rimau happy sangat-sangat harini. :D Sangat best bila dikelilingi orang-orang yang sempoi. Macam kawan-kawan Cik Rimau sekarang ni. Moga persahabatan kitorang berkekalan. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang terlibat dalam program menggembirakan Cik Rimau harini. Hehe.

20 Mei 2011

Bila Nak Rehat Ni???

Assalamualaikum and selamat malam..


Takde update untuk malam ni. Saja tulis sepatah dua. Esok kerja lagi. Memanjang OT. Bukan kejar claim OT ye kawan-kawan. Kejar nak siapkan kerja je ni. Masa santai dengan family (tengok wayang or karaoke) pun dah takde. Asyik ke office je. Tapi tadi, lega betul dapat siapkan kew. 8 untuk Majlis APC. Tau ke apa APC? Tanya la siapa-siapa yang kerja government. Mesti tau punya. Walaupun tadi aku balik agak lewat (pukul 6.40 petang), tapi aku tetap puas hati la sebab sempat siapkan apa yang bos nak. Lega sangat-sangat. 


And sebelum balik kerja siang tadi, bos ada buat makan-makan. Saja jela belanja staff sebab dah banyak kerja yang dah diselesaikan. Encik Yoon (ketua Seksyen Kewangan) pun join sekali belanja staff kat seksyen aku sebab dia happy kot dapat naik pangkat. Huhu. Tahniah la ye Encik Yoon. :-)  Oh ya, sebelum aku terlupa. Untuk makluman korang, jamuan makan siang tadi tu disekalikan dengan sambutan hari jadi staff yang lahir bulan April, Mei and Jun. Walaupun birthday aku bulan Mac haritu, hadiahnya baru hari ni aku dapat tau. Dah basi dah kot baru nak bagi. Haha. Bengkek ni tau. Kih kih kih.



Nota Cik Rimau : Tadi kata takde update. Tapi panjang jugak bebelnya. Apa la Cik Rimau ni kan. Ok la kawan-kawan. Cik Rimau penat sangat ni. Esok nak kerja lagi. Cian Cik Rimau kan?? Hehe. Nite semua. Assalamualaikum w.b.t...

18 Mac 2011

Tak Tau Tajuk Apa

Assalamualaikum and selamat malam semua..

Harini agak lewat aku merepek kat sini. Seronok tengok cerita harimau kat tv3 ni ha. Geram wei tengok anak harimau tu. Comel gila. Macam manja je. Nak bela harimau boleh tak? Macam best je tengok orang tu jaga anak harimau. Hehe. Tapi sedih tengok part yang mak harimau terpisah dengan anak dia. Huwaaaaaaaaa..

Hurrmm.. Ok. Lupakan kejap cerita pasal harimau comel tu. Aku nak membebel lagi malam ni. Korang kena baca. Kalau tak aku merajuk tak nak merayap rumah korang. Hehe. (Gurau je ok.) Harini kan, aku rasa macam aman semacam je kat pejabat tu. Pakcik Syed takde. Kak Su EL. Abang Mok still cuti tanpa rekod. Yang lain-lain pulak, ada je kat pejabat. Cuma rasa macam senyap sikit pejabat. Tenang and damai. Maybe sebab masing-masing sibuk kemaskan tempat baru. Yerla. Baru pindah tempat kan. Mesti la nak kemas and selesakan diri masing-masing. Yang paling penting, aku happy sebab tempat aku dengan Kak Ziha and Kak Liza dah kemas. Senang je hati bila tengok. :-)

Harini aku keluar pejabat lambat sikit. Pukul 5 petang kot baru keluar. Masa sampai dekat tempat parking luar kawasan jabatan, ada sorang pak guard tegur kitorang. Aku tak pasti dia pak guard jabatan mana. Yang pasti bukan jabatan aku la. Dia pesan kat aku and Kak Ziha. Dia suruh kitorang berhati-hati sikit bila berjalan sebab dia ada nampak dua orang lelaki naik motor berlegar-legar kat sekitar situ dengan gaya yang mencurigakan. Berderau darah dengar pesanan pak guard tu. Tapi rasa berterima kasih jugak la sebab bagi peringatan kat kitorang. Baik kan pak guard tu? 

Aku and Kak Ziha asyik tertoleh-toleh je sepanjang berjalan tu. Aku tak risau sangat sebab bawak beg sandang belakang. Kak Ziha bawak beg tangan. Agak bahaya la kan. Tapi mujur la tak terserempak dengan orang yang dimaksudkan oleh pak guard tu. Sampai je kat terowong depan Dayabumi tu, aku nampak ada orang ramai berkumpul depan pintu keluar Dayabumi. Aku ingatkan orang accident. Bila kitorang sampai dekat sikit dengan tempat orang kumpul ramai-ramai tu, aku nampak ada sorang lelaki muka berdarah. And then, ada kereta yang kat dalamnya ada 3-4 orang lelaki berhenti tengok je. 

Aku tak pasti apa yang jadi. Tapi hati aku kuat mengatakan yang lelaki yang tercedera tu adalah orang yang dimaksudkan oleh pak guard tu. Sebab ciri-ciri yang dinyatakan pak guard tu kat kitorang macam kena je dengan orang yang accident tu. Aku tengok dorang macam kena tahan dengan orang ramai je. Kalau betul la dorang tu yang pak guard maksudkan, alhamdulillah la sebab dorang berjaya ditangkap. Huhu.


Nota Cik Rimau : Cik Rimau happy ni sebab tadi Kak Ila bagi Cik Rimau kasi hadiah besday. Tak sangka dia nak belikan Cik Rimau hadiah. Sukanya. Hehe. Jom ikut Cik Rimau tengok adik-adik Cik Rimau berlakon kat tv3. Cik Rimau geram tengok harimau tu. Comel gila. Auuuwww.. Nak peluk je rasanya. Hehe.

17 Mac 2011

Aku Dah 22?? Tua Ke???

Assalamualaikum and selamat malam..


Korang tengah buat apa tu? Jom layan Samsons dan Delaila. Hehe. Tapi sebelum ni, meh baca entri aku dulu. Macam yang aku cakap semalam, today is my birthday. Yey.. Aku dah tua ke? Eh.. Tak la. Muda la tu kan? Baru 22 tahun. Belum lepas 25 tahun pun kan? Belum boleh kahwin. Haha. (Apa kes cakap kawin pulak ni?)

Harini, awal-awal pagi lagi dah ada orang yang nyanyikan lagu Happy Birthday kat aku. Mereng jugak abang-abang kat Seksyen Sumber Manusia (SSM) tu. Haha.  Yerla kan. Tak pasal-pasal je nyanyi. Sekarang ni kan aku dah duduk dekat dengan pintu belakang. So, tadi masa Abang Mat masuk ikut pintu belakang tu, dia singgah kat meja aku. Then , dia bantai nyanyi pulak. Adeh.. Malu aku. Haha. 

Aku ingatkan itu jela nyanyian yang aku dengar untuk harini. Rupa-rupanya ada lagi nyanyian susulan. Abang Zack and Abang Lan pulak yang buat konsert. Kak Intan pun nak menyelit sekali tu. Tapi dorang memang kelakar and best la. Sorang-sorang datang wish kat aku.  Thank you ye pada yang wish. Hehe.

Ikutkan tadi lepas rehat ada mesyuarat seksyen. Tapi ditunda sebab bos ada mesyuarat lain. Disebabkan makanan untuk mesyuarat petang tu dah order, kitorang pergi jugak la ke bilik mesyuarat untuk habiskan makanan tu. Membazir je kalau dibiarkan. Masa tu  pun dah pukul 4.20 petang kot. Bos still tak muncul. Dorang dah beli kek. birthday masa rehat. Kononnya nak sambut birthday orang-orang yang lahir bulan Mac sekali la lepas mesyuarat. 

Oh ya. Lupa nak bagitau. Untuk pengetahuan korang, bos aku punya birthday pun bulan ni jugak. So tadi, ikutkan dorang nak potong esok je. Tapi bos sms suruh potong je kek tu sebab dia mungkin tak sempat nak balik awal. Lepas je dapat sms tu, Cik Nita bawak kek tu ke bilik mesyuarat. Pastu dorang mula balik perangai gedik dorang. Mengada-ada nak nyanyi pulak. Aku naik segan jadinya. Hampeh betul. Lepas tu terus potong kek. Ada pulak yang mengada-ada nak main suap-suap. Aku asyik lari je daripada jadi mangsa suapan.  Haha. Kitorang sempat jugak bergambar tadi. Macam-macam jenis posing dorang buat tadi masa Ain tangkap gambar. Apa pun, harini memang best. 

Kek birthday. Sedap woo..

Lepas nyanyi lagu, potong kek la pulak.

Ini tukang tangkap gambar and paling banyak gelakkan orang. Haha

Cik Kema and Abang Zack yang mereng. Hehe.

Aku lupa bawak handphone aku masuk bilik mesyuarat tadi. Kalau tak, memang lagi banyak gambar aku tangkap and tempek kat sini. Gambar ni aku pinjam dari blog Ila Kecik and cilok dari facebook Ain. Hehe. 


Nota Cik Rimau : Terima kasih pada yang wish. Tak kira la wish kat facebook, blog or sms. Cik Rimau hargai. Pada kawan-kawan rapat Cik Rimau yang belum dapat balasan sms, insyaAllah nanti akan dibalas. Terima kasih banyak-banyak sebab korang still ingat besday Cik Rimau walaupun kita semua dah jarang contact. Kalau nombor korang termasuk dalam 8pax, tunggu je panggilan percuma Cik Rimau ye. Haha. 

Ps : Sorry pada beberapa orang kawan. Cik Rimau agak emosional sikit dengan ayat-ayat korang. Nanti Cik Rimau dah cool down, Cik Rimau message balik.. Hurmm.

13 Mac 2011

Happy Birthday Untuk Adik Aku..

Assalamualaikum semua..

Hari ni apa aktiviti korang semua? Mesti merayap dengan kawan-kawan kan? Tak pun bersantai je kat rumah? Apa pun yang korang buat harini, moga korang ceria and happy selalu. Macam aku ni. Happy je. Hehe.

Ok. Aku nak tanya ni. Ada sesiapa sambut apa-apa yang special tak harini? Macam birthday ke. Kalau ada, selamat hari jadi aku ucapkan. Harini jugak adalah hari jadi adik aku, Raja Norilahi. Dah tua dah adik aku. Haha. Actually dia baru masuk 20 tahun ye. 

Ini la adik aku. Muka kitorang langsung tak sama. Huhu.

Lesung pipit yang dalam. Aku punya tak berapa nak nampak pun. Jeles okeh! Haha

Aku tak teringat pun harini birthday dia. Masa dalam bas tadi baru teringat. Cadangnya nak call and then nyanyi kat dia. Tapi rasa macam gedik la pulak. Sudahnya hantar sms je. Hik hik hik. Apa punya kakak la kan. Minggu depan giliran dia pulak wish kat aku. Dia tak wish, siap la. Haha.


Nota Cik Rimau : Rasa pelik ni. Ada orang hantar sms kat nombor maxis Cik Rimau tanya, "siapa ni?". Malas Cik Rimau nak balas. Cik Rimau takde kacau sesiapa pun rasanya. Banyak betul nombor sesat kat line maxis tu. Nak kena tukar nombor baru ke ni?? Haisshh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...