Followers

MAKLUMAN! MAKLUMAN! MAKLUMAN!

Untuk makluman semua yang masih sudi membaca blog Cik Rimau, mulai 26 Ogos 2013 ni Cik Rimau akan mula post entri novel hasil tulisan arwah adik. Ada sesetengahnya dah siap ditulis. Ada jugak yang baru siap separuh jalan. InsyaAllah Cik Rimau akan cuba habiskan novel-novel yang tertangguh tu. (Ada sesetengah novel ditulisnya hasil idea Cik Rimau. So, maybe boleh tolong sambung.) Harap korang enjoy. Kalau ada sebarang kritikan dan komen untuk penambahbaikan amatlah dialu-alukan. :-)

18 Julai 2012

Mula - Mula Je Gosip...

Assalamualaikum semua...


Hehe. Semakin rajin pulak aku update dua tiga hari ni kan? Apa ke halnya ni? Haha.Well, ada benda nak story. Rajin la nak taip. Kalau takde, memang bersawang jela blog ni. Haiiissshhh.. Ok... Tak payah nak melalut panjang. Dah baca tajuk tu? Agak-agak aku nak cakap pasal apa? Haha. Main teka-teki la pulak. [Ko ingat ko glamour ke Cik Rimau oi nak menggedik dengan readers? Huhu ]


Hurmm.. Actually, entri ni ada kaitan dengan perasaan. Errrk.. Perasaan? Sejak bila aku jiwang ni? Gelinya. Hahaha. Jangan salah faham. Ni bukan pasal aku okeh. Hehe. Entri ni terhasil berdasarkan pemerhatian aku semata-mata. Takde kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Hehe. (Ke laut lagi nampak gayanya. Stop merepek lepas ni. Huhu)


Ok ok. Serius balik. Korang pernah tak alami situasi di mana korang digosipkan dengan seseorang yang korang anggap tak lebih dari kawan? Pernah tak? Kalau bukan korang yang alami sendiri pun, maybe pernah jadi kat orang-orang sekeliling korang. Kawan korang ke. Huhu. Aku sendiri pun pernah. Masa sekolah menengah dulu. Haha. Miang betul la kan? Kah kah kah.


Pernah tak, bila dah selalu sangat digosipkan, sudahnya apa yang selalu orang dok canang tu jadi kenyataan? Aku? Pernah wehhhh... Sebab tu la aku tak suka digosipkan. Haha. Sebab apa tau? Sebab.. Aku ni jenis yang suka buat pemerhatian. Aku akan cari sebab kenapa aku digosipkan dengan orang tu. Of course la dalam usaha aku nak cari sebab tu, aku akan selalu perhatikan orang tu. And nak tau apa jadi? Last-last aku memang sangkut kat orang tu. Masalah besar tu. Hahaha. Inilah bahaya gosip. Daripada gosip terus jadi betul. Huh!


Tapi itu cerita lama. Sekarang aku dah kebal. Takde maknanya okeh nak sangkut dengan cara camtu. Hahahahaha. Kenapa aku story pasal ni? Sebab kebelakangan ni, situasi yang lebih kurang sama aku alami dulu tu berlaku depan mata aku. Melibatkan orang-orang sekeliling aku. Tak mustahil perkara sama akan jadi kalau gosip-gosip ni disebarkan dengan bermaharajalela. Kalau yang digosipkan tu belum berpunya lagi, takpela kan. Tapi katakan salah sorang tu dah ada yang punya, tak ke timbul isu lain pulak nanti. Huhu. Apa pun, terpulang pada diri masing-masing. Kalau dah jodoh, tak ke mana. (Tiba-tiba)



Nota Cik Rimau : Sejuk kan harini? Rasa nak balik and tidur jer. Hehehe. :p

2 ulasan:

Unknown berkata...

betul2....atok setuju...tp kalau gossip tu membawo kepado pembinaan mesjid, apo salahnya...ngeee

Cik Rimau berkata...

Atok : haha.. gatai yoo.. xpo.. nnt den gosipkan atok ngan sesape.. kih3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...