Assalamualaikum w.b.t dan selamat tengahari...
Harini dah masuk hari yang ke 13 kita berpuasa. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam tak sedar je kan? Haaiiisshhh.. Seperti yang kita semua dah sedia maklum, ada lagi 17 hari sebelum tiba hari raya yang dinanti. Aku pasti dah ramai yang buat persiapan awal untuk menyambut Syawal. Aku? Belum lagi dari segi fizikalnya (baju dsb). Dari segi mental, semestinya. Haha.
Tahun ni, awal-awal lagi aku dah plan nak balik kampung aku kat Perak. Bayangkan la dah hampir 4 tahun kot aku tak balik kampung. Sejak emak dan abah aku meninggal, aku rasa agak keberatan nak balik. Ditambah pulak dengan macam-macam benda yang dah jadi sebelum tu, lagi la aku rasa tak nak balik. Tapi entah kenapa, tahun ni keinginan nak balik kampung tu makin kuat pulak. Berkobar-kobar weh. Haha. Jadinya, awal-awal lagi aku dah beli tiket balik ke Kuala Kangsar. Hehehe. (Mujur ada tiket tau.. :p)
Aku tak tau lagi camne or apa akan jadi dengan sambutan raya aku tahun ni. Aku hope semuanya ok la. Agak gabra jugak sebenarnya. Maklumlah, dah empat tahun tak jejak kaki kat kampung. Mesti dah banyak perubahan kat sana. Orang-orang kampung boleh kenal ke sape aku? Huhu.. Tapi tak kisah la semua tu. Janji aku dapat lepaskan rindu kat kampung halaman, kawan-kawan sekampung and kawan-kawan sekelas (sekolah menengah). Jadi tak sabar pulak bila fikir nak jumpa dorang semula and dapat berkumpul macam dulu. Huhu..
Tapi, sebelum nak bergembira di hari raya tu, pastikan puasa Ramadhan ni kita lengkapkan terlebih dahulu. Ada peluang untuk beramal di bulan yang mulia ni, jangan lepaskan pulak yer.. Moga kita dapat menjadi umat Islam yang bukan sekadar pada nama sahaja. Dan semoga Ramadhan kali ini dapat mengubah diri Cik Rimau untuk menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang. Amin...
Nota Cik Rimau : Sejuknya opis Cik Rimau harini.. Rasa mau berbungkus dalam selimut je.. Huhu
3 ulasan:
lame tak jenguk cik rimau :DD nasib baik ade tiket balik hari raye nanti :)
selamat berpuasa cik rimau =)
aniss : hehe.. alhamdulillah.. sori la eh.. cik rimau pon da lame x ke blog aniss.. busy ckit skrg nie..
azhan : tq ustaz.. hehe
Catat Ulasan