Assalamualaikum and selamat malam semua...
Harini aku sangat-sangat happy. Haha. Happy kenapa? Happy sebab team koir yang aku join berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Hehe. Baru first time aku join, dah dapat rasa bertanding kat final. Wahhhhhhhh... Errrkkk.. Jap.. Tiba-tiba seram sejuk. :p
Untuk makluman korang, kumpulan koir yang aku join ni dianggotai oleh pegawai-pegawai daripada empat seksyen di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP). Kiranya kitorang jadi wakil untuk BKP la. Team ni ditubuhkan untuk menyertai pertandingan koir sempena Hari Inovasi jabatan. Kitorang berlatih lebih kurang sebulan. Walaupun terpaksa balik lambat daripada masa biasa, kira berbaloi la hasil yang kitorang dapat ni. Tak sia-sia usaha. Tapi pada aku, aku tak banyak bagi sumbangan pun kat team ni. Dah la turun latihan lambat. (Ikut arahan wooo.. Hahaha) Pastu, boleh pulak Isnin tu aku demam. Habis suara jadi lain. Malangnya nasib. Huwaaaaaa.. Tadi pun nyanyi tak berapa nak kuat. Keadaan suara tak mengizinkan aku untuk tolong team aku. Huhu. :-(
Depan tandas pun posing jugak. Huhu. |
Bergambar bersama bos-bos. :D |
Lagu pertama : Untukmu Malaysia. Lagu kedua : Kalau Berpacaran. |
Ada rupa cover movie tak?? Hahaha |
Dua gambar kat bawah tu, masa kitorang merayap ke Alamanda. Program dijadualkan sampai petang. Keputusan pertandingan koir pun diumumkan masa penutup majlis. So, kitorang jalan-jalan kejap hilangkan boring. Dapat la tengok The Amazing Spider-Man untuk kali kedua. Best wooooo.. Hahaha. Tapi lepas tu, kitorang terus balik ke tempat program berlangsung. Walaupun agak mengantuk nak tunggu sampai program tamat, terpaksa la jugak tahankan diri. Program tamat dekat-dekat nak pukul 6.30 petang. Lama kan? Huhu.
Nota Cik Rimau : Lepas ni lagu apa pulak la ek kitorang nak nyanyi untuk pertandingan akhir koir ni nanti. Nak masuk ke tak ek??? Haha. Tak nak jadi punca team kalah. Huhu.
2 ulasan:
ni la team koir yg poyo tu ye.. ahhaha
termasuk la ko kan akim?? wakaka
Catat Ulasan