“TOLONG ingat, pelanggan adalah raja. Kalau dia salah sekalipun, kita iakan je. Kalau nak tegur, make sure tegur dengan cara yang betul. And time kerja, kerja. Jangan nak make up, borak, bergosip. Saya tak suka. Selagi saya ada dekat sini, saya tak nak tengok pemandangan yang menyakitkan hati macam yang saya tengok masa first time saya sampai sini.”
Ayat terakhir Emir membuatkan Syazana, Elly dan juga Maisarah menelan air liur. Terasa dengan kata-kata Emir. Kalaulah mereka tahu dari awal lagi siapa Emir, sudah tentu mereka tidak akan berbual-bual di hadapannya.
“Jangan saya ada dekat sini je baru nak buat kerja. Tak kiralah saya ada ke tak, kerja kena jalan,” sambung Emir seolah-olah mengerti apa yang difikiran oleh gadis bertiga itu.
Buat beberapa saat, dewan sayap barat itu sunyi sepi. Nampaknya tak dapatlah mereka bersenang-lenang seperti dahulu.
“Sebelum bersurai, just for peringatan, semua pengurus sila ambil tahu perkembangan anak-anak buah masing-masing. Pastikan semua buat kerja. Kalau ada yang tak betul, tegur. Bukannya tolong back up.”
Emir menjeling Nazhan yang sedang berdiri tidak jauh daripadanya. Nazhan lengkap berkot hitam manakala dia hanya mengenakan t-shirt polo berwarna merah dengan sepasang seluar dockers panjang hitam. Formal atau tidak, tolak ke tepi. Asalkan kerja jalan!
Setelah sesi membebel Emir tamat, pekerja-pekerja BaySide Chalet yang berada di dalam dewan segera bergerak ke pintu utama untuk keluar. Emir sempat berpesan agar sesiapa yang berada di dalam dewan tersebut menyampaikan apa yang dipesannya kepada rakan-rakan sekerja lain yang sedang bertugas.
Setelah kesemua pekerja keluar daripada dewan itu, Emir turut keluar. Dia ingin mengambil udara segar sambil berjalan-jalan di tepi pantai.
“Macam mana, Encik Emir? Selesa ke servis dekat sini?”
Emir merenung ke arah Nazhan yang sedang tegak berdiri di sebelahnya.
“Bolehlah tahan. So-so. Cuma, kalau customer pesan makanan tu tolong hantar cepat sikit. Takkanlah bila customer dah tergolek pengsan sebab lapar baru makanan sampai? Nasib baik aku tak mati kebulur semalam. Dekat setengah jam baru makanan sampai.”
Nazhan menggaru kepala. Bagaimana dia ingin memberitahu Emir bahawa kafe terletak jauh sedikit daripada Keli Suite? Pasti dia yang akan dimarahi nanti. Bukannya dia sendiri tidak tahu akan hal itu.
“Kafe dengan Keli Suite jauh, Encik. Kalau macam bilik-bilik lain, sepuluh ke lima belas minit makanan dah sampai dah.”
Emir menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Kau ni pun satu. Aku ingatkan cerdik. Naiklah basikal hantar makanan tu. Janganlah kedekut sangat. Balik-balik basikal tu korang buat sewa. Korang tak tau ke bukan semua orang rajin nak naik basikal jalan-jalan dekat sini. Lagipun basikal tu bukannya guna minyak pun. Tak membazir pun aku rasa,” balas Emir.
'Nazhan, Nazhan. Lembab jugak kau ni', kutuk Emir dalam hati.
“Kalau macam tu, nanti saya cakaplah dengan budak-budak kafe. Err.. saya nak sambung kerja dulu Encik Emir.”
Emir mengangguk sebelum mengatur langkah ke pantai. Kelihatan ramai kanak-kanak dan orang dewasa yang berada di pantai dan tak kurang juga dengan yang sedang mandi laut. Di sebelah kanan pantai ada bot-bot yang diikat pada pancang-pancang yang dicucuk berdekatan dengan sebuah jeti kayu. Nampaknya keadaan chalet BaySide itu begitu meriah dengan pelancong dari dalam dan luar negara.
Emir membongkok sebelum hujung kaki seluarnya dilipat separas betis. Selipar yang dipakainya tadi sudah ditinggalkan di tepi. Dia berdiri bercekak pinggang sambil melihat ke laut yang membiru.
Telefon bimbitnya dikeluarkan dari dalam kocek seluar. Sempat dia mengambil beberapa keping gambar menggunakan telefon bimbitnya. Rugi dia tidak membawa DLSRnya bersama semasa keluar tadi. Fedora hat di kepala dibetulkan sebelum langkahnya diatur ke arah tempat pengunjung-pengunjung bermain bola tampar pantai. Sudah lama rasanya dia tidak bermain bola tampar.
Kelihatan ada lima orang jejaka lengkap beruniform pekerja BaySide Chalet sedang bermain dengan gembiranya. Emir berdehem apabila kehadirannya bagaikan tidak disedari lima jejaka itu.
“Encik Emir.. err.. sorry. Kami tak perasan Encik datang sini tadi,” pohon Idlan apabila matanya terpandangkan Emir sedang berdiri di tepi gelanggang itu.
“Dah habis shift ke?” soal Emir serius.
Kelima-lima pekerja itu menganggukkan kepala mereka serentak.
“Encik pandai tak main bola tampar? Kita main tiga lawan tiga,” ujar Juan, memberanikan diri mempelawa Emir bermain bola tampar bersama mereka.
Emir tersenyum sinis. Idlan, Azam, Yusri dan Shahir menjegilkan mata mereka ke arah Juan. Berani betul si Juan mengajak mamat kerek ni main sama-sama. Macamlah dia nak.
“Err.. sorry Encik Emir. Kalau Encik tak nak main..”
“Tunggu apa lagi? Jomlah mula!” ujar Emir sambil mengambil posisi di dalam garisan yang dilukis menggunakan kayu. Laju sahaja dia memotong kata-kata Shahir.
Shahir dan Juan mengambil tempat masing-masing. Begitu juga dengan Idlan, Azam dan Yusri. Bola tampar yang ringan itu mula berterbangan di udara.
“LEA, tak ke chalet ke hari ni?”
Azzalea menggeleng. Makan hati dia dengan sikap acuh tak acuh Nazhan melayannya. Penat dia mengayuh basikal menemui sang kekasih pujaan hati, namun Nazhan sibuk dengan telefon bimbitnya. Apabila ditanya dia asyik menghantar pesanan ringkas buat siapa, dia hanya menggelengkan kepalanya. Balik-balik jawapannya adalah kawan.
Angin sepoi-sepoi bahasa yang menampar pipinya yang lembut bagaikan membantu meredakan rasa bengangnya terhadap Nazhan.
Nek Limah berjalan mendekati cucunya yang sedang duduk di pangkin, di bawah pohon jambu air. Kasihan Azzalea. Sepatutnya di umur begini dia berada di universiti bersama-sama dengan teman sebayanya. Bagi Nek Limah, dialah punca sang cucu tidak meneruskan pelajaran. Risaunya dia pada Nek Limah hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Nek Limah melabuhkan duduk di sisi Azzalea. Kelihatan beberapa orang jiran tetangga lain juga sibuk berbual di halaman rumah masing-masing bersama ahli keluarga.
“Macam mana agaknya Lea kalau Opah tak ada nanti, ya? Siapa yang nak jaga Lea?”
Soalan Nek Limah membuatkan Azzalea tersentak. Hatinya mula terasa pedih mendengar soalan neneknya. Terasa ingin menangis pun ada.
“Opah janganlah cakap macam tu. Biar Lea pergi dulu sebelum Opah. Lea tak nak hidup kalau Opah tak ada,” balas Azzalea sebak.
Nek Limah mengusap kepala Azzalea. Sungguh dia bimbangkan keadaan Azzalea. Umur Nek Limah sudah menginjak ke angka tujuh puluh tiga tahun ini. Sudah tua-tua begini, banyak penyakit yang datang. Apabila memikirkan keadaan Azzalea yang bakal hidup sendiri di bumi ini apabila dia sudah tiada nanti, hatinya walang. Siapa yang akan menjaga Azzalea kelak?
“Opah dah tua, Lea. Kalau ada orang yang jaga Lea bila Opah dah tak ada nanti, legalah hati Opah. Tapi Lea tahu, kan? Dah tak ada yang nak mengaku saudara bila Papa Lea meninggal dulu. Opah pun dah tak ada harta nak bagi pada Lea,” balas Nek Limah.
Air mata Azzalea gugur jua. Selama ini, langsung dia tidak pernah terfikirkan hal itu. Hatinya dirundung pilu apabila neneknya sendiri yang meluahkan kata-kata itu. Ya, Nek Limah benar. Sejak ibu dan bapa Azzalea meninggal dunia, semua saudara-mara melarikan diri. Mengaku saudara pun tidak, inikan pula datang menjenguk.
“Opah, jodoh pertemuan dan ajal tu Allah je yang tahu. Opah janganlah cakap macam tu. Sedih Lea. Kalau Opah tak ada, Lea dah tak ada orang lain dalam dunia ni,” ujar Azzalea. Air matanya semakin laju mengalir.
Nek Limah yang mula dihimpit rasa bersalah memeluk cucu kesayangannya. Semoga umurnya panjang, doa Nek Limah dalam hati. Agar dia dapat melepaskan Azzalea apabila cucunya itu sudah tahu berdikari kelak.
NAZHAN mengatur langkah mendekati si gadis yang sedang berdiri berpeluk tubuh, menghadap laut. Rambutnya yang panjang dan lurus berterbangan apabila ditiup bayu yang berhembus kasar.
“Assalamualaikum,” sapa Nazhan.
Gadis itu menjawab salam Nazhan, namun tiada suara yang keluar. Hanya mulutnya yang terkumat-kamit, menjawab salam itu.
“Kenapa Lea duduk sini sorang-sorang? Opah mana?”
Azzalea tidak segera menjawab. Kata-kata Nek Limah tadi masih melekat di benaknya. Satu keluhan terlepas dari mulutnya.
“Lea fikir apa ni? Tak nak share dengan Abang?”
Azzalea tersenyum tawar.
“Tak ada apa-apalah. Lea fikir, bilalah nak jadi kaya? Kalau Lea kaya, Lea boleh hantar Opah pergi haji. Lepas tu belikan rumah besar untuk Opah. Lea nak cari orang gaji ramai-ramai. Nanti tak payahlah Opah susah-susah nak masak, nak basuh kain. Opah goyang kaki je dekat rumah,” jawab Azzalea lurus.
Nazhan tersenyum.
Azzalea menjeling Nazhan dengan ekor matanya. Selepas menghantar tuala-tuala chalet, Azzalea berjalan ke pantai di kawasan chalet itu sebelum dia duduk berdiri mengenang nasibnya.
“Lea cubalah kerja dekat sini. Who knows Lea boleh jadi jutawan satu hari nanti?” gurau Nazhan.
Azzalea berdecit perlahan.
“Lea tak nak tinggalkan Opah sorang-sorang dekat rumah. Kalau kerja dekat sini, masuk pagi balik malam. Tak naklah. Lagipun Lea takut nak balik sorang-sorang.”
Nazhan menyeluk kedua-dua belah tangannya ke dalam kocek seluar. Dalam dia ada rasa bahagia dan dilimpahi kesenangan, ada juga orang lain yang hidup dalam serba kekurangan.
“As long as Abang ada dengan Lea, selagi tu Abang takkan biar Lea rasa sunyi, alone. In shaa Allah,” ucap Nazhan tulus.
Azzalea dapat merasakan ada air yang mengalir di pipinya. Mengapa perlu dia hidup di atas belas kasihan Nazhan? Dia tahu dia hanya seorang adik sahaja pada tanggapan Nazhan. Sebaliknya dia sudah lama menyukai Nazhan. Semenjak dia berada di tingkatan tiga lagi dia sudah menyukai Nazhan. Namun, perasaannya itu hanya disimpan sendiri. Disebabkan sikapnya yang happy-go-lucky dan gila-gila itu yang membuatkan Nazhan sukar menebak apa yang tersirat di hati Azzalea.
Bunyi deringan telefon bimbit Nazhan mengganggu keheningan yang baru tercipta.
“Abang ada dekat chalet lagi ni. Erin dah sampai ke?”
Azzalea mengerut dahi. Erin? Abang? Nazhan tidak punya adik perempuan memandangkan dia adalah anak bongsu dalam keluarganya. Ah, mungkin juga sepupunya atau saudara-maranya yang lain, fikir Azzalea.
“Erin dah ada dekat sini? Kenapa tak beritahu Abang? Okay, I got it. Erin tunggu dekat receptionist counter. I’ll be there.”
Klik. Talian segera dimatikan.
“Lea, Abang ada hal lagi ni. Hmm.. if ada apa-apa, cari Abang. Take care,” ujar Nazhan, meminta diri.
Ingin sekali Azzalea bertanya siapa yang menghubungi Nazhan sebentar tadi, namun dia tidak berani. Siapa dia untuk bertanyakan hal itu? Hanya anggukan sahaja yang menjawab kata-kata Nazhan.
Setelah berada di tepi pantai itu buat beberapa minit lagi, Azzalea terasa ingin pulang. Langkah kaki diatur berhati-hati ke tempat dia melatakkan basikal.
NAZHAN berjalan pantas menuju ke arah kaunter penyambut tetamu. Bibirnya mengukir senyum apabila anak matanya menangkap bayang seseorang. Gadis itu berdiri membelakanginya sambil melihat-lihat di sekitar ruang dalaman bahagian khas tempat menyambut tetamu itu.
“Erin!”
Erin bingkas bangun dan mendapatkan Nazhan. Baru sahaja dia ingin memeluk Nazhan, Nazhan terlebih dahulu mengelak.
“Berapa kali Abang nak cakap, kita ni bukan mahram. Jangan buat lagi,” pesan Nazhan tegas.
Khairina mencebik. Balik-balik dia asyik ditolak oleh Nazhan. Dia ada masa tiga bulan untuk berada di chalet ini. Dan masa tiga bulan itu akan digunakan untuk mendekati Nazhan.
“Dah pilih bilik ke?” soal Nazhan.
Khairina menggeleng. Bibirnya masih muncung dek kerana rasa kecil hati dengan penolakan Nazhan sebentar tadi.
“Dah, jom. As long as you’re here, Abang akan ambil tahu fasal Erin. If ada apa-apa, cari Abang.”
Khairinna mengangguk laju apabila ada idea yang sudah melompat keluar dari dalam otaknya. Dia mengukir senyum gembira.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan