Salam..
Hurrmm.. Kawan? Apa yang aku nak cerita pasal kawan ni ek? Ini tak lain mesti nak mengutuk kan? Oppss.. Salah tu. Jangan salah anggap. Aku just nak berkongsi cerita dengan korang pasal kawan-kawan yang pernah and masih ada dalam hidup aku. Tentang apa pengajaran yang aku dapat sepanjang berkawan dengan dorang.
Dalam banyak-banyak kawan yang aku ada, aku paling suka kawan-kawan masa sekolah menengah dulu and kawan masa aku study kat kolej. Bagi aku, dorang semua kawan terbaik yang aku pernah ada. Dorang banyak tolong aku. Tolong macam mana tu ye?
Hurmm.. Masa dah tamat sekolah menengah dulu, aku dapat tawaran tingkatan enam kat Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Pada mulanya aku cadang nak tolak je offer tu disebabkan abah aku sakit. Aku dah la tak reti nak bawak motor (teruk betul kan?). Kira macam takde sape nak hantar. SMK. Clifford tu dah la jauh dari kampung aku. Kena naik bot pulak tu kalau nak ke Kuala Kangsar.
Mujur la masa aku tengah sedih memikirkan masa depan yang bakal gelap, kawan-kawan sekelas berpakat nak tolong aku. Dorang la yang tumpangkan aku pergi sekolah. Bila difikirkan balik, jasa dorang kat aku memang banyak. Tak terbalas rasanya. Sebab tu sampai sekarang ni aku still contact dorang. Kalau takde nombor handphone pun, aku cuba cari dorang dalam facebook. Aku tak nak terputus hubungan dengan orang-orang yang dah banyak tolong aku. Huhu.
Lepas aku pindah ke Selangor, aku dapat kawan baru masa belajar kat satu kolej swasta kat Taman Maluri. Sepatutnya aku sambung tingkatan enam kat Batang Berjuntai tu. Tapi aku tak nak sebab ada krisis sikit dengan kakak angkat aku. Aku malas nak tengok muka dia tiap-tiap hari. So, aku terima je offer kolej swasta tu.
Aku takde ramai kawan masa belajar kat situ. Aku ni kan pendiam sikit masa tu. Tak pandai nak beramah mesra dengan orang lain. Aku rapat dengan kawan-kawan bilik aku jela. Dorang ni memang baik. Time aku tengah sengkek, dorang la yang hulur. Time aku tengah sedih, dorang la yang jadi penghibur. Time aku rasa dah give up nak teruskan hidup or nak buat bukan-bukan, dorang yang jadi pendorong untuk aku jadi kuat. Susah kan nak dapat kawan macam dorang? Bertuahnya aku. Hehe.
Tapi tak lama lepas tu aku berhenti belajar sebab ada masalah keluarga (masalah dengan kakak angkat). Terpaksa balik Perak semula. Then ikut sorang kawan sekolah kerja kat Lumut. Kawan yang ni pun baik. Family dia terima aku sebagai ahli keluarga. Memang banyak membantu di saat saudara mara sendiri buat tak peduli pada family aku yang tengah ada masalah.
And then, penghujung bulan Mac tahun 2009 aku dapat kerja kat Kuala Lumpur ni. Masa ni, aku mula pening memikirkan aku nak duduk kat mana. Faham-faham jela KL ni macam mana. Sewa mahal. Takkan nak duduk sorang-sorang kan? Nasib aku baik sebab kawan-kawan kolej aku tu offer duduk dengan dorang sementara aku dapat cari kawan rumah yang baru. Nasib baik jugak la dorang belum habis belajar lagi. Aku stay dengan dorang dalam dua bulan tak silap aku sebelum aku duduk dengan member sepejabat.
Sejak duduk dengan kawan sepejabat tu la, aku mula belajar untuk memilih kawan. Aku bukan nak memburukkan dia. Tapi sebagai pengajaran kita bersama untuk berhati-hati memilih kawan. Apa yang dia dah buat sampai aku jadi macam tu? Nak tau ke? Tak nak tau pun, aku tetap nak cerita. Haha.
Mula-mula aku duduk dengan "S" (bukan nama sebenar), dia memang ok. Lagipun ada lagi tiga orang kawan serumah. Dorang pun baik je pada mulanya. Sebelum aku duduk situ, si S ni banyak buruk-burukkan kawan sebilik dia. Tapi bila aku jumpa dengan kawan tu, takde pulak macam yang dia cerita kat aku. So, aku anggap tu sebagai masalah peribadi dia dengan kawan lagi sorang tu je.
Aku ingatkan boleh la happy duduk situ. Tapi lain pulak jadinya. Aku mula perasan yang S ni memang suka mengarah-arah orang lain. Kalau sikit-sikit aku boleh terima lagi. Tapi kalau dah semuanya nak suruh orang, tu memang dah tahap melampau la kan. Bukan aku je perasan. Kawan-kawan lain pun perasan jugak. S ni bukan setakat suka mengarah je tau. Dia suka berlagak, suka buat barang orang macam harta dia, kedekut and kalau pinjam duit orang buat tak ingat je nak bayar balik.
Lama-kelamaan, aku and kawan-kawan serumah yang lain buat tak tau je kat dia. Nak bagi dia sedar la. Ingatkan boleh la ubah sikap buruk dia. Tapi makin menjadi-jadi pulak. Dia balik lambat la. Kadang-kadang tu dia keluar tak bawak kunci sendiri. Balik pulak tengah-tengah malam. Kitorang la yang terpaksa pergi bukakan pintu untuk dia. Melampau betul.
Tapi takde la lama sangat perang dingin tu. Lepas tu baik semula. Tapi lepas tu, aku pulak yang ada masalah. Bulan Ogos tahun 2009, dua minggu sebelum puasa tak silap aku, abah aku meninggal dunia. Aku masa tu hilang punca sekejap. Sebabnya, aku jela kiranya yang paling tua untuk uruskan family. Memang la aku ada abang. Tapi abang aku OKU. Dia ni macam budak-budak sikit. So, secara automatiknya aku la yang terpaksa pikul tanggungjawab sebagai anak sulung.
Aku memang rasa tension gila-gila masa tu. Aku tak tau apa yang patut aku buat. Nasib baik jugak la ada sepupu yang offer nak jaga abang aku sementara waktu. Tapi tak lama pun. Lepas dihasut dengan kakak angkat aku tu, terus dia paksa aku ambik abang aku. Aku dah la tak dapat rumah lagi masa tu. Duit gaji pun tak berapa nak cukup nak bawak adik beradik tinggal sekali. Mujur jugak la member rumah bagi bawak dulu abang aku ke rumah tu buat sementara. Aku pun bawak la.
Tapi baru dua hari abang aku kat situ, M (bukan nama sebenar) pulak buat hal. Dia buat muka. Aku rasa tak sedap hati. Kebetulan aku terjumpa iklan rumah kosong area situ. Malam tu jugak aku call walaupun sewa rumah tu aku tak mampu masa tu. Tapi terpaksa la kan. Aku pun kalau boleh tak nak bawak abang aku. Dorang jugak yang suruh bawak abang aku ke situ. Ini baru sehari dah buat muka pulak. Mujur jugak tuan rumah yang aku call tu bagi aku bayar sewa lambat sikit. Malam tu jugak aku pindahkan barang-barang abang aku ke tingkat atas rumah tu. Kesian kat abang aku. Tapi aku terpaksa. Aku pulak sibuk sikit masa tu sebab aku duduk bawah Unit Latihan. Banyak kena keluar je.
Walaupun aku dah sewa rumah tingkat atas tu, aku still tak pindah sepenuhya. Barang-barang aku still ada kat situ. Lepas aku balik dari jaga exam yang jabatan aku buat, M cakap jangan pindah dulu. Kebetulan pulak tuan rumah tu dah mula mintak sewa. Aku terpaksa la batalkan nak sewa rumah pakcik tu. Aku bayar sewa, air and elektrik untuk seminggu jela kat pakcik tu.
M pulak tiba-tiba jadi baik. M offer nak tolong cari rumah. Aku cari kat Mudah.my and dapat kat Pantai Dalam. Walaupun sewa agak mahal bagi aku yang bergaji kecik ni, aku terpaksa jugak la ambik sebab tak nak kawan-kawan rumah buat hal lagi. Sehari sebelum aku pindah keluar dari rumah kat Bangsar tu, kawan-kawan rumah cerita kat aku punca dorang bersikap macam tu. M cakap, S hasut dorang macam-macam. S kata aku pentingkan diri. Banyak lagi la dia cakap. Terkejut jugak aku. Tak sangka dia sanggup buat macam tu. Kat pejabat, kawan-kawan pejabat cakap dia nak tolong aku la konon. Kat aku dia asyik tanya bila aku nak pindah. Kat adik aku dia kata nak tolong jugak. Kat kawan-kawan rumah dia buruk-burukkan aku. Kawan jenis apa entah. Mula-mula aku rasa nak marah je bila dengar M cerita. Tapi aku diam je sebab benda dah jadi dah pun.
Aku duduk kat Pantai Dalam tu sekejap je sebab sewa agak mahal. Masa ni baru aku kenal sape kawan masa senang and sape kawan masa susah. Kawan-kawan kolej aku offer aku duduk dengan dorang sementara aku dapat cari rumah baru. Ikutkan aku tak nak sebab ada abang aku. Tapi dorang kata tak kisah. Memandangkan aku pun tak berkemampuan lagi masa tu, aku terima offer dorang. Dorang memang baik. Dorang la yang bagi abang aku makan masa aku pergi kerja. Baik kan dorang ni?
Dalam bulan Jun 2010, aku dapat rumah sewa baru. M yang bagitau. Memandangkan sewa yang berpatutan aku pun sewa la. Lagipun lebih dekat dengan tempat kerja. Tak lama lepas tu, M asyik sms aku. Rupa-rupanya dia nak mintak tolong. Kawan-kawan rumah aku yang dulu tu nak pindah. M takde tempat nak tuju. So, da nak tumpang aku buat sementara waktu. Aku boleh je bagi tumpang tapi aku tanya dia sanggup ke duduk sekali dengan abang aku. Tau apa dia jawab? Dia jawab macam ni.
" Hurrm.. Kan best kalau abang ko takde. Boleh kita duduk sama, kan Ja? Eh Ja, ko tak nak ke hantar abang ko ke rumah kebajikan. Kalau ko hantar abang ko ke sana, boleh la kita sewakan lagi dua bilik kat rumah ko tu."
Apa korang fikir kalau korang dengar kawan cakap macam ni? Sakit hati je. Tapi aku takde la mengamuk. Aku just cakap aku takkan hantar abang aku ke mana-mana. Biar aku sendiri jaga abang aku macam yang arwah abah aku nak. Tak sepatutnya sorang kawan cakap macam tu kat kawannya. Dah la nak mintak tolong. Pastu sedap-sedap je nak suruh aku ketepikan abang aku.
Tapi, walaupun aku geram dengan apa yang dia cakap, aku tetap bagi dia tumpang. Ada la dalam dua minggu. Aku tak kisah dia tak bayar. Tapi yang tak best tu, aku ni dah jadi macam kuli dia pulak. Ada sekali tu, aku baru balik kerja. Dia pun baru je sampai rumah. Sedap-sedap dia je suruh aku masak sebab dia lapar. Aku dah la penat. Ingat aku orang gaji ke.
Ada sekali tu pulak dia bangun lambat. Aku dah lama siapkan sarapan. Dia bangun-bangun tanya aku dah masak ke. Memang membuatkan aku marah. Tolong tak nak. Sekali pun dia tak pernah tolong aku masak. Kalau aku tak ajak dia makan, dia call pakwe dia and bagitau dia lapar. Nak bagitau konon aku tak bagi dia makan. Padahal aku dah masak. Pandai-pandai la ambik sendiri kat dapur. Takkan semua aku nak hidang. Melampau-lampau. Dah la buat aku macam orang gaji, aku pulak kena tanggung dia.
Kawan-kawan aku suruh aku jangan tolong dia dah. Tapi aku tak sampai hati pulak nak biarkan dia. Sekarang ni, dia dah dapat rumah sewa baru. Mungkin dah baik dengan kawan serumah yang baru. Sebab tu kot, dia menyepi je sekarang ni. Aku sms pun dia tak balas. Tak kisah la. Aku tak harap dia kenang jasa aku ke apa ke. Aku cuma harap dia tak melupakan aku sebagai sorang kawan yang pernah dia abaikan masa aku sangat-sangat memerlukan sokongan and bantuan dia dan kemudiaanya kawan yang ini jugakla yang dia cari bila dia perlukan bantuan.
Sebab tu la sekarang ni aku agak berhati-hati memilih kawan. Pengalaman dengan dorang semua dah mengajar aku untuk tidak terlalu cepat mempercayai orang. Kepada kawan yang dah banyak melukakan hati aku selama ini, terima kasih atas segala perbuatan korang. Terima kasih sebab dah bukak mata aku untuk mengenali siapa kawan sejati yang semestinya bukan korang. Kepada kawan-kawan yang dah banyak tolong aku, jasa korang aku akan ingat sampai bila-bila. Walaupun aku jarang contact korang, itu tak bermakna aku dah melupakan korang.
Nota Cik Rimau : Jadikan pengalaman Cik Rimau dengan insan bergelar "kawan" ni sebagai panduan untuk korang berhati-hati dalam memilih kawan. Walaupun dorang ni tak ajar benda tak elok pada Cik Rimau, tapi sikap dorang memang tak elok. Cik Rimau mintak maaf kalau cerita ni ada kena mengena dengan sesiapa.
2 ulasan:
hommai2, berpino-pino mato den baco ko nye entry..byk moral la...tp mmg pnas bce statement yg tuju kt abg ko.."sedap btul bahasa"
pesanan penaja cik KP, smoga lu org(cik Rimau), tabah hadapi hidup yew..tatatititutu
KasihPena : haha.. ilek la.. aku kan suke cite panjang2.. kah3.. tq jugak kat korang kawan2 yg baik ati... klu korg xde, mau aku buat benda bukan2.. hehe
Catat Ulasan